awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Heathrow rekod pemulaan tahun paling sibuk

Bernama
Bernama
13/02/2023
11:16 MYT
Lapangan Terbang Heathrow rekod pemulaan tahun paling sibuk
Lapangan terbang paling sibuk di Britain itu mengendalikan lebih 5.4 juta penumpang melalui Heathrow pada Januari, tahap yang tidak pernah berlaku sejak awal 2020. - Fail/REUTERS
LONDON: Lapangan Terbang Heathrow "kembali ke tahap terbaiknya" apabila mencatatkan permulaan paling sibuk tahun ini sejak sebelum pandemik melanda, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik ketua eksekutif lapangan terbang itu John Holland-Kaye.
Lapangan terbang paling sibuk di Britain itu mengendalikan lebih 5.4 juta penumpang melalui Heathrow pada Januari, tahap yang tidak pernah berlaku sejak awal 2020.
Ia berlaku ketika lapangan terbang di Britain mengalami gangguan menjelang Krismas apabila anggota Pasukan Sempadan melancarkan mogok pada Disember.
Namun pada Isnin lapangan terbang itu menyatakan pihaknya sudah berjaya mengurus isu itu dan memberi jaminan bahawa operasi berjalan seperti biasa dengan masa menunggu untuk pemeriksaan imigresen hanya minimum ketika mogok berlangsung.
Skor keseluruhan kepuasan penumpang kini melebihi paras pascapandemik, umum lapangan terbang itu.
Pada Januari, sebanyak 97 peratus tempoh menunggu penumpang kurang dari 10 minit untuk pemeriksaan keselamatan, katanya.
Gangguan yang berlaku di lapangan terbang Britain termasuk Heathrow disebabkan oleh sektor penerbangan mengalami kekurangan pekerja selain pembatalan penerbangan secara mengejut dan kelewatan yang teruk.
Holland-Kaye berkata: "Heathrow kembali ke tahap terbaiknya, dengan skor kepuasan penumpang mencapai atau melebihi tahap 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Heathrow
#Pandemik COVID-19
#lapangan terbang paling sibuk
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan