
'Terima kasih atas layanan berperikemanusiaan luar biasa Hamas' - Bekas tawanan
Pembebasan tawanan sayap ketenteraan Hamas, Briged al-Qassam, sejak beberapa hari lalu, mendedahkan kepada dunia akhlak sebenar kumpulan pejuang Palestin itu yang cuba digambarkan sebagai kejam oleh rejim Israel selama ini.
Antara yang tampil secara terbuka menceritakan pengalaman ialah wanita Israel, Daniel Aloni, yang menulis sepucuk surat dan disiarkan oleh rangkaian media Palestin pada Isnin.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Hospital Al-Shifa di Gaza kembali beroperasi
Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.
"Walaupun terdapat banyak kerosakan yang disebabkan oleh penceroboh (Israel) terhadap infrastruktur (hospital)... Kementerian Kesihatan berjaya membuka semula jabatan dialisis dengan usaha yang luar biasa," menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Isnin lapor Agensi Anadolu.
BERITA LANJUT DI SINI
Hamas bebaskan 11 lagi tebusan Israel
Berita lanjutan gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang dirintis kerajaan Qatar sebagai ‘orang tengah’ terus memberi harapan terhadap pembebasan tebusan dan banduan.
Terbaru pada Isnin, tentera Israel berkata, 11 tebusannya sudah dibebaskan oleh Hamas pada detik penghujung gencatan senjata sementara.
BERITA PENUH DI SINI
Gencatan senjata ‘berita baik’, diharap akhiri perang - Hamas
Pasukan pejuang Hamas berharap perang dan keganasan akan dihentikan ke atas rakyat Palestin.
Bercakap kepada portal berita Al Jazeera, pemimpin Hamas Ghazi Hamad berkata terdapat sokongan yang baik daripada kerajaan Qatar dan Mesir serta negara Barat juga yang mahu gencatan senjata dilaksanakan.
BERITA PENUH DI SINI
Gencatan senjata di Gaza dilanjutkan dua hari lagi
Gencatan senjata di Semenanjung Gaza akan dilanjutkan dua hari lagi, menurut Kementerian Luar Qatar.
Jurucakapnya berkata, rundingan yang dibuat mencapai kata sepakat untuk melanjutkan gencatan senjata dua hari lagi bagi tujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan.
BERITA PENUH DI SINI
Apa nasib rakyat Palestin selepas genjatan?
Panaskan air dengan membakar kayu api, mahu mandikan anak yang kedinginan
A woman in the #Gaza Strip heats water over firewood to bathe her children in the cold weather due to the lack of electricity and gas. pic.twitter.com/CENf436Tgl
— Quds News Network (@QudsNen) November 27, 2023
'Saya sokong bantuan ini dilanjut, kekalkan gencatan senjata' - Ketua Pengarah WHO
In the past days, the sound of war has quieted, giving millions of children and adults the chance to look to the sky without fear of rockets streaking their way.
— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) November 27, 2023
I add my support for this desperately needed respite in the conflict in #Gaza to continue.
It has allowed limited…
Pasukan PRCS hantar 150 lori bantuan walau berdepan cabaran
?Since the beginning of the truce, and until Yesterday. ⬇️
— PRCS (@PalestineRCS) November 27, 2023
✅The PRCS crews have successfully delivered approximately 150 aid trucks to #Gaza City and its northern region.
❌Unfortunately, today our teams couldn't deliver any aid to the northern #Gaza Strip.#HumantarianAid… pic.twitter.com/ICdmrelwaa
Setelah 50 hari perang, akhirnya UNRWA dapat sampaikan bekalan air bersih
After 50 days of the war on #Gaza, yesterday, #UNRWA delivered clean water to the north of the #Gaza Strip for the first time. pic.twitter.com/88NunhtS1n
— Quds News Network (@QudsNen) November 27, 2023
Kumpulan Yahudi di New York sertai solidariti Gaza, desak gencatan senjata, hentikan penjajahan
Palestine solidarity protesters calling for a ceasefire in Gaza staged a sit-in on Manhattan Bridge in New York, blocking it for several hours ⤵️ pic.twitter.com/bkfzKFGwK3
— Al Jazeera English (@AJEnglish) November 27, 2023
Israel terbuka lanjutan gencatan senjata jika lebih ramai tawanan dibebaskan
Jurucakap kerajaan Israel, Eilon Levy berkata Hamas menyedari kesediaan Israel untuk melanjutkan gencatan senjata sebagai balasan untuk membebaskan 50 lagi tawanan yang ditahan di Gaza.
Levy menambah bahawa 184 warga Israel masih ditahan di Semenanjung Gaza.
Iran gesa gencatan senjata kekal
Jurucakap Kementerian Luar Iran menggesa satu gencatan senjata yang stabil dan pencerobohan kejam rejim Zionis terhadap Gaza tidak berulang.
“Kami mahu dan menjangkakan... bahawa jenayah rejim Zionis terhadap rakyat Palestin akan dihentikan sepenuhnya,” kata Nasser Kanaani.
Di sebalik kemusnahan, kanak-kanak ini terjumpa kembali haiwan kesayangan yang masih hidup
On returning to their bombed homes, Palestinian children are overjoyed to find their pet cats —who they left behind, have survived | @palinfoen pic.twitter.com/oK3yiFllkX
— Sarah Wilkinson (@swilkinsonbc) November 27, 2023
Sambutan hangat buat tahanan Palestin yang bebas dari penjara Israel
"Our joy is incomplete because of what is happening in Gaza."
— Al Jazeera English (@AJEnglish) November 27, 2023
Palestinians gather in Ramallah streets to welcome 39 Palestinians freed from Israeli prisons as part of a truce deal between Israel and Hamas.
— in pictures https://t.co/8xBrrkjW4V pic.twitter.com/EJZqxGVSDo
'Dana petempatan baharu Israel langgar resolusi PBB'
Kementerian Luar Palestin mengecam pengumuman Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich untuk memperuntukkan belanjawan besar bagi pengembangan petempatan di Tebing Barat yang diduduki.
“Smotrich bercakap mengenai pelarasan belanjawan yang memperuntukkan berjuta-juta syekel untuk mengembangkan penempatan Israel di Kawasan C di Tebing Barat dan memperuntukkan bajet untuk menghalang rakyat Palestin membina di kawasan tersebut,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di X.
Kementerian itu menambah bahawa tuntutan Smotrich untuk memperluaskan penempatan Israel di Tebing Barat itu bercanggah dengan resolusi PBB mengenai penyelesaian dua negara.
Ia berkata Smotrich dan Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir "mengambil kesempatan" perang Israel di Gaza dengan menyokong penceroboh dan tentera Israel untuk meningkatkan pertempuran di Tebing Barat.
Terdahulu ketua dasar luar EU Borrell juga telah mengkritik langkah itu dengan mengatakan keputusan tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Mahu hantar bantuan pun dibelasah Israel
More than 6 hours of beating and humiliation."
— PRCS (@PalestineRCS) November 26, 2023
?Paramedic Nader Al-Buheisi from PRCS Emergency Medical Services Center speaks about their return from Al-Shifa Hospital after evacuating several injured people to the south.
⚠️He describes their arrest and assault by Israeli… pic.twitter.com/YZI7ZOX0wM
Hamas, Israel masih belum bersetuju dengan senarai akhir
Hamas dan Israel dilapor masih belum menyatakan persetujuan berhubung senarai akhir pembebasan tahanan.
Menurut sumber Al Jazeera, terdapat kebimbangan mengenai beberapa nama dan juga bilangan mereka yang akan dibebaskan.
Gencatan senjata jangka panjang diperlukan di Gaza - UNRWA
Agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) berkata terdapat peningkatan dalam bilangan trak dan bantuan yang masuk ke Gaza, termasuk ke utara buat pertama kali sejak perang bermula.
Ia juga mengharapkan pelanjutan kepada gencatan senjata empat hari yang bermula pada Jumaat.
“Kami berharap gencatan senjata dapat dilanjutkan.
"Kami telah menyeru agar gencatan senjata ini berubah menjadi gencatan senjata kemanusiaan jangka panjang,” kata Pengarah Global UNRWA untuk Komunikasi Juliette Touma kepada Al Jazeera.
Lebih 40 tawanan didakwa bukan ditahan Hamas
Lebih 40 daripada tawanan yang dibawa dari Israel ke Gaza pada 7 Oktober tidak ditahan oleh Hamas, kata sumber diplomatik kepada CNN.
Ini menimbulkan kerumitan kerana perjanjian gencatan senjata memerlukan Hamas menyerahkan tahanan Israel sebagai pertukaran kepada tahanan Palestin.
Musk setuju tidak aktifkan Starlink di Gaza tanpa kelulusan Israel
Elon Musk telah bersetuju untuk tidak mengaktifkan Starlink di Gaza tanpa kelulusan Israel, kata menteri komunikasi Israel.
Starlink ialah usaha niaga internet satelit yang dikendalikan oleh SpaceX, dimiliki oleh Musk, yang menyediakan perkhidmatan internet di kawasan luar bandar dan terpencil di dunia di mana terminal dan kabel internet tidak stabil.
Dilaporkan Musk tiba di Tel Aviv pagi tadi.
Dalam catatan di X, menteri Israel Shlomo Karhi mengucapkan tahniah kepada Musk kerana memahami secara prinsip di mana unit satelit Starlink hanya boleh dikendalikan di Israel dengan kelulusan Kementerian Komunikasi Israel, termasuk di Semenanjung Gaza.
Israel telah memusnahkan menara komunikasi dan memutuskan semua talian internet ke kawasan yang dikepung bulan lepas.
PM Thailand zahir ucapan terima kasih kepada Malaysia - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, rakan sejawatnya di Thailand, Srettha Thavisin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas bantuan menyelamatkan tawanan rakyat negara itu dalam konflik yang berlaku di Gaza.
Menurutnya, beliau telah memaklumkan bahawa Malaysia telah melakukan yang terbaik berdasarkan kemampuan yang ada di mana kebijaksanaan yang dimiliki Hamas dan Mesir telah banyak membantu ke atas usaha membebaskan tawanan yang terlibat.
BERITA PENUH DI SINI
Diplomat tertinggi EU selar dana baharu petempatan haram Israel
I’m appalled to learn that in the middle of a war, the Israeli gov is poised to commit new funds to build more illegal settlements.
— Josep Borrell Fontelles (@JosepBorrellF) November 27, 2023
This is not self-defence and will not make Israel safer. The settlements are grave IHL breach, and they are Israel’s greatest security liability.
Senarai peristiwa penting pada hari ke-52 perang
- Isnin merupakan hari keempat dan terakhir gencatan senjata yang dipersetujui di antara Israel dan Hamas, walaupun perantara sedang berusaha untuk melanjutkan perjanjian itu.
- Sejak Jumaat, Hamas telah membebaskan 58 orang, termasuk rakyat Israel, Thailand, AS dan Rusia. Israel telah membebaskan 117 rakyat Palestin dari penjaranya.
- Tentera Israel melakukan serbuan malam tadi dan menghalang ambulans daripada sampai ke kem pelarian di Tebing Barat yang diduduki untuk membantu rakyat Palestin yang cedera.
- Hospital yang diserang oleh pengeboman Israel sebelum gencatan senjata, termasuk al-Shifa dan Hospital Indonesia, sedang berdepan kerosakan struktur dan pesakit yang cedera.
- Tiga lelaki berketurunan Palestin yang belajar di AS ditembak di Burlington, Vermont pada Ahad.
Menteri Luar Jordan ulang gesaan untuk penyelesaian dua negara
Menteri Luar Jordan Ayman Safadi berkata usaha ke arah penyelesaian dua negara dalam konflik Palestin-Israel perlu bermula dengan memastikan penamatan kepada pencerobohan kejam ini.
"Hanya keamanan yang berpanjangan dan berkekalan akan membawa kestabilan; tidak boleh ada pendekatan diplomatik Gaza sahaja," katanya pada Forum untuk Kesatuan Mediterranean di Barcelona.
Keadaan hospital di Gaza
Pengurus Besar hospital di Gaza, Dr Mohammed Zaqout berkongsi kemas kini ini dengan Al Jazeera:
- Hospital di utara Gaza tidak menerima sebarang bahan api semasa gencatan senjata
- Hospital lapangan di Gaza memerlukan lima hingga tujuh hari untuk mula beroperasi
- Tentera Israel telah memusnahkan 21 hospital swasta dan 13 hospital awam di seluruh kawasan itu
- Hospital Ahli Arab, Hospital Kamal Adwan dan Hospital al-Awdah adalah hospital terakhir beroperasi di utara dan tengah Gaza.
China akan pengerusikan sesi Majlis Keselamatan mengenai perang di Gaza
Menteri Luar China Wang Yi akan melawat New York minggu ini untuk mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai perang di Gaza.
“Memandangkan China memegang jawatan presiden giliran Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bulan ini, ia akan mengadakan mesyuarat peringkat tinggi mengenai isu Palestin-Israel pada 29 November,” kata jurucakap kementerian Wang Wenbin.
Beijing berharap rundingan itu akan mencapai "gencatan senjata dan menamatkan pertempuran" dan membuat "menyumbang ke arah mengurangkan krisis kemanusiaan di Gaza", tambah Wenbin.
Beijing telah berulang kali menggesa penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin.
Presiden Xi Jinping juga telah menggesa diadakan "persidangan keamanan antarabangsa" untuk menyelesaikan peperangan.
Kemusnahan besar di Tal az-Zaatar
"شقاء 40 سنة اختفى".. دمار كبير في منطقة تل الزعتر شمال غزة#حرب_غزة #الأخبار pic.twitter.com/VqpxKLuhOy
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) November 27, 2023
Pertukaran tahanan terkini
Berikut apa yang berlaku dengan pertukaran tahanan sejak tiga hari yang lalu:
- Terdapat tiga pertukaran tawanan sejak gencatan senjata empat hari bermula pada Jumaat.
- Secara keseluruhan, 175 orang telah dibebaskan.
- 39 warga Israel telah dibebaskan oleh Hamas, dalam tiga kumpulan 13, ditambah 17 warga Thailand, seorang Filipina dan satu Israel-Rusia.
- 117 tahanan Palestin telah dibebaskan oleh Israel, dalam tiga kumpulan 39.
- Netanyahu telah berkata bahawa gencatan senjata boleh dilanjutkan jika lebih banyak tawanan dibebaskan pada kadar 10 orang sehari.
Jumlah rakyat Palestin ditahan di penjara Israel melebihi 7,000
Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mendedahkan jumlah tahanan rakyat Palestin di kesemua penjara Israel melebihi 7,000 orang, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Memetik kenyataan berbahasa Arab suruhanjaya berkenaan pada Ahad, WAFA melaporkan tentera Zionis Israel menahan lebih 3,200 rakyat Palestin dalam tempoh 8 Okt hingga 14 Nov, dengan angka tertinggi dari Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis.
BERITA PENUH DI SINI
PM Thai ucap terima kasih kepada Anwar bantu rundingan pembebasan tahanan di Gaza
Jasa dan usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat penghargaan oleh pemimpin negara jiran apabila Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas bantuan yang disalurkan ketua kerajaan Malaysia itu yang membantu dalam rundingan membebaskan warga Thailand yang ditahan Hamas.
Portal berita Khaosod turut memaklumkan Bangkok akan terus mengusahakan pembebasan baki warga Thailand yang masih dalam tahanan Hamas, walaupun gencatan senjata antara Hamas dan regim Israel bakal berakhir kurang 24 jam.
BERITA PENUH DI SINI
Sejumlah 56 tebusan dibebaskan pada hari ketiga
Israel maklumkan kepada Amerika untuk meneruskan serangan ke Gaza
Belia Palestin bantu bersih Kompleks Perubatan Al-Shifa
Golongan belia Palestin pada Ahad melancarkan inisiatif membersihkan Kompleks Perubatan Al-Shifa secara sukarela dan memulakan sebahagian operasinya dengan menyediakan perkhidmatan dialisis buah pinggang.
"Hospital itu telah mengalami kerosakan, inisiatif itu bertujuan membersihkan dan mensteril peralatan bagi membolehkan hospital itu beroperasi semula terutama perkhidmatan dialisis," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Ketua Pengarah Hal Ehwal Pentadbiran Kementerian Kesihatan Gaza, Mahmoud Hammad.
BERITA PENUH DI SINI
Tahanan sifatkan rejim Zionis kejam ketika di penjara
DUN Melaka sedekah Al Fatihah, bertafakur ingati syuhada Palestin
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini menyedekahkan surah Al Fatihah dan bertafakur sebentar bagi mengingati syuhada yang terbunuh dalam konflik di Palestin.
Speaker DUN Melaka Datuk Ibrahim Durum dalam ucapannya turut berharap gencatan senjata yang sedang berlangsung di bumi bergolak itu akan diteruskan bagi menghentikan pertumpahan darah.
BERITA PENUH DI SINI
Kanak-kanak 4 tahun antara tebusan dibebaskan
Kabinet Israel bincang kemungkinan sambung gencatan senjata
Kabinet Perang Israel pada Ahad membincangkan mengenai kemungkinan gencata senjata yang dipersetujui dengan Hamas dilanjutkan, kata sumber Israel kepada CNN.
Menurut sumber tersebut, syarat-syarat untuk memanjangkan gencatan senjata itu masih kekal dengan apa yang dipersetujui dalam rundingan asal iaitu pasukan pejuang Hamas perlu membebaskan tambahan 10 tebusan Israel pada setiap hari baharu pemberhentian sementara perang antara kedua-dua mereka.
BERITA PENUH DI SINI
Turki, Iran bertegas sepakat menentang kezaliman Israel
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Iran, Ebrahim Raisi telah mengadakan perbincangan mengenai kepentingan semua negara Islam di dunia, khususnya Turki dan Iran mengambil pendirian yang sepakat dalam menentang "kezaliman Israel di wilayah Palestin."
"Serangan Israel ke atas Gaza yang jelas menyalahi undang-undang, sumbangan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palesin dan kemungkinan usaha ke arah gencatan senjata yang selama-lamanya di wilayah bergolak itu dibincangkan menerusi panggilan telefon," kata pejabat Presiden Turki dalam kenyataan yang dikeluarkan.
BERITA PENUH DI SINI
Hamas gesa Presiden Biden beri tekanan pada Israel
Jurucakap pasukan pejuang Hamas, Osama Hamdan menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi tekanan ke atas Israel untuk mengakhiri peperangan di Semenanjung Gaza.
“Presiden Biden mempunyai keupayaan untuk mengakhiri keganasan Israel ke atas Gaza. Beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian... bercakap mengenai pemanjangan gencatan senjata bukanlah penyelesaian (perang).
BERITA PENUH DI SINI
Israel akan terus berperang hingga menang - Netanyahu
Benjamin Netanyahu memberitahu tenteranya bahawa Israel akan meneruskan perang dengan Hamas sehingga zionis itu mencapai kemenangan.
Mesej berkenaan disampaikan Perdana Menteri Israel yang kali pertama berkunjung ke Gaza pada Ahad sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu.
BERITA PENUH DI SINI
Pembebasan tebusan berusia 4 tahun jadi perhatian
Sehingga semalam (Ahad), seramai 17 tebusan di Gaza telah dibebaskan, itu pertukaran ketiga sepanjang empat hari gencatan senjata yang dicapai antara Israel dan Hamas.
Daripada 17 tebusan yang dibebaskan itu, 13 merupakan warga Israel, tiga (rakyat Thailand), sementara seorang lagi memiliki dua kerakyatan iaitu Rusia-Israel, kata jurucakap tentera Israel.
BERITA PENUH DI SINI
Sukarelawan hati kental! Kompleks Al-Shifa dibersihkan untuk sedia digunakan kembali
Volunteer groups supervised by the Ministry of Health in #Gaza are working to clean the Shifa Medical Complex to reactivate some facilities, especially the kidney dialysis department. pic.twitter.com/DljuoWlzv5
— Quds News Network (@QudsNen) November 26, 2023
Gencatan senjata sementara hidupkan semula pasar Khan Yunis
Khan Yunis markets on the third day of the temporary ceasefire, #Gaza Strip. pic.twitter.com/RvcD7aYQgf
— Quds News Network (@QudsNen) November 26, 2023
Cerita salah seorang tahanan Palestin yang dibebaskan
Let this be an unstoppable global movement until Palestine is liberated. Yesterday addressing London’s massive demonstration calling for #fullceasefire and #freePalestine @PSCupdates pic.twitter.com/tfjL31cs8M
— Husam Zomlot (@hzomlot) November 26, 2023
Mangsa kebencian hanya kerana pakai keffiyeh
Three young Palestinian men, Hisham Awartani, Tahseen Ali and Kenan Abdulhamid, students at Brown and other US universities, were shot last night on their way to a family dinner in Burlington, USA. Their crime? Wearing the Palestinian keffiyeh. They are critically injured. And… pic.twitter.com/OwafFkHwg4
— Husam Zomlot (@hzomlot) November 26, 2023
Pakistan tak henti berdemonstrasi!
#Pakistanis rally in Karachi and Lahore in support of #Palestinians. pic.twitter.com/hid47jT0mX
— Quds News Network (@QudsNen) November 26, 2023
Kemusnahan sekolah UNRWA di Al Fakhoura
Let this be an unstoppable global movement until Palestine is liberated. Yesterday addressing London’s massive demonstration calling for #fullceasefire and #freePalestine @PSCupdates pic.twitter.com/tfjL31cs8M
— Husam Zomlot (@hzomlot) November 26, 2023
Tidak ada rumah yang layak didiami lagi di Beit Hanon
There is no house suitable for living in Beit Hanon in northern Gaza. pic.twitter.com/tSDBElLYSx
— PALESTINE ONLINE ?? (@OnlinePalEng) November 26, 2023
Jangan berhenti tunjukkan solidariti!
Let this be an unstoppable global movement until Palestine is liberated. Yesterday addressing London’s massive demonstration calling for #fullceasefire and #freePalestine @PSCupdates pic.twitter.com/tfjL31cs8M
— Husam Zomlot (@hzomlot) November 26, 2023
Petani Palestin terbunuh di Gaza ketika gencatan senjata - PRCS
? Urgent: A Palestinian was killed, and another was injured earlier today.
— PRCS (@PalestineRCS) November 26, 2023
? The PRCS's ambulance crew dealt with two cases earlier today, east of the Al-Maghazi refugee camp which is located in the center of the Gaza Strip.
⭕️Despite the humanitarian truce entering its third… pic.twitter.com/ZVRj99hMhP
Hamas sahkan komander utama terbunuh di Gaza
Sayap bersenjata Hamas mendedahkan bahawa komander kanan Ahmed al-Ghandour, yang bertanggungjawab ke atas Gaza utara, terbunuh dalam perang itu.
Kenyataan yang dimuatkan oleh Briged al-Qassam di saluran Telegram itu turut memaklumkan bahawa tiga lagi pemimpin tentera turut terbunuh dalam pertempuran itu.
AS bersubahat dalam 'pembersihan etnik'
Ahli biro politik Hamas, Ghazi Hammad mengutuk peranan AS dalam perang, menggelarnya rakan subahat Israel dalam "pembunuhan beramai-ramai".
“Mereka sentiasa menyokong Israel. Sejak awal perang ini, AS adalah rakan subahat dalam jenayah pembersihan etnik ini,” kata Ghazi.
Ditanya sama ada terdapat sebarang rundingan sedang dijalankan untuk membebaskan warga Amerika, Ghazi berkata kumpulan itu berminat untuk membebaskan semua orang awam tanpa mengira kewarganegaraan mereka.
Hamas sedia bebas tahanan jika semua rakyat Palestin dibebaskan
Ahli biro politik Hamas, Ghazi Hammad berkata kumpulan itu komited dengan perjanjian gencatan senjata selama empat hari dan bersedia membebaskan semua tawanan sebagai pertukaran kepada pembebasan semua tahanan Palestin di penjara Israel.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara secara langsung di Al Jazeera sebentar tadi.
Ghazi dalam pada itu berkata Hamas sedang berusaha untuk melanjutkan gencatan senjata bersama sekutu antarabangsa yang lain.
“Keutamaan kami ialah menghentikan pencerobohan terhadap rakyat kami.
"Kami mahu menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini di Gaza,” katanya.
Israel dakwa jumpa lima juta syekel di Gaza
Kementerian Pertahanan Israel berkata pasukan keselamatannya merampas kira-kira lima juta syekel Israel dalam bentuk wang tunai (kira-kira RM6.23 juta) dalam operasi di Gaza.
Kementerian itu berkata dinar Iraq, dinar Jordan, dan dolar AS juga ditemukan di kawasan itu sejak bermulanya pencerobohan darat bulan lepas.
Ia mendakwa wang tunai itu dirampas di kubu kuat Hamas dan rumah pegawai kumpulan itu.
Kenyataan itu menambah bahawa wang itu akan dimasukkan ke dalam perbendaharaan Israel.
Tahanan dibebaskan tidak memerlukan rawatan
Tahanan warga Israel yang dibebaskan tidak menunjukkan tanda-tanda ditahan dalam kurungan.
Menurut Pengarah Hospital Kanak-kanak Safra di Pusat Perubatan Sheba, tidak ada tanda bahawa mereka memerlukan rawatan perubatan segera.
"Saya gembira untuk memberitahu anda bahawa walaupun berhari-hari ditahan, tiada seorang pun memerlukan rawatan perubatan segera," kata Itai Pesach kepada wartawan pada Ahad.
Kementerian Kesihatan Israel sebelum ini berkata 12 tahanan terdiri daripada lapan kanak-kanak dan empat wanita yang dibebaskan dihantar untuk pemeriksaan di Pusat Perubatan Sheba.
Bom Israel ditemukan tidak meletup
Luckily, this hugely massive missile weighing hundreds of tons of explosives dropped by Israeli warplanes on residential homes in Gaza didn't explode.#GazaGenocide pic.twitter.com/dfitBXdjQg
— Quds News Network (@QudsNen) November 26, 2023
Terkini di Tebing Barat
Berikut perkembangan terkini dari Tebing Barat yang diduduki:
- Lima rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya 18 cedera dalam serbuan di Jenin yang berlangsung lebih 12 jam. Dua daripada mereka yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.
- Tiga lagi rakyat Palestin terbunuh dalam operasi ketenteraan di kampung Yutma di selatan Nablus, al-Bireh dan bandar Qabatiyeh di selatan Jenin.
- Bulan Sabit Merah Palestin memberitahu Al Jazeera bahawa askar Israel menangguhkan petugas perubatan mereka daripada memberikan bantuan dan memindahkan warga Palestin Mahmoud Abu Haija berusia 18 tahun, yang cedera di dada di dalam rumahnya. Dia hanya dipindahkan selepas disahkan meninggal dunia oleh doktor di luar rumahnya.
- Dua daripada hospital utama Jenin dikepung oleh kenderaan perisai Israel, ambulans menggeledah dan dua orang ditahan dari dalam ambulans.
Israel terima senarai 39 tahanan Palestin yang akan dibebaskan
Media Israel melaporkan bahawa Perkhidmatan Penjara Israel telah menerima senarai 39 tahanan Palestin yang akan dibebaskan pada Ahad.
Al Jazeera sebelum ini melaporkan bahawa 13 orang yang ditawan di Gaza juga dijadual dibebaskan.
Bagaimanapun tidak diketahui bila mereka akan dibebaskan.
Berapa ramai tahanan telah dibebaskan?
Seramai 26 tahanan warga Israel, 78 Palestin, 14 Thai, dan seorang warga Filipina telah dibebaskan sejak gencatan senjata empat hari bermula pada Jumaat.
Berikut bagaimana pertukaran tahanan berlaku dan apa yang boleh dijangka selepas ini:
Pada Jumaat, 13 kanak-kanak dan warga emas Israel dibebaskan oleh Hamas, manakala Israel membebaskan 39 wanita dan remaja Palestin, termasuk kanak-kanak di bawah umur.
Hamas membebaskan 13 warga Israel awal Ahad – enam wanita dan tujuh bawah umur – selepas tertangguh, manakala Israel sebelum ini membebaskan 39 rakyat Palestin – enam wanita dan 33 bawah umur.
Empat belas warga Thailand dan seorang warga Filipina turut dibebaskan oleh Hamas ketika proses itu.
Satu lagi pusingan pertukaran tahanan dijangka lewat Ahad.
Hamas berkata 50 wanita dan kanak-kanak akan dibebaskan sebagai balasan kepada 150 wanita dan kanak-kanak Palestin di penjara Israel secara keseluruhan di bawah perjanjian gencatan senjata.
Israel berkata gencatan senjata boleh dilanjutkan jika lebih ramai tawanan dibebaskan pada kadar 10 orang sehari.
Penduduk Gaza beratur untuk beli minyak
61 trak hantar bantuan ke utara Gaza - PBB
Enam puluh satu trak menghantar makanan, air, dan bekalan perubatan kecemasan memasuki utara Gaza pada Sabtu.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia merupakan jumlah terbesar trak yang sampai ke utara sejak serangan pada 7 Oktober.
Pada hari kedua gencatan senjata, 11 ambulans, tiga koc, dan trak tunda bergerak ke Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza untuk membantu pemindahan, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB dalam satu kenyataan, Sabtu.
Dua ratus trak bergerak ke sempadan Nitzana-Mesir, manakala 187 trak memasuki Gaza pada jam 7 malam waktu tempatan, menurut PBB.
Sebanyak 129,000 liter bahan api dilapor berjaya dibawa masuk ke Gaza, katanya.
Rakyat Israel zahir bantahan terhadap Netanyahu
Rakyat Israel telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kediaman PM Netanyahu di Baitulmaqdis Barat, dengan membawa sepanduk dan melaungkan slogan menentangnya.
“Netanyahu adalah bencana terbesar kepada Israel.
"Bibi bahaya, letak jawatan sekarang," antara tulisan pada sepanduk dibawa pemprotes.
Penunjuk perasaan, yang turut membawa bendera Israel, dihalang daripada mendekati kediaman Netanyahu oleh polis.
Kumpulan ketiga tahanan dijangka dibebaskan hari ini
Hamas bersedia untuk membebaskan kumpulan ketiga tahanan Israel sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin pada Ahad.
Pada Sabtu, ia membebaskan 13 tahanan warga Israel dan empat warga Thailand.
Israel pula membebaskan 39 tahanan Palestin.
Pejabat PM Netanyahu berkata ia telah menerima senarai tahanan yang akan dibebaskan oleh Hamas pada Ahad.
Senarai itu sedang disemak oleh pegawai keselamatan, katanya, dan keluarga tahanan telah dimaklumkan.
Tentera Israel culik pemuda dari ambulans ketika serbuan di Jenin
#BREAKING| Israeli forces have kidnapped a wounded young man from an ambulance during a raid into the #WestBank city of #Jenin. pic.twitter.com/CKNCrSEWJy
— Quds News Network (@QudsNen) November 26, 2023
Senator Australia berucap pada protes di Melbourne
Sejumlah 56 tebusan dibebaskan pada hari kedua
Israa Jaabis dibebaskan setelah tujuh tahun di penjara Israel
Tujuh tahun jalani hukuman di penjara Israel, Israa Jaabis akhirnya bebas
Tahanan Palestin Israa Jaabis tiba di rumahnya di Baitulmaqdis Timur selepas dia dibebaskan setelah 7 tahun menjalani hukuman di penjara Israel.
Menurut Pusat Maklumat Wadi Hilweh yang berpangkalan di Baitulmaqdis, sebelum dibebaskan, polis Israel mengenakan beberapa syarat terhadapnya, termasuk wartawan tidak dibenarkan mengadakan liputan pada saat pembebasannya.
Selain itu, pembebasannya juga dilarang untuk diraikan.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel bedil Parlimen, institusi demokrasi Palestin
Israel terima senarai nama tahanan
Announcement from the Prime Minister's Office:
— Prime Minister of Israel (@IsraeliPM) November 26, 2023
A list of the hostages due to be released today (Sunday, 26 November 2023) in continuation of the outline has been received.
Security officials are checking the list.
Israel bedil parlimen, institusi demokrasi Palestin
Israel memusnahkan bangunan Parlimen Palestin dalam tempoh perang yang berlaku selama 50 hari.
Zionis sebelum ini menyangkal dakwaan mereka bertanggungjawab atas serangan tersebut.
BERITA PENUH DI SINI.
Sejumlah 56 tebusan dibebaskan pada hari kedua
Sejumlah 56 tebusan dalam konflik perang antara kumpulan pejuang Hamas dan Israel telah dibebaskan pada hari kedua gencatan senjata Israel-Hamas.
Hamas telah membebaskan 13 tebusan Israel dan 4 warga Thailand, manakala Israel membebaskan 39 tahanan Palestin termasuk 33 kanak-kanak di bawah umur.
BERITA PENUH DI SINI.
Hamas bebaskan kumpulan kedua tahanan Israel
Pejuang Hamas membebaskan 13 tahanan Israel dan empat warganegara asing pada Sabtu.
Menurut Kementerian Luar Qatar, kumpulan kedua tahanan yang dibebaskan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.
BERITA PENUH DI SINI.
Tahanan selesa dengan pejuang Hamas
Media coverage: "Al Qassam Brigades released footage showing the release of the second batch of Israeli prisoners. The prisoners seem healthy and comfortable while waving to the resistance fighters." #BREAKING pic.twitter.com/dLPxzWGTF0
— Quds News Network (@QudsNen) November 25, 2023
Hanya kerana membaling batu
“'Throwing Stones”
— Quds News Network (@QudsNen) November 25, 2023
The five-year-old child, Mohammed Rabi Alian, was summoned by the #Israeli occupation for interrogation on charges of 'throwing stones.' A video taken in 2019 shows the child on his way to the police station in #Jerusalem, accompanied by his father, carrying a… pic.twitter.com/NKM9Ui9CFW
Ribuan berkumpul di Baitulmaqdis tuntut Netanyahu letak jawatan
Ribuan penunjuk perasaan Israel mengadakan protes di Baitulmaqdis bagi menuntut Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meletakkan jawatan.
Mereka sifatkan Netanyahu gagal dalam menangani situasi tahanan dan perang dengan pejuang Hamas.
BERITA PENUH DI SINI.
Hamas tangguh pembebasan tahanan sehingga bantuan masuk
Kumpulan pejuang Hamas menangguhkan pusingan kedua pembebasan tahanan sehingga Israel komited untuk membenarkan trak bantuan memasuki utara Gaza.
Briged Al-Qassam Hamas menambah bahawa Israel tidak mematuhi syarat yang dipersetujui dalam membebaskan tahanan Palestin.
BERITA PENUH DI SINI.
Hospital Indonesia di Gaza dikosongkan sepenuhnya - Kementerian Kesihatan Gaza
Satu lagi hospital di Semenanjung Gaza iaitu Hospital Indonesia telah dikosongkan sepenuhnya pada Sabtu, kata Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudra.
Selain itu, baki mangsa yang cedera juga sedang dipindahkan dari Kompleks Perubatan Al-Shifa iaitu hospital terbesar di Gaza, lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
'Mereka musnahkan, kami bina semula' - Penduduk Gaza
"Mereka musnahkan, kami bina semula. Ini kali keempat mereka hancurkan rumah saya tapi saya tetap di sini."
Itu kata-kata seorang warga emas di Gaza, sambil duduk di atas konkrit sisa runtuhan rumahnya yang dirakam jurugambar bebas warga Gaza, Mariam Riyad Abu Dagga dan dimuat naik ke akaun Instagram @mariam_abu_dagga pada Jumaat.
BERITA PENUH DI SINI.
Gencatan senjata perlu bersifat kekal - Perdana Menteri Sepanyol
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez, menyatakan bahawa gencatan senjata semasa di Gaza tidak mencukupi, serta menekankan keperluan untuk gencatan senjata yang bersifat kekal.
Sanchez yang dalam lawatan ke sempadan Rafah di Mesir turut menyeru pembebasan semua tebusan.
BERITA PENUH DI SINI.
Presiden Joe Biden harap gencatan senjata dapat dilanjut
Presiden Joe Biden berharap gencatan senjata antara Israel-Hamas dapat dilanjutkan lebih daripada tempoh empat hari yang dipersetujui.
Beliau berpendapat, ini akan membolehkan lebih ramai tebusan dibebaskan.
BERITA PENUH DI SINI.
Setiausaha Luar Britain bertemu Presiden Palestin
Setiausaha Luar Britain, David Cameron mengadakan pertemuan dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Ramallah, pada hari kedua rangka lawatannya ke rantau itu.
Pertemuan ini diadakan ketika gencatan senjata Israel-Hamas berkuat kuasa.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel siap sedia operasi ketenteraan fasa seterusnya - IDF
Tentera Israel menggunakan gencatan senjata empat hari dengan Hamas sebagai persediaan fasa seterusnya operasi mereka di Gaza, kata ketua jurucakap tentera Israel (IDF) pada Jumaat.
Menurut Daniel Hagari, sejurus sahaja pembebasan tebusan Palestin selesai, perbincangan berkenaan operasi ketenteraan darat oleh IDF di Gaza akan terus bermula.
BERITA PENUH DI SINI.
Tahanan Palestin sifatkan penjara Israel sebagai 'malapetaka'
Seorang tahanan Palestin berusia 17 tahun yang dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas menyifatkan keadaan penjara Israel sebagai "malapetaka".
Laith Othman berkata bahawa banduan dibiarkan kelaparan dan mereka tidak dibenarkan meninggalkan sel mereka.
BERITA PENUH DI SINI.
Tak sangka akhirnya bebas selepas 8 tahun dipenjara
Selepas lapan tahun dalam penjara, tahanan Palestin berusia 24 tahun, Marah Bkeer akhirnya menjadi tahanan pertama yang dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas.
Tidak dapat menahan sebak, ibu kepada Bkeer, Sawsan terus memeluk anak perempuannya yang ditawan pada usia 16 tahun.
BERITA PENUH DI SINI.
Sejumlah 63 tebusan dibebaskan pada Jumaat
Sejumlah 63 tebusan dalam konflik perang antara kumpulan pejuang Hamas dan Israel telah dibebaskan pada Jumaat.
Hamas telah membebaskan 24 tebusan, manakala Israel membebaskan 39 tahanan Palestin selepas gencatan senjata Israel-Hamas yang dirunding oleh Qatar berkuat kuasa.
BERITA PENUH DI SINI.
Ditahan kerana ingin solat, akhirnya bebas
Palestinians flock to welcome the freed child Jamal Abu Hamdan (16 years old) in #Nablus in the #WestBank, who was released today within the prisoners' exchange deal.
— Quds News Network (@QudsNen) November 24, 2023
Abu Hamdan was kidnapped earlier this year by the Israeli forces for entering Al Aqsa mosque to perform prayers… pic.twitter.com/KhWxLKEEh5
Rakyat Palestin terkandas di Mesir kembali ke Gaza
Rakyat Palestin yang terkandas di Mesir akibat perang kembali ke Gaza selepas bermulanya gencatan senjata, menurut seorang pegawai Palestin.
Wakil kedutaan Palestin di persimpangan Rafah dan ketua komuniti Palestin di wilayah Sinai, Kamal al-Khatib berkata rakyat Palestin yang terkandas di El Arish telah mula memasuki Gaza di bawah perjanjian di antara pihak berkuasa Mesir dan kedutaan Palestin di Kaherah.
Terdapat 920 rakyat Palestin terkandas di bandar berhampiran sempadan, tambahnya.
[VIDEO] Langsung dari sempadan Gaza-Israel
2 maut, 11 cedera ditembak ketika pulang ke utara
Ramai penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal dilapor cuba untuk kembali ke kediaman mereka di utara Gaza, walaupun setelah diberi amaran oleh tentera Israel.
Sekurang-kurangnya dua orang ditembak dan dibunuh oleh tentera Israel manakala 11 lagi cedera di kaki, menurut AP.
Wan Junaidi ulangi pendirian kerajaan terhadap Palestin
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengulangi pendirian kerajaan berhubung Palestin, dengan sokongan dan solidariti yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha rakyat negara itu mencapai kebebasan daripada pendudukan, konflik dan permusuhan.
Beliau berkata pendudukan, konflik dan permusuhan di Gaza tidak membawa faedah dan hanya mengakibatkan lebih banyak kesakitan dan penderitaan manusiawi.
BERITA PENUH DI SINI
Persiapan terima tawanan bebas selesai - IDF
Tentera Israel (IDF) berkata ia telah menyediakan beberapa lokasi khusus untuk penerimaan awal tawanan yang dibebaskan, termasuk sokongan perubatan.
“Selepas penerimaan awal dan rawatan perubatan, tawanan yang dibebaskan akan terus dibawa ke hospital, di mana mereka akan disatukan semula dengan keluarga mereka,” kata IDF dalam satu kenyataan.
Tentera Israel menambah bahawa empat helikopter membawa pasukan perubatan dan askar akan bertanggungjawab menyudahkan proses penghantaran balik tawanan selepas mengambil mereka.
7 cedera ketika pulang ke utara Gaza
Agensi berita Palestin Wafa melaporkan tujuh orang cedera ditembak tentera Israel ketika cuba pulang ke kediaman mereka di utara Gaza.
Tentera Israel telah memberi amaran kepada penduduk Gaza bahawa pergerakan dari selatan Semenanjung Gaza ke utara "tidak akan dibenarkan dalam apa cara sekali pun".
PRCS dapat 2 ambulans, 85 trak bantuan
Today, the Palestine Red Crescent teams received two ambulances and 85 trucks loaded with aid from the Egyptian Red Crescent through the Rafah crossing.
— PRCS (@PalestineRCS) November 24, 2023
These trucks are carrying essential supplies such as food, water, relief items, medical equipment, and medications.#Gaza… pic.twitter.com/r1QRrGkU4X
130,000 liter diesel memasuki Gaza dari Mesir setiap hari
Kira-kira 130,000 liter bahan api diesel dan empat trak gas akan memasuki Gaza dari Mesir setiap hari mulai Jumaat, menurut seorang pegawai Mesir.
“Dua ratus trak, sarat dengan makanan, ubat-ubatan dan air, akan masuk setiap hari buat pertama kali sejak permulaan perang Israel di semenanjung itu,” kata pengerusi Perkhidmatan Maklumat Negara Mesir, Diaa Rashwan dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Rashwan berkata bahawa Mesir akan terus menerima mangsa yang cedera dari Gaza untuk rawatan dan memudahkan pemindahan warga asing dan dua warganegara yang terperangkap di wilayah itu.
Beliau juga berkata, buat pertama kali sejak bermulanya konflik, Mesir akan membenarkan rakyat Palestin yang ingin memasuki Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.
90 trak bantuan memasuki Gaza
Sekurang-kurangnya 90 trak bantuan telah memasuki Gaza setakat ini melalui lintasan sempadan Rafah pada Jumaat, kata pegawai Mesir di sempadan kepada CNN.
Trak itu adalah antara 200 trak bantuan yang telah memasuki bahagian sempadan Mesir pada pagi Jumaat.
PM UK alu-alukan gencatan senjata
This humanitarian pause is critical to end the terrible ordeal of hostages held by Hamas and get life-saving aid into Gaza.
— Rishi Sunak (@RishiSunak) November 24, 2023
I want to thank Qatar, Egypt and others for the intensive diplomacy that has got us here. We will not stop until all hostages are safely returned. https://t.co/57ir5Tzfhf
Rejim zionis teruskan serangan di Tebing Barat
Tentera Israel masih meneruskan serangan di seluruh Tebing Barat yang diduduki.
Ini berlaku walaupun gencatan senjata sepanjang 4 jam jeda kemanusiaan telah berkuat kuasa di Semenanjung Gaza.
Persatuan Tahanan Palestin berkata seorang warga Palestin berusia 22 tahun terbunuh ketika serangan di Jericho.
Seorang lagi warga Palestin, yang cedera parah dalam serangan ke atas Tulkarem, juga meninggal dunia.
Menurut rakaman video yang disiarkan di media sosial dan disahkan oleh Al Jazeera, tentera Israel pagi ini turut menahan beberapa orang di bandar Tarqumiyah, barat Hebron.
Sekurang-kurangnya 231 rakyat Palestin telah terbunuh di Tebing Barat sejak 7 Oktober, termasuk enam tahanan yang meninggal dunia dalam tahanan Israel.
Kereta kebal Israel bergerak di dalam Gaza
24 wanita, 15 remaja Palestin bebas malam ini
Pesuruhjaya Palestin bagi tahanan, Qadura Fares berkata 24 wanita dan 15 remaja lelaki yang dijadual dibebaskan dari penjara Israel akan diserahkan kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di penjara tentera Ofer Israel pada kira-kira jam 10 malam ini, waktu Malaysia.
“Selepas Palang Merah menerima tahanan (Palestin), mereka yang dari Baitulmaqdis akan pergi ke Baitulmaqdis, dan yang dari Tebing Barat akan berkumpul di majlis perbandaran Betunia di mana keluarga mereka akan menunggu di situ,” kata Fares kepada Reuters.
Sejumlah 150 wanita dan kanak-kanak dijangka dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata, yang juga akan menyaksikan pembebasan 50 tawanan yang ditahan di Gaza.
Terdapat sekurang-kurangnya 7,200 rakyat Palestin dalam tahanan Israel.
Gencatan senjata empat hari di Gaza melegakan - PM Anwar
Dalam mezahirkan sedikit rasa lega dengan berita mengenai gencatan senjata selama empat hari di Gaza, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun tetap menyuarakan rasa bimbang dengan tindak tanduk rejim ganas.
"Melegakan sedikit, tetapi berhadapan dengan rejim ganas, yang buat kenyataan bahawa mereka akan meneruskan kegiatan keganasan, itu sangat membimbangkan kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Furqan Presint 11, di sini hari ini.
BERITA PENUH DI SINI
Apa yang berlaku di Gaza sejak 7 Oktober?
- Lebih 14,800 orang terbunuh dalam serangan Israel, termasuk 6,150 kanak-kanak dan kira-kira 4,000 wanita.
- Sekurang-kurangnya 1.7 juta orang menjadi pelarian.
- Seramai 191 pelarian yang berlindung di premis UNRWA telah terbunuh manakala 798 cedera.
- Lebih separuh unit kediaman Gaza telah musnah atau rosak, dengan berpuluh-puluh tempat ibadah turut dibom.
- Daripada 24 hospital yang beroperasi di utara sebelum perang, 22 premis sama ada tidak beroperasi atau tidak dapat menerima pesakit baharu.
- Daripada 11 kemudahan perubatan di selatan, lapan masih berfungsi.
- Tiada kedai roti beroperasi, kerana kekurangan bahan api, air dan tepung gandum, serta kerosakan struktur akibat pengeboman.
8 lori tangki bahan api, gas memasuki selatan Gaza
This morning, 4 tankers of fuel and 4 tankers of cooking gas—designated for operating essential humanitarian infrastructure—were transferred from Egypt to UN humanitarian aid organizations in southern Gaza, via the Rafah Crossing.
— Israel Defense Forces (@IDF) November 24, 2023
This was approved by the Israeli government as…
Penduduk Palestin diberi amaran tidak berpindah ke utara
Israel menggugurkan risalah yang memberi amaran kepada penduduk Palestin yang dipindahkan supaya tidak menuju ke utara.
Tindakan itu dibuat selepas pegawai Israel berkata penduduk Gaza tidak boleh pulang ke rumah mereka di utara ketika gencatan senjata selama empat hari.
Sementara itu, tentera Israel berkata sejurus sebelum gencatan senjata bermula, ia telah memusnahkan terowong dan beberapa aci terowong di kawasan Hospital al-Shifa, kemudahan perubatan terbesar di Semenanjung Gaza.
PA terima senarai rakyat Palestin dijadual dibebaskan
Al Jazeera melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Palestin telah menerima satu senarai dengan nama 39 rakyat Palestin yang dijangka dibebaskan hari ini.
"Kami juga mendengar bahawa senarai itu mungkin bukan yang muktamad," kata wartawan Al Jazeera Zein Basravi melaporkan dari Nablus, di Tebing Barat yang diduduki.
“Kami cuma pasti bahawa tiada keluarga Palestin yang telah dimaklumkan jika orang tersayang antara yang 39 yang tersenarai.”
Trak bantuan memasuki Gaza
Tiga trak bantuan pertama dilihat memasuki Semenanjung Gaza.
Dua daripadanya membawa bahan api, manakala baki membawa gas, lapor Al Jazeera dari lintasan sempadan Rafah.
Penduduk Gaza Selatan pulang ke rumah
Jeda kemanusiaan mula berkuat kuasa
Jeda kemanusiaan selama empat hari di antara tentera Israel dan Hamas berkuat kuasa pagi Jumaat di semua wilayah Semenanjung Gaza dengan serangan dihentikan seketika manakala bantuan kemanusiaan mula disalurkan.
Menurut Agensi Anadolu (AA), jeda kemausiaan bermula pada 7 pagi waktu tempatan (0500GMT) (12 tengah hari Waktu Malaysia).
BERITA PENUH DI SINI
[VIDEO] Tentera Israel tahan pekerja Gaza di Tebing Barat
قوات الاحتلال الإسرائيلي تعتقل عمالاً من غزة في بلدة ترقوميا غربي الخليل في الضفة الغربية#حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/m4HcsTF8sv
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) November 24, 2023
Tingkat 1 Hospital Indonesia musnah dalam serangan Israel
Ketua badan amal Indonesia Medical Emergency Rescue Committee (MER-C) Dr Sarbini Abdul Murad mengesahkan serangan ke atas kemudahan perubatan malam tadi telah menyebabkan kerosakan yang besar.
“Malam tadi, tentera Israel menyerang hospital dengan kereta kebal dan memusnahkan semua tingkat satu.
"Kerosakan yang sangat teruk,” kata Murad, bercakap kepada Al Jazeera dari Jakarta.
“Sebelum ini, mereka telah menyerang tingkat tiga. Mereka menahan sekurang-kurangnya tiga orang.
"Ini cara mereka mengambil alih hospital sebelum gencatan senjata hari ini,” katanya.
“Pada Khamis, sukarelawan kami dipindahkan ke Rafah bersama doktor dan orang yang cedera.
"Tetapi kira-kira 200 orang tinggal di Hospital Indonesia kerana tiada pengangkutan untuk membawa mereka ke Rafah,” katanya.
Hospital Indonesia dibina pada 2011 dengan sumbangan MER-C yang dikutip daripada warga Indonesia dan pertubuhan kemanusiaan.
Gaza dibom dari 'udara, darat dan laut' menjelang gencatan senjata - UNOCHA
Israel memperhebat pengebomannya ke atas Semenanjung Gaza dari udara, darat dan laut dalam tempoh 24 jam menjelang gencatan senjata yang dijadual bermula pada Jumaat, lapor PBB.
“Ramai korban telah dilaporkan,” kata Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (UNOCHA) dalam laporan situasi terkini mengenai Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.
DUN P. Pinang sebulat suara lulus usul nyatakan solidariti untuk Palestin
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini sebulat suara meluluskan usul menyatakan solidariti untuk rakyat Palestin atas kekejaman dan kezaliman zionis Israel.
Usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dipersetujui sebulat suara tanpa bahas.
BERITA PENUH DI SINI
Netanyahu tuduh PBB lambat tangani krisis
Turki rancang pindahkan kanak-kanak Gaza yang cedera, sakit
Biden harap kanak-kanak yang ditawan dibebaskan
27 maut, Israel bom sekolah PBB di Gaza
'Israel tidak akan berundur dari genting Gaza'
Israel jangka perang berlanjutan dua bulan lagi
Menteri Pertahanan Israel berkata, operasi ketenteraan zionis menentang Hamas akan kembali bersambung dengan “sepenuh kekuatan” selepas gencatan senjata sementara berakhir.
Angkatan pertahanan negara itu juga, kata beliau, menjangkakan peperangan akan berlanjutan selama sekurang-kurangnya dua bulan lagi.
BERITA PENUH DI SINI
Hamas, Israel mulakan gencatan senjata pada Jumaat
Israel sahkan 39 rakyat Palestin akan dibebaskan hari ini
Pihak berkuasa Israel mengesahkan akan membebaskan 39 rakyat Palestin yang dipenjarakan sebagai memenuhi rundingan yang dicapai dengan Hamas.
Menurut seorang pegawai, kesemua banduan berkenaan akan dibawa dari dua penjara iaitu Damon dan Megiddo sebelum dibawa ke penjara Ofer di selatan Ramallah.
BERITA PENUH DI SINI
Gencatan senjata bermula pagi Jumaat, 13 tebusan akan dibebaskan Hamas
Kerajaan Qatar memaklumkan, gencatan senjata sementara seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak akan berkuat kuasa pada Jumaat, jam 7 pagi (waktu tempatan).
Qatar juga menjangkakan, seramai 13 tebusan rakyat Israel yang berada dalam tawanan Hamas akan dibebaskan pada Jumaat.
BERITA PENUH DI SINI
'Jeda kemanusiaan 4 hari tidak mencukupi'
Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC) berkata ia mengalu-alukan sebarang penangguhan daripada pertempuran dan pengeboman di Gaza, namun memberi amaran bahawa jeda empat hari yang dipersetujui tidak mencukupi untuk menangani krisis kemanusiaan di Gaza.
Adalah sangat kritikal untuk menggunakan sebarang jeda untuk meningkatkan aliran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menjamin pembebasan selamat tawanan, kata IRC.
'The Palestine Laboratory' menang anugerah kewartawanan di Australia
Wartawan penyiasat Antony Loewenstein telah memenangi anugerah untuk bukunya mengenai tindakan keji tentera Israel.
Buku “The Palestine Laboratory: How Israel Exports the Technology of Occupation Around the World” mengkaji bagaimana wilayah Palestin yang diduduki digunakan oleh Israel sebagai tempat ujian bagi senjata baharu.
Loewenstein memenangi kategori buku di The Walkley Awards, anugerah kewartawanan tertinggi di Australia.
Beliau berkata bukunya "menunjukkan bagaimana Israel telah menghabiskan tempoh beberapa dekad menyempurnakan alat dan teknologi untuk mengawal populasi 'musuh' iaitu Palestin, dan bagaimana ia kini dieksport ke lebih 100 negara di seluruh dunia, daripada negara demokrasi kepada pemerintahan diktator".
Tangisan seorang ibu
A grieving mother bursts into tears as she bids a farewell for her child who was murdered by Israeli airstrikes in #Gaza. pic.twitter.com/3wMq07Ku58
— Quds News Network (@QudsNen) November 23, 2023
Mangsa kekejaman zionis
Bereaved family members bid a final farewell to their loved ones in Rafah, southern #Gaza, as Israeli airstrikes continue despite talks of an upcoming humanitarian pause. pic.twitter.com/J2VUI2C4Zj
— Quds News Network (@QudsNen) November 23, 2023
Pengarah hospital ditahan ketika dalam perjalanan ke selatan Gaza
Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza berkata Pengarah Hospital al-Shifa Abu Salmiya sedang dalam perjalanan dari utara Semenanjung Gaza ke selatan bersama anggota perubatan lain apabila dia ditangkap oleh tentera Israel.
Setesen TV Israel Kan melaporkan Abu Salmiya disoal siasat oleh perkhidmatan perisikan Israel Shin Bet susulan penahanannya.
Hamas selar penahanan pengarah, kakitangan perubatan Hospital al-Shifa
Hamas mengutuk penahanan pengarah dan kakitangan perubatan Hospital al-Shifa oleh tentera Israel dan menyeru organisasi antarabangsa berusaha membebaskan mereka dengan segera.
“Kami menganggapnya sebagai tindakan keji yang hanya datang daripada entiti yang tidak mempunyai semua rasa kemanusiaan dan moral, di samping menjadi jenayah dan pelanggaran konvensyen antarabangsa yang menjamin tiada serangan terhadap kakitangan perubatan pada setiap masa,” kata Hamas dalam satu kenyataan.
Israel diserang dari Lubnan
Israel berkata ia menerima serangan paling dahsyat dari Lubnan sejak perang bermula.
Menurut Radio Tentera Israel, kira-kira 50 peluru dilepaskan ke arah bandar Upper Galilee di utara Israel.
Siren udara dibunyikan di bandar berhampiran sempadan Lubnan, dan beberapa kediaman di kawasan Manara dibom namun kemalangan jiwa dilaporkan.
Kumpulan bersenjata Lubnan Hizbullah berkata ia telah menyasarkan dua lokasi infantri tentera Israel di kawasan Dhayra dan Jal al-Alam.
Ia menambah bahawa pangkalan tentera Ein Zeitim Israel di bandar Safed turut menjadi sasaran.
Konvoi trak bantuan menunggu di sempadan Mesir-Gaza
Konvoi besar-besaran trak bantuan sedang menunggu di sebelah Mesir di sempadan Rafah.
Ia susulan gencatan senjata di antara Israel dan Hamas yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
Pejabat akhbar kerajaan Mesir memberitahu CNN pada Khamis bahawa masih belum jelas bentuk atau berapa banyak bantuan yang akan dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza.
Pemindahan hospital: Kementerian Kesihatan Gaza henti selaras dengan WHO
Kementerian Kesihatan Gaza memutuskan untuk menghentikan penyelarasan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam memindahkan mangsa yang cedera dan kakitangan perubatan.
Ia dibuat selepas penahanan pengarah Hospital al-Shifa dan doktor lain.
Jurucakap Ashraf al-Qudra berkata Israel dan PBB bertanggungjawab di atas penahanan kakitangan perubatan.
Beliau sambil menambah bahawa tentera Israel bertindak ganas terhadap kakitangan perubatan dan pesakit.
90 lagi rakyat Palestin ditahan di Tebing Barat
Persatuan Tahanan Palestin berkata tentera Israel telah menangkap 90 rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki sejak malam tadi.
Seramai 36 daripadanya adalah dari kampung Azzun di timur Qalqilya dan kem pelarian Arroub.
Antara yang ditangkap ialah bekas tahanan.
Sejak 7 Oktober lalu, seramai 3,130 rakyat Palestin telah ditahan di Tebing Barat yang diduduki.
'Diam bukan satu pilihan untuk saya' - Pelakon Hollywood Melissa Barrera
Melissa Barrera, yang dipecat daripada sekuel filem Hollywood "Scream" awal minggu ini berkata dia tidak akan berdiam diri.
“Pertama sekali, saya mengutuk antisemitisme dan Islamofobia.
"Saya mengutuk kebencian dan prasangka dalam apa jua bentuk terhadap mana-mana kumpulan.
“Saya akan terus bersuara untuk mereka yang amat memerlukannya dan terus menyokong keamanan dan keselamatan, hak asasi manusia dan kebebasan.
"Berdiam diri bukan pilihan untuk saya,” tulis Barrera di Instagram.
Bintang Hollywood hilang tawaran berlakon kerana pro-Palestin
Agensi bakat Hollywood United Talent Agency (UTA) menggugurkan Susan Sarandon susulan kenyataan yang dibuat pelakon itu pada perhimpunan pro-Palestin di New York.
Selain itu Melissa Barrera juga dipecat daripada membintangi filem Scream VII, selepas berkongsi kenyataan pro-Palestin di media sosial, lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
Sepanyol pilih iktiraf negara Palestin
Menteri Luar Jose Manuel Albares berkata Sepanyol memihak mengiktiraf negara Palestin "untuk jangka masa yang singkat".
Dalam temu bual dengan stesen radio Sepanyol RNE, Albares berkata sebuah negara Palestin "akan menjadi jaminan terbaik untuk keamanan di Timur Tengah".
PM Pedro Sanchez dijangka berkunjung ke Israel dan wilayah Palestin yang diduduki hari ini bersama rakan sejawatannya dari Belgium Alexander De Croo.
Tahap kemusnahan di kem pelarian Jabalia
Qatar dijangka umum gencatan senjata beberapa jam lagi
Qatar akan mengumumkan bermulanya gencatan senjata di antara Hamas dan Israel dalam beberapa jam akan datang, kata Kementerian Luar Qatar pada pagi Khamis waktu tempatan.
Sumber diplomatik memberitahu CNN bahawa gencatan senjata mungkin akan bermula pada Jumaat, dengan waktu paling awal adalah tengah malam waktu tempatan (Jumaat, 6 pagi waktu Malaysia).
7 petugas perubatan, 180 pesakit masih berada di Hospital Al-Shifa
Doctor at Al-Shifa Complex: 3 doctors and 4 nurses are providing care for the 180 patients who are still trapped in the hospital, Gaza. pic.twitter.com/uXM4CdhEZk
— Quds News Network (@QudsNen) November 23, 2023
4 maut dalam pengeboman di kem pelarian Jabalia
Sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin terbunuh dalam pengeboman terbaharu Israel ke atas kem pelarian Jabalia yang menyasarkan Jalan Abu Qamar, lapor wartawan Al Jazeera.
Wartawan BBC dakwa majikan berat sebelah
BBC telah dituduh oleh wartawannya gagal menceritakan kisah konflik Israel-Hamas dengan tepat.
Syarikat penyiar itu sebaliknya, dakwa mereka, memfokuskan laporan kepada mangsa Israel berbanding rakyat Palestin, selain mengabaikan konteks sejarah penting dalam liputan.
Lapan wartawan yang berpangkalan di UK dalam surat kepada Al Jazeera berkata, BBC juga dikatakan berat sebelah terhadap pelaporan melibatkan orang awam.
"BBC telah gagal untuk menceritakan kisah ini dengan tepat, dan oleh itu gagal membantu orang ramai memahami pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di Gaza," tulis surat itu.
“Ribuan rakyat Palestin telah terbunuh sejak 7 Oktober.
"Bilakah jumlahnya cukup tinggi untuk pendirian editorial kami berubah?"
Serangan di sempadan Lubnan-Israel
Tentera Israel dilapor telah mengebom kawasan sekitar bandar sempadan Lubnan Shihin dan Al-Jebin.
Al Jazeera turut melaporkan pejuang Hizbullah mengumumkan pelancaran peluru berpandu ke arah tapak Sasa'a di Israel.
Pada Rabu, Hizbullah mengumumkan kematian lima pejuangnya, termasuk anak kepada ketua blok parlimen parti itu, Muhammad Raad yang terbunuh dalam serbuan Israel ke atas sebuah rumah di selatan Lubnan.
Pesawat Israel bom rumah di belakang tanah perkuburan di kem pelarian Nuseirat
The #Isreali occupation's aircraft bombs a house behind the cemetery in the Nuseirat refugee camp, #Gaza Strip. pic.twitter.com/cWjFdgE5Tq
— Quds News Network (@QudsNen) November 23, 2023
Israel arah pengosongan Hospital Indonesia
Tentera Israel telah memberi amaran kepada orang ramai di Hospital Indonesia untuk mengosongkan premis itu dalam tempoh empat jam, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza.
Bercakap kepada Al Jazeera, Munir al-Bursh yang berada di dalam Hospital Indonesia berkata pengeboman masih berterusan di sekitar hospital di utara Gaza dari segenap sudut.
200 pesakit belum dipindahkan, 65 mayat tidak dapat dikebumikan
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza memberitahu Al Jazeera bahawa terdapat 65 mayat di dalam Hospital Indonesia yang tidak dapat dikebumikan.
Munir al-Bursh berkata masih terdapat kira-kira 200 pesakit di Hospital Indonesia selepas kira-kira 450 pesakit dipindahkan semalam.
Setiap ambulans hanya mampu membawa sehingga tujuh pesakit pada satu masa, tambahnya.
Tentera Israel telah mengarahkan pengosongan Hospital Indonesia yang dikepung dalam tempoh empat jam.
Rumah dimusnahkan pesawat Israel dalam serangan udara di Rafah
Homes destroyed by the #Isreali occupation's aircraft in its airstrikes on Rafah, #Gaza Strip. pic.twitter.com/gxU0G4VS5w
— Quds News Network (@QudsNen) November 23, 2023
Pengarah Hospital Al-Shifa dilapor ditangkap
Seorang doktor di Hospital Al-Shifa di Kota Gaza memberitahu agensi berita AFP bahawa pengarah pusat perubatan itu dan beberapa kakitangan lain telah ditangkap oleh tentera Israel.
"Doktor Mohammad Abu Salmiya telah ditangkap bersama beberapa doktor kanan lain," kata Khalid Abu Samra, ketua jabatan di hospital itu.
Tentera Israel sasar ambulans
The #Isreali occupation army targets an ambulance transporting wounded individuals as it crosses Salah al-Din Street in the #Gaza Strip. pic.twitter.com/7AYrJ4bz7j
— Quds News Network (@QudsNen) November 23, 2023
Israel bom kejiranan Saudi di Rafah
The #Isreali occupation bombed the Saudi neighborhood in Rafah, #Gaza Strip just moments ago. pic.twitter.com/k4VD3FToPe
— Quds News Network (@QudsNen) November 23, 2023
Briged Al-Quds sasar 11 kenderaan tentera sekitar Bandar Gaza
Briged al-Quds, sayap bersenjata kumpulan Jihad Islam Palestin, berkata ia telah menyasarkan 11 kenderaan tentera Israel di kawasan kejiranan Kota Gaza di Zeitoun, Tal al-Hawa, Shati, Sheikh Radwan dan Juhor ad-Dik.
15 rakyat Palestin terbunuh di timur Khan Younis
Berpuluh-puluh rakyat Palestin dilapor terbunuh dan cedera dalam beberapa siri serbuan Israel yang menyasarkan rumah yang didiami di Semenanjung Gaza.
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, dan beberapa lagi hilang, dalam serbuan Israel yang menyasarkan lima rumah di timur Khan Younis, di selatan Gaza.
Tentera Israel menyasarkan dua lagi rumah dan sebuah apartmen di Deir el-Balah di tengah Gaza dengan sejumlah korban dilaporkan dalam serangan tersebut.
Serangan Israel di Tebing Barat yang diduduki
قوات الاحتلال الإسرائيلي تقتحم مخيم العروب شمال الخليل في الضفة الغربية#حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/odgGVmQpoG
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) November 23, 2023
Pelajar Australia lancar mogok untuk Palestin
School strike for Palestine - huge numbers holding space in Melbourne Central. pic.twitter.com/pofpBzO4NY
— Matt (@MattH093) November 23, 2023
Serangan terbaharu Israel di utara Gaza
Al Jazeera melaporkan serangan terbaharu tentera Israel yang menyasarkan beberapa kediaman di kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Jumlah korban setakat ini tidak diketahui.
SPRM beku akaun NGO kutip derma Palestin, siasat penyelewengan dana RM70 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun bank syarikat sebuah pertubuhan amal yang menjalankan kutipan derma untuk Palestin bagi membantu siasatan penyalahgunaan wang sumbangan orang ramai.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, siasatan awal telah mengenal pasti beberapa isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
Serangan Israel masuk hari ke-47, angka korban di Gaza meningkat kepada 14,532
Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara dan darat Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas meningkat kepada 14,532 orang.
Ini termasuk lebih 6,000 kanak-kanak dan 4,000 wanita, kata pejabat media di wilayah dikepung itu pada Rabu.
BERITA PENUH DI SINI
Kekejaman zionis Israel: "Ini salah kerajaan AS, Eropah!" - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi lantang bersuara mempertahankan nasib rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.
Terbaharu menerusi perkongsiannya di platform X, beliau menegaskan, dunia ketika ini sedang menyaksikan pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin oleh Israel.
BERITA PENUH DI SINI
Tidak takut diboikot, Lee Young-ae derma RM200,000 kepada Palestin
AKTRES Lee Young-ae menzahirkan kepeduliannya terhadap Palestin dengan mendermakan RM200,000 kepada mangsa yang terlibat dalam konflik berdarah itu.
Dana tersebut disumbangkan menerusi pasukan Palang Merah Korea Selatan dengan kerjasama Palang Merah antarabangsa.
BERITA PENUH DI SINI
[KOLUMNIS] Kepintaran Hamas...
KEPADA banyak orang, barangkali ada sedikit ria di celah-celah laporan nestapa perang yang mendera, apabila gencatan senjata dipersetujui Israel, pada satu hari - selepas 46 hari - Palestin dizalimi dalam serangan bertubi-tubi menghilangkan nyawa 13,000 manusia.
Nanti dulu, usah cepat ada rasa lega dan gembira. Kita kembali kepada tarikh 7 Oktober 2023, di mana semua kegilaan "berkali-kali" Israel ini bermula. Israel terkejut dengan kecekapan Hamas lancar serangan.
BERITA PENUH DI SINI
Tiada pembebasan tebusan sebelum Jumaat
Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan Israel, Tzachi Hanegbi mengumumkan, tiada sebarang pembebasan tebusan yang akan berlaku sebelum hari Jumaat, sekalipun, tindakan melakukan gencatan senjata dengan Hamas sudah dicapai pada Rabu.
"Rundingan mengenai pembebasan tebusan semakin maju dan berterusan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
BERITA PENUH DI SINI
50 tawanan Israel, 150 rakyat Palestin akan dibebaskan
Israel dan pasukan pejuang Hamas dari Palestin pada Rabu bersetuju untuk melancarkan gencatan senjata di Semenanjung Gaza untuk tempoh masa sekurang-kurangnya empat hari.
Keputusan itu dicapai bagi membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan manakala 50 tebusan Israel yang ditawan Hamas akan dibebaskan, manakala Israel pula akan membebaskan 150 rakyat Palestin yang dipenjarakan.
BERITA PENUH DI SINI
Ratusan mayat rakyat Palestin dikebumi dalam satu lahad
Lebih 100 mayat rakyat Palestin tanpa identiti telah dikebumikan dalam satu liang lahad yang sama di Khan Younis, selatan Gaza.
“Kesemua mereka dibunuh dan keluarga serta saudara-mara tidak mengetahui nasib yang menimpa mereka. Kami tidak mengenali kesemua mereka,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Hamas, Bassam Dababesh kepada agensi berita antarabangsa, Reuters.
BERITA PENUH DI SINI
Gaza tempat paling bahaya untuk kanak-kanak
Ketua Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) menyifatkan Semenanjung Gaza sebagai “tempat paling bahaya di dalam dunia untuk kanak-kanak.”
Berucap pada sidang Majlis Keselamatan PBB pada Rabu, Catherine Russell berkata, perjanjian gencatan senjata yang sukar antara Israel dan Hamas belum cukup untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak.
BERITA PENUH DI SINI
Penduduk melihat kemusnahan di bandar Rafah
#Palestinians inspect the ruins of destroyed homes after an #Israeli airstrike on the city of Rafah, #Gaza. pic.twitter.com/nuz7Uxjue9
— Quds News Network (@QudsNen) November 22, 2023
Dua sekolah di utara dan tengah Gaza disahkan musnah
#UNRWA: Confirmed reports of the complete destruction of two schools affiliated to us in the north and central #Gaza Strip. pic.twitter.com/f8x6rRIhhm
— Quds News Network (@QudsNen) November 22, 2023
Nasib pasukan bola sepak orang kudung dari Gaza tidak diketahui
Penganjur Projek Tongkat: Stand with Palestine yang kini dalam misi jelajahnya dari 18 hingga 26 November, masih terputus hubungan dengan pasukan Bola Sepak Orang Kudung As-Salam FC dari Gaza.
Pengarah projek Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata pasukan itu sepatutnya turut menyertai jelajah berkenaan, namun disebabkan serangan terhadap Gaza, mereka tidak dapat datang ke Malaysia selain gagal dihubungi hingga kini.
BERITA PENUH DI SINI
Pilu melihat kediaman di Rafah hancur!
Israeli airstrike destroyed a house in Rafah, southern #Gaza Strip. pic.twitter.com/ENln7bAq29
— PALESTINE ONLINE ?? (@OnlinePalEng) November 22, 2023
Sukarelawan perubatan Indonesia di Gaza sedia berpindah
Kementerian Luar Indonesia pada Rabu mengumumkan tiga rakyatnya di Hospital Indonesia di Gaza Utara sedang membuat persiapan untuk berpindah ke selatan Gaza.
Jurucakap kementerian itu berkata sumber mereka di Gaza memaklumkan tiga individu itu, yang merupakan sukarelawan Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan berada dalam keadaan baik.
BERITA PENUH DI SINI
Selebriti Hollywood terpecah dua, yang sokong Palestin terus ditimpa masalah
"Every person in Hollywood I know that has been vocal online about the cleansing of the #Palestinian people has faced consequences."
— Quds News Network (@QudsNen) November 22, 2023
Rowan Blanchard reveals… pic.twitter.com/lL2anzYKyq
Kami mahu gencatan senjata kekal, kata Duta Palestin
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata apa yang mereka mahukan adalah gencatan senjata yang berkekalan dan mewujudkan koridor kemanusiaan segera.
Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pencerobohannya terhadap rakyat Palestin di Gaza dan pendudukan di Tebing Barat, sambil menambah bahawa rejim Israel tidak akan pernah menghentikan kekejamannya terhadap rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Ketua WHO alu-alukan gencatan senjata, terlalu banyak bantuan perlu disampaikan
We welcome the announcement of the Israel-Hamas agreement for 50 Israeli hostages to be released. My thoughts are with the families, some of whom my @WHO colleagues and I met with in recent weeks.
— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) November 22, 2023
We also welcome the 4-day pause in fighting that will allow more aid to be safely…
Israel teruskan serangan di Gaza menjelang gencatan senjata
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) meneruskan serangan di Semenanjung Gaza menjelang gencatan senjata yang dipersetujui.
Seorang jurucakap IDF berkata kira-kira 400 terowong telah dijumpai dan dimusnahkan sejak 7 Oktober.
Jurucakap itu berkata IDF telah melakukan serangan ke atas infrastruktur Hamas dan menyasarkan pejuang Hamas.
Ia juga mengesahkan bahawa IDF telah melakukan serbuan di Sheikh Za'id di barat laut Jabalya.
Hizbullah tidak terlibat perjanjian gencatan senjata
Sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera bahawa kumpulan itu bukan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di antara Hamas dan Israel.
Pegawai itu menambah bahawa sebarang pencerobohan Israel di selatan Lubnan atau Gaza semasa tempoh gencatan senjata akan disambut dengan tindak balas daripada Hizbullah.
Kumpulan itu telah berbalas tembakan dengan tentera Israel sejak permulaan konflik, menyebabkan lebih 70 pejuang Hizbullah dan sekurang-kurangnya 10 warga Israel, kebanyakannya askar, terkorban.
Warga Israel tidak lagi menyokong Netanyahu, kata Erdogan
PM Israel benjamin Netanyahu perlu dirujuk ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas kekejaman yang dilakukan di Gaza, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
Sejak 7 Oktober, serangan Israel ke atas Gaza telah membunuh lebih 14,000 orang dan menyebabkan lebih satu juta orang kehilangan tempat tinggal.
“Netanyahu adalah seorang yang malang. Malah rakyat Israel tidak lagi menyokong Netanyahu,” kata Erdogan pada Forum Perniagaan Algeria-Turkiye.
“Serangan (tentera Israel) sekali lagi mendedahkan wajah, niat dan tujuan sebenar Israel dan penyokongnya.
"Dalam hal ini, adalah sangat penting bahawa jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh pemerintah Israel tidak dibiarkan tanpa sekatan.
“Kita tidak boleh dan tidak akan bertolak ansur dengan dasar Israel yang terus-menerus menduduki, merampas tanah, dan membunuh orang yang ditindas, untuk menjadikan Gaza tidak berpenghuni,” kata Erdogan.
Siapakah tahanan Palestin yang dijadual dibebaskan?
Di bawah perjanjian gencatan senjata, Hamas berkata 50 tawanan awal akan dibebaskan sebagai pertukaran kepada 150 wanita dan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel.
Kementerian Kehakiman Israel telah menerbitkan senarai 300 tahanan Palestin yang boleh menjadi antara mereka yang dibebaskan.
- Senarai itu termasuk sekurang-kurangnya 123 kanak-kanak bawah umur dan 33 wanita
- Tahanan termuda berusia 14 tahun, manakala yang paling tua adalah wanita berusia 59 tahun
- Tiada seorang pun tahanan lelaki yang disenaraikan berumur lebih daripada 18 tahun
- Mereka semua telah ditangkap sejak 2021, dengan majoriti ditahan pada tahun lalu
- Kebanyakan mereka dalam senarai merupakan tahanan yang masih menunggu perbicaraan
- Tuduhan mereka terdiri daripada menghasut, kepada membaling batu, hinggalah cubaan membunuh
- Antara banduan yang terkenal dalam senarai itu ialah Israa Jaabis berusia 38 tahun
Menteri Luar negara Arab mahu perjanjian gencatan senjata dilanjutkan
Menteri Luar dari Arab Saudi, Mesir, dan Jordan mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata namun menekankan bahawa ia harus dilanjutkan lebih lama daripada jeda empat hari yang dipersetujui.
Mereka memberitahu taklimat media di London bahawa perjanjian itu akhirnya akan membawa kepada penyambungan semula perbincangan mengenai penyelesaian dua negara.
Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan Al Saud menggesa agar bantuan kemanusiaan dikekalkan dan tidak bergantung kepada pembebasan tawanan berikutnya.
"Apa sahaja akses kemanusiaan yang kini meningkat susulan perjanjian ini mesti dikekalkan dan menjadi teras.
“Tidak seharusnya ada pengurangan dalam akses ini berdasarkan kemajuan ke arah pembebasan tawanan seterusnya.
"Menghukum penduduk awam Gaza kerana menahan tawanan ini sama sekali tidak boleh diterima,” kata Putera Faisal.
Puluhan terbunuh berhampiran Hospital Kamal Adwan
Pengarah Hospital Kamal Adwan berkata keadaan di dalam dan sekitar hospital umpama "malapetaka".
"Tembakan dan pengeboman semakin meningkat di mana-mana di sekitar hospital," kata Ahmed al-Kahlout kepada Al Jazeera.
“Banyak bangunan terjejas teruk. Perlu diingat bahawa hospital ini satu-satunya yang masih beroperasi dari Wadi Gaza hingga ke utara Gaza,” katanya.
Ahmed berkata pihak hospital telah menerima lebih 60 mayat dan kira-kira 1,000 orang yang cedera sejak malam tadi.
“Pasukan perubatan sangat letih. Kami tiada setitik pun bahan api.
"Kami bekerja dalam gelap menggunakan lampu suluh,” tambahnya.
Selain itu, al-Kahlout berkata, doktor yang tidak menjalani pembedahan terpaksa melakukan pembedahan caesarean ke atas wanita hamil dan memotong anggota badan akibat kekurangan pakar bedah.
Petugas paramedik cedera, rumahnya di Jabalia dibom
We wish recovery for our colleague, paramedic Mohammed Al Maqeed, who was injured after his home in Jabalia was bombed by the IOF last Thursday ?
— PRCS (@PalestineRCS) November 22, 2023
?Despite his family being displaced to the south three weeks ago, our colleague Mohammed was remained in Jabalia, continuing his… pic.twitter.com/o6MDSYLkx3
Kesengsaraan keluarga Qiblawi gambaran kebiadaban tentera Zionis
wal pagi Ahad lalu, seorang warga Palestin Majda Qiblawi dan empat orang anak perempuannya dipaksa keluar dari rumah mereka di daerah Burqin barat Jenin dan diarah duduk di atas tanah di tepi jalan dalam keadaan hujan lebat ketika musim sejuk mula melanda Palestin.
Tentera penjajah kemudian merentap lengan anak lelaki tunggalnya, Abdullah, 21, yang menghidap sakit kronik dan mengheretnya keluar dari rumah dengan keadaan matanya ditutup dan tangan diikat.
BERITA PENUH DI SINI
'Jeda kemanusiaan' di Gaza akan diumumkan dalam masa 24 jam - Qatar
Permulaan "jeda kemanusiaan" antara Israel dan Hamas akan diumumkan dalam tempoh 24 jam, kata Kementerian Luar Qatar pada Rabu.
"Qatar mengumumkan kejayaan usaha menjadi pengantara bersama dengan Mesir dan Amerika Syarikat (AS) yang menghasilkan perjanjian untuk jeda kemanusiaan antara Hamas dan Israel," kata Kementerian Luar Qatar di X lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
Rusia setuju dengan resolusi Gaza dalam Sidang Kemuncak Arab-Islam - Menteri Indonesia
Rusia bersetuju dengan resolusi yang diterima semasa Sidang Kemuncak Tergempar Negara Arab-Islam di Riyadh, Arab Saudi khususnya dalam menangani situasi di Gaza, menurut Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi.
Perkara itu diputuskan selepas perbincangan terbuka mengenai isu Gaza di antara wakil-wakil khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov di Moscow pada Selasa.
BERITA PENUH DI SINI
Menteri Israel selar perjanjian gencatan senjata
Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir menyelar perjanjian gencatan senjata di antara Hamas dan Israel dengan alasan jeda kemanusiaan ini satu duluan yang berbahaya.
Menututnya, walaupun perjanjian ini menjanjikan pembebasan tawanan, Israel tidak mempunyai hak dan kuasa mutlak.
"Hamas mahukan ini lebih daripada segala-galanya.
"Pendirian ini satu duluan berbahaya, yang mengubah suasana dan mungkin membawa lebih banyak peristiwa," katanya di akaun X.
Ben-Gvir adalah antara menteri Israel yang mengundi menentang perjanjian gencatan senjata malam tadi.
Parlimen Afrika Selatan lulus usul tutup kedutaan, gantung hubungan diplomatik dengan Israel
Parlimen Afrika Selatan pada Selasa mengundi menyokong penutupan kedutaan Israel di Pretoria dan menggantung hubungan diplomatiknya dengan Israel.
Sebanyak 248 undi menyokong usul berkenaan manakala 91 menentang, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
BERITA PENUH DI SINI
Ini bukan peperangan, ini adalah keganasan - Paus Francis
Konflik Hamas-Israel telah melampaui batas peperangan dan lebih menjurus kepada "keganasan", kata Paus Francis.
Lebih 14,100 rakyat Palestin di Gaza dan kira-kira 1,200 di Israel terkorban sejak perang bermula pada 7 Oktober.
Bercakap selepas pertemuan berasingan dengan ahli keluarga tawanan daripada kedua-dua belah pihak, Paus Francis berkata beliau mendengar secara langsung bagaimana ahli keluarga menderita dalam konflik itu.
“Inilah yang dilakukan oleh peperangan. Tetapi apa yang berlaku di sini melampaui batas peperangan.
"Ini bukan peperangan. Ini adalah keganasan,” katanya.
Beliau berdoa agar kedua-dua pihak tidak meneruskan tindakan berteras hawa nafsu yang akhirnya membunuh semua orang.
Bulan Sabit Merah Palestin bersedia pindahkan pesakit al-Shifa
?14 PRCS ambulances accompanied by the UN & Doctors Without Borders arrived Al-Shifa Hospital to evacuate the wounded and patients.#Gaza #NotATarget pic.twitter.com/vud5eHf6zX
— PRCS (@PalestineRCS) November 22, 2023
Reaksi antarabangsa terhadap perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel
- Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata Beijing berharap perjanjian itu akan membantu meringankan penderitaan, mendorong ke arah penamatan konflik, dan meredakan ketegangan.
- Britain mengalu-alukan perjanjian itu sebagai langkah penting ke arah memberikan bantuan kepada keluarga tawanan dan menangani krisis kemanusiaan.
- Presiden AS Joe Biden mengucapkan terima kasih kepada Qatar dan Mesir atas usaha mereka menjayakan perjanjian itu dan menegaskan ia perlu dilaksanakan secara keseluruhan.
- Rusia memuji perjanjian itu sebagai berita baik pertama untuk sekian kalinya dan berkata jeda kemanusiaan adalah satu-satunya cara ke arah penyelesaian yang mampan.
- Presiden Suruhanjaya Eropah (EU) Ursula von der Leyen berkata blok itu akan menggunakan jeda kemanusiaan ini dalam memperjuangkan peningkatan usaha kemanusiaan di Gaza.
Perjanjian pembebasan tawanan satu 'kemajuan' - Menteri Luar Australia
Menteri Luar Australia Penny Wong memuji perjanjian pembebasan tawanan di antara Hamas dan Israel pada Rabu, menyifatkannya sebagai satu petanda "kemajuan."
“Australia secara konsisten menggesa pembebasan tawanan, untuk akses kemanusiaan, dan untuk perlindungan nyawa orang awam.
“Kami juga menyatakan ingin melihat langkah seterusnya ke arah gencatan senjata yang mampan, namun tidak boleh berat sebelah.
"Apa yang kami lihat hari ini ialah kemajuan ke arah setiap matlamat ini dan kami memujinya," kata Wong kepada pemberita di Adelaide.
Wong juga mengagumi usaha berterusan Amerika Syarikat, Qatar, dan Mesir dalam membantu mencapai perjanjian itu.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata bersama Hamas
Tahanan bukan orang awam tidak akan dibebaskan - Jihad Islam Palestin
Kumpulan Jihad Islam Palestin (PIJ) dalam kenyataan di Telegram berkata anggota tentera Israel tidak akan dibebaskan sehingga semua tawanan dibebaskan daripada penjara musuh.
Selain Hamas, PIJ juga telah menahan tawanan sejak 7 Oktober lalu.
“Kami menekankan konfrontasi berterusan terhadap pencerobohan, di semua peringkat lapangan dan politik, untuk menggagalkan semua matlamat pencerobohan ini,” tambah kenyataan itu.
53 wartawan terbunuh dalam konflik Israel-Hamas sejak 7 Okt
Jumlah wartawan yang terbunuh dalam konflik Israel-Hamas sejak 7 Oktober meningkat kepada sekurang-kurangnya 53, menurut Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ).
Angka korban terdiri daripada 46 rakyat Palestin, empat warga Israel, dan tiga warga Lubnan, kata CPJ dalam satu kenyataan, Selasa.
Terbaharu ialah seorang wartawan dan seorang wartawan foto yang kedua-duanya bekerja untuk media Lubnan Al Mayadeen.
Mereka terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lubnan pada Selasa, kata Al Mayadeen dalam satu kenyataan.
Tentera Israel berkata ia sedang menyiasat insiden itu.
60 wanita Palestin antara yang akan dibebaskan
Senarai 300 tahanan Palestin yang diterbitkan Kementerian Kehakiman Israel termasuk kira-kira 60 wanita juga puluhan lagi yang kebanyakannya ditangkap dalam tempoh dua tahun lalu.
Kebanyakan pertuduhan terhadap mereka terdiri daripada memudaratkan keselamatan wilayah itu, menyusup masuk ke Israel tanpa permit, membaling batu, memiliki senjata, dan menyebabkan kerosakan.
Israel berkata ia memutuskan untuk membebaskan sebahagian daripada mereka bagi membolehkan warga Israel yang membantah melancarkan petisyen di Mahkamah Agung bagi menghalangnya.
Presiden Palestin alu-alukan perjanjian gencatan senjata
President Abbas and the leadership welcome the humanitarian truce agreement, we appreciate the Qatari-Egyptian effort that has been made, and we renew the call for a comprehensive cessation of the Israeli aggression against the Palestinian people, the introduction of humanitarian… https://t.co/ZkNdouuaMJ
— حسين الشيخ Hussein AlSheikh (@HusseinSheikhpl) November 22, 2023
Presiden Israel sokong perjanjian untuk bebaskan tawanan
Presiden Israel Isaac Hertzog berkata "keraguan mengenai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tahanan Palestin boleh difahami, menyakitkan dan sukar, tetapi berdasarkan keadaan, saya menyokong keputusan untuk meneruskan perjanjian membebaskan tawanan.
“Israel, IDF, dan semua pasukan keselamatan akan terus bertindak dalam apa jua cara yang mungkin untuk mencapai matlamat ini (membebaskan semua tawanan), di samping pemulihan keselamatan mutlak warga Israel."
Jeda kemanusiaan: Langkah seterusnya
- Mana-mana warga Israel yang menentang perjanjian boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Mahkamah Tinggi Israel dalam tempoh 24 jam.
- Dalam tempoh ini, baik tawanan di Gaza mahupun tahanan Palestin di penjara Israel tidak akan dibebaskan.
- Selepas tempoh rayuan ini berlalu, pertukaran tawanan dan banduan pertama mungkin akan berlaku pada Khamis atau Jumaat.
Israel keluar senarai tahanan Palestin
Israel telah mengeluarkan butiran tentang tahanan Palestin yang dijadual dibebaskan.
Senarai yang disiarkan di Kementerian Kehakiman itu termasuk 300 tahanan, dua kali ganda daripada 150 wanita dan bawah umur yang dipenjarakan Israel.
Terdahulu, rejim zionis telah bersetuju untuk membebaskan 150 tahanan sebagai balasan kepada 50 tahanan di Gaza sepanjang jeda kemanusiaan selama empat hari.
Berikut butiran semasa perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel:
- Jeda sementara yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak akan berlangsung selama empat hari.
- Israel akan menghentikan tindakan ketenteraan di semua kawasan di Semenanjung Gaza, termasuk pergerakan kenderaan tentera.
- Beratus-ratus trak bantuan kemanusiaan, termasuk bekalan perubatan dan bahan api, akan dibenarkan masuk ke Gaza.
- Serangan dron di selatan Gaza akan dihentikan selama empat hari. Ia akan berhenti di utara selama enam jam setiap hari.
- Israel nyata komitmen untuk tidak menyerang atau menangkap sesiapa di semua kawasan di Semenanjung Gaza pada waktu itu.
- Kebebasan bergerak akan dijamin di sepanjang Jalan Salah al-Din.
- Pembebasan 50 wanita dan kanak-kanak yang ditawan sebagai pertukaran dengan 150 wanita dan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel.
PM Qatar harap gencatan senjata akan tamatkan perang
PM Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani berkata beliau berharap perjanjian untuk mewujudkan gencatan senjata selama empat hari di Gaza akan membawa kepada rundingan damai secara menyeluruh.
"Kami berterima kasih kepada rakan kerjasama kami kerana menyumbang kepada perjanjian gencatan senjata di Gaza, yang diketuai oleh Mesir dan Washington," tambahnya.
Awal hari ini, Israel dan Hamas bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata sementara yang dimediasi Qatar yang mungkin akan berlaku dalam beberapa hari akan datang.
Rusia alu-alukan gencatan senjata kemanusiaan
Rusia menyambut baik perjanjian gencatan senjata kemanusiaan di antara Israel dan Hamas, kata jurucakap kementerian luar Rusia Maria Zakharova.
Maklum balas terhadap perjanjian itu dimaklumkan Rusia selepas ia menyertai ahli BRICS yang lain - Brazil, India, China dan Afrika Selatan - dalam menyeru menamatkan perang Israel di Gaza pada Selasa.
9 maut dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat, Jabalia
Sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas serangan terbaharu Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Sumber perubatan memberitahu agensi berita Palestin Wafa bahawa kanak-kanak adalah antara yang terbunuh dalam serangan ke atas rumah keluarga Ayyash.
Sumber yang tidak dinamakan juga memberitahu Wafa bahawa beberapa orang juga dikhuatiri maut dalam satu lagi serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia di timur laut Gaza.
Hamas dedah isi kandungan perjanjian gencatan senjata di Gaza
KUMPULAN pejuang Palestin mengesahkan gencatan senjata sementara yang disetujui oleh kedua-dua pihak akan berlangsung selama empat hari.
Al Jazeera memetik satu kenyataan dikongsi oleh Hamas di Telegram, yang memberitahu, dalam tempoh ini Israel akan menghentikan tindakan ketenteraan di semua kawasan di Semenanjung Gaza, termasuk pergerakan kenderaan tentera.
BERITA PENUH DI SINI
Semua aspek perjanjian perlu dilaksana sepenuhnya - Biden
Presiden AS Joe Biden mengalu-alukan perjanjian untuk membebaskan tawanan yang ditahan oleh Hamas.
Biden mengucapkan terima kasih kepada Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani dari Qatar dan Presiden Abdel-Fattah El-Sisi dari Mesir atas kepimpinan dan kerjasama mereka dalam mencapai perjanjian ini.
Biden menambah bahawa beliau menghargai komitmen yang dibuat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan kerajaannya dalam menyokong jeda kemanusiaan.
“Saya akan bercakap dengan setiap pemimpin terlibat dan kekal berhubung rapat dalam usaha memastikan perjanjian ini dijalankan secara keseluruhannya.
"Adalah penting bahawa semua aspek perjanjian ini dilaksanakan sepenuhnya.
"Perjanjian hari ini seharusnya membawa pulang ramai lagi tebusan warga Amerika, dan saya tidak akan berhenti sehingga mereka semua dibebaskan," kata Biden dalam kenyataannya sebentar tadi.
Kumpulan Yahudi AS pro-Palestin alu-alukan gencatan senjata
We're relieved that so many Israelis & Palestinians will be freed to return to their families.
— IfNotNow? (@IfNotNowOrg) November 22, 2023
A permanent ceasefire & diplomatic negotiations are the only path to ending the bloodshed, bringing every hostage home, and rebuilding Gaza.
Our statement: https://t.co/D9WCxOBc0h pic.twitter.com/dhBvfzzwg2
Tentera Israel perinci butiran jeda kemanusiaan
Tentera Israel sedang memperincikan jeda kemanusiaan yang melibatkan pembebasan tebusan, kata jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) Lt Kol Jonathan Conricus kepada CNN.
Conricus berkata, masa jeda yang tepat masih belum ditetapkan.
"Sehingga diberitahu untuk berbuat demikian oleh kerajaan Israel, kami akan terus memerangi Hamas.
"Dan apabila perjanjian itu akan berkuat kuasa, kami akan menghormatinya.
"Tetapi kami akan sentiasa berwaspada di medan pertempuran," kata Conricus.
Conricus berkata beliau bimbang Hamas akan menggunakan jeda kemanusiaan itu untuk menyusun semula strategi perang.
"Sudah tentu kami lebih suka meneruskan tekanan ke atas Hamas, tetapi jeda ini untuk tujuan yang sangat penting," katanya lagi.
Berikut antara yang terkandung dalam perjanjian itu:
Perjanjian akan menyaksikan pembebasan sekurang-kurangnya 50 tebusan di Gaza, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Walaupun nama sebenar tebusan yang akan dibebaskan masih belum diumumkan, Conricus berkata semuanya ialah warga Israel, termasuk yang mempunyai dua kewarganegaraan.
Perjanjian itu juga termasuk pembebasan 150 tahanan Palestin - wanita dan kanak-kanak - yang ditahan di penjara Israel, menurut satu kenyataan Hamas.
Ia juga akan membenarkan kemasukan ratusan trak yang membawa bantuan kemanusiaan termasuk bekalan perubatan dan bahan api ke Gaza.
Tentera Israel serbu hospital Tulkarem
Tentera Israel menyerbu jabatan kecemasan Hospital Kerajaan Thabet Thabet di Tulkarem dan menahan secara paksa seorang pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di sana.
Bagaimanapun tiada maklumat tentang keadaan pesakit yang cedera itu, lapor agensi berita Wafa
Sebelum ini, dilaporkan dua serangan melanda sebuah rumah di kawasan kejiranan Balawneh di kem pelarian Tulkarem, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga lelaki cedera.
Tetapi, menurut Wafa, tentera Israel mengepung hospital dan menghalang kru ambulans yang cuba membawa mangsa yang cedera.
Kenderaan tentera Israel juga menutup pintu masuk ke hospital, menghalang ketibaan pesakit yang cuba mendapatkan rawatan perubatan kecemasan, lapor Wafa.
Qatar sahkan jeda kemanusiaan dipersetujui
Qatar, perantara dalam rundingan gencatan senjata Gaza, mengesahkan bahawa jeda kemanusiaan telah dipersetujui di Gaza.
Kenyataan yang disiarkan oleh Kementerian Luar Negeri Qatar memberikan butiran tambahan termasuk:
- Masa mula jeda kemanusiaan akan diumumkan dalam tempoh 24 jam akan datang.
- Jeda akan berlangsung selama empat hari, tertakluk kepada lanjutan.
- Perjanjian termasuk pembebasan 50 tebusan wanita dan kanak-kanak awam yang kini ditahan di Semenanjung Gaza sebagai pertukaran untuk pembebasan sejumlah wanita dan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel.
Hamas dakwa musnahkan 60 jentera perang Israel dalam tempoh 72 jam
Hospital lapangan sumbangan Jordan kini di Khan Younis
Qatar sahkan jeda kemanusiaan, perjanjian pertukaran tawanan Gaza
The State of Qatar announces that a humanitarian pause has been agreed in Gaza
— Ministry of Foreign Affairs - Qatar (@MofaQatar_EN) November 22, 2023
Doha - 22 November 2023
The State of Qatar announces the success of its joint mediation efforts undertaken with the Arab Republic of Egypt and the United States of America between Israel and the…
Penduduk Palestin ragu dengan perjanjian pertukaran tebusan Israel
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata bersama Hamas
Kabinet Israel bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata bersama Hamas sebagai pertukaran pembebasan tahanan rejim itu.
Gencatan senjata itu dipersetujui selama empat hari.
Pegawai Israel berkata, sepanjang tempoh itu, tiada pertempuran membabitkan Israel ke atas Palestin.
BERITA PENUH DI SINI.
Hamas dakwa musnahkan 60 jentera perang Israel dalam tempoh 72 jam
Kumpulan pejuang Hamas mendakwa pasukannya berjaya memusnahkan kira-kira 60 jentera perang tentera Israel di Gaza.
Malah, jurucakap Briged Qassam, Abu Obeida berkata, kesemua jentera perang itu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam lalu.
BERITA PENUH DI SINI.
Pesakit Hospital Indonesia banjiri hospital lain
Pesakit dari Hospital Indonesia yang diserang di utara Gaza, kini memenuhi katil dan koridor Hospital Al-Nasser di Khan Younis.
Menurut pakar perubatan, kebanyakan mangsa alami cedera parah dan memerlukan bantuan perubatan segera.
BERITA PENUH DI SINI.
Kem pelarian Jabalia musnah sepenuhnya
Kem pelarian Jabalia di utara wilayah Gaza musnah sepenuhnya ekoran serangan kejam zionis dari udara dan darat.
Penduduk Palestin berkata, rumah bukan satu-satunya sasaran serangan, tetapi kezaliman zionis ialah cuba membunuh kesemua rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI.
Penduduk Palestin ragu dengan perjanjian pertukaran tebusan Israel
Penduduk Palestin di Hebron menyuarakan perasaan bercampur-baur menjelang perjanjian tebusan yang diuruskan antara Israel dan Hamas pada petang Selasa.
Rata-rata penduduk menyuarakan gesaan Hamas untuk membebaskan kira-kira 6,000 tahanan Palestin di penjara Israel.
BERITA PENUH DI SINI.
Netanyahu mahu teruskan perang terhadap Hamas selepas gencatan senjata
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata Israel akan meneruskan perangnya terhadap Hamas, walaupun gencatan senjata sementara dicapai dengan kumpulan pejuang itu bagi membebaskan tebusan.
Dalam ulasan pada Selasa menjelang undian kabinet yang dijangkakan mengenai cadangan gencatan senjata, Netanyahu berikrar untuk meneruskan perang ke atas Palestin.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel terus lancar serangan ke atas fasiliti kesihatan
‼️#Breaking | Politico: "The Biden administration provided Tel Aviv with the GPS Coordinates of humanitarian organizations in #Gaza to prevent them from being targeted, but Israel continued to bomb them." #Israel pic.twitter.com/c7e1Q2wuYq
— Quds News Network (@QudsNen) November 21, 2023
Presiden Iran desak negara-negara BRICS putus hubungan politik, ekonomi dan tentera dengan ISrael
BREAKING | #Iranian President: We demand the BRICS member states to sever political, economic, and military ties with #Israel. pic.twitter.com/qPv7NZIZyQ
— Quds News Network (@QudsNen) November 21, 2023
Dr. Ziad Tatri, antara yang terkorban di Hospital Al-Awda
?️ It is with deep sorrow that we announce the tragic murder of Dr. Ziad Tatri, Neonatologist and Pediatric Consultant after Israeli warplanes bombed Awda Hospital in Jabalia RC while he was treating the patients inside.
— Younis Tirawi | يونس (@ytirawi) November 21, 2023
2 other medical doctors & numerous other were murdered pic.twitter.com/34ktN6bosc
Kisah petugas PRCS yang ditahan tentera Israel
?Our colleagues, Ramadan Hossu and Fayez Al-Ajrami from PRCS Jabalia Emergency Medical Services Center were detained yesterday by IOF while passing through the checkpoint separating northern and southern Gaza.#Gaza#NotATarget #IHL pic.twitter.com/kQMbhedlnk
— PRCS (@PalestineRCS) November 21, 2023
Tiga doktor di Hospital Al-Awda terbunuh
Director of Al-Awda Hospital: 3 doctors were killed in Al-Awda Hospital and several medical staff were injured in the Israeli bombing. The hospital is out of service and the halls are full of patients. pic.twitter.com/thtyHlxiIA
— V PALESTINE ?? (@V_Palestine20) November 21, 2023
Kasih seorang ibu... Bertemu semula anaknya yang masih bernyawa
A Palestinian mother embraces her son, relieved to find him alive after fearing he had fallen victim to Israeli bombardment in #Gaza. pic.twitter.com/UJf0A3Qbu5
— PALESTINE ONLINE ?? (@OnlinePalEng) November 21, 2023
Walau rumah musnah, keluarga ini tetap tidak akan tinggalkan Gaza
Showing great determination, a Palestinian family still lives in their home despite the damage caused by the Israeli bombardment in #Gaza. pic.twitter.com/wjqx0MCcTM
— V PALESTINE ?? (@V_Palestine20) November 21, 2023
Sekurang-kurangnya 50 wartawan, petugas media terbunuh sejak 7 Okt
Jumlah wartawan dan petugas media yang terbunuh sejak peningkatan konflik di Asia Barat pada 7 Okt lepas mencecah 50 orang manakala 11 cedera dan tiga lagi hilang.
Perkara itu didedahkan oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan pada Selasa.
BERITA PENUH DI SINI
Tentera Israel bom sekolah tempat penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal
Tentera Israel pada Selasa mengebom sebuah sekolah yang menjadi tempat berlindung penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal ketika konflik di wilayah itu memasuki hari ke-46.
Menurut TV Palestin, serangan udara Israel menyasarkan sebuah sekolah di kawasan al-Faluja di kem pelarian Jabalia, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.
BERITA PENUH DI SINI
Jumlah korban di Gaza cecah 13,300 orang
Jalan Salah al-Din umpama 'koridor maut dan penghinaan' buat penduduk Gaza
"Koridor Maut dan Penghinaan" begitulah yang disifatkan oleh wartawan Palestin Salwa Al Rabiah (bukan nama sebenar) yang terpaksa menempuhi Jalan Salah al-Din yang ditetapkan regim Israel sebagai "Koridor Kemanusiaan" untuk perpindahan ribuan penduduk Gaza dari utara ke selatan.
Al-Rabiah berkata: "Pada pagi 12 November, kami terpaksa bergerak keluar dari utara Gaza menuju selatan melalui Jalan Salah al-Din kerana hospital yang kami berlindung dibedil tentera Zionis", lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
BERITA PENUH DI SINI
Anwar nyatakan pendirian tegas Malaysia depan Joe Biden
Terima pelarian Palestin hanya buka ruang Israel takluk Gaza
Kekejaman Zionis: Turki pastikan isu senjata nuklear Israel dalam agenda global
Anwar kutuk Israel depan Joe Biden
Negara-negara kuasa besar termasuk Amerika Syarikat (AS) tidak boleh menentukan pendirian Malaysia dalam menyatakan sokongan berterusan terhadap rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman zionis Israel.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketegasan tersebut disuarakan di depan Presiden AS, Joe Biden pada sidang akhir Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, baru-baru ini.
BERITA PENUH DI SINI
Qatar gesa bentuk jawatankuasa antarabangsa siasat jenayah Israel di Gaza
Kementerian Luar Qatar pada Isnin menggesa pembentukan jawatankuasa antarabangsa untuk menyiasat jenayah yang dilakukan Israel terhadap orang awam di Semenanjung Gaza.
Gesaan itu dibuat menerusi satu kenyataan yang turut mengutuk pengeboman Israel ke atas Hospital Indonesia di utara Gaza hingga menyebabkan beberapa rakyat Palestin maut dan cedera.
BERITA PENUH DI SINI.
Kanak-kanak Israel dendangkan lagu 'kami akan musnahkan semua orang di Gaza'
Penyiar kebangsaan Israel, Kan News memuat naik lagu berbaur hasutan bertajuk 'kami akan memusnahkan semua orang di Gaza' di platform X sebagai sokongan untuk kempen pemusnahan besar-besaran tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza.
Ia didendangkan sekumpulan enam kanak-kanak perempuan Yahudi dan berlatarbelakangkan pengeboman di Gaza serta serangan mengejut Hamas di penempatan haram Kfar Aza pada 7 Oktober lalu.
BERITA PENUH DI SINI.
'Kami tidak nampak musuh kami' - Tentera Israel
Israeli soldier: “We’re fighting ghosts”#Gaza pic.twitter.com/ofeWjg90WL
— DOAM (@doamuslims) November 20, 2023
28 bayi pramatang dipindahkan dari Gaza ke Mesir
Sebanyak 28 bayi pramatang dipindahkan dari hospital terbesar di Gaza dibawa ke Mesir untuk rawatan segera pada Isnin.
Bayi yang baru lahir itu berada di Hospital Al-Shifa di utara Gaza di mana beberapa yang lain meninggal dunia selepas inkubator mereka tidak dapat berfungsi akibat ketiadaan bekalan elektrik semasa serangan tentera rejim Zionis Israel.
BERITA PENUH DI SINI.
Afrika Selatan gesa ICC keluar waran tangkap ke atas Netanyahu
Kerajaan Afrika Selatan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menjelang pertengahan bulan Disember ini.
Menurut Menteri Kepresidenan negara itu, Khumbudzo Ntshavheni, seandainya tidak berbuat demikian, ia memberi gambaran “kegagalan sepenuhnya” ICC terhadap mengelola isu-isu global.
BERITA PENUH DI SINI.
Perancis hantar kapal bantuan kedua ke Gaza
Kerajaan Perancis telah mengirim helikopter pengangkut Dixmude, yang akan tiba di Mesir dalam beberapa hari akan datang, kata Angkatan Bersenjata Perancis.
Selain itu, Perancis turut mengirim pesawat tentera Airbus A400 ang berisi lebih 10 tan bekalan perubatan dan akan menyertai penerbangan bantuan perubatan Kesatuan Eropah pada 23 dan 30 November ini.
BERITA PENUH DI SINI.
Video terakhir wartawan Ayat Al Khaddour
Journalist Ayat Al Khaddour was killed today in an Israeli airstrike that targeted her house in Bet Lahya in #Gaza.
— Quds News Network (@QudsNen) November 20, 2023
This was the last video she posted. pic.twitter.com/Ft5eulgbBx
Israel menculik lebih 3,000 rakyat Palestin di Tebing Barat
Asra Media Office: Administrative detentions have set a record number with over 2200 administrative detainees as #Israel continues its daily arrests in the #WestBank.
— Quds News Network (@QudsNen) November 20, 2023
Israel kidnapped over 3000 Palestinians in the West Bank since October 7, raising the toll to over 11,000.… pic.twitter.com/swQ1LXb7c7
Apa tindakan lanjutan Vladimir Putin?
Berita Al Jazeera yang memetik Kremlin melaporkan, Presiden Rusia Vladimir Putin akan menyertai sidang kemuncak luar biasa bagi negara-negara kumpulan BRICS pada Selasa untuk membincangkan isu kekejaman Israel terhadap Palestin di Gaza.
Indonesia terputus hubungan dengan tiga rakyatnya di Gaza
Kementerian Luar Indonesia pada Isnin terputus hubungan dengan tiga rakyatnya selepas tentera pendudukan Israel mengebom Hospital Indonesia di Gaza Utara, Palestin.
Menterinya Retno Marsudi berkata beliau telah menghubungi Agensi Bantuan dan Kerja Raya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza untuk mengetahui keadaan di hospital itu.
BERITA PENUH DI SINI
Hasil pendapatan dari Piala Asia 2023 di Qatar akan disalur kepada Palestin
Revenues from the Asian Cup 2023 in Qatar to be donated for Palestinian aid, with the proceeds going towards supporting relief efforts, announced the football tournament’s local organising committee.
— Al Jazeera English (@AJEnglish) November 20, 2023
? LIVE updates ⤵️ https://t.co/qIwmS0ueEg
'Semoga Tuhan bantu saya menjadi ibu, kakak dan ayah buat adik-beradik saya...'
"May God help me be a mother, a sister, and a father to my siblings."
— Quds News Network (@QudsNen) November 20, 2023
Touching words from a Palestinian girl who lost her parents to the Israeli airstrikes. #Gaza #Israel pic.twitter.com/xfvCNXOxeq
Di Tangier, Maghribi... Protes pro-Palestin terus bergema
A massive demonstration in the Moroccan city of Tangier in support of #Gaza. pic.twitter.com/d6mTfHKDIp
— Quds News Network (@QudsNen) November 20, 2023
Statistik memilukan...
Around 9,000 Palestinian children have been injured in Israel’s attacks on Gaza, with many suffering life-changing consequences.
— Al Jazeera English (@AJEnglish) November 20, 2023
95% of children in Gaza are living with the psychological effects of war, according to psychologist Dr Iman Farajallah.
?: https://t.co/FXIQrLEH5O pic.twitter.com/hg6NPpF9I6
Israel minta Meta, Tiktok padamkan kandungan pro-Palestin
Kematian rakyat Palestin di Gaza cecah 13,000 mangsa
Usaha pemindahan bayi-bayi pramatang ke hospital di Mesir
⭕️PRCS: The evacuation of 28 premature infants to receive medical treatment in Egyptian hospitals.
— PRCS (@PalestineRCS) November 20, 2023
This was coordinated by the World Health Organization (WHO) and the United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA).
الهلال الأحمر الفلسطيني: إجلاء 28… pic.twitter.com/uHNB4PnxBS
Tun Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam tekan rejim Zionis
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kuasa boikot umat Islam yang dianggarkan berjumlah 1.7 bilion di seluruh dunia terhadap barangan Israel akan menekan rejim Zionis.
BERITA PENUH DI SINI
Indonesia terus hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza - Jokowi
Indonesia menghantar dua pesawat sarat dengan 21 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Isnin, termasuk bekalan perubatan penting dan peralatan perubatan hospital.
Fasa kedua bantuan dari Indonesia ke Gaza selepas penghantaran pertama dilakukan pada 4 Nov lepas.
BERITA PENUH DI SINI
Gaza tidak boleh diselamatkan hanya dengan kata-kata dan retorik - MAPIM
Gaza tidak boleh diselamatkan hanya dengan kata-kata dan retorik, kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid.
Beliau berkata tindakan perlu diambil memandangkan bahawa Israel telah melakukan pelanggaran terhadap semua undang-undang antarabangsa.
BERITA PENUH DI SINI
Separuh kemudahan Hospital Al Shifa dipindahkan
Seorang doktor di Hospital Al Shifa di bandar Gaza berkata sebahagian kemudahan telah dipindahkan berikutan pendudukan Israel di kawasan itu, selain berdepan masalah bekalan air yang terputus.
Dr Ahmed El Mokhallalati memaklumkan, tentera Israel memberitahu pegawai hospital bahawa mereka mempunyai masa kira-kira dua jam untuk mengosongkan hospital pada Sabtu.
BERITA PENUH DI SINI
12 terbunuh dalam serangan tentera Israel di Hospital Indonesia di Gaza
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan wilayah itu.
Menurut kementerian berkenaan, nyawa beribu-ribu pesakit, kakitangan perubatan dan penduduk yang dipindahkan berada dalam risiko akibat pengeboman berterusan ke atas Hospital Indonesia itu.
BERITA PENUH DI SINI
31 bayi pramatang selamat dipindah dari Hospital Al- Shifa
Iran gesa negara Islam putuskan hubungan diplomatik dengan Israel
Angka kematian rakyat Palestin di Gaza cecah 13,000 orang
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas mencecah 13,000 orang, termasuk lebih 5,500 kanak-kanak dan 3,500 wanita.
Jumlah kecederaan pula melebihi 30,000 orang dengan lebih 75 peratus daripada mereka kanak-kanak dan wanita.
BERITA PENUH DI SINI
Kementerian Kesihatan Gaza nafi dakwaan terowong Hamas oleh Israel
Kementerian kesihatan Gaza menolak dakwaan Israel bahawa ia telah menemui terowong Hamas di Hospital Al-Shifa dan menyifatkan ia sebagai ‘pembohongan tulen’.
Pengarah kementerian tersebut, Mounir el-Boursh dalam kenyataannya berkata, Israel sebaliknya telah meneruskan serangan udaranya ke atas Gaza, menyasarkan beberapa kawasan di enklaf itu menyebabkan angka penduduk awam terkorban kini melebihi 13,000 sejak pengeboman bermula pada 7 Oktober lalu.
BERITA PENUH DI SINI.
Hospital boleh jadi sasaran sah tentera?
Kempen pencerobohan ganas dilancarkan rejim Zionis ke atas hospital terbesar di Semenanjung Gaza atas alasan menyasarkan ‘kubu’ Hamas telah mencetuskan gelombang kecaman antarabangsa malah Qatar menyifatkan ia sebagai satu bentuk jenayah perang.
Israel bagaimanapun mempertahankan tindakan tidak berperikemanusiaan mereka dengan menyatakan operasi itu kononnya tidak melanggar garis panduan undang-undang antarabangsa.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel lancar serangan dron di Tebing Barat
Israel kini sedang melancarkan siri serangan dron ke atas penduduk Palestin dengan lebih kerap di Kem Jenin, Tebing Barat yang padat dengan pelarian.
Penduduk di sana mengecam tindakan berkenaan dan berkata, serangan terbabit merupakan siri membalas dendam Zionis terhadap mereka yang tidak berdosa.
BERITA PENUH DI SINI.
Gaza hadapi peningkatan bayi pramatang dan keguguran
Gaza menyaksikan peningkatan risiko kelahiran pramatang, kematian bayi dan keguguran semenjak konflik meletus di Gaza 7 Oktober lalu.
Ia berikutan keadaan dahsyat yang dikenakan Zionis Israel telah menyebabkan wanita hamil menghadapi kesukaran mendapatkan penjagaan kesihatan, tekanan psikologi dan keadaan kebersihan yang tidak memuaskan disebabkan situasi perang.
BERITA PENUH DI SINI.
Macron ingatkan Netanyahu ‘terlalu ramai orang awam terbunuh’ di Gaza
Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan mengingatkannya bahawa sudah "terlalu ramai orang awam yang terbunuh" dalam perang Israel dengan Hamas.
Macron menegaskan, apa yang benar-benar perlu dilakukan Israel ketika ini ialah “membezakan antara pengganas dengan orang awam.”
BERITA PENUH DI SINI.
Pemimpin Scotland kembali ingati panggilan terakhir dengan keluarganya di Gaza
Ketika perang antara Israel dan Hamas memasuki hari ke-44, Menteri Pertama Scotland, Humza Yousaf kembali mengingati panggilan telefon yang dibuat beliau dengan keluarganya di Gaza, yang dipercayai mereka sebagai panggilan terakhir bagi mengucapkan selamat tinggal.
Mentua Humza meninggalkan kawasan perang awal bulan ini - melalui lintasan perbatasan Rafah - namun ketika diwawancara oleh Paddy O'Connell dari BBC Radio 4, Humza berkata, ada ketika keluarganya itu terfikir mereka akan meninggal di sana.
BERITA PENUH DI SINI.
Pertubuhan Islam kutuk serangan bom Israel ke atas sekolah di Gaza
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam (ISESCO) pada Ahad mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman tentera penceroboh Israel ke atas sekolah di utara Semenanjung Gaza dan menyifatkan perbuatan itu sebagai "biadab", lapor Agensi Anadolu.
Pada Sabtu, lebih 200 rakyat Palestin terbunuh dan cedera selepas Israel mengebom Sekolah Al-Fakhoura di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza dan Sekolah Tal Al-Zaatar di bandar Beit Lahia.
BERITA PENUH DI SINI.
13,000 rakyat Palestin terkorban, 30,000 cedera sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 13,000 rakyat Palestin terkorban sementara 30,000 mangsa lain pula dilaporkan cedera susulan zionis Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.
Daripada jumlah berkenaan, 5,500 kematian melibatkan kanak-kanak dan 3,500 mangsa pula merupakan wanita, kata kerajaan yang mentadbir Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
Negara Islam harus putuskan hubungan politik dengan Israel - Khamenei
Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei menggesa negara-negara Islam untuk sekurang-kurangnya memutuskan hubungan politik dengan Israel bagi tempoh masa yang terhad, lapor agensi berita separa rasmi Tasnim.
Semasa sidang kemuncak bersama antara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam dan Liga Arab di ibu negara Arab Saudi minggu lalu, negara-negara Islam tidak bersetuju untuk mengenakan sekatan meluas ke atas Israel seperti yang diminta oleh Presiden Iran Ebrahim Raisi.
31 bayi pramatang dibawa ke selatan Gaza
Sejumlah 31 bayi pramatang sedang dalam perjalanan ke selatan Semenanjung Gaza.
NGO Save the Children menghantar enam ambulans ke Hospital al-Shifa untuk memindahkan bayi terlibat.
Sebaik tiba di selatan, mereka akan dipindahkan sama ada ke Hospital Eropah atau Hospital al-Nasser, yang turut berdepan kapasiti maksimum.
Kini terdapat 12 inkubator di hospital al-Nasser yang telah pun diduduki, dengan berbaki enam inkubator sahaja lagi untuk 31 bayi yang baru sahaja dibawa masuk.
2 bayi pramatang meninggal dunia
Selepas 40 hari serangan tanpa henti di Semenanjung Gaza, bayi pramatang kini dibawa ke hospital di bahagian selatan wilayah itu.
Ambulans dihantar untuk membawa 31 bayi ke hospital di wilayah selatan iaitu Hospital Eropah dan Hospital Nasser.
Dua lagi bayi bagaimanapun dilapor telah meninggal dunia sebelum sempat dipindahkan.
Pemindahan bayi berlaku ketika hospital di selatan mencapai kapasiti maksimum.
Enam wartawan, petugas media terbunuh di Gaza
Dilaporkan dua lagi wartawan dan dua petugas media terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut maklumat yang dikumpul oleh badan pemerhati akhbar Palestin MADA, Agensi Akhbar Palestin, dan video yang disahkan oleh Al Jazeera.
Berikut nama wartawan/petugas media yang terkorban:
Mustafa Al-Sawaf, wartawan dan penulis
Musab Ashour, wartawan foto
Amr Abu Hayya, jurutera TV Al-Aqsa
Abd Alhalim Awad, pentadbir di TV Al-Aqsa
Sebelum ini, kami melaporkan kematian dua wartawan di kem pelarian Bureij:
Sari Mansour, wartawan Quds
Hassouneh Salim, wartawan Quds
Komuniti antarabangsa perlu desak gencatan senjata segera - Raja Jordan
Masyarakat antarabangsa perlu mendesak gencatan senjata segera di Gaza bagi menghentikan malapetaka kemanusiaan berpunca daripada kezaliman Israel terhadap orang awam, kata Raja Jordan Raja Abdullah.
Dalam kenyataan yang dibuat semasa pertemuan dengan ketua Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen, Raja Abdullah berkata kuasa besar dunia perlu mendesak Israel mematuhi undang-undang antarabangsa untuk melindungi orang awam dan memastikan kelancaran penghantaran bantuan ke dalam wilayah bergolak itu.
Puluhan bayi dipindahkan dari al-Shifa
Kementerian Kesihatan Gaza berkata 30 bayi pramatang telah dipindahkan dari hospital terbesar di kawasan itu, lapor AP.
Jurucakap kementerian Medhat Abbas berkata mereka telah dipindahkan awal hari ini.
Pada Sabtu, tentera Israel mengarahkan doktor, pesakit, dan orang awam di Hospital al-Shifa untuk mengosongkan pekarangan hospital.
Kekejaman Zionis: iKAF hantar 15 lori, trak bantuan ke sempadan Rafah
Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (iKAF) dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) menghantar 15 lori dan trak bantuan kemanusiaan ke sempadan Rafah hari ini bagi membantu meringankan beban rakyat Palestin terjejas akibat perang di Gaza.
Lori dan trak bantuan itu, yang dihantar melalui Misi Kemanusiaan Insani 4 Palestin (i4P) iKAF membawa bantuan kecemasan termasuk 30 tan air minuman, 5,000 selimut tebal serta 1,000 tilam.
BERITA PENUH DI SINI
Ketua dasar luar EU seru jeda kemanusiaan dilaksana segera
Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menggesa agar jeda kemanusiaan dilaksanakan segera dalam perang di Gaza.
Bercakap pada sidang akhbar di Doha, Borrell berkata satu tragedi tidak wajar cetuskan tragedi yang lain, dan mengulangi bahawa penyelesaian dua negara adalah satu-satunya jalan keluar.
“Saya sedar penyelesaian dua negara memerlukan usaha yang luar biasa, bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi pelaburan politik untuk membina sebuah negara.
"Di sinilah Pihak Berkuasa Palestin mempunyai peranan penting.
"Rakyat Palestin berhak pelihara maruah, Israel berhak mendapat keselamatan, dan kedua-duanya layak hidup dengan aman dan selamat di tanah yang sama,” tambah Borrell.
Israel tidak hormati undang-undang antarabangsa - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani berkata tindakan Israel dan pengepungan hospital al-Shifa di Gaza adalah satu jenayah.
“Israel tidak menghormati undang-undang atau konvensyen antarabangsa,” tambahnya.
Beliau bercakap pada satu sidang media di Doha.
PM Qatar dalam pada itu berkata beliau yakin perjanjian pembebasan tawanan boleh dicapai, dan menambah bahawa cabaran untuk mencapai persetujuan kekal sangat kecil.
Houthi ancam sasar kapal dimiliki, dikendali syarikat Israel
Jurucakap tentera Houthi yang bersekutu dengan Iran berkata kumpulan itu akan menyasarkan semua kapal yang dimiliki atau dikendalikan syarikat Israel atau membawa bendera Israel.
Yahya Sarea yang membuat kenyataan itu di saluran Telegram juga menyeru semua negara agar memindahkan rakyat mereka yang bekerja sebagai kru dalam mana-mana kapal terlibat.
Serangan udara Israel bunuh dua wartawan di Gaza
Dua wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara Israel malam tadi, kumpulan kebebasan akhbar Palestin MADA memaklumkan kepada Al Jazeera.
Sari Mansour dan Hassouneh Salim sedang bertugas di kem pelarian Bureij di tengah Gaza apabila mereka diserang, kata MADA.
Pada Sabtu, Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) melaporkan jumlah wartawan yang terkorban sejak perang bermula ialah 42.
Dengan kematian terbaharu ini, jumlah wartawan terkorban ketika konflik termasuk 39 rakyat Palestin, empat warga Israel, dan seorang warga Lubnan.
Parti Buruh New Zealand gesa gencatan senjata segera
Parti Buruh New Zealand menyifatkan serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza sebagai "tidak wajar dan sembarangan".
Ketuanya Chris Hipkins berkata pemimpin parti itu serta rakyat New Zealand secara amnya berasa amat terkejut dengan kemusnahan dan kehilangan nyawa yang berlaku di Palestin.
"Kami merasai kesedihan masyarakat di New Zealand yang mempunyai hubungan dengan mereka yang terlibat dalam konflik,” kata Hipkins yang juga Perdana Menteri New Zealand.
"Semua pihak perlu bertindak mengikut undang-undang antarabangsa dan melindungi orang awam.
“Walaupun kami mengiktiraf hak untuk mempertahankan diri, kami amat bimbang bahawa tindakan Pasukan Pertahanan Israel adalah tidak wajar dan sembarangan,” kata Hipkins lagi dalam satu kenyataan parti.
Letupan kuat kedengaran di Khan Younis
Wartawan Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum melaporkan berlaku letupan kuat berhampiran hospital di mana dia berada sekarang.
Netanyahu perjelas keputusan benarkan bahan api di Gaza
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilapor terpaksa menjelaskan kepada Menteri Kabinet keputusannya membenarkan dua trak minyak memasuki Gaza setiap hari, lapor Pihak Berkuasa Penyiaran Israel.
Netanyahu dilapor berkata bahawa tanpa langkah sedemikian, Israel akan kehilangan legitimasi antarabangsa untuk meneruskan operasi ketenteraannya di dalam semenanjung itu dan mungkin disyaki melakukan “jenayah perang”, kata sumber kepada media Israel.
Penjelasan itu dibuat ketika ahli-ahli gabungan sayap kanannya berang dengan pengumuman bahawa Israel bersetuju membenarkan bahan api di dalam enklaf itu walaupun berlaku krisis kemanusiaan yang dahsyat, penularan penyakit yang semakin meningkat, dan amaran PBB mengenai risiko kebuluran dalam kalangan penduduk awam.
Mereka yang menentang langkah itu mendakwa bahawa penyaluran bahan api itu akan memberikan 'talian hayat' buat Hamas, dan bukannya digunakan untuk tujuan kemanusiaan.
Tiada air, elektrik di hospital Khan Younis
?Al-Amal Hospital, and PRCS headquarters in Khan Younis, with no electricity or water since 6 days.#Gaza #SaveGazaHospitals #HumantarianAid #غزة#لست_هدفا#المساعدات pic.twitter.com/NpFL7VpZDR
— PRCS (@PalestineRCS) November 18, 2023
15 maut dalam serangan Israel di tengah, selatan Gaza
Lima belas rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di tengah dan selatan Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Palestin Wafa.
Tiga belas orang terbunuh dalam serangan ke atas sebuah rumah di kem Nuseirat di tengah Gaza, manakala seorang wanita dan anaknya terbunuh di selatan bandar Khan Younis, kata Wafa.
WHO sahkan Hospital Al-Shifa zon kematian, gesa pemindahan penuh
Lawatan menteri-menteri Arab-Islam ke negara anggota tetap UNSC bermula
Jawatankuasa peringkat menteri yang dilantik untuk merangka tindakan antarabangsa bagi menamatkan perang Israel ke atas Gaza memulakan tugasnya pada Ahad, lapor Agensi Berita Petra.
Timbalan Perdana Menteri Jordan merangkap Menteri Luar dan Ekspatriat Ayman Safadi menyertai lawatan menteri-menteri Arab-Islam ke beberapa negara anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
BERITA PENUH DI SINI
Tiada perjanjian mengenai pembebasan tawanan - Netanyahu
Netanyahu menegaskan tidak ada perjanjian berhubung pembebasan tawanan Hamas di Gaza.
Ia ketika laporan bertiup kencang mengenai perbincangan ke arah pembebasan mereka.
Dalam taklimat pada Sabtu malam, Perdana Menteri Israel itu berkata tidak ada perjanjian setakat ini, dan terdapat banyak laporan tidak tepat mengenai pembebasan tawanan.
“Saya ingin jelaskan di sini. Sehingga kini, belum ada perjanjian.
"Tetapi saya berjanji. Apabila ada sesuatu untuk diperkatakan, kami akan melaporkan kepada anda mengenainya,” kata Netanyahu.
MSF kutuk serangan 'disengajakan' ke atas konvoi bantuan
Doktor Tanpa Sempadan (MSF) mengutuk serangan ke atas konvoi yang membawa kakitangannya di Gaza.
Menurut MSF, serangan yang disifatkannya sebagai disengajakan itu telah mengorbankan ahli keluarga seorang petugas dan mencederakan yang lain.
Konvoi lima kenderaan yang membawa 137 kakitangan dan ahli keluarga MSF diserang pada Sabtu berhampiran pejabat MSF yang terletak berhampiran Hospital al-Shifa, kata kumpulan bantuan itu dalam satu kenyataan.
MSF kutuk serangan ke atas konvoi dekat Hospital Al-Shifa
On 18 November 2023, an MSF staff’s relative died and another one was injured in an attack on an MSF convoy trying to evacuate 137 people - MSF Palestinian staff members and their families. MSF condemns in the strongest terms this deliberate attack. https://t.co/fm3KOLblkM
— MSF International (@MSF) November 18, 2023
Serangan hebat berhampiran Hospital Indonesia
Al Jazeera mengesahkan laporan serangan besar-besaran tentera Israel di sekitar Hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza.
Seorang lagi wartawan Palestin terkorban di Gaza
Seorang wartawan Palestin terbunuh selepas serangan udara tentera penceroboh Israel menyasarkan rumahnya di Semenanjung Gaza pada Sabtu, menurut Palestinian Journalists Syndicate (PJS).
Wartawan itu dikenal pasti sebagai Sari Mansour dari kem pelarian Bureij di tengah Gaza, lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
WHO sifatkan Hospital Al-Shifa sebagai 'zon maut'
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengetuai pasukan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam misi penilaian ke atas Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada Sabtu, menyifatkan kemudahan kesihatan itu sebagai "zon maut".
"Pasukan berkenaan hanya dapat menghabiskan satu jam di dalam hospital itu," kata WHO lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
Presiden Palestin desak Amerika Syarikat beri tekanan kepada Israel henti serangan
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mendesak Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden supaya campur tangan dan memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan operasi ketenteraan darat di Gaza.
Mahmoud juga menyeru Biden memainkan peranan sewajarnya untuk menghentikan malapetaka kemanusiaan yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai warga Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
212 maut, lebih 2000 cedera di Tebing Barat
Lima negara gesa ICC siasat konflik Gaza
Hospital Al-Shifa kini menjadi pangkalan tentera Israel – Menteri Kesihatan Palestin
Tentera Israel didakwa bunuh warganegara sendiri
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) didakwa membunuh warganegara sendiri dalam serangan pertama perang antara Palestin-Israel pada 7 Oktober lalu.
Laporan media Israel, Haaretz mendedahkan, hasil siasatan dan penilaian kematian orang awam Israel di sebuah festival muzik berkemungkinan disebabkan oleh tentera Israel yang melepaskan tembakan menerusi helikopter tempur IDF.
BERITA PENUH DI SINI
Ratusan lari berjalan kaki tinggalkan Hospital Al Shifa
PM Anwar laung seruan selamatkan penduduk Gaza, wakili ekonomi pesat membangun di APEC 2023
Nilai teras dan kepentingan multilateralisme terutamanya bagi ekonomi sedang pesat membangun seperti Malaysia, dan bahawa kemanusiaan harus mengatasi pakatan politik, adalah antara mesej utama yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berada di sini.
Mesej beliau di setiap platform di sini adalah mudah dan jelas - pembunuhan dan kekejaman di Gaza perlu dihentikan dan tidak ada pilihan lain lagi.
BERITA PENUH DI SINI
Ramai dikhuatiri terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di sekolah kem pelarian Jabalia
Ramai penduduk awam, termasuk kanak-kanak dan wanita, dikhuatiri terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Sekolah Al-Fakhura yang diuruskan oleh UNRWA di kem pelarian Jabalia, utara Semenanjung Gaza, menurut pihak perubatan.
Sekolah itu telah digunakan sebagai tempat perlindungan bagi beratus-ratus keluarga yang dipindahkan akibat keganasan Israel di Gaza, kata laporan agensi berita Palestin WAFA.
BERITA PENUH DI SINI
Tunjuk perasaan gesa genjatan senjata
PM Anwar bangga Brunei, Indonesia dan Malaysia sepakat dalam isu Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berasa bangga kerana Brunei, Indonesia dan Malaysia sepakat serta tegas dalam isu Gaza di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di AS pada Jumaat.
"Saya bangga dalam hal ini, Indonesia, Malaysia dan Brunei sepakat serta tegas. Tuanku Sultan Brunei (Sultan Hassanal Bolkiah) ada menyatakan tentang pertelingkahan di Timur Tengah.
BERITA PENUH DI SINI
Pengarah Hospital al-Wafa Gaza terkorban dalam serangan udara Israel
Pengarah Hospital Al-Wafa dan Rumah Penjagaan Warga Emas di Bandaraya Gaza terbunuh dalam serangan udara Israel pada Jumaat malam, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.
Sumber tempatan berkata pesawat pejuang tentera pencerobohan Israel menyasarkan hospital itu, menyebabkan pengarahnya Midhad Mhaisen terbunuh dan beberapa doktor cedera.
BERITA PENUH DI SINI
Tiada sedikit pun berbau darah, malah berbau wangi - Nurul Ain Haron
Kanak-kanak di Gaza dengar bunyi bom laung Allahuakbar - Nurul Ain
Anak buah Nurul Ain mahu ikut ke Malaysia kerana tiada bom
Save Press 4 Gaza tanda sokongan, solidariti Malaysia kepada pengamal media Palestin
Lebih 100 pengamal media berkumpul di Dataran Merdeka di sini hari ini, bagi membawa suara solidariti kepada rakan media yang bertaruh nyawa menyampaikan berita di Gaza, Palestin.
Wakil perhimpunan Save Press 4 Gaza (SP4G) Sairien Nafis berkata pengamal media Malaysia daripada 26 persatuan serta agensi hadir bagi menyokong penuh kepada pengamal media di Palestin untuk terus menyebarkan kebenaran kepada dunia.
BERITA PENUH DI SINI
Penunjuk perasaan berhimpun di Washington gesa genjatan senjata di Gaza
Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Washington, Amerika Syarikat (AS) menggesa gencatan senjata di Gaza selepas ribuan orang terbunuh dalam serangan Israel pada Jumaat.
Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Union Station, melaungkan slogan, membawa sepanduk dan menyeru kerajaan AS menghentikan bantuan ekonomi kepada Israel.
BERITA PENUH DI SINI
UNWRA perlu 160,000 liter bahan api sehari
Amerika Syarikat harus bersikap adil mengenai konflik di Gaza - Anwar
Prinsip keadilan dan hak asasi manusia adalah penting untuk ditegakkan termasuk dalam isu perdagangan global dan pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Oleh itu, katanya Amerika Syarikat harus bersikap adil dan tidak harus bersikap berkecuali apabila berbincang mengenai konflik di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Hari ke-43: Lebih 12,000 rakyat Palestin terbunuh
Angka terkini pada Sabtu menunjukkan, lebih 12,000 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lebih 8,300 wanita dan kanak-kanak.
Selain itu, lebih 30,000 yang lain cedera, akibat serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza yang masuk hari yang ke-43.
BERITA PENUH DI SINI
Tipu daya Israel serang Hospital Al-Shifa
‘Surat kepada Amerika’ tulisan Osama Bin Laden tular di TikTok
'Surat kepada Amerika’, ditulis bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, setahun selepas serangan 11 September 2001 tular di Tiktok.
Ia mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat global di media sosial yang menyifatkan peranan Amerika sebagai ‘hero’ dalam konflik Asia Barat sebagai satu pembohongan.
BERITA PENUH DI SINI
Hospital al-Shifa lumpuh gagal beroperasi
Situasi di Hospital Al-Shifa cukup menakutkan - Pakar Kesihatan Palestin
Israel setuju bekalkan dua trak bahan api sehari kepada Gaza
Kabinet Perang Israel pada Jumaat meluluskan kemasukan bantuan dua trak bahan api dalam sehari ke Gaza untuk memenuhi keperluan rakyat Palestin dan petugas PBB.
Menurut Penasihat Keselamatan Perdana Menteri Israel, Tzachi Hanegbi, keputusan itu dibuat selepas menerima permintaan dan desakan daripada Washington.
BERITA PENUH DI SINI
Israel sekat rakyat Palestin masuki masjid Al-Aqsa
Israel setuju bekal dua trak bahan api sehari ke Gaza
'Situasi di Hospital al-Shifa cukup menakutkan'
Situasi di Hospital al-Shifa di Semenanjung Gaza cukup menakutkan apabila persekitaran hospital terbesar di Gaza itu dikepung tentera rejim Zionis Israel.
Menurut pakar kesihatan hospital itu, Ahmed El Mokhallalati, keadaan di kompleks kesihatan itu bertambah sukar dan berbahaya untuk orang awam.
BERITA PENUH DI SINI
Menteri Pertahanan ASEAN gesa tumpuan ke arah tangani situasi di Asia Barat
Menteri-menteri Pertahanan ASEAN menyuarakan kebimbangan mereka mengenai situasi yang semakin meruncing di Asia Barat semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan mesyuarat ADMM-Plus ke-10 di Jakarta.
Pengerusi ASEAN berkata, menyedari betapa pentingnya isu berkenaan, negara-negara anggota ADMM menggesa agar perhatian segera diberi dan mengadakan dialog membina demi menangani konflik yang sedang berlaku di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Media perlu telus lapor isu babit Gaza - Sheikh Ali Muhyiddin
Pengamal media perlu memainkan peranan secara telus dalam melaporkan berita-berita berhubung konflik Palestin-Israel berdasarkan realiti sebenar yang berlaku di Gaza.
Setiausaha Kesatuan Ulama' Muslimin Sedunia, Sheikh Prof Dr Ali Muhyiddin Al-Qarah Daghi berkata wartawan berperanan penting dalam melaporkan insiden sebenar kepada masyarakat awam dan bukannya memanipulasikan sesuatu fakta.
BERITA PENUH DI SINI
Hospital Indonesia di Gaza terpaksa henti rawat pesakit, tiada sumber api dan ubat
Sebuah hospital di Semenanjung Gaza yang dibina dengan dana Indonesia kini ditutup kerana kekurangan bekalan, selepas beberapa hari cuba menyelamatkan operasi dengan bergantung pada panel solar, minyak masak dan bantuan sukarelawan, yang kini tidak dapat dihubungi.
Pengarah Hospital Indonesia, Atef al-Kahlout pada Khamis memberitahu Al Jazeera bahawa mereka sudah tidak boleh memberikan perkhidmatan lagi, malah sudah tidak mempunyai katil untuk menempatkan pesakit.
BERITA PENUH DI SINI
Konflik Israel-Palestin: Malbatt 850-10 berdepan cabaran ketika bertugas di Lubnan
Penugasan Kumpulan Malaysian Battalion 850-10 (Malbatt 850-10) di Lubnan selama setahun bermula 27 Okt 2022 berdepan dengan cabaran susulan konflik Israel-Palestin yang tercetus sejak 7 Okt lepas.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata konflik itu memberi kesan kepada aspek keselamatan di Selatan Lubnan selain turut menjejaskan pengoperasian pasukan Malbatt 850-10.
BERITA PENUH DI SINI
Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekecewaan beliau dengan resolusi Sidang Kemuncak Negara-negara Arab-Islam pada 11 November lepas yang gagal mencadangkan langkah konkrit atau strategik untuk mendesak Israel dan sekutu Baratnya menghentikan kekejaman terhadap Palestin.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, dalam tempoh sebulan yang lalu juga, dunia menyaksikan rakyat Palestin, khususnya doktor dan jururawat, enggan meninggalkan hospital dan berlindung di tempat yang selamat, tetapi lebih rela membantu merawat yang tercedera, biarpun nyawa mereka sendiri dalam bahaya.
BERITA PENUH DI SINI
Anwar suarakan krisis Gaza pada dialog APEC, kejutkan pemimpin ekonomi anggota
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan mengenai pertumpahan darah yang berlaku di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan udara dan darat Israel yang tidak henti-henti.
"Apa yang berlaku di Gaza jelas merupakan pengabaian tanggungjawab moral yang membenarkan kemusnahan besar-besaran berlaku dan mengakibatkan malapetaka iklim," katanya pada Majlis Dialog Tidak Rasmi dan Makan Tengah Hari Pemimpin Ekonomi APEC dan yang turut disertai Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan seluruh pemimpin ekonomi anggota.
BERITA PENUH DI SINI
PDRM kumpul maklumat, risikan jika ada ancaman pihak luar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan ugutan secara langsung mahupun tidak langsung susulan pendirian dan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata bagaimanapun, PDRM masih mengumpul maklumat dan risikan sekiranya terdapat ancaman dari pihak luar berhubung perkara itu.
BERITA PENUH DI SINI
Pusat Fisioterapi Dr Siti Hasmah & Enaya musnah dibedil Zionis - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Pusat Fisioterapi Dr Siti Hasmah dan Enaya di Gaza mengalami kemusnahan dalam serangan Israel pada 7 Nov lalu.
Menerusi kenyataan di media sosial, bekas perdana menteri itu berkata, terdapat lima keluarga rakyat Palestin yang mendapatkan perlindungan di fasiliti tersebut selepas rumah mereka terkena serangan sebelumnya.
BERITA PENUH DI SINI
Doktor pakar akui pindahkan bayi dari hospital tugas sukar
Malaysia gesa semua pihak patuhi resolusi diluluskan Majlis Keselamatan PBB
Malaysia menggesa semua pihak mematuhi resolusi yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) supaya jeda dan koridor kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza dilaksanakan segera untuk beberapa hari.
Menurut Wisma Putra, langkah itu perlu bagi membolehkan bantuan sampai kepada orang awam di wilayah yang dikepung.
BERITA PENUH DI SINI
Perancis kutuk pencerobohan haram Israel amal 'dasar keganasan'
PERANCIS pada Khamis mengutuk keganasan oleh peneroka Israel di Tebing Barat dan menyifatkannya sebagai "dasar keganasan" yang bertujuan untuk memindahkan penduduk Palestin.
Perancis turut menggesa pihak berkuasa Israel melindungi rakyat Palestin daripada keganasan.
BERITA PENUH DI SINI
WFP dedahkan rakyat Palestin bertahan satu hidangan sehari
Puluhan patung dibalut kain putih di hadapan White House
Kekejaman Zionis: Pesuruhjaya Tinggi Kemanusiaan PBB mahu gencatan senjata
400 kanak-kanak sekolah di Cambridge Heath Road, UK turut laung #FreePalestine
400 schoolchildren are marching along Cambridge Heath Road chanting 'Free #Palestine' and 'stop bombing #Gaza'. #UK pic.twitter.com/TvDuEvWnYq
— Quds News Network (@QudsNen) November 16, 2023
Lebih 2,800 warga Palestin ditahan sejak perang bermula, kata wakil kanan Hamas
Ossama Hamdan: "The occupation has arrested more than 2,800 Palestinians since the start of the war, bringing the number of prisoners in the occupation prisons to more than 9,000." #Gaza #WestBank
— Quds News Network (@QudsNen) November 16, 2023
#Israel pic.twitter.com/zQDM0VMl4g
Israel bom satu-satunya kilang gandum masih beroperasi di Gaza - PBB
Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) baru-baru ini menyatakan Kilang Tepung As-Salam Palestin di Deir Al Balah telah dibom dan musnah akibat serangan udara Israel, menurut Agensi Berita Jordan, Petra.
Premis itu merupakan kilang gandum terakhir yang masih beroperasi di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
Mengapa pemimpin Arab, Islam tunjukkan respons berbeza terhadap krisis Gaza?
Situasi mendesak di Hospital Indonesia di Gaza
?Just Received: Tough Health conditions in the Indonesian hospital.
— Eye On Palestine (@EyeOnPalestines) November 16, 2023
Many health conditions are in the Indonesian hospital as it’s busy and crowded with dozens of injuries following the break down of the health system and the closing of most of the hospitals in the city of… pic.twitter.com/oswlfSVk9q
Masjid Al-Hasayna di pelabuhan Gaza... tinggal kenangan...
Another mosque gone…
— Eye On Palestine (@EyeOnPalestines) November 16, 2023
The Israeli occupation destroyed the Al-Hasayna Mosque in the Gaza port
تدمير الاحتلال الإسرائيلي لمسجد الحساينة في ميناء غزة pic.twitter.com/xvoqLD6EJT
103 kakitangan UNRWA terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober - Ketua Pesuruhjaya UNRWA
Every day is a sad day for the @UN and @UNRWA, I am devastated to now confirm that 103 colleagues have been killed in #Gaza since 7 October.
— Philippe Lazzarini (@UNLazzarini) November 16, 2023
They were wonderful people who dedicated their lives to their communities.@JulietteTouma @NYTBen @nytimes https://t.co/wPKHGDYmt1
Tiada kawasan selamat di Gaza - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
The killing of so many civilians cannot be dismissed as collateral damage. Not in a kibbutz. Not in a refugee camp. And not in a hospital - @volker_turk
— UN Human Rights (@UNHumanRights) November 16, 2023
"I am on the side of every civilian, Palestinian or Israeli, who is harmed, or who lives in fear"https://t.co/U0GY5OyPBM pic.twitter.com/O1vWgQRd5z
Detik memilukan papar rakyat Palestin merentas lebih 11km ke selatan Gaza
Shocking moments for the evacuation trip of thousands of IDPs and dozens of patients who moved on foot for hours from ALQuds Hospital in#Gaza to the south.#AlQudsHospital#Gaza pic.twitter.com/PMScdLtEoO
— PRCS (@PalestineRCS) November 16, 2023
Ribuan berkumpul di luar Parlimen UK, desak gencatan senjata di Gaza
Orang ramai berkumpul di luar Dewan Parlimen di London pada Rabu menuntut agar Ahli Parlimen mengundi menyokong gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Penunjuk perasaan melaungkan slogan ketika Ahli Parlimen mengundi usul yang dicadangkan oleh Parti Kebangsaan Scotland (SNP), sama ada menyokong gencatan senjata di Gaza, lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
'Mana ada Hospital al-Shifa simpan senjata'
Kementerian Kesihatan di bawah pentadbiran Hamas di Genting Gaza mendakwa rejim Zionis tidak menemui sebarang senjata atau peralatan ketenteraan di hospital terbesar di wilayah itu setelah kempen pencerobohan terus menyasarkan kemudahan perubatan tersebut untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis.
"Pada asasnya, kami tidak akan membenarkan sebarang senjata di mana-mana hospital," tegas Pengarah kementerian itu, Munir al-Bursh.
BERITA PENUH DI SINI
PM Kanada Justin Trudeau diserbu penunjuk perasaan pro-Palestin
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau terpaksa diiringi polis ke tempat selamat selepas beliau diserbu penunjuk perasaan pro-Palestin yang berkumpul di luar sebuah restoran di Vancouver, menurut pihak berkuasa Rabu.
Kumpulan terdiri daripada 250 peserta protes itu turut mengibarkan bendera dan melaungkan slogan menggesa pelaksanaan senjata ketika mengerumuni premis di daerah Chinatown di bandar tersebut ketika kejadian pada Selasa.
BERITA PENUH DI SINI
Tentera Israel mengebom dan memusnahkan bangunan Dewan Perundangan di Gaza
lsraeli occupation forces blow up the Legislative Council in Gaza City. pic.twitter.com/uFnFk9jEDC
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) November 15, 2023
Tentera Israel meneruskan kekejaman ke atas Hospital Al Shifa di Gaza
Israeli military in its offensive into #Gaza, has reported that he's at Al Shifa Hospital now.
— PALESTINE ONLINE (@OnlinePalEng) November 16, 2023
This comes following news that Israeli forces have broken into the hospital again and started bulldozing its southern entrance.
Israeli forces had broken into Al Shifa Hospital last pic.twitter.com/pZVwheCtCJ
Hormati undang-undang antarabangsa, kemerosotan multilateralisme perlu ditangani
"Keamanan dan pembangunan saling berkaitan. Ketegangan geopolitik dan geoekonomi menyemarakkan lagi polarisasi. Kita sedang menyaksikan kemerosotan dan penghakisan multilateralisme serta penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa.
"Ini terbukti menerusi peristiwa menakutkan yang dilihat berlaku di Gaza, dengan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak," kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, pada sesi Pleno Mesyuarat Menteri-menteri APEC ke-34 di sini pada Rabu.
BERITA PENUH DI SINI
Jordan sifatkan serangan Israel di sekitar hospital medannya di Gaza sebagai jenayah perang
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, mengutuk pengeboman Israel di sekitar hospital medan Jordan di Gaza sambil menyifatkannya sebagai "jenayah perang".
Jordan sedang menunggu hasil siasatan pasukan tenteranya terhadap insiden pengeboman berkenaan agar undang-undang, langkah diplomatik dan politik dapat diambil.
BERITA PENUH DI SINI
WHO terputus hubungan dengan kakitangan Al-Shifa
Pembunuhan bayi di Gaza perlu dihentikan Israel - Kanada
Angka kematian di Gaza kini meningkat kepada 11,500
Angka kematian akibat serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober meningkat kepada 11,500, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita, menurut pejabat media kerajaan di Gaza pada Rabu.
"Jumlah kematian membabitkan kakitangan perubatan kini mencecah 200," Agensi Anadolu memetik kenyataan pejabat terbabit menerusi hantaran Telegram.
BERITA PENUH DI SINI
Israel 'tidak berhak bercakap mengenai undang-undang'
Kerajaan Turki membidas Israel dalam episod terbaharu pertikaian umum antara kedua-dua negara.
Dalam satu kenyataan, yang dikeluarkan, Kementerian Luar Negeri Turki menuduh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Israel, Eli Cohen cuba "menutup jenayah yang dilakukan mereka sendiri" dengan menyerang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
BERITA PENUH DI SINI
Israel sifatkan resolusi gencatan tiada makna
WAKIL Tetap Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gilad Erdan mendakwa, resolusi yang menggesa gencatan kemanusiaan di Gaza yang dicapai Majlis Keselamatan pertubuhan antarabangsa itu “tidak memberi sebarang makna” selain disifatkan “terpisah daripada realiti.”
Erdan dengan tegas mempertahankan pendirian bahawa tindakan Israel melancarkan serangan di Gaza adalah mengikut undang-undang antarabangsa, iaitu dakwaan yang dibantah oleh banyak pihak.
BERITA PENUH DI SINI
Ketua pembangkang Israel seru Netanyahu letak jawatan
Untuk kali pertama sejak perang bermula, pemimping pembangkang Israel, Yair Lapid menyeru Benjamin Netanyahu untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Portal berita Al Jazeera melaporkan, dalam temu bual dengan saluran berita Channel 12 Israel, tokoh pembangkang itu menegaskan, Netanyahu sepatutnya meletak jawatan kerana beliau telah kehilangan kepercayaan daripada rakyat.
BERITA PENUH DI SINI
Majlis Keselamatan PBB seru henti sementara perang di Gaza
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akhirnya mencapai resolusi menggesa agar gencatan kemanusiaan segera dan dilanjutkan dalam pertempuran antara Israel dan Pejuang Hamas di Semenanjung Gaza.
Ini bagi membolehkan "bilangan hari yang mencukupi" untuk akses bantuan kemanusiaan di wilayah terkepung itu.
BERITA PENUH DI SINI
"Perang Israel adalah satu pembantaian!" - Mahmoud Abbas
Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas mengeluarkan kenyataan paling lantang beliau berhubung perang Israel ke atas Gaza.
“Kita (rakyat Palestin) sedang berhadapan dengan penindasan tidak bertamadun dan perang pembantaian (pembunuhan beramai-ramai) secara terbuka terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat,” katanya dalam ucapan di Ramallah hari ini sempena ulang tahun ke-35 pengiystiharan pembebasan negara Palestin.
“Ini adalah perang terhadap kewujudan rakyat Palestin, terhadap identiti kebangsaan Palestin, identiti bumi Palestin dan identiti penghuninya,” kata Mahmoud.
Beliau menambah, pembunuhan di Gaza akan menjadi satu 'sumpahan' kepada penjajah dan mereka di sebaliknya atau pihak yang terus berdiam diri terhadap jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin,” kata beliau dipercayai merujuk kepada sikap sesetengah kelompok masyarakat dunia hari ini.
“Palestin adalah negara kami dan tiada pilihan lain. Sekiranya ada yang terpaksa meninggalkannya, ia adalah penjajah itu sendiri,” tambahnya lagi.
Erdogan gelar Israel “negara pengganas”
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Rabu menggelar Israel sebagai ‘negara pengganas’ yang melakukan jenayah antarabangsa dan mencabul undang-undang antarabangsa di Gaza.
Bercakap kepada penggubal undang-undang di parlimen negara itu, Erdogan mengulangi pandangannya bahawa Hamas bukanlah sebuah organisasi pengganas tetapi sebuah entiti politik yang telah dipilih oleh rakyat Palestin menerusi pilihan raya.
Pemimpin Turki itu turut melontarkan persoalan kepada Perdana Menteri Israel, Banjamin Netanyahu sama ada negara itu mempunyai senjata nuklear.
Katanya, Turki akan bekerjasama di peringkat antarabangsa untuk memastikan pendatang haram Yahudi digelar ‘pengganas’ susulan keganasan yang meningkat di Tebing Barat.
Erdogan sebelum ini sememangnya lantang mengutuk tindakan Israel yang berterus-terusan membedil bumi Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.
Ifa Raziah himpunkan selebriti, pengunjung di Himpunan Kemanusian Palestin
Demi solidariti kepada rakyat Palestin, selebriti dan usahawan popular, Ifa Raziah menghimpunkan barisan selebriti dan pengunjung di Himpunan Kemanusian Palestin di Juru Auto City, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Program tersebut dirangka sebagai salah satu aktviti dalam acara Starvendors Penang Foodstival 2023 yang berlangsung pada 10 hingga 12 November lalu.
BEIRA PENUH DI SINI
Dwistandard: UEFA, FIFA berdiam diri dalam serangan Israel ke atas Gaza
Serangan tentera Israel ke atas orang awam yang mencari perlindungan di hospital dan sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-40 pada Rabu.
Tetapi badan induk bola sepak Eropah mahupun dunia iaitu UEFA dan FIFA masing-masing belum mengeluarkan kenyataan mengutuk atau mengenakan hukuman ke atas Tel Aviv.
BERITA PENUH DI SINI
"Hospital bukannya medan tempur"- Pegawai PBB
I'm appalled by reports of military raids in Al Shifa hospital in #Gaza.
— Martin Griffiths (@UNReliefChief) November 15, 2023
The protection of newborns, patients, medical staff and all civilians must override all other concerns.
Hospitals are not battlegrounds.
iKAF hantar bantuan kecemasan ke Gaza melalui Bulan Sabit Merah Mesir
Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (iKAF) melalui Misi Kemanusiaan Insani 4 Palestine (i4P) akan menghantar bantuan kecemasan ke Gaza meliputi ubat-ubatan, peralatan perubatan serta keperluan musim sejuk melalui Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) dalam masa terdekat.
iKAF dalam satu kenyataan memaklumkan, kumpulan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang diketuai Pengerusinya, Datuk Fathul Bari Mat Jahya telah tiba di Kaherah sejak dua hari lalu bagi menyampaikan bantuan tersebut.
BERITA PENUH DI SINI
"Dalam peperangan pun ada peraturannya" - Justin Trudeau
Even wars have rules. All innocent life is equal in worth Israeli and Palestinian
— Middle East Eye (@MiddleEastEye) November 15, 2023
Canadian Prime Minister Justin Trudeau urged Israel to stop this killing of women, of children, of babies in the Gaza Strip, during a news conference on Tuesday pic.twitter.com/d2vg0Fxb5X
Menteri Israel gesa rakyat Palestin pindah
Yuran pengajian pelajar Palestin di universiti awam dikecualikan setahun
Yuran pengajian bagi lebih 600 pelajar Palestin yang sedang menuntut di universiti awam di Malaysia, dikecualikan bagi tempoh setahun berkuat kuasa serta-merta, umum Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak universiti swasta bagi memberi pengecualian yuran kepada lebih 200 pelajar Palestin yang sedang melanjutkan pengajian di institusi mereka bagi tempoh setahun.
BARITA PENUH DI SINI
Bangsa Johor diajak bersolidariti untuk Palestin Ahad ini
Seluruh rakyat di negeri ini diajak untuk bersama-sama bersolidariti dengan rakyat Palestin dalam satu acara yang akan diadakan di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di Johor Bahru Ahad ini.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran di Facebook hari ini, mengajak warga Johor untuk sama-sama menyertai Majlis Yasin, Tahlil serta Solat Hajat Bangsa Johor peringkat negeri sebagai satu daripada inisiatif dalam usaha memohon kemenangan atas perjuangan rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Israel sedang lancarkan serangan Hospital Al-Shifa
Tentera Israel serbu Hospital Al-Shifa di Gaza
Tentera Israel menyerbu Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada awal Rabu.
Ketua unit kebakaran Kompleks Perubatan Al-Shifa, Dr Ahmad Mikhallalati berkata kereta kebal dan jentolak Israel kini berada di kompleks itu, lapor Agensi Anadolu memetik laporan Al Jazeera.
BERITA PENUH DI SINI
Israel dakwa sudah mengepung Kota Gaza
Israel mendakwa tenteranya sudah mengawal kota Gaza setelah menewaskan kumpulan pejuang Islam Hamas di Semenanjung Gaza.
Dakwaan itu dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant pada Selasa susulan pengepungan terhadap kompleks kesihatan terbesar Gaza, Hospital al-Shifa.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel selar Setiausaha Agung PBB, dakwa berat sebelah
Menteri Luar Israel, Eli Cohen menyelar Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dan mendakwa beliau tidak layak untuk menerajui pertubuhan global itu.
Cohen juga mendakwa, Guterres tidak melakukan usaha yang cukup untuk mengecam tindakan kumpulan pejuang Hamas yang bekerja rapat dengan Iran yang didakwa ingin memusnahkan Israel.
BERITA PENUH DI SINI.
Hospital kanak-kanak di Gaza kini tidak berfungsi
Pengarah Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi di Gaza pada Selasa berkata bahawa fasiliti kesihatan itu kini telah dikosongkan dan tidak lagi berfungsi.
Mustafa al-Kahlot berkata, ia rentetan daripada pengepungan tentera Israel di kawasan itu dengan menyekat bekalan elektirik, air dan oksigen untuk kegunaan hospital.
BERITA PENUH DI SINI.
Rakyat Palestin di Gaza terpaksa minum air hujan
Palestinians trapped in Gaza are drinking rainwater to survive.
— AJ+ (@ajplus) November 14, 2023
But the heavy rains are also flooding refugee camps and spreading disease: “When the rain falls, we will drown.” pic.twitter.com/TNgQLc1Qv3
Separuh dari hospital di Gaza kini tidak berfungsi - WHO
?2⃣2⃣ of 3⃣6⃣ - MORE THAN HALF the hospitals in Gaza are non-functional due to lack of fuel, damage, attacks and insecurity.
— WHO in occupied Palestinian territory (@WHOoPt) November 14, 2023
The 14 hospitals remaining open have barely enough supplies to sustain critical and lifesaving surgeries and provide inpatient care, including intensive… pic.twitter.com/vHqSVXevT8
Henti jual minyak dan gas kepada Israel, AS, Eropah - Tun M
Pengeluar minyak dari negara Islam digesa menghentikan penjualan bekalan minyak dan gas bukan hanya kepada Israel malah sekutunya Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah tersebut adalah antara salah satu tekanan yang boleh diambil oleh negara Islam terhadap Zionis yang sedang melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Sengsara di Hospital Eropah Gaza masih tiada kesudahan - Dr Tom Potokar
Ketua pakar bedah Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, Dr Tom Potokar berkata, kesengsaraan di Hospital Eropah di Gaza dilaporkan masih tiada kesudahan.
Dr Potokar berkata, pasukannya di hospital hanya mempunyai masa untuk melihat separuh daripada pesakit.
BERITA PENUH DI SINI
Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh
Palestinian journalist, Ahmad Fatima, has just been murdered by Israel. pic.twitter.com/N3xn8DgdJ4
— Jackson Hinkle (@jacksonhinklle) November 14, 2023
Kekejaman rejim Israel yang akan diingati dalam sejarah
#GazaTankCemetery
— Freedom Fighter (@biglanang) November 14, 2023
This is a picture that history will remember. Yes, they entered #Gaza, but it turned into a cemetery for the invaders and their tank. The enemy media says: The picture is shocking for the fourth most powerful army in the world.
#_ pic.twitter.com/sDB2HYHAov
Talian komunikasi terputus, rakyat Gaza umpama menunggu "hukuman mati"
Seluruh Semenanjung Gaza umpama menunggu "hukuman mati" sejak talian komunikasi terputus yang menyukarkan untuk menghubungi ambulans dan pasukan kecemasan, menurut Pejabat Media Gaza pada Selasa.
Israel memutuskan semua bentuk komunikasi di Gaza selama 36 jam berturut-turut sejak 27 Okt sebelum menyambungkannya semula.
BERITA LANJUT DI SINI
Hamas sedia bebaskan 70 tebusan, balasan gencatan senjata
Hamas memaklumkan pihak pengantara Qatar bahawa kumpulan itu bersedia untuk membebaskan sehingga 70 wanita dan kanak-kanak yang ditahan di Gaza sebagai balasan gencatan senjata lima hari dengan Israel.
Menurut jurucakap sayap tenteranya, Briged Al Qasam, Abu Ubaida, gencatan senjata seharusnya termasuk gencatan senjata yang lengkap serta membenarkan bantuan kemanusiaan di semua lokasi di Semenanjung Gaza.
BERITA LANJUT DI SINI
Hari-38 perang di Gaza: Angka kematian cecah 11,000 orang
Sekurang-kurangnya 11,540 rakyat Palestin telah terkorban ketika pengeboman Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat memasuki hari ke-38 pada Isnin.
Kementerian Kesihatan Palestin memberitahu lebih 28,200 rakyat Palestin dilaporkan cedera manakala sekurang-kurangnya 3,250 lagi masih hilang atau tertimbus di bawah runtuhan, termasuk 1,700 kanak-kanak.
BERITA LANJUT DI SINI
Pelajar, petugas sekolah Afwa al Afiyah selamat tiba di selatan Gaza - Siti Nurhaliza
Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bersyukur kesemua pelajar dan petugas sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza, Palestin yang dibangunkan menerusi Yayasan Nurjiwa berada dalam keadaan baik dan selamat sampai di selatan negara itu.
Beliau berkata buat masa ini hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi yayasan itu masih dapat terus diberikan walaupun dalam keadaan yang sangat meruncing memandangkan wakil yang juga kenalannya, Dr Mohanad masih selamat dan mampu mengendalikan sumbangan tersebut.
BERITA LANJUT DI SINI
Too close and too cold, premature babies in grave peril at Gaza's Al Shifa hospital
The tiny babies lie side by side, some wrapped in green fabric roughly taped around them for warmth, others wearing only nappies, a picture of vulnerability, their lives in grave danger with every minute that passes.
The newborns are under the care of exhausted medics at Gaza's Al Shifa hospital, which is besieged by Israeli tanks battling Hamas fighters, and lacks electricity, water, food, medicines and equipment.
CLICK HERE FOR MORE NEWS
Rakyat Palestin kecewa hasil Sidang Kemuncak Arab-Islam, mahu penyelesaian lebih praktikal
Rakyat Palestin di Gaza menyuarakan kekecewaan dengan resolusi yang diluluskan pada Sidang Kemuncak Tergempar Islam-Arab, sebaliknya mereka menggesa dunia Islam mencari jalan penyelesaian yang benar-benar praktikal untuk menamatkan pencerobohan Israel.
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed berkata sama seperti mesyuarat antarabangsa sebelum ini seperti Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB berkaitan rakyat Palestin, sidang kemuncak itu juga tidak mencapai apa yang diharapkan.
BERITA LANJUT DI SINI
Akses palang merah dalam operasi menyelamat semakin sukar
Hantar bantuan guna payung terjun "jalan terakhir" - PBB
Malaysia wajar ketuai gerakan boikot Israel
Kecaman dari pemimpin dan komuniti dunia bukan lagi 'peluru' berkesan untuk mematikan kekejaman Israel terhadap bumi Palestin, sebaliknya tindakan yang lebih tegas perlu dilaksanakan segera, demi menghentikan jenayah kemanusian rejim Zionis itu.
Pemimpin-pemimpin dunia perlu berani mengambil langkah yang lebih keras dengan memboikot secara menyeluruh dan menghentikan segala hubungan diplomatik dengan Zionis itu.
BERITA PENUH DI SINI.
Demi Palestin
85% soldiers in our units are orphans #Palestinians whose parents were martyred by the occupying state #Isreal. Today, those children have grown up; their hearts are burning with the fire of revenge.#أبوعبيدة#AbuUbaidah#FreePalestine ?? pic.twitter.com/5sxAgjR0ja
— Freedom Fighter (@biglanang) November 13, 2023
Mesej terakhir sebelum dibom Israel
Pengeboman tanpa henti Israel ke atas Genting Gaza lebih tiga minggu lalu telah meratakan seluruh kawasan kejiranan dan menyebabkan wilayah Palestin yang terkepung itu bertukar menjadi padang jarak padang tekukur.
Angka kematian akibat kegilaan rejim Zionis juga telah melepasi 11,000 orang termasuk lebih 4,500 kanak-kanak kerana tempat selamat seperti masjid, gereja, pusat media, hospital dan pasar raya kebanyakannya telah dibom.
BERITA PENUH DI SINI.
'Hanya kalender, bukan nama tebusan'
??? ISRAELI PROPAGANDIST points to a random calendar at the Rantisi hospital as "evidence" of a "hostage keepers' list" with "terrorists' names".
— Jackson Hinkle ?? (@jacksonhinklle) November 13, 2023
? But the ONLY thing on that "list" is literally the days of the week (Saturday-Friday).
pic.twitter.com/nti8zHqwSR
Kekejaman Zionis: Bayi pramatang dalam risiko besar di Al-Shifa
Bayi-bayi di Hospital Al-Shifa, Gaza, kini berada dalam risiko yang besar kehilangan nyawa dengan setiap detik yang berlalu.
Kesemua mereka dikumpul dan dibaringkan bersebelahan untuk mewujudkan rasa hangat dan hanya memakai lampin serta kini menunggu harapan sama ada boleh diselamatkan.
BERITA PENUH DI SINI.
Lubnan-Israel semakin panas, cetus perang lebih luas
Korban pertempuran selama berminggu-minggu merentasi sempadan Lubnan-Israel telah meningkat di kedua-dua belah pihak, pada Isnin.
Perang mulut mencetuskan kebimbangan konflik yang semakin meluas antara Israel dan kumpulan Lubnan yang disokong Iran, Hezbollah.
BERITA PENUH DI SINI.
PM Israel beri amaran jangan masuk campur urusan Zionis di Gaza
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terus menunjukkan sikap angkuh apabila mengugut pemimpin Arab supaya tidak masuk campur dalam menyuarakan isu konflik Palestin-Israel.
Menurut Netanyahu, kepentingan negara Arab akan terus dipelihara jika mereka mengambil pendekatan berdiam diri.
BERITA PENUH DI SINI.
'Bayi bukan sasaran' - PBB
Babies are #NotATarget.
— United Nations (@UN) November 13, 2023
Schools are #NotATarget.
Children are #NotATarget.
Civilians are #NotATarget.
Hospitals are #NotATarget.
Humanitarians are #NotATarget.
Healthcare workers are #NotATarget.
They must be protected.
At all times.
Everywhere. pic.twitter.com/C6GL4jSwLt
Keadaan di Semenanjung Gaza kekal terdesak, dalam tekanan dahsyat
Keadaan di Semenanjung Gaza kekal terdesak dan berada dalam tekanan yang dahsyat.
Jurucakap persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bbulan Sabit Merah Antarabangsa, Tommaso Della Longa berkata, ramai yang masih hilang dan ada yang dibiarkan berada di bawah runtuhan kerana tiada siapa yang dapat memasuki kawasan berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI.
Ireland bertegas menyebelahi Palestin
I love Ireland ????. pic.twitter.com/W5eONJodNE
— Eye On Palestine (@EyeOnPalestines) November 13, 2023
Terkini dari Gaza
Setiausaha Kementerian Kesihatan Palestin, Dr. Youssef Abu Al-Rish, memberitahu hal berikut dari dalam Kompleks Perubatan Al-Shifa:
1) Para pesakit tetap dipaksa berpindah walaupun mengalami kecederaan parah.
2) Bekalan kuasa yang terputus menjejaskan daya tahan semua orang yang berada di dalam kompleks itu.
3) Bilangan mangsa yang mati syahid semakin banyak, hingga sukar untuk mengira jumlahnya.
4) Situasi semasa memungkinkan bencana epidemik lebih buruk.
5) Kompleks Al-Shifa kekurangan bekalan makanan, air bersih dan elektrik.
6) Komuniti antarabangsa dan Israel perlu bertanggungjawab atas tindakan mengepung.
7) Panggilan bantuan terdesak kepada dunia untuk membekalkan bahan api ke Kompleks Perubatan Al-Shifa demi menyelamatkan saki-baki mangsa yang cedera dan sakit.
Keadaan di dalam Kompleks Al-Shifa
The director of Al-Shifa Complex conveyed a desperate situation to Al-Jazeera: "No health services, no water, and no fuel.
— Quds News Network (@QudsNen) November 13, 2023
The wounded, deprived of essential medical care, are now on the verge of martyring to their injuries."#Gaza #Israel pic.twitter.com/Cx8wH8SJM3
Protes di hadapan Ibu Pejabat Kesatuan Eropah
In front of the European Union headquarters. #Gaza #Israel pic.twitter.com/wC58UDIvsJ
— Quds News Network (@QudsNen) November 13, 2023
OIC perlu bentuk kerjasama ketenteraan demi keamanan global
Sudah tiba masanya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mempertimbang untuk membentuk kerjasama ketenteraan persis Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata bentuk kerjasama itu akan membolehkan tindakan dan bantuan berbentuk ketenteraan digerakkan demi mewujudkan keamanan global.
BERITA PENUH DI SINI
Kebergantungan kepada AS punca negara-negara Islam tidak mampu bertindak
'Biarkan saya bercakap dengannya' - Seorang bapa beri penghormatan terakhir untuk anak perempuannya
“I wanna talk with her, let me talk with her”
— Eye On Palestine (@EyeOnPalestines) November 13, 2023
He bids farewell to his child. pic.twitter.com/u2DeiJz3d3
PBB, EU dirayu hantar bantuan guna payung terjun ke Gaza
Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) untuk menghantar bantuan menggunakan payung terjun ke Gaza.
“Saya menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kesatuan Eropah untuk menghantar bantuan menggunakan payung terjun ke Semenanjung Gaza, terutamanya di utara,” kata beliau merujuk kepada kawasan di mana pertempuran dilapor paling sengit.
Puluhan ribu rakyat Palestin telah melarikan diri dari utara Gaza dengan berjalan kaki ketika tentera Israel bergerak ke dalam kawasan kejiranan bandar yang padat.
Kemusnahan di kawasan Hospital Indonesia di Gaza
The heavy Israeli air strikes that took place in the vicinity of the Indonesian hospital, north of Gaza. 13.11.23 pic.twitter.com/rChbfgtGmd
— Eye On Palestine (@EyeOnPalestines) November 13, 2023
Tun M harap OIC, pemimpin Islam buat tindakan sepatutnya
Pertempuran berterusan berhampiran Hospital al-Quds
Tembakan kuat kedengaran di sekitar Hospital al-Quds di Kota Gaza, lapor Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS).
"Tembakan dan letupan ganas kedengaran di kawasan ini," kata kumpulan itu di X.
PRCS juga berkata kenderaan menuju ke Hospital al-Quds untuk memindahkan pesakit turut dihalang di al-Wusta Governorate.
Umat Islam di Pattani bersolidariti bersama Palestin
Umat Islam di Pattani di selatan Thailand turut bersolidariti bersama penduduk di Palestin yang dizalimi rejim Zionis Israel.
Lebih 6,000 umat Islam di Pattani menghadiri solat hajat di Masjid Jamek Pattani baru-baru ini untuk mendoakan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Pasukan perubatan bantuan akan dihantar ke Palestin - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan bantuan kemudahan perubatan untuk dihantar ke Semenanjung Gaza, Palestin susulan serangan bertalu-talu dari rejim Israel.
Menurut kenyataan dikeluarkan pada Isnin, atas solidariti terhadap rakyat Palestin, usaha itu dibuat menerusi kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan Kementerian Luar Negeri.
BERITA PENUH DI SINI
Situasi terkini di Hospital al-Shifa
Kira-kira 650 pesakit, 500 pekerja penjagaan kesihatan, dan dianggarkan 2,500 orang yang kehilangan tempat tinggal kekal di dalam kawasan hospital yang dikepung, kata pengarah hospital Mohammed Zaqout.
Angka ini menunjukkan pengurangan ketara berbanding hujung minggu lalu apabila kira-kira 1,500 pesakit, 1,500 pekerja perubatan, dan 7,000 orang kehilangan tempat tinggal berlindung di-Shifa.
Mereka yang berada di dalam hospital melaporkan tidak dapat keluar bimbang menjadi sasaran penembak tepat Israel walaupun rejim zionis 'menawarkan laluan selamat' kepada mereka yang ingin keluar.
Seorang pegawai PBB berkata pesakit yang masih tinggal memerlukan prosedur khas untuk pemindahan, termasuk ambulans yang dilengkapi untuk membawa mereka ke hospital Mesir.
32 pesakit al-Shifa meninggal dunia
Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin Ashraf Al Qidra berkata sekurang-kurangnya 32 pesakit dari Hospital al-Shifa telah meninggal dunia sejak tiga hari lalu.
Tambahnya, antara yang maut termasuk tiga bayi pramatang.
Operasi di Hospital al-Shifa, yang terbesar di Semenanjung Gaza, digantung pada Sabtu selepas ia kehabisan minyak.
Koridor perpindahan dibuka semula pada Isnin
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memaklumkan bahawa koridor perpindahan untuk penduduk di utara Gaza dibuka semula Isnin.
Jurucakap IDF Avichay Adraee berkata “laluan selamat kekal dibuka hari ini di antara jam 9 pagi dan 4 petang (waktu tempatan) untuk tujuan kemanusiaan melalui Salah El-Din ke arah selatan Wadi Gaza,"
"Untuk keselamatan anda, sila sertai ratusan ribu penduduk yang telah berpindah ke selatan sejak beberapa hari kebelakangan ini," kata Adraee dalam catatan di X.
Salah El-Din ialah laluan utama utara-selatan melalui Gaza.
Tidak jelas berapa ramai penduduk telah berpindah ke selatan sejak beberapa hari lalu.
Minggu lalu, Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata bahawa 50,000 telah bergerak dalam satu hari.
Siaran IDF pada Isnin menambah bahawa "memandangkan berlaku pertempuran berterusan di Al-Shati yang dikawal IDF, dan demi semua yang tidak dapat meninggalkan kawasan itu untuk berpindah ke zon selamat, IDF menyeru anda untuk berpindah di antara jam 10 pagi dan 4 petang ke Jalan Youssef Al-Azmeh dan kemudian ke Jalan Salah Al-Din, dan dari sana ke selatan Wadi Gaza.”
Pos IDF berkata bahawa aktiviti ketenteraan akan digantung selama enam jam hingga jam 4 petang waktu tempatan di bandar Rafah di kawasan barat Jalan Salah Al-Din.
Onn Hafiz bangkitkan isu krisis kemanusiaan Gaza di platform PBB
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengambil peluang untuk membangkitkan isu mengenai krisis kemanusiaan dan tragedi yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza di sebuah platform Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Bercakap pada Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023 yang bermula hari ini, beliau meminta para peserta acara itu untuk bertafakur sejenak dan mengenang tragedi serta pembunuhan beramai-ramai yang menimpa rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Semua unit penting di Hospital al-Shifa tidak lagi beroperasi
Keadaan di dalam Hospital al-Shifa ibarat malapetaka apabila unit penting tidak lagi beroperasi, kata pengarah hospital Mohammad Abu Salmiya kepada CNN.
Menurutnya, kira-kira 7,000 orang kini berteduh di hospital itu, bersama 1,500 pesakit dan kakitangan perubatan.
Hospital itu telah meminta tentera Israel sebanyak 600 liter bahan api setiap jam untuk menghidupkan penjana kuasa, namun tiada respons daripada pihak rejim.
Pada Ahad, tentera Israel berkata ia meletakkan 300 liter bahan api di pintu masuk kompleks hospital, tetapi mendakwa bahawa Hamas telah menghalang hospital daripada menerimanya.
Abu Salmiya dalam pada itu memberitahu TV Al Araby bahawa kakitangan hospital terlalu takut untuk keluar mengambil bekalan minyak.
“Kami memberitahu tentera Israel bahawa 300 liter bahan api yang mereka tawarkan tidak mencukupi untuk mengendalikan hospital selama 30 minit,” katanya kepada CNN.
"Tiada lagi air, makanan, susu untuk kanak-kanak dan bayi .. keadaan di hospital umpama malapetaka," kata Abu Salmiya.
Hospital Al-Shifa terletak di bawah Kementerian Kesihatan Gaza, yang dikawal oleh Hamas.
Israel mendakwa Hamas menempatkan ibu pejabatnya di bawah bangunan hospital tersebut.
Doktor dan pihak Hamas bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
David Cameron dilantik setiausaha luar baharu UK
Former British leader David Cameron was named as the country's new foreign secretary, in a surprise appointment made by Prime Minister Rishi Sunak as he reshuffled his top team https://t.co/2UdevHYZGH
— Reuters (@Reuters) November 13, 2023
Kakitangan PBB di seluruh Asia bertafakur, bendera dikibar separuh tiang
Kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di seluruh Asia bertafakur seketika bagi mengenang rakan sekerja yang terkorban di Gaza akibat serangan Israel.
Demi memperingati rakan seperjuangan yang gugur, bendera PBB turut dikibar separuh tiang di ibu pejabat agensi itu.
BERITA PENUH DI SINI
Terkini dari Hospital al-Shifa
Berikut kemas kini daripada ketua pengarah Kementerian Kesihatan di Gaza:
- Kereta kebal dan penembak tepat Israel berada di sekitar Hospital al-Shifa.
- Kira-kira 200 keluarga di sekitar hospital tidak boleh berpindah dari rumah mereka.
- Kira-kira 100 mayat sedang reput di halaman hospital.
APEC 2023: Membawa suara Gaza ke pertemuan pemimpin kuasa besar
Kekejaman Israel: 'Saya harap pemimpin dunia Islam bertindak' - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan para pemimpin dunia Islam perlu bertindak lebih agresif dalam menghentikan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.
Mengambil contoh ketika Perang Bosnia, beliau berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika itu membenarkan permintaan untuk meletakkan pasukan pengaman, tetapi perkara sama tidak dilakukan di Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Pakar bedah Al-Shifa rakam video keluar dari hospital
PM Sunak pecat menteri dalam negeri Suella Braverman
Perdana Menteri Britain Rishi Sunak telah memecat Setiausaha Dalam Negeri Suella Braverman yang menimbulkan kemarahan setelah menuduh polis terlalu berlembut dengan penunjuk perasaan pro-Palestin.
Kerajaan berkata Braverman telah mengosongkan jawatannya sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet.
Dalam serangan luar biasa terhadap polis minggu lalu, Braverman mendakwa polis London tidak mempedulikan pelanggaran undang-undang dilakukan "perusuh pro-Palestin."
Dia menyifatkan penunjuk perasaan yang menggesa gencatan senjata di Gaza sebagai "pendukung kebencian."
Pekarangan UNRWA diserang tentera laut Israel
Pertubuhan bantuan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang beroperasi di Gaza, UNRWA, berkata sebuah premisnya di Rafah mengalami kerosakan ketara selepas ia diserang tentera laut Israel pada Ahad.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setelah kakitangan antarabangsa PBB meninggalkan premis itu 90 minit sebelum diserang, kata UNRWA dalam satu kenyataan, Isnin.
Menurut UNRWA, koordinat premis rumah tamu kakitangan antarabangsa itu dikongsi dua kali, termasuk pada 10 November.
“Serangan baru-baru ini adalah satu lagi petunjuk bahawa tiada tempat yang selamat di Gaza.
"Bukan utara, bukan kawasan tengah, dan bukan selatan.
"Ketidakpedulian terhadap perlindungan infrastruktur awam termasuk kemudahan PBB, hospital, sekolah, tempat perlindungan dan tempat ibadat adalah bukti tahap kesengsaraan yang dialami orang awam di Gaza setiap hari," kata Pesuruhjaya Agung UNRWA Philippe Lazzarini.
Lebih daripada 60 kemudahan UNRWA, kebanyakannya sekolah yang melindungi ribuan orang awam, merekodkan kerosakan.
Sekitar 70 peratus daripada kemudahan yang rosak adalah di selatan Wadi Gaza, di kawasan tengah dan selatan termasuk Rafah dan Khan Younis di mana Angkatan Pertahanan Israel mengarahkan orang awam di utara Gaza dan Kota Gaza untuk berpindah.
Rangkuman hari ke-38
Berikut perkembangan penting selepas perang memasuki hari ke-38:
- Kementerian Kesihatan Palestin tidak dapat mengemas kini angka mangsa selepas semua pusat perubatan dan perkhidmatan komunikasi di seluruh Semenanjung Gaza tidak lagi dapat beroperasi.
- Menurut tentera Israel, dua askar terbunuh dan seorang cedera parah semasa pertempuran dengan pejuang Palestin di Gaza pada Ahad.
- Serangan udara Israel berhampiran Khan Younis di selatan Gaza pada Isnin membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang, menurut Al Jazeera Arabic.
- AS sedang mengadakan rundingan dengan tentera Israel berhubung kebimbangan mengenai serangan di hospital, NSA Rumah Putih Jake Sullivan memberitahu program Face the Nation CBS News pada Ahad.
Hospital di utara Gaza masih dikepung
Hospitals in the north of Gaza, including the al-Shifa complex, are blockaded by Israeli forces and barely able to care for those inside, with three newborns dead and more at risk from power outages amid intense fighting nearby, according to medical staff pic.twitter.com/D1X9U4sgeM
— Reuters (@Reuters) November 13, 2023
PM Sunak pecat menteri dalam negeri Braverman
UK PM Sunak sacks interior minister Braverman over protest comments https://t.co/oAxdZQbonX pic.twitter.com/nqMzieMcre
— Reuters (@Reuters) November 13, 2023
PM Sunak dilapor pecat menteri dalam negeri
British Prime Minister Rishi Sunak has sacked interior minister Suella Braverman, one of his most senior ministers, a government source said, following comments she made last week about the police's handling of a pro-Palestinian march https://t.co/9eVQ1rl4eA pic.twitter.com/sNFHpirw86
— Reuters (@Reuters) November 13, 2023
Protes di luar forum APEC
Protesters converged in San Francisco carrying banners and posters against the Asia-Pacific Economic Cooperation forum, calling for economic and environmental change, and waving Palestinian flags https://t.co/fqpbPBlLpU pic.twitter.com/svM1XaRtKL
— Reuters (@Reuters) November 13, 2023
Israel perhebat serangan di Khan Younis
Rejim zionis dilapor meneruskan serangan udara di bahagian timur Khan Younis.
Ini adalah kali ketiga dalam tempoh 24 jam lalu di mana rantau ini berulang kali disasarkan.
Sebuah rumah kediaman milik satu keluarga musnah sama sekali.
Difahamkan pemilik rumah kediaman bertingkat itu tinggal di premis berkenaan selepas melarikan diri dari bandar Gaza.
Setakat ini disahkan dua orang terbunuh, ramai cedera, manakala yang lain masih berada di bawah runtuhan.
'The Hulk' pertahan Palestin, bidas Netanyahu
AS, Qatar bincang bebaskan tebusan Hamas
Nurul Ain, suami selamat keluar dari Gaza
PM Anwar harap Nurul Ain kongsi situasi di Gaza sebaik pulang ke tanah air
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Nurul Ain Haron, warganegara Malaysia yang berada di kawasan konflik Gaza bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M Shaat, untuk menjelaskan situasi di Palestin kepada rakyat di negara ini sebaik pulang ke tanah air.
Dalam panggilan video bersama Nurul Ain dan suaminya, Anwar yang ketika ini berada di Mekah melahirkan rasa syukur, selepas Nurul Ain dan suaminya selamat dibawa keluar dari kawasan konflik itu melalui Lintasan Sempadan Rafah semalam.
BERITA PENUH DI SINI
Semua hospital di utara Gaza tidak lagi beroperasi
Timbalan Menteri Kesihatan Abu Rish memaklumkan kepada AFP bahawa semua hospital di utara Semenanjung Gaza sudah tidak beroperasi.
Menteri Kesihatan Palestin minta ICRC desak Israel hentikan serangan ke atas Gaza
Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kaila pada Ahad menyeru Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) untuk mendesak Israel menghentikan serangan ke atas Semenanjung Gaza.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan mesyuarat tergempar dengan perwakilan ICRC di Baitulmaqdis dan penyelaras hal ehwal kesihatan, lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
Kesatuan Eropah sertai masyarakat dunia gesa hentikan segera perang di Gaza
Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad menyertai masyarakat dunia mendesak supaya dihentikan serta-merta perang dan segera membentuk koridor bantuan kemanusiaan di Gaza.
"EU amat bimbang mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan blok itu.
BERITA PENUH DI SINI
Angka kematian bayi di hospital al-Shifa meningkat kepada 6
Dua pesakit dan seorang bayi pramatang menjadi korban terbaharu di hospital al-Shifa, kata jurucakap kementerian kesihatan Gaza.
Kematian terbaharu ini meningkatkan angka korban bayi pramatang kepada enam orang selain sembilan pesakit yang meninggal dunia selepas bekalan elektrik terputus.
Bukan masa untuk ganti Netanyahu - Gantz
Anggota kabinet perang Israel dan bekas Menteri Pertahanan, Benny Gantz, menolak gesaan untuk menggantikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, sumber yang rapat dengan ahli politik itu memberitahu Pihak Berkuasa Penyiaran Israel.
Gantz berkata gesaan untuk menggantikan Netanyahu ketika perang adalah tindakan tidak masuk akal, lapor Al Jazeera memetik sumber.
Beliau bagaimanapun percaya akan tiba masa untuk siasatan dan siapa perlu dipertanggungjawabkan terhadap serangan 7 Oktober.
Tentera Israel teruskan serbuan di kem pelarian Shati
Tentera Israel berkata ia meneruskan serbuan di kem pelarian Shati yang terletak di pinggir Bandar Gaza.
Ia mendakwa menemui infrastruktur dan senjata Hamas di dalam bangunan awam, termasuk di universiti al-Quds dan di sebuah masjid.
Rakyat Malaysia di Gaza selamat dievakuasi melalui Lintasan Sempadan Rafah
Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron yang berada di kawasan konflik Gaza bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M. Shaat selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada Ahad (12 Nov) pukul 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan sejurus selepas Nurul Ain dan suami tiba di Lintasan Sempadan Rafah, beliau telah dihubungi melalui panggilan video oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk bertanya khabar.
BERITA PENUH DI SINI
Indonesia pindahkan dua keluarga, tiga warganya pilih kekal di Gaza
Indonesia berjaya memindahkan dua keluarga dari Semenanjung Gaza, sementara tiga warganya masih tinggal berhampiran Hospital Indonesia di utara Gaza.
Tiga individu berkenaan merupakan sukarelawan dari Jawatankuasa Kecemasan Perubatan (MER-C) Indonesia dan memilih untuk kekal berada di sana, menurut Menteri Luar Retno Marsudi.
BERITA PENUH DI SINI
Kumpulan pertama dibenar keluar dari Gaza
The first group of foreigners and injured Palestinians evacuated after the Rafah border crossing re-opened arrived in Egypt from Gaza, Egyptian security sources said https://t.co/UvJ8EjG3IC pic.twitter.com/FI3Q2TKAhV
— Reuters (@Reuters) November 13, 2023
Israel, AS bincang rancangan jangka panjang untuk Gaza
Israel sedang menantikan rancangan jangka panjang untuk Gaza dan sedang membincangkan perkara itu dengan Amerika Syarikat, menurut kenyataan Duta Besar Michael Herzog.
Dalam temu bual di "Fox News Sunday," duta Israel ke AS itu berkata adalah menjadi pendirian Israel bahawa rakyat Palestin perlu mentadbir sendiri.
Namun begitu, kerajaan itu nanti tidak akan menyokong peranan Pihak Berkuasa Palestin dalam bentuk semasa, kata Herzog.
“Adalah pendirian kami bahawa rakyat Palestin perlu mentadbir sendiri.
"Apakah peranan sebenar Pihak Berkuasa Palestin (PA) masih belum dapat dilihat, kerana semua orang tahu bahawa PA, dalam komposisi semasanya, mereka hampir tidak dapat mentadbir Ramallah.
"Jadi apatah lagi Gaza,” kata Herzog.
Pihak Berkuasa Palestin perlu menjalani pembaharuan, katanya lagi.
Beliau mendakwa Israel tidak berminat untuk menduduki atau mentadbir Gaza, sambil menambah bahawa keselamatan adalah menjadi keutamaan utama.
“Kami berada di sana untuk melumpuhkan ancaman ketenteraan Hamas terhadap Israel dan keupayaan mereka untuk bangun semula dan menyerang berulang lagi, seperti yang mereka dakwa mahu lakukan.
"Itulah niat kami,” kata Herzog.
Herzog mendakwa Israel "sangat bersasar" dalam operasinya di Gaza.
Kesihatan mental kanak-kanak di Gaza kini di tahap kritikal - Save the Children
Serangan tanpa henti rejim Israel di Semenanjung Gaza memburukkan lagi krisis kesihatan mental kanak-kanak, apabila tiada lagi perkhidmatan kesihatan mental, menurut organisasi bukan kerajaan Save the Children.
"Israel terus membedil ribuan kawasan awam di Gaza sejak sebulan lalu, termasuk sekolah dan hospital yang telah menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak," menurut organisasi itu dalam laman sesawang mereka.
BERITA PENUH DI SINI
Hospital Gaza kini berdepan penyebaran penyakit
Dr Alice Rothchild dari Jewish Voice for Peace berkata bahawa ketika ini tiada apa yang positif tentang situasi di hospital Gaza.
“Sebuah hospital moden abad ke-21 memerlukan tenaga elektrik dan kuasa untuk menggunakan semua instrumen dan peralatannya.
"Tanpa bahan api, penjana elektrik dan ambulans pun tidak boleh berfungsi,” katanya kepada Al Jazeera.
“Fikirkan tentang kakitangan hospital. Mereka kini keletihan, trauma.
"Ramai daripada mereka yang jatuh sakit kerana terdapat penyakit berjangkit yang kini berleluasa,” katanya.
"Apa yang akan berlaku ialah orang ramai menderita, dan sebahagian daripada mereka akan mati.
"Mereka boleh mati perlahan-lahan akibat sepsis, jangkitan atau gangren.
"Dan ada yang akan mati mengejut apabila alat pernafasan mereka berhenti berfungsi,” tambahnya.
Lebih 60 masjid musnah dibom di seluruh Gaza
Sebuah pesawat Israel dilapor mengebom Masjid al-Salam di kejiranan Sabra di Kota Gaza di bahagian utara wilayah yang dikepung.
Pengeboman Masjid al-Salam itu menjadikan lebih 60 masjid yang dimusnahkan tentera Israel sejak 7 Oktober, menurut laporan agensi berita Wafa.
APEC 2023: PM Anwar ketuai delegasi Malaysia, hasrat ketengah situasi di Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di sini dari 14 hingga 17 November 2023.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Anwar akan diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil; serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan.
BERITA PENUH DI SINI
PBB peringati rakan sekerja terkorban di Gaza
Pejabat PBB di seluruh Asia mengibarkan bendera separuh tiang pada Isnin bagi mengenang rakan sekerja yang terkorban di Gaza.
Lebih 100 pekerja PBB terbunuh di Gaza sejak Israel memulakan pengeboman ke atas wilayah Palestin yang terkepung pada 8 Oktober.
Bendera PBB berwarna biru dan putih telah diturunkan pada jam 9.30 pagi waktu tempatan di pejabat PBB termasuk di lokasi berikut:
Bangkok, Thailand
Beijing, China
Colombo, Sri Lanka
Dili, Timor Timur
Hanoi, Vietnam
Tokyo, Jepun
Ibu pejabat PBB lain di seluruh dunia akan mengadakan acara peringatan serupa sepanjang hari pada Isnin.
Bendera PBB dikibar separuh tiang
? with a heavy heart and deep sadness, I joined UN colleagues in Viet Nam for a moment of silence, lowering the ?? flag to half-mast at Green One UN House in Hanoi. Our hearts mourn the more than 100 UN colleagues killed in #Gaza and countless innocent lives lost.#StandForPeace pic.twitter.com/nZG5mA3tok
— Ramla Khalidi (@RamlaKhalidi) November 13, 2023
3 jururawat dilapor terbunuh di Hospital Al-Shifa - PBB
Tiga jururawat dilaporkan terbunuh di Hospital Al-Shifa Gaza, menurut PBB.
Dua belas pesakit, termasuk dua bayi pramatang, juga meninggal dunia di hospital itu sejak gangguan bekalan elektrik bermula pada 11 November, kata PBB.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Gaza, bayi pramatang ketiga juga telah meninggal dunia.
Maklumat itu dikongsi oleh agensi bantuan PBB di wilayah Palestin yang diduduki dalam kemas kini harian terbaharunya.
Jururawat dilapor terbunuh - OCHA
In #Gaza, more people are moving south, incl. patients.
— OCHA oPt (Palestine) (@ochaopt) November 13, 2023
Nurses in Shifa were reportedly killed & damage was caused to the oxygen station, water tanks, a well, the cardiovascular facility, and the maternity ward.
Stay informed with Flash Update #37:
?https://t.co/Z7YCVg4anM pic.twitter.com/BYwmh8gYWM
Netanyahu akui terpaksa sasarkan orang awam kerana Hamas
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu temu bual bersama penyiar NBC, News, Kristen Welker tetap berdegil menolak permintaan antarabangsa yang semakin membuak memaksa Israel mengadakan gencatan sejata.
Dalam temu bual pada Ahad itu juga, Netanyahu digasak dengan tekanan soalan dari Welker sehingga beliau akhirnya mengakui bahawa Israel terpaksa menyasarkan orang awam kerana Hamas.
BERITA PENUH DI SINI
Hospital di Gaza diserang, dunia tidak boleh berdiam diri - UNFPA, UNICEF, WHO
Pengarah-pengarah serantau Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru tindakan segera bagi menghentikan serangan berterusan ke atas hospital di Gaza.
Dunia tidak boleh berdiam diri apabila hospital yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan kini berubah menjadi medan kematian dan kebinasaan.
BERITA PENUH DI SINI
Tentera Israel serbu bandar berhampiran Hebron
قوة للاحتلال الإسرائيلي تقتحم مدينة يطا جنوب الخليل بالضفة الغربية #حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/VUdPcqwsRA
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) November 12, 2023
Tentera Israel lakukan serbuan berhampiran Nablus
أصوات الاشتباكات بين مسلحين فلسطينيين وقوات الاحتلال في مخيم بلاطة شرق مدينة نابلس في الضفة الغربية#حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/IBOAwofO4y
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) November 13, 2023
Kakitangan hospital hadapi masalah kebumi 100 mayat reput
Kakitangan hospital Hospital Al-Shifa sedang bergelut untuk mengebumikan sekurang-kurangnya 100 mangsa yang terbunuh dalam siri pengeboman tanpa henti Israel ke atas kawasan yang dikepung.
Menurut Menteri Kesihatan Gaza Mai al-Kaila kepada agensi berita Wafa, keadaan ini membahayakan kesihatan petugas hospital yang juga terpaksa berhadapan dengan pengumpulan sisa perubatan di dalam kompleks hospital.
Hospital Al-Shifa telah pun menutup pintu kepada pesakit baharu, namun ia masih menerima ribuan pelarian yang turut berlindung di sana.
Menurut laporan, penembak tepat Israel telah bertindak kejam menembak sesiapa sahaja yang berada berhampiran hospital.
Tunjuk perasaan di luar sidang kemuncak APEC San Francisco
Penunjuk perasaan berhimpun di San Francisco sebelum bermulanya sidang kemuncak para pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Bendera Palestin dan sepanduk bertulis "No Genocide APEC" dilihat dalam protes pada Ahad bagi menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin.
Penunjuk perasaan juga dilihat menyembur perkataan "Bebaskan Gaza" pada sisi kereta.
Presiden AS Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping dijangka bertemu di luar sidang kemuncak pada Rabu.
Tentera Zionis tembak sesiapa sahaja keluar dari hospital
Lebih 100 mayat dikebumi dalam satu kubur di Gaza
Budak 17 tahun dirampas telefon, kepala dihunus senjata
AS minta Israel hentikan serangan hospital
Warga asing tinggalkan Gaza, dalam derita dan trauma
Netanyahu akui terpaksa sasarkan orang awam
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu temu bual bersama penyiar NBC, News, Kristen Welker tetap berdegil menolak permintaan antarabangsa yang semakin membuak memaksa Israel mengadakan gencatan sejata.
Dalam temu bual pada Ahad itu juga, Netanyahu digasak dengan tekanan soalan dari Welker sehingga beliau akhirnya mengakui bahawa Israel terpaksa menyasarkan orang awam kerana Hamas.
BERITA PENUH DI SINI
Kuasa media dunia tolak penindasan terhadap Palestin - Mohd Khairuddin
Media sosial menjadi medium utama rakyat dunia untuk menyampaikan maklumat dan keadaan semasa yang berlaku kepada penduduk Palestin.
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kesan daripada perkembangan tersebut, isu pencerobohan Israel di bumi Palestin mendapat perhatian dunia sehingga wujud suara dunia menolak penindasan dan kezaliman berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
Dua hospital terbesar di Gaza ditutup
Dua hospital terbesar di Gaza, Al-Shifa dan Al-Quds, telah ditutup, dengan penembak tepat Israel terus melepeaskan tembakan terhadap sesiapa sahaja berhampiran Hospital Al-Shifa, sekali gus memerangkap ribuan orang di dalamnya.
Tiga bayi yang baru lahir antara yang meninggal dunia selepas hospital itu tidak dapat meneruskan operasi susulan tentera Israel yang mengepung kawasan itu sepenuhnya.
BERITA PENUH DI SINI
'The Hulk' pertahan rakyat Palestin, bidas Netanyahu label sebagai 'kebinasaan lingkungan'
BINTANG hollywood, Mark Ruffalo membidas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang melabel rakyat Palestin sebagai 'kebinasaan lingkungan' (collateral damage) ketika Israel melancarkan serangan berterusan ke atas Gaza.
Pelakon yang terkenal dengan watak 'The Hulk' itu membela rakyat Palestin dengan menegaskan mereka juga adalah manusia yang 'kebetulan' dilahirkan di negara itu dan kebanyakan terperangkap di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Majlis Ulama Indonesia gesa umat Islam boikot produk berkaitan Israel
Majlis Ulama Indonesia dalam fatwa terbaharunya menggesa umat Islam di negara itu agar mengelak transaksi dan penggunaan produk-produk yang berkaitan dengan Israel.
Pengerusi bahagian fatwanya, Asrorun Niam Sholeh dalam satu kenyataan berkata, menyokong pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin atau pihak yang menyokong Israel, sama ada secara langsung atau tidak, dianggap 'haram' (dilarang/haram).
BERITA PENUH DI SINI
Setiausaha Agung PBB bidas PM Israel
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres membidas dakwaan yang dibuat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kononnya beliau menyalahkan Israel berhubung perang dengan Hamas.
Dalam masa sama, Guterres mengulangi pendapatnya bahawa sejak dari awal lagi beliau mengutuk Hamas dengan menegaskan, pasukan pejuang Palestin itu harus mematuhi undang-undang antarabangsa.
BERITA PENUH DI SINI
Tentera Israel lancar serangan ke atas Hezbollah
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa, pesawat pejuangnya telah menyerang beberapa sasaran Hezbollah di Lubnan pada Ahad, sebagai sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilakukan oleh kumpulan pejuang itu di utara Israel.
Menurut IDF, serangan itu dilancarkan menerusi pesawat pejuang udaranya dengan antara sasaran mereka ialah infrastruktur ketenteraan Hezbollah.
BERITA PENUH DI SINI
Tentera Israel berperang ikut undang-undang antarabangsa
Benjamin Netanyahu sekali lagi menolak kritikan dan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat berikutan lebih 11,000 kematian di Gaza akibat perang negaranya ke atas wilayah tersebut.
Menurut Perdana Menteri Israel itu, pasukan tentera negaranya berjuang berpandukan undang-unang antarabangsa.
BERITA PENUH DI SINI
‘Tiada alasan’ Israel tidak boleh pindahkan pesakit dari Gaza
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa, kerajaannya sedang berusaha membantu memindahkan pesakit-pesakit dari hospital di Gaza di sebalik serangan darat dilancarkan tentera negara itu.
Dalam masa sama, Netanyahu berkata, tiada sebarang imuniti akan diberikan kepada pasukan pejuang Hamas dari Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Netanyahu tiada jawapan mengenai serangan Hamas 7 Okt
Benjamin Netanyahu enggan menjawab sama ada beliau akan mengambil sepenuhnya tanggungjawab atas kegagalan untuk mencegah serangan pada 7 Oktober ke atas Israel.
Sebaliknya, Perdana Menteri Israel itu menegaskan, akan ada masa untuk berhadapan soalan "sukar" sedemikian apabila peperangan berakhir.
BERITA PENUH DI SINI
Lebih 11,000 rakyat Palestin telah terkorban
Lebih daripada 11,000 rakyat Palestin dilaporkan maut sejak perang bermula 7 Oktober lalu di Semenanjung Gaza.
Namun begitu, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kegagalan sistem perkhidmatan dan komunikasi di hospital-hospital di utara Gaza menyukarkan pihak Kementerian Kesihatan Palestin untuk memberikan angka terkini mengenai jumlah sebenar mereka yang terkorban.
Perang kini memasuki hari ke-37, dengan tentera Israel terus menguatkan cengkaman terhadap bumi Gaza manakala ribuan penduduk telah dipaksa berpindah ke selatan Gaza.
Turki gesa cari penyelesaian muktamad kepada isu Palestin
Protes tanda solidariti bersama Palestin terus diadakan di seluruh dunia
Di seluruh dunia pada Sabtu menyaksikan orang ramai berhimpun sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin sambil menuntut gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
Antaranya, orang ramai berkumpul di Hyde Park London bagi mengecam tindakan Israel dan kerajaan yang belum menyokong gencatan senjata di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Sidang kemuncak Islam dan Arab gesa UNSC segera lakukan gencatan senjata ke atas Gaza
Sidang Kemuncak Tergempar Islam dan Arab yang baru sahaja selesai menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) membuat keputusan tegas dan memuktamadkan segera gencatan senjata di Gaza serta menyekat sebarang tindakan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa.
Dalam kenyataan akhir yang dikeluarkan malam tadi pada penghujung sidang tergempar sehari bagi membincangkan pencerobohan Israel yang berterusan ke atas Palestin itu, negara-negara peserta menggesa agar ditamatkan segera pengepungan terhadap Gaza dan membenarkan konvoi bantuan kemanusiaan Arab, Islam dan antarabangsa memasuki Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Tentera Israel kepung Hospital Al-Shifa, WHO terputus hubungan
Tentera Israel tembak sesiapa sahaja yang keluar dari Hospital Al-Shifa - Doktor
Seorang doktor di Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada Sabtu melaporkan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sesiapa sahaja yang mahu keluar dari hospital itu.
Seorang pakar sakit puan Fadia Malhis ketika dihubungi Agensi Anadolu berkata tentera Israel mengepung kawasan hospital dan jarak mereka hanya satu meter dari pintu hospital.
BERITA PENUH DI SINI
Lintasan Rafah dibuka semula untuk warga asing
Israel beri amaran kepada Lubnan
Perdana Menteri Israel mengeluarkan amaran yang tegas kepada pasukan Hezbollah dari Lubnan agar jangan sesekali melakukan kesilapan dan menyebabkan tercetus satu lagi episod peperangan.
“Jangan membuat kesilapan dengan memasuki peperangan. Itu akan menjadi kesilapan sepanjang hidup anda... penglibatan anda dalam peperangan akan menentukan nasib Lubnan,” kata Benjamin Netanyahu dalam ucapan beliau yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Sabtu.
BERITA PENUH DI SINI
Serangan Hezbollah ‘sokongan tambahan’
Pemimpin berpengaruh gerakan Hezbollah, Hassan Nasrallah berkata, kumpulan itu telah menggerakkan tindakan ke atas Israel sejak seminggu lalu dan serangan yang dilancarkan di selatan Lebanon itu akan berterusan.
Bahkan, Hezbollah turut menggambarkan serangan itu sebagai ‘sokongan tambahan.’
BERITA PENUH DI SINI
Israel akan tetap lawan Hamas
Benjamin Netanyahu menolak seruan antarabangsa agar gencatan senjata segera dilakukan, sebaliknya, berazam untuk terus memberi tekanan dan sekali gus melawan musuhnya, Hamas di Gaza.
Menurut Perdana Menteri Israel itu, peperangan melawan Hamas akan diteruskan "dengan semua kekuatan kami, dengan segala kekuatan kami."
BERITA PENUH DI SINI
300,000 berhimpun di London zahir sokongan buat Palestin
Dianggarkan sekitar 300,000 orang menghadiri perhimpunan pro-Palestin di kota London, United Kingdom, pada Sabtu, kata jurucakap Polis Metropolitan London kepada CNN.
Sejumlah besar anggota dan pegawai polis mengawal keadaan di Hyde Park Corner, tempat berlangsung perhimpunan dengan peserta berteriak "Merdeka… Merdeka Palestin" dan "segera hentikan tembakan."
BERITA PENUH DI SINI
PM gesa OIC desak gencatan senjata dilaksana serta-merta
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) secara konsisten mendesak pelaksanaan gencatan senjata serta-merta manakala bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza disegerakan.
Bercakap pada sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar OIC bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin, beliau berkata, umat Islam di seluruh dunia mengharapkan hasil ketara serta tindakan konkrit daripada sidang kemuncak yang berlangsung sehari itu.
BERITA PENUH DI SINI
39 bayi maut di Hospital Al-Shifa akibat kekurangan oksigen
Doktor di Khan Younis rayu hentikan perang
Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan bermula di Riyadh
Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan berlangsung di Riyadh pada Sabtu bagi membincangkan "situasi meruncing" yang sedang melanda Semenanjung Gaza dan wilayah Palestin.
Menurut media rasmi Arab Saudi, pemimpin dan wakil Liga Arab serta negara-negara anggota OIC mengambil bahagian dalam sidang kemuncak itu.
BERITA PENUH DI SINI
'Anda tidak perlu menjadi warga Palestin, untuk peduli tentang Gaza' - Susan Sarandon
"You don’t have to be Palestinian to care about what’s happening in Gaza."
— Princeالــــ (@TamerPrince77) November 11, 2023
"I stand with Palestine. No one is free until everyone is free."
-Susan Sarandon #humanity talking #Gaza #StopGazaGenocideNOW pic.twitter.com/8ctE8OYL7L
39 bayi maut di Hospital Al-Shifa akibat kekurangan oksigen
Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Sabtu mendedahkan 39 bayi meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Al-Shifa Gaza akibat kekurangan oksigen.
Hospital itu yang terletak di Semenanjung Gaza terjejas teruk akibat serangan Israel baru-baru ini.
BERITA PENUH DI SINI
Bukan bincang kekejaman Israel, tapi kemuka penyelesaian
OIC perlu tetapkan matlamat jelas hentikan pembunuhan
Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, terletak kira-kira 35 kilometer (km) utara Riyadh pada 12 tengah hari (5 petang waktu Malaysia).
BERITA PENUH DI SINI
Presiden Iran gesa negara Islam ambil tindakan tegas mengenai Palestin
Presiden Iran Ebrahim Raisi menggesa para pemimpin negara-negara Islam untuk mencapai keputusan tegas berhubung isu Palestin dan melaksanakannya bersungguh-sungguh, lapor Agensi Berita Iran IRNA.
Beliau berkata demikian sebelum berlepas untuk menghadiri mesyuarat luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
BERITA PENUH DI SINI
'Anak-anak, isteri saya masih hidup' - Nadir Al-Nuri
Selepas lapan hari gagal menghubungi keluarga di Gaza, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri melahirkan rasa syukur kerana mereka masih hidup.
Khabar gembira itu dikongsikan beliau menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
BERITA PENUH DI SINI
Bapa kecewa Angelina Jolie sokong Palestin, dakwa gagal fahami 'kebenaran'
BAPA kepada pelakon Angelina Jolie, Jon Voight kecewa apabila anak perempuannya menyatakan sokongan terhadap Palestin dan mengecam tindakan rejim zionis.
Kata Voight, Angelina gagal memahami tentang kebenaran di sebalik konflik dan sejarah di antara Israel dan Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
"Saya tidak boleh tidur lihat banyak mayat kanak-kanak"
Menggali kubur besar menjadi satu-satunya penyelesaian bagi penduduk Gaza yang berdepan peningkatan jumlah kematian akibat serangan Israel sejak lebih sebulan yang lepas.
Penggali kubur, Saadi Baraka, 63, berkata kebanyakan mereka yang terkorban ialah kanak-kanak dan wanita.
BERITA PENUH DI SINI
Seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit di Gaza - WHO
OIC perlu tetapkan matlamat, tamatkan segera pembunuhan
Malaysia mahu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menetapkan matlamat dan laluan yang jelas bagi menamatkan segera pembunuhan dan kemusnahan 'membabi buta' yang berlaku ke atas Palestin, akibat kekejaman Israel, ketika ini.
Dalam hal tersebut, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, Malaysia antaranya mencadangkan agar negara-negara anggota OIC bekerjasama dengan semua rakan kongsi ke arah mencapai kesedaran global mengenai isu Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
'Manusia kini tidak lagi bertamadun, kembali menjadi orang gasar' - Tun M
TAMADUN dunia hari ini sudah mampu mencapai perkara yang mustahil, malah sudah mampu menjejakkan kaki ke bulan, tetapi masih gagal menghentikan penindasan dan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, manusia juga memperjuangkan hak haiwan, tetapi pada masa yang sama membenarkan satu bangsa dihina dengan cara yang paling teruk, ditindas, diseksa dan dibunuh selama lebih dari 70 tahun.
BERITA PENUH DI SINI
Kementerian Luar Palestin sambut baik draf resolusi UNESCO
Kementerian Luar Palestin menyambut baik penerimaan draf resolusi yang dikemukakan oleh negara Arab berhubung situasi di Palestin dan Gaza pada sesi ke-42 Persidangan Agung UNESCO.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, kementerian itu menekankan mengenai kepentingan resolusi bertajuk "Impact and consequences of the current situation in the Gaza Strip/Palestine in all aspects of UNESCO's mandate," lapor Agensi Berita Palestin WAFA.
BERITA PENUH DI SINI
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Luar Biasa
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak luar biasa Negara-Negara Arab-Islam pada Sabtu bagi membincangkan situasi di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
"Susulan situasi yang meruncing di Gaza, kerajaan memutuskan untuk mengadakan Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab-Islam di Riyadh pada Sabtu.
BERITA PENUH DI SINI
MUI keluar fatwa boikot barangan, syarikat Israel
Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa menggesa orang ramai memboikot barangan dan perkhidmatan syarikat yang menyokong Israel sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
MUI berkata, umat Islam di negara itu perlu menyokong perjuangan Palestin menentang pencerobohan Israel dan mengisytiharkan bahawa sokongan untuk Israel atau penyokongnya adalah haram atau bertentangan dengan undang-undang Islam.
BERITA PENUH DI SINI
Seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit di Gaza - WHO
Seorang kanak-kanak terbunuh secara purata setiap 10 minit di Semenanjung Gaza.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa 'tiada tempat dan tiada siapa yang selamat' di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Pemimpin dunia harus kutuk Hamas, bukan Israel - Netanyahu
Benjamin Netanyahu tidak menunggu lama untuk mengulas gesaan Presiden Perancis, Emmanuel Macron agar Israel segera menghentikan pembunuhan wanita dan bayi di Gaza selain gencatan senjata dilakukan bagi mengekang perang daripada berlanjutan.
Menurut Perdana Menteri Israel itu, seluruh dunia seharusnya mengutuk puak pejuang Hamas berbanding 'menyerang' Israel, yang didakwa Netanyahu, tentera zionis itu sedang memindahkan orang awam dari wilayah konflik itu, sedangkan Hamas pula, dakwa Netanyahu menggunakan orang awam sebagai perisai.
BERITA PENUH DI SINI
Perancis gesa Israel hentikan segera pembunuhan wanita, bayi di Gaza
Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa Israel untuk segera menghentikan pembunuhan terhadap wanita dan bayi dalam perang antara Palestin dan Israel.
Dalam satu temu bual eksklusif di Istana Élysée bersama BBC, beliau berkata, tiada justifikasi yang tetap untuk tindakan kejam itu.
BERITA PENUH DI SINI
Gaza semakin tegang, Israel serang hospital terbesar
Tentera Israel dilaporkan telah menyerang sebuah kompleks hospital terbesar di Gaza, mengakibatkan korban di kawasan yang dianggap sebagai tempat perlindungan orang awam.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, salah satu kawasan sasaran rejim zionis Israel termasuk Hospital Al Shifa yang menjadi tempat perlindungan ribuan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal akibat perang itu.
BERITA PENUH DI SINI
Nafi bom hospital, Israel tidak menolak lakukan apa yang perlu
JURUCAKAP Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Richard Hecht menegaskan mereka tidak melakukan sebarang pengeboman ke atas hospital - namun begitu, "kami akan melakukan apa yang perlu" jika Hamas melancarkan serangan dari kawasan hospital.
"Jika kami melihat anggota Hamas melancarkan serangan dari hospital, kami akan melakukan apa yang perlu," katanya dalam taklimat pada Jumaat.
BERITA PENUH DI SINI
200,000 hilang tempat tinggal, 45 peratus kediaman musnah
Dianggarkan sekitar 45 peratus daripada kediaman di Gaza telah musnah sekali gus menyebabkan 200,000 orang kehilangan tempat tinggal mereka, kata Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam urusan kemanusiaan.
Gaza merupakan antara salah sebuah kawasan penempatan yang paling padat penduduk di dunia, dengan lebih daripada 500 orang pada setiap 100 meter persegi di sebilangan besar kawasan, menurut Kesatuan Eropah.
BERITA PENUH DI SINI
Angka kematian di Gaza lebih 11,000
Pihak berkuasa Palestin mendedahkan, angka korban akibat perang antara Israel dan Hamas di Gaza sehingga kini telah melepasi 11,000 mangsa.
Menuut Kementerian Kesihatan Palestin negar itu, sejumlah 11,078 mangsa terkorban sejak serangan meletus pada 7 Oktober yang lalu.
BERITA PENUH DI SINI
Negara Islam, putuskan segera hubungan dengan Israel
Negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel perlu berani mengambil tindakan segera dengan memutuskan hubungan dengan negara tersebut.
Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Aminurraasyid Yatiban berkata, dunia perlu berani dan tidak lagi tertakluk kepada dominasi negara Barat, termasuk Amerika Syarikat (AS).
BERITA PENUH DI SINI
'Andai neraka itu di bumi, Gazalah tempatnya' - Jurucakap PBB
Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat berkata badan antarabangsa itu tidak boleh menghantar trak bantuan ke utara Gaza berikutan konflik yang tercetus di wilayah yang dikepung itu.
"Jika neraka itu di bumi, utara Gazalah tempatnya," kata jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Jens Laerke pada taklimat akhbar mingguan di Geneva.
BERITA PENUH DI SINI
Serangan di Gaza ibarat 'kiamat kecil' - CEO MAPIM
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Ahmad Sani Abdul Alim Araby menyifatkan serangan rejim zionis di Gaza kali ini sebagai yang paling ganas pernah disaksikannya.
Ahmad Sani berkata ini kerana terlalu banyak kematian dan kerosakan berlaku sehingga keadaan di Gaza boleh diibaratkan sebagai 'kiamat kecil' akibat serangan rejim Israel yang langsung tidak menghiraukan resolusi oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
BERITA PENUH DI SINI
MER-C nafi dakwaan IDF mengenai Hospital Indonesia di Gaza
Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C) di Indonesia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pasukan Pertahanan Israel (IDS) bahawa Hospital Indonesia di Gaza Utara, Palestin merupakan pusat arahan dan kawalan bawah tanah Hamas.
Pada 5 Nov, IDF mengeluarkan peta menunjukkan bahawa hospital itu berpecah kepada tiga lokasi berbeza dan menuduh Hamas menggunakan bangunan itu sebagai pusat arahan dan kawalannya.
BERITA PENUH DI SINI
Sektor penjagaan kesihatan Gaza kian runtuh
Berikut beberapa angka yang dikeluarkan kementerian kesihatan Palestin mengenai situasi semasa sektor penjagaan kesihatan di Gaza:
- Sekurang-kurangnya 18 hospital, daripada keseluruhan 35, tidak beroperasi
- Sekurang-kurangnya 51 klinik penjagaan kesihatan utama, daripada 72, telah ditutup
- Terdapat lebih daripada 270 serangan ke atas sektor kesihatan Gaza
- Sekurang-kurangnya 57 ambulans telah rosak; 45 daripadanya musnah
Terlalu ramai rakyat Palestin terbunuh di Gaza - Blinken
Setiausaha Negara AS Antony Blinken menzahirkan kecamannya terhadap jumlah kematian orang awam di Gaza dan berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk "meminimumkan risiko kepada orang awam Palestin."
Walaupun Blinken memuji Israel atas pengumuman jeda kemanusiaan setiap hari dan dua koridor kemanusiaan, beliau berkata bahawa "ada banyak lagi yang boleh dan harus dilakukan untuk meminimumkan risiko kepada orang awam Palestin."
“Terlalu ramai rakyat Palestin telah terbunuh. Terlalu ramai yang menderita sejak beberapa minggu lalu,” kata Blinken pada media di ibu negara India, New Delhi.
"Kami mahu melakukan segala yang mungkin untuk mengelakkan bahaya kepada mereka dan memaksimumkan bantuan yang diberikan kepada mereka."
"Untuk itu, kami akan terus berbincang dengan Israel akan langkah konkrit yang perlu diambil untuk meneruskan objektif ini," tambah Blinken, tanpa memperincikan langkah-langkah tersebut.
PBB gesa siasatan berhubung pengeboman Gaza
Ketua hak asasi manusia PBB menggesa siasatan terhadap apa yang didakwanya sebagai "penggunaan senjata letupan berimpak tinggi" oleh Israel di Gaza, yang menyebabkan kemusnahan besar.
Volker Turk berkata Israel mesti menghentikan penggunaan senjata sedemikian di kawasan padat penduduk.
Gaza merupakan kediaman kepada 2.3 juta rakyat Palestin, separuh daripadanya telah kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran pada bulan lalu.
Turk berkata pada sidang akhbar semasa lawatan ke Amman bahawa penggunaan senjata ini "jelas mempunyai kesan kemanusiaan dan hak asasi manusia yang dahsyat."
“Serangan itu mesti disiasat. Kami bimbang ini merupakan serangan tidak seimbang yang melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”
'Kami terpaksa hidup berasingan demi kesinambungan generasi'
Angka korban penduduk Palestin kini menghampiri 11,000 orang, susulan kekejaman rejim Zionis Israel melakukan serangan demi serangan ke atas Semenanjung Gaza, termasuk di kawasan kediaman dan lokasi penduduk berlindung.
Keadaan genting itu memaksa Abu Iyad El-Aidiy, seorang penjawat awam di Gaza, mengambil inisiatif membahagikan ahli keluarganya kepada tiga kumpulan dengan harapan, andai tidak semua ditakdirkan terselamat, memadai jika sekadar seorang dua dapat meneruskan kehidupan untuk hari berikutnya.
BERITA PENUH DI SINI
Hospital bukan lagi tempat selamat - Doktor
Pakar bedah di Hospital al-Shifa, Dr Ahmed Mokhallalati, memberitahu Al Jazeera bahawa serangan di hadapan kompleks perubatan utama Gaza itu tidak berhenti sejak malam tadi.
"Anda boleh mendengar banyak tembakan dan kemudian anda tahu bahawa kereta kebal semakin dekat dengan Hospital al-Shifa," katanya.
Dr Ahmed menambah bahawa serangan berterusan terhadap al-Shifa oleh tentera Israel telah mendorong ramai pesakit meninggalkan "hospital tanpa menerima rawatan atau pembedahan".
"Sepanjang bulan lepas, semua orang telah melihat bahawa ini bukan lagi tempat yang selamat.
"Sepatutnya, ini ialah tempat yang paling selamat," kata Dr Ahmed.
Beliau dalam pada itu berkata arahan tentera Israel supaya orang ramai berpindah ke selatan untuk keselamatan adalah "pembohongan besar".
"Jalan Salah al-Din, yang mereka katakan sebagai salah satu laluan paling selamat untuk ke selatan, penuh dengan mayat, dan kemudian mereka desak orang ramai untuk berjalan dalam jarak yang jauh," tambahnya.
Pelajar perubatan ikrar teruskan tugas
Wakil Indonesia seru semua negara desak Israel henti serang Gaza
Wakil Indonesia pada Jumaat menyeru agar semua negara mendesak Israel menghentikan serangan terhadap Gaza.
Seruan itu dibuat Pengerusi Bahagian Hubungan Luar, Parti Perjuangan Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang juga Lembaga Pimpinan Pusat dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Perundingan Rakyat, Ahmad Basarah pada sesi Dialog Parti Komunis China (PKC) dengan penyertaan parti-parti politik dari Asia Tenggara dan Asia Selatan.
BERITA PENUH DI SINI
Hospital Al Shifa 'sedang diserang' - WHO
Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hospital Al Shifa "sedang diserang", sambil menambah bahawa 20 hospital di Gaza kini tidak berfungsi sepenuhnya.
Ditanya mengenai kenyataan kementerian kesihatan Gaza berhubung serangan Israel di halaman hospital, jurucakap WHO Margaret Harris berkata: "Saya tidak mendapat butiran mengenai Al Shifa tetapi kami tahu mereka akan diserang".
Diminta untuk menghuraikannya, beliau berkata terdapat "keganasan sengit" di lokasi itu.
Terdahulu, Hamas berkata serangan udara Israel mengenai pekarangan hospital itu, dan membunuh 13 orang.
IDF umum koridor perpindahan selama enam jam
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan tempoh selama enam jam untuk orang ramai bergerak ke selatan Gaza di sepanjang jalan Salah Al-Deen.
Koridor itu, katanya, akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 4 petang waktu tempatan.
“Kawasan utara Semenanjung Gaza disifatkan sebagai medan perang yang sengit dan masa semakin suntuk untuk mengosongkannya.
"Sertai ratusan ribu yang telah mematuhi arahan dan berpindah ke selatan dalam beberapa hari kebelakangan ini,” kata jurucakap IDF Avichay Adraee dalam bahasa Arab di X.
Tempoh 6 jam untuk berpindah
#عاجل يا سكان غزة،
— افيخاي ادرعي (@AvichayAdraee) November 10, 2023
?أخبركم ان اليوم مثل الأيام الماضية يسمح جيش الدفاع من جديد التنقل عن طريق صلاح الدين بين الساعة العاشرة (10:00) صباحًا والساعة الرابعة (16:00) مساء.
?هذه الصور المرفقة التقطت قبل نصف ساعة تقريبًا وتظهر استجابة ملموسة لنداءاتنا ومطالباتنا
?لا تستمعوا الى… pic.twitter.com/Ip8AEVq9k9
13 maut dalam serangan ke atas Hospital Al-Shifa
Kerajaan Hamas berkata serangan Israel ke atas hospital terbesar di wilayah itu telah membunuh sekurang-kurangnya 13 orang.
“Tiga belas syahid dan berpuluh-puluh cedera dalam serangan Israel ke atas pekarangan Al-Shifa hari ini” di tengah Bandar Gaza, tulis kenyataan oleh kerajaan.
Serangan ke atas Hospital Al Awda
PBB gariskan kesan buruk perang terhadap ekonomi Palestin
Laporan yang dikeluarkan oleh Program Pembangunan PBB melakarkan gambaran suram tentang kesan buruk perang terhadap ekonomi Palestin.
Genap sebulan perang, keluaran dalam negara kasar (KDNK) Palestin dijangka merosot kira-kira 4.2 peratus berbanding anggaran sebelum perang untuk 2023, kerugian kira-kira AS$857 juta.
Jika perang berterusan selama sebulan penuh, anggaran kerugian ekonomi akan meningkat kepada 8.4 peratus daripada KDNK, atau AS$1.7 bilion.
Pada bulan ketiga, kerugian akan meningkat kepada 12.2 peratus daripada KDNK, atau AS$2.5 bilion.
Kira-kira 390,000 pekerjaan telah lenyap sejak bermulanya perang di seluruh wilayah Palestin.
Daripada jumlah ini, 182,000 pekerjaan telah lenyap di Gaza dan 208,000 di Tebing Barat yang diduduki.
Kemiskinan juga dijangka meningkat secara mendadak sebanyak 20 hingga 45 peratus bergantung kepada tempoh konflik.
Lebih separuh unit kediaman di Gaza rosak
Pengeboman Israel telah menyebabkan kerosakan kepada lebih 50 peratus unit kediaman di seluruh Gaza.
Pejabat media kerajaan Gaza dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 40,000 unit rumah di kawasan yang dikepung telah dimusnahkan sepenuhnya oleh tentera Israel.
Ia juga berkata kira-kira 32,000 tan bahan letupan telah digugurkan di Gaza sejak bermulanya perang.
Kerugian awal dalam sektor perumahan dan infrastruktur dianggarkan AS$2 bilion setiap satu, kata pejabat itu lagi.
Israel perlu lindungi rakyat Palestin di Tebing Barat - Pesuruhjaya Tinggi PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi hak asasi manusia berkata Israel perlu mengambil langkah segera untuk melindungi rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Keganasan di wilayah itu meningkat, termasuk kematian lebih 180 rakyat Palestin di tangan tentera Israel, sejak konflik dengan Hamas meletus pada 7 Oktober.
“Saya juga merayu, dalam keperluan yang mendesak, agar pihak berkuasa Israel mengambil langkah segera, mengambil langkah untuk memastikan perlindungan rakyat Palestin di Tebing Barat, yang setiap hari berdepan keganasan, layanan buruk, penahanan, pengusiran, ugutan dan penghinaan daripada tentera dan penceroboh Israel,” kata Volker Turk kepada pemberita di ibu negara Jordan, Amman.
Serangan Israel cederakan 10 petugas hospital
Serangan darat di sekitar kawasan dua buah hospital di utara Gaza dilapor mencederakan 10 orang dan merosakkan kenderaan dan infrastruktur pusat perubatan.
“Ketika menyasarkan sekitar Hospital Al Awda – Tal Al Zaatar dan sekitar Hospital Indonesia – oleh tentera pendudukan Israel, 10 petugas Hospital Al Awda cedera dan sembilan kenderaan rosak,” kata kenyataan itu di Facebook.
Dua ambulans adalah antara kenderaan yang rosak, menurut kenyataan itu lagi.
Hospital itu menambah bahawa kakitangan masih memberikan perkhidmatan perubatan walaupun pengeboman masih berterusan.
Keadaan diburukkan lagi dengan bekalan perubatan yang semakin berkurangan dan kekurangan bekalan elektrik, dan meminta Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dan institusi kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa untuk campur tangan.
"Kesihatan dan penyedia perkhidmatan kesihatan mesti dilindungi semasa konflik dan peperangan," katanya lagi.
Orang awam di Gaza berdepan mimpi ngeri yang tidak berkesudahan' - PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres menyifatkan situasi di Gaza sebagai "mimpi ngeri kemanusiaan yang tidak berkesudahan untuk orang awam" apabila beliau sekali lagi mengulangi gesaan untuk gencatan senjata segera.
"Kejiranan mereka musnah. Orang tersayang mereka terbunuh.
"Mereka dihujani bom ketika mana dinafikan asas kehidupan: makanan, air, ubat, elektrik," kata Guterres dalam video yang disiarkan ke Persidangan Kemanusiaan Antarabangsa untuk Penduduk Awam di Gaza yang diadakan di Paris pada Khamis.
Beliau juga berkata bahawa jumlah bantuan yang masuk umpama "setitik air di lautan" dan berkata masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam, menggesa negara dunia untuk membantu dalam rayuan kemanusiaan PBB bernilai AS$1.2 bilion.
"Kami boleh membantu orang awam di Gaza melihat sekurang-kurangnya secebis harapan - tanda solidariti - dan isyarat bahawa dunia melihat nasib mereka dan cukup mengambil berat untuk bertindak," katanya.
Turut hadir pada persidangan bantuan Gaza ialah Martin Griffiths, pegawai bantuan tertinggi PBB yang menekankan kebimbangannya tentang sebarang cadangan untuk mendorong ribuan pelarian ke "zon selamat."
Beliau berkata PBB tidak boleh menjadi "sebahagian daripada cadangan unilateral untuk mendorong ratusan ribu orang awam terdesak di Gaza ke dalam apa yang dipanggil zon selamat."
Ia tidak terlibat dalam sebarang persiapan untuk ketibaan pelarian yang berpindah ke "zon selamat" di Gaza, kata Griffiths.
Griffiths juga menimbulkan kebimbangan mengenai keadaan 'zon selamat', menyatakan bahawa keadaan yang memuaskan tidak wujud di mana-mana lokasi di Gaza untuk memastikan tempat tinggal, makanan, air, sanitasi dan kesihatan yang mencukupi.
243 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam
Hampir 700 warga asing dipindahkan dari Gaza
Sejumlah 699 warga asing tiba di Mesir pada Khamis, setelah meninggalkan Gaza melalui lintasan sempadan Rafah, maklum seorang pegawai sempadan Mesir kepada CNN.
Menurut pengiraan CNN, ini menjadikan jumlah warga asing yang dipindahkan kepada lebih 2,000 orang.
Kira-kira 80,000 orang meninggalkan utara Gaza melalui koridor pemindahan pada Khamis, kata Penyelaras Aktiviti Kerajaan Israel di Wilayah (COGAT) dalam satu kenyataan di media sosial.
Krisis kesihatan di Gaza semakin kritikal akibat kekurangan bahan api
Kira-kira 380 bayi baru lahir dan 4,600 wanita hamil yang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza memerlukan rawatan perubatan, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Khamis.
Agensi PBB itu memaklumkan menerusi platform X bahawa pihaknya berupaya menyediakan rawatan selepas bersalin tetapi persekitaran di tempat perlindungan UNRWA tidak sesuai untuk bayi baru lahir.
BERITA PENUH DI SINI
Perkembangan di Tebing Barat yang diduduki
Berikut perkembangan terkini dari Tebing Barat yang diduduki, sepertimana dilaporkan Al Jazeera:
- Pengebumian akan bermula sekitar 11 pagi waktu tempatan (09:00 GMT) untuk 14 rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel dalam serbuan pada Khamis di kem pelarian Jenin.
- Seorang warga Palestin telah meninggal dunia akibat luka yang dialami di perut semasa konfrontasi dengan tentera Israel di Beit Furik, timur Nablus.
- Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, warga Palestin kedua telah terbunuh di kem pelarian Aida di utara Bethlehem, dan pasukan mereka dihalang daripada memberikan bantuan. Menurut sumber tempatan, dia ditembak di dalam rumahnya semasa serbuan tentera Israel dari menara berdekatan.
- Di Hebron, tentera Israel merobohkan rumah Mohammad dan Saqer al-Shanteer, yang ditahan Ogos lalu. Mereka didakwa membunuh seorang penceroboh berhampiran penempatan haram Kiryat Arba pada 21 Ogos.
- Pihak Berkuasa Palestin telah menyelaraskan pemulangan 956 pekerja Palestin yang terkandas di Tebing Barat ke Gaza. Mereka adalah pekerja yang memohon untuk pulang dan dibenarkan oleh Israel untuk berbuat demikian. Hampir 7,000 pekerja terperangkap di Tebing Barat yang diduduki selepas permit mereka dibatalkan, berikutan serangan pada 7 Oktober.
- Hampir 80 rakyat Palestin telah ditahan tentera Israel dari seluruh Tebing Barat yang diduduki dalam serbuan semalaman, kebanyakannya dari kem pelarian al-Arroub di utara Hebron, manakala yang lain ditahan dari kawasan lain berhampiran Hebron, Betlehem, Nablus, Ramallah, dan Yerikho.
- Lebih 7,200 tahanan Palestin ditahan di penjara Israel, menurut pihak berkuasa Israel, yang mendakwa mereka menahan 2,600 warga Palestin sejak 7 Oktober.
Situasi di Gaza sukar digambarkan - Petugas bantuan
Petugas bantuan yang terperangkap di Gaza hidup dalam ketakutan.
Menurut pegawai sebuah organisasi kemanusiaan, mereka berdepan situasi tidak terduga akibat kesukaran melampau untuk mencari makanan, air, dan bekalan perubatan yang semakin berkurangan.
Bercakap kepada CNN, naib presiden dasar global dan advokasi Mercy Corps Kate Phillips-Barrasso berkata kesemua 70 kakitangan kumpulan bantuan itu di Gaza telah dipindahkan.
Difahamkan, dalam kalangan mereka juga mempunyai ahli keluarga yang terbunuh atau cedera dalam konflik berterusan di antara Israel dan Hamas.
Presiden Inisiatif Kebangsaan Palestin gesa gencatan senjata menyeluruh
Presiden Inisiatif Kebangsaan Palestin Mustafa Barghouti berkata penangguhan operasi ketenteraan di kawasan utara Gaza tidak memadai.
Menurut Mustafa, yang juga seorang doktor, beliau tidak melihat adanya harapan buat penduduk Gaza tanpa gencatan senjata penuh dan menyeluruh.
“AS menyokong Israel sepenuhnya dan tidak mengambil pendirian neutral, dan dalam kes ini, malangnya, AS terus menyokong apa yang dimahukan Israel.
"Apa yang kita tidak mahu lihat ialah pembersihan etnik berterusan di utara Gaza serta bandar Gaza," kata Mustafa kepada CNN.
Perluasan perang Gaza tidak dapat dielak - Menteri Luar Iran
Press TV milik kerajaan Iran melaporkan komen oleh Hossein Amirabdollahian semasa perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Qatar pada Khamis malam.
"Disebabkan peningkatan perang terhadap penduduk awam Gaza, pengembangan skop perang kini tidak dapat dielakkan," kata menteri luar Iran itu kepada Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dalam perbualan telefon.
Iran telah berulang kali memberi amaran tentang ancaman peningkatan serantau, memberitahu Israel ia mesti berundur daripada menyerang Gaza.
Kemiskinan meningkat jika perang berterusan - PBB
PBB memberi amaran bahawa kemiskinan dalam kalangan rakyat Palestin akan meningkat sebanyak 34 peratus jika perang berterusan untuk bulan kedua.
Keadaan ini akan menyebabkan hampir setengah juta orang lagi terjerumus ke lembah kemiskinan.
Jika perang berterusan hingga bulan ketiga, keluaran dalam negara kasar Palestin akan turun lebih daripada 12 peratus, dengan kerugian mencecah AS$2.5 bilion.
PBB mengunjurkan lebih daripada 660,000 orang akan dihimpit kemiskinan.
[VIDEO] Serangan ke atas Hospital al-Shifa
Hospital Gaza di ambang keruntuhan
Ketika pengeboman Israel tidak menunjukkan tanda-tanda reda, organisasi kemanusiaan memberi amaran tentang keruntuhan sistem penjagaan kesihatan Gaza yang akan berlaku dan menyeluruh.
Dalam episod terbaharu The Take, Dr Tanya Haj-Hassan dari Medecins Sans Frontieres memberi amaran tentang keadaan yang semakin merosot di wilayah bergolak itu.
IDF guna tahanan Palestin sebagai 'perisai'
Israeli occupation soldiers use a Palestinian detainee as a human shield during confrontations in the Al-Arroub refugee camp, in the occupied West Bank. 10.11.23
— .. (@haifas_2022) November 10, 2023
قوات الاحتلال تستخدم شاب كدرع بشري بعد اعتقاله في مخيم العروب شمال الخليل#Gaza_Geniocide #FreePalestine #Palestina pic.twitter.com/O5jsCV6vQ7
Doctors Without Borders suarakan kebimbangan peningkatan keganasan tentera Israel
Doctors Without Borders dalam satu kenyataan berkata ia menyaksikan peningkatan dramatik dari segi keganasan oleh tentera Israel di Jenin, di Tebing Barat.
"Hari ini terdapat lonjakan keganasan, dengan pengeboman dan tembakan yang meluas.
“Risalah pagi ini digugurkan di kem pelarian Jenin, memaksa penduduk supaya berpindah, yang kebanyakannya tidak mempunyai tempat selamat untuk pergi.
"Pasukan kami di Jenin telah merawat lebih 30 pesakit dengan luka tembak dan letupan sejak 7 Oktober," kata kenyataan organisasi yang juga dikenali sebagai Médecins Sans Frontières (MSF).
MSF berkata ia telah menyaksikan kenderaan tentera Israel menghalang ambulans daripada sampai ke kemudahan penjagaan kesihatan dan memasuki hospital.
Pasukan perubatan kemudiannya terpaksa merujuk pesakit ke hospital lebih jauh, tulis kenyataan itu lagi.
"Hospital bukan sasaran dan mesti kekal sebagai ruang selamat," tegas MSF.
“Kami juga menyeru tentera Israel agar berhenti menembak ke arah hospital.
"Penjagaan perubatan tidak boleh dihalang."
Pemindahan dari Semenanjung Gaza diteruskan di persimpangan Rafah
Pemindahan pemegang pasport asing dan rakyat Palestin yang memerlukan rawatan perubatan diteruskan melalui lintasan Rafah pada Jumaat, memetik sumber keselamatan dan perubatan Mesir.
Niaga Spotlight: Palestine-Israel War: Economic ramifications
Lokasi berhampiran Hospital al-Quds terus dibom
Rejim zionis dilapor mengebom kawasan Tal al-Hawa di Gaza berhampiran Hospital al-Quds, menurut Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS).
Hospital itu mengumumkan ia telah menutup kebanyakan operasi selepas kehabisan minyak akibat sekatan penuh tentera Israel ke atas Gaza.
Internet terputus di Yaman ketika serangan Houthi terhadap Israel, AS
Agensi berita Associated Press (AP) melaporkan bahawa akses internet di seluruh Yaman terputus.
Gangguan perkhidmatan itu bermula awal Jumaat sekitar 00:00 GMT dan menjejaskan YemenNet, yang kini dikawal oleh Houthi dan disokong Iran, menurut AP.
Ia berlaku selepas beberapa siri serangan dron dan peluru berpandu oleh pejuang Houthi baru-baru ini yang menyasarkan Israel.
NetBlocks, kumpulan yang menjejaki gangguan internet, dan syarikat perkhidmatan internet CloudFlare melaporkan gangguan tersebut.
Kedua-duanya syarikat itu bagaimanapun tidak memberikan sebab gangguan itu berlaku.
Perhimpunan Agung PBB lulus undi sahkan kedaulatan Palestin terhadap sumber asli
Tentera Israel serbu kem pelarian berhampiran Hebron
Sebuah video yang disiarkan oleh Al Jazeera Arabic di media sosial menunjukkan tentera Israel menyerbu kem pelarian al-Arroub di utara Hebron di Tebing Barat yang diduduki.
Beberapa serbuan sedang dijalankan di seluruh wilayah Palestin pada awal Jumaat.
Laporan menyebut bahawa pertempuran sengit berlaku di antara tentera Israel dan anak muda Palestin.
Dalam tempoh 24 jam terakhir, sekurang-kurangnya 19 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, menjadikan jumlah keseluruhan korban di Tebing Barat yang diduduki kepada 176 sejak 7 Oktober.
Israel nafi mahu duduki Palestin
Pemimpin UAE, Qatar gesa gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza
بحثت مع أخي تميم بن حمد آل ثاني في أبوظبي اليوم، سبل تعزيز العلاقات الأخوية بين البلدين الشقيقين، والتطورات الخطيرة في الأراضي الفلسطينية وتداعياتها الإنسانية المتفاقمة. الإمارات حريصة على التشاور المستمر مع الأشقاء والأصدقاء للدفع في اتجاه وقف التصعيد وتوفير الحماية للمدنيين وفق…
— محمد بن زايد (@MohamedBinZayed) November 9, 2023
Rakyat Malaysia diajak sertai kempen '11 Minit Untukmu Palestin'
Rakyat Malaysia diajak untuk bersama-sama bersolidariti dan menyertai kempen '11 Minit Untukmu Palestin' pada 11 Nov ini bermula 9 malam hingga 9.11 malam.
Pengarah Operasi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata kempen yang dianjurkan gabungan itu menyeru orang ramai untuk meluangkan masa selama 11 minit bergelap dengan menutup lampu di lokasi masing-masing.
BERITA PENUH DI SINI
Perhimpunan Agung PBB lulus undi sahkan kedaulatan Palestin terhadap sumber asli
Jawatankuasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Persoalan Ekonomi dan Kewangan (Jawatankuasa Kedua) atau UN General Assembly's Committee on Economic and Financial Questions (Second Committee) mengundi menyokong resolusi yang mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin ke atas sumber asli mereka.
Resolusi itu mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan kedaulatan penduduk Arab di Golan Syria ke atas sumber asli mereka.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel guna burung pemangsa kesan mayat rakyatnya
Seorang pakar hidupan liar mendedahkan burung pemangsa akan digunakan untuk mencari penduduk Israel yang terbunuh dalam serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.
Pihak berkuasa Alam dan Taman Israel, Ohad Hatzofe berkata, burung helang, hering dan burung pemangsa lain yang dilengkapi alat pengesan telah digunakan untuk mengesan mayat manusia.
BERITA PENUH DI SINI.
Keseluruhan penduduk Gaza berdepan kebuluran - WFP
Pengarah kecemasan Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP), Kyung-Nan Park memberi amaran 100 peratus penduduk Gaza berdepan kebuluran.
Beliau mengaitkan sekatan dilakukan Israel telah menyebabkan rakyat Palestin kini hidup dalam kehancuran akibat kekurangan zat makanan.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel lancar serangan di Tebing Barat, 14 terkorban
Selepas mengepung Gaza dan membunuh ramai penduduk awam di wilayah itu, rejim Israel melancarkan serangan bertubi-tubi tanpa henti pula di Tebing Barat.
Ia susulan 14 rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran paliing dahsyat di kawasan itu dalam tempoh beberapa bulan.
BERITA PENUH DI SINI.
'Minyak masak digunakan untuk menyelamat mangsa di Gaza'
"None of this is defensive. All of this is an attack on the Palestinian people, their right to exist, their right to live in their land, and their right to be treated as humans."
— Quds News Network (@QudsNen) November 10, 2023
Doctor Mads Gilbert speaks about the situation in #Gaza's hospitals. pic.twitter.com/pIPeIZQDXS
Israel dakwa musnahkan 130 terowong bawah tanah Hamas
Tentera Israel mendakwa memusnahkan sebanyak 130 terowong bawah tanah milik kumpulan pejuang Hamas sejak permulaan operasi darat di Gaza.
Dakwaan itu dibuat oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menerusi satu kenyataan.
BERITA PENUH DI SINI.
Perang Palestin-Israel: Dua koridor kemanusiaan dibuka
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengesahkan bahawa dua koridor kemanusiaan telah dibuka.
Ia bagi membolehkan pembebasan orang awam dan kemasukan bantuan kemanusian di utara Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
Presiden Palestin tolak langkah Israel mahu Gaza dibahagikan dua bahagian
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyifatkan sebarang langkah oleh tentera Israel untuk membahagikan Gaza kepada dua bahagian sebagai tidak boleh diterima.
Selain itu, beliau tegaskan, wilayah terkepung itu adalah sebahagian dari Palestin.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel akan mulakan 'penghentian serangan' 4 jam di Gaza - AS
Israel telah bersetuju untuk memulakan penghentian serangan selama 4 jam setiap hari di utara Gaza bagi membolehkan rakyat Palestin melarikan diri, umum White House, dalam apa yang disifatkan sebagai langkah ke arah yang betul.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby, berkata gencatan kemanusiaan pertama akan diumumkan pada Khamis, memetik laporan Al Jazeera.
BERITA PENUH DI SINI.
Mesir kutuk sikap berdiam diri antarabangsa
Mesir telah mengutuk sikap berdiam diri dunia terhadap pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang dilakukan oleh Israel ketika serangan masih berterusan ke atas Gaza.
“Apa yang kerajaan Israel lakukan jauh melebihi hak untuk mempertahankan diri,” kata Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry pada persidangan Paris mengenai bantuan kemanusiaan untuk Gaza.
IDF lanjutkan masa perpindahan ribuan rakyat Palestin ke selatan
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata tempoh perpindahan ke selatan Gaza akan dibuka di antara jam 10 pagi dan 4 petang waktu tempatan pada Khamis.
Ribuan orang ramai berjalan kaki berbatu-batu dari utara Gaza pada Rabu, ketika Israel mempergiatkan kempen darat dan udaranya di wilayah yang bergolak itu.
Jurucakap IDF Avichay Adraee berkata 50,000 orang telah berpindah dari utara Gaza pada Rabu.
Wanita, kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya menyusuri Jalan Salah Eddin, satu daripada dua lebuh raya utara-selatan di Gaza, di sepanjang koridor pemindahan IDF.
Ini adalah hari kelima berturut-turut IDF membuka ruang perpindahan, dan bilangan mereka yang berpindah ke selatan telah meningkat setiap hari.
Majoriti hospital Gaza kini tidak lagi beroperasi
Majoriti hospital di Gaza, 18 daripada 35, telah berhenti beroperasi, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah.
Ia menambah bahawa 71% daripada semua kemudahan penjagaan primer telah ditutup kerana kerosakan atau kekurangan bahan api.
Hospital yang masih dibuka bagaimanapun terhad dalam apa yang mereka boleh sediakan dan secara beransur-ansur menutup wad mereka.
Kompleks Perubatan Al-Shifa, kemudahan perubatan terbesar di Gaza, menutup enam bilik pembedahan kerana kekurangan bekalan, termasuk bahan api," kata kenyataan itu.
Pejuang Houthi tembak jatuh dron AS
Kumpulan pejuang Houthi di Yaman menembak jatuh dron AS pada Rabu, lebih seminggu selepas mengisytiharkan perang ke atas Israel.
Ia sekali gus meningkatkan kebimbangan berlakunya limpahan pergolakan di rantau ini.
Tindakan kumpulan itu yang mengawal kawasan luas di Yaman dibuat ketika Israel terus mengebom Semenanjung Gaza dan membunuh lebih 10,500 rakyat Palestin.
Houthi telah melancarkan tiga serangan ke atas Israel sejak 7 Oktober.
Penembak tepat Israel ambil kedudukan
Sumber di kem pelarian Jenin memberitahu Al Jazeera bahawa penembak tepat tentera Israel sedang mengambil kedudukan.
Tentera rejim zionis bergerak dari rumah ke rumah di beberapa kawasan, memecahkan tembok dan mencari pejuang bersenjata.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata tujuh rakyat Palestin terbunuh dalam serbuan berterusan.
Israel dakwa wartawan 'bersubahat dalam jenayah kemanusiaan'
Pejabat perdana menteri Israel berkata ia telah menghantar surat kepada ketua biro media antarabangsa menuntut penjelasan berhubung penggunaan gambar yang diambil oleh wartawan semasa serangan Hamas pada 7 Oktober.
“Wartawan ini bersubahat dalam jenayah kemanusiaan. Tindakan mereka bertentangan dengan etika profesional,” tulis kenyataan pejabat itu.
'Israel lancar perang terhadap semua rakyat Palestin'
Perdana Menteri Palestin Mohammad Ibrahim Shtayyeh memberitahu persidangan bantuan di Paris bahawa Israel bukan melancarkan perang terhadap Hamas, tetapi terhadap semua rakyat Palestin.
Shtayyeh menambah bahawa undang-undang hak asasi manusia antarabangsa sedang dicabuli dan rakyat Palestin memerlukan perlindungan antarabangsa.
Sejak perang bermula pada 7 Oktober, kementerian kesihatan Palestin berkata lebih 10,500 orang telah terbunuh di Gaza akibat pengeboman sengit Israel.
Lebih 3,000 petugas perubatan UK desak tindakan bantu rakyat Palestin
Sepucuk surat dilapor diserahkan kepada Persatuan Perubatan British menuntut tindakan bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.
Kira-kira 2,900 doktor UK dan ahli kesatuan sekerja perubatan adalah antara 3,000 penandatangan.
“Rakan-rakan perubatan kami di Gaza kehabisan tenaga dan sumber penting yang diperlukan untuk menjaga pesakit.
"Keadaan ini tidak mampan atau berperikemanusiaan, dan secara terang-terangan tidak boleh diterima dari segi moral dan undang-undang," tulis surat itu.
Israel gugur risalah desak pejuang menyerah diri
Rakaman dikongsi rakyat Palestin di Telegram menunjukkan jentolak Israel memusnahkan infrastruktur di sekitar kem pelarian Jenin, di Tebing Barat yang diduduki yang diserbu awal hari ini.
Sumber perubatan memberitahu Al Jazeera bahawa rakyat Palestin keenam telah terbunuh dalam serbuan Israel. Beberapa yang lain cedera.
Sebelum ini, wartawan foto Palestin Ali Samoud menyiarkan video yang menunjukkan risalah digugurkan di kem itu.
Dipercayai pesawat Israel menggugurkan risalah bertujuan menuntut pejuang bersenjata menyerah diri.
Gesaan gencatan senjata kemanusiaan semakin meningkat di Paris
Para pemimpin dunia telah memulakan pertemuan mereka di Paris untuk membincangkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Ini termasuk membawa bekalan yang sangat diperlukan seperti makanan, air, bantuan perubatan, dan bahan api.
Selain itu, gesaan mengeluarkan orang awam yang cedera dari Gaza.
Antara cadangan yang dibincangkan ialah koridor bantuan kemanusiaan maritim yang akan membawa masuk bekalan dan memindahkan mangsa yang cedera melalui Cyprus.
Perancis telah pun menyatakan akan menghantar sebuah kapal pengangkut helikopter yang dilengkapi dengan bekalan perubatan yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 hari untuk disediakan.
Walau bagaimanapun, semua perbincangan mengenai bantuan tidak bermakna tanpa sekurang-kurangnya tempoh gencatan senjata yang singkat.
Macron gesa jeda kemanusiaan
Dalam Persidangan Paris yang baru bermula, Presiden Perancis Emmanuel Macron menyeru pelaksanaan jeda kemanusiaan segera bagi melindungi orang awam.
"Itu sangat diperlukan dan tidak boleh dirundingkan dan merupakan keperluan segera," kata Macron.
Pemimpin Perancis itu juga berkata negara-negara mesti berusaha ke arah gencatan senjata.
Tentera Israel tahan bekas MP Israel
Tentera Israel di Nazareth dilapor telah menahan Ketua Jawatankuasa Susulan Tertinggi untuk Warga Arab Israel, Mohammad Barakeh.
Laporan awal mengatakan bekas ahli parlimen Israel itu ditangkap kerana merancang protes bagi menentang perang.
Seorang lagi bekas anggota Knesset, Haneen Zoabi, dan pemimpin parti Tajamou, Sami Abou Shahadeh juga telah ditangkap.
Tebing Barat 'sedang bergolak' - Ketua UNRWA
Ketua UNRWA Philippe Lazzarini berkata beliau bimbang risiko berlakunya limpahan situasi sepertimana di Gaza.
Beliau memberi amaran bahawa Tebing Barat yang diduduki kini dalam keadaan bergolak.
Tentera Israel telah melakukan serbuan setiap hari merentasi Tebing Barat yang diduduki sejak permulaan perang, membunuh lebih 160 orang dan menahan kira-kira 2,200.
Lebih 100 trak bantuan dibenar menyeberang sempadan Rafah
Sebanyak 106 trak yang membawa makanan, air dan bekalan perubatan tiba di sempadan Rafah di antara Mesir dan Gaza pada Rabu.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata, ia ekoran gesaan yang semakin meningkat daripada agensi bantuan antarabangsa agar gencatan senjata dilaksanakan untuk membolehkan lebih banyak bantuan masuk ke kawasan yang terkepung.
BERITA PENUH DI SINI
Parlimen lancar tabung Palestin
Cubaan padam sejarah, ilmuan Palestin?
Israel berulang kali menyerang universiti di Gaza, memusnahkan kajian dan penyelidikan selama bertahun-tahun oleh para cendekiawan dan mahasiswa Palestin.
Golongan ilmuan mendakwa serangan Israel ini umpama epistemicide atau pembunuhan sistem pengetahuan.
“Mereka (Israel) mahu memadamkan kewujudan Palestin daripada sejarah, dan itu termasuk menyasarkan rakyat Palestin sebagai kumpulan budaya, sebagai kumpulan orang yang menghasilkan pengetahuan,” kata Muhannad Ayyash, seorang profesor Palestin di Kanada.
Israel lulus RUU 'penggunaan dokumen pengganas' sebagai jenayah
Parlimen Israel meluluskan pindaan kepada undang-undang antikeganasan negara itu yang memperkenalkan "penggunaan dokumen pengganas" sebagai kesalahan jenayah baharu.
Rang undang-undang (RUU) itu, yang diluluskan oleh majoriti 13-4 dalam Knesset malam tadi, adalah langkah sementara dua tahun yang meminda Artikel 24 undang-undang antikeganasan untuk melarang “penggunaan penerbitan yang sistematik dan berterusan bagi organisasi pengganas dalam keadaan yang menunjukkan pengenalan diri dengan organisasi pengganas”.
Israel hancurkan semua nilai kemanusiaan - Erdogan
Israel telah menghancurkan semua nilai kemanusiaan setelah meneruskan serangan ke atas Gaza yang telah membunuh lebih 10,000 orang sejak 7 Oktober, kata Presiden Turki Erdogan.
“Israel terus mengebom sekolah, masjid, gereja, hospital, menghancurkan semua nilai kemanusiaan,” kata Erdogan sambil menambah bahawa 73 peratus daripada mangsa yang terbunuh ialah wanita dan kanak-kanak.
Tambahnya, Turki telah menghantar 10 pesawat yang membawa 230 tan bantuan kemanusiaan ke lapangan terbang El Arish untuk Gaza dengan bantuan Mesir.
Turki sedia terima kanak-kanak Gaza hidap kanser
Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca berkata negaranya bersedia menerima dan merawat kanak-kanak yang menghidap kanser di Gaza.
Fahrettin berkata ini kerana satu-satunya hospital di Gaza yang menyediakan rawatan kanser tidak lagi beroperasi.
Beliau berkata demikian ketika bercakap melalui panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Israel Uriel Menachem Buso.
"Saya mengingatkannya tentang keperluan kami untuk terus merawat kanak-kanak yang tidak berdosa.
“Saya menekankan bahawa kami bersedia untuk mangsa, khususnya kanak-kanak, dibawa ke Mesir dengan ambulans dan kemudian ke Turki dengan ambulans udara.
"Kami akan mula mengangkut pesakit kanser ke Turki secepat mungkin,” kata Fahrettin.
PRCS terima lebih 100 trak bantuan di lintasan Rafah
Sebanyak 106 trak yang membawa makanan, air dan bekalan perubatan tiba di sempadan Rafah di antara Mesir dan Gaza pada Rabu.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata, ia ekoran gesaan yang semakin meningkat daripada agensi bantuan antarabangsa agar gencatan senjata dilaksanakan untuk membolehkan lebih banyak bantuan masuk ke kawasan yang terkepung.
Penghantaran dari Bulan Sabit Merah Mesir bagaimanapun tidak termasuk bahan api yang sangat diperlukan, yang diharamkan Israel daripada memasuki Gaza atas alasan akan digunakan Hamas untuk tujuan ketenteraan.
Ini menjadikan jumlah trak bantuan masuk ke Gaza sejak 7 Oktober kepada 756, menurut PRCS.
Angka itu ternyata amat sedikit berbanding kira-kira 455 trak sehari yang didakwa PBB masuk sebelum perang.
PRCS terima 106 trak bantuan
November 8 - PRCS teams received today 106 trucks from the Egyptian Red Crescent, loaded with aid, in addition to five ambulance vehicles from Kuwait, through the Rafah crossing. The trucks contain food, water, relief assistance, medical supplies, and medicines.
— PRCS (@PalestineRCS) November 8, 2023
The total… pic.twitter.com/IS7mAcruqx
3 kumpulan Palestin fail tuntutan jenayah perang
Tiga pertubuhan hak asasi manusia terkemuka yang berpangkalan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Ia bagi menggesa ICC mempertimbangkan pertuduhan apartheid dan pembunuhan beramai-ramai dalam siasatan terhadap situasi di Palestin.
Tuntutan yang dibuat oleh Al Haq, Al Mezan dan Pusat Hak Asasi Manusia Palestin mendakwa tindakan Israel di Gaza merupakan jenayah perang dan menggesa waran tangkap dikeluarkan terhadap pegawai Israel, termasuk Presiden Herzog, PM Netanyahu, dan Menteri Pertahanan Gallant.
Hospital rosak selepas masjid berdekatan dibom
Lapan hospital dibom dalam tiga hari
Lapan hospital telah dibom oleh tentera Israel dalam tempoh tiga hari lalu.
Sebanyak 18 hospital pula telah tidak beroperasi sejak 7 Oktober, kata pejabat media kerajaan Gaza.
UAE hantar 5 lagi pesawat sokong pembinaan hospital medan di Gaza
UAE menghantar lima lagi pesawat yang membawa bekalan dan peralatan untuk pembinaan hospital medan di Semenanjung Gaza.
Secara keseluruhan, UAE telah menghantar 16 pesawat bagi menjayakan operasi kemanusiaan 'Gallant Knight 3' di wilayah itu.
BERITA PENUH DI SINI
Palestin fail aduan ancaman bom nuklear Israel
Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki dilapor memfailkan aduan rasmi kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) terhadap Israel berhubung ancaman menterinya untuk menggugurkan bom nuklear ke atas Gaza.
Menurut agensi berita Palestin Wafa, Riyad menghantar surat rasmi kepada Ketua Pengarah IAEA Rafael Mariano Grossi pada Rabu menyatakan bahawa ancaman nuklear itu konsisten dengan isu yang berlaku di Israel terhadap rakyat Palestin.
Ancaman itu sekali gus mengiktiraf bahawa Israel sememangnya memiliki senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran, kata Riyad.
Kem Ramallah diserbu tentera Israel
Tentera Israel dilapor menyerbu kem Amari di Ramallah, di Tebing Barat yang diduduki.
Laporan awal menyebut bahawa beberapa orang dilaporkan cedera dan ditangkap.
Tentera Israel 'dedah' penderaan terhadap rakyat Palestin
מכות, קללות ו"יאללה בית"ר": עלייה במספר החיילים שמתעדים את עצמם מתעללים בפלסטינים https://t.co/B9GC8cCJfr
— Haaretz הארץ (@Haaretz) November 9, 2023
'Tiada apa yang tinggal'
Ribuan penduduk Palestin berpindah dari utara Gaza pada Rabu.
Wanita, kanak-kanak, warga tua, dan orang kurang upaya dilihat menyusuri Jalan Salah Eddin, salah satu daripada dua lebuh raya untuk ke selatan Gaza.
Mereka terpaksa berjalan kaki melalui enklaf yang dibom susulan kempen serangan darat dan udara oleh tentera Israel.
Rakyat Palestin yang melarikan diri ke selatan Gaza menggambarkan keadaan yang amat dahsyat di Bandar Gaza.
Erdogan, Raisi dijangka bangkitkan isu Gaza pada sidang kemuncak Uzbekistan
Pemimpin Turki Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Iran, Ebrahim Raisi dijangka menghadiri sidang kemuncak di ibu negara Uzbekistan, Tashkent.
Peperangan di antara Hamas dan Israel tiada dalam agenda rasmi, namun perbincangan mengenai krisis itu mungkin akan menjadi keutamaan.
Persidangan bantuan Gaza di Paris perlu gesa 'gencatan senjata segera' - Amnesty
Amnesty International dalam satu kenyataan berkata ketua-ketua negara yang menghadiri persidangan mengenai bantuan kemanusiaan untuk Gaza hari ini di Paris perlu menggesa "gencatan senjata segera" di Palestin.
Presiden Perancis Emmanuel Macron menjadi tuan rumah persidangan itu yang dijangka dihadiri perdana menteri Greece, Ireland dan Luxembourg bersama ketua EU Charles Michel dan Ursula von der Leyen.
PBB dakwa Israel, Hamas lakukan jenayah perang
Ketua Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB menuduh Israel dan Hamas melakukan jenayah perang ketika orang awam melarikan diri ke selatan Gaza.
Volker Türk juga menggesa kedua-dua pihak bersetuju dengan gencatan senjata bagi membenarkan penghantaran bantuan ke Gaza, pembebasan tebusan oleh Hamas, dan berusaha ke arah mengakhiri pendudukan haram.
Tentera Israel bagaimanapun menolak tuduhan jenayah perang dan mendakwa serangan ke atas sasaran Hamas adalah mengikut undang-undang antarabangsa dan berusaha untuk meminimumkan korban awam.
Sementara itu, Amerika Syarikat dan sekutu G7nya telah berulang kali menolak gesaan untuk melaksanakan gencatan senjata di sebalik desakan meningkat daripada rakan kongsi Arab dan agensi bantuan antarabangsa.
Parti Greens Australia gesa gencatan senjata segera
CEASEFIRE NOW pic.twitter.com/FYJbAHEGyS
— Nick McKim (@NickMcKim) November 9, 2023
WHO beri amaran risiko penyakit berjangkit merebak ketika konflik berlanjutan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengeluarkan amaran mengenai risiko penularan penyakit berjangkit di Gaza di tengah-tengah kepungan Israel dan serangan yang berlanjutan.
"Kematian dan kecederaan di Gaza terus meningkat disebabkan keganasan yang semakin meruncing, kesesakan dan gangguan kepada sistem kesihatan, air dan sanitasi menimbulkan ancaman tambahan: penularan penyakit berjangkit dengan kadar cepat," Agensi Anadolu memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia di platform X.
BERITA PENUH DI SINI
Washington Post turunkan kartun perkauman terhadap rakyat Palestin
The Washington Post telah menurunkan satu kartun yang mencetuskan kemarahan dan dikecam sebagai perkauman serta tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.
Kartun yang dilukis oleh Michael Ramirez itu menggambarkan seorang wakil Hamas mengikat empat kanak-kanak dan seorang wanita berhijab pada dirinya sendiri dengan kata-kata “Beraninya Israel menyerang orang awam.”
Letupan besar berhampiran Hospital Al-Shifa
Media antarabangsa melaporkan satu letupan besar berlaku berhampiran Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza.
Orang ramai yang berkumpul di luar hospital dilihat berlari mencari perlindungan susulan bunyi impak yang besar.
Rundingan bebaskan tebusan sebagai pertukaran bantuan kemanusiaan
Tadbir urus pasca perang perlu di bawah Palestin - White House
Lintasan Rafah ditutup sementara - AS
Lintasan sempadan Rafah ke Gaza ditutup disebabkan "keadaan keselamatan" yang tidak mengizinkan, pada Rabu.
Timbalan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Vedant Patel mendakwa, pihaknya sedang cuba bekerjasama dengan Mesir dan rejim Israel untuk membukanya semula.
BERITA PENUH DI SINI.
Perang Palestin-Israel: Lebih 65 terkorban, 100 cedera dalam tempoh 24 jam
Hospital Indonesia di utara Gaza merekodkan sekurang-kurangnya 65 kematian dan lebih 100 kecederaan dalam tempoh 24 jam.
Petugas kesihatan Palestin memberitahu Al Jazeera pada awal Khamis, kejadian ini susulan serangan berterusan tentera rejim Zionis Israel di wilayah itu.
BERITA PENUH DI SINI.
Hospital di utara Gaza tidak menerima bantuan kemanusiaan
Gaza sedang mengalami kelumpuhan bantuan kemanusian khususnya ubatan-ubatan untuk memasuki semenanjung dan utara wilayah itu sejak tercetusnya serangan pada 7 Oktober.
Menurut Pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Marwan Jilani, walaupun beberapa konvoi bantuan telah dibenarkan masuk menerusi lintasan Rafah, hospital dan pusat perlindungan tidak menerima sebarang bantuan diperlukan.
BERITA PENUH DI SINI.
Puluhan terkorban dalam serangan ke atas Khan Younis
وصول عدد من الشهداء والجرحى في قصف إسرائيلي على خانيونس#حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/Yw9QSh8j0b
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) November 8, 2023
Perang Palestin-Israel: Rundingan bebaskan tebusan sebagai pertukaran bantuan kemanusiaan
Perjanjian antara Zionis Israel dan pejuang Hamas untuk membebaskan sehingga 50 tawanan yang ditahan di Gaza gagal dicapai disebabkan pelancaran operasi darat Israel pada 27 Oktober lalu.
Laporan New York Times berkata, serangan darat Israel itu menyebabkan rundingan berkenaan gagal, namun ia digerakkan semula oleh Qatar.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel dakwa Hamas hilang kawalan di utara Gaza
Rejim Zionis Israel mendakwa, pejuang Hamas telah kehilangan kawalan di utara Gaza pada Rabu.
Jurucakap Israel, Daniel Hagari berkata, andaian itu dibuat susulan dakwaan rakyat Gaza telah berpindah dari utara ke selatan Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
Terdapat kesalahan yang jelas dalam operasi ketenteraan Israel - PBB
Jumlah kematian orang awam di Gaza dalam konflik perang yang berpanjangan membuktikan kesalahan sangat jelas oleh operasi ketenteraan Israel.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, walaupun dimulakan Hamas pada 7 Oktober, melihat kepada angka kematian orang awam di Gaza, Israel seolah-olah melakukan kesalahan jenayah yang serius dalam serangan balasnya.
BERITA PENUH DI SINI.
Serangan Israel di Jenin, Tebing Barat
قوة كبيرة للاحتلال تقتحم مدينة جنين في الضفة الغربية#حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/fGXdHwJuQV
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) November 8, 2023
Separuh hospital di Semenanjung Gaza lumpuh sepenuhnya
Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan separuh daripada hospital di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi selepas alami kerosakan akibat bedilan bom dan serangan rejim Israel.
Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kaila juga berkata, perangkaan terkini kementerian itu merekodkan lebih 10,500 orang terbunuh di Gaza.
Tambahnya, jumlah kematian itu termasuk dengan 192 pekerja perubatan dan 36 penyelamat yang terkoban dalam misi bantuan dan menyelamat.
BERITA PENUH DI SINI.
Gaza menghadapi tragedi kemanusian
Gaza is facing a humanitarian tragedy of colossal proportions.@WFP is trying to reach 1+ million people with urgent food assistance, but humanitarian access must be expanded to allow people to receive life-saving aid.
— United Nations (@UN) November 8, 2023
pic.twitter.com/SXlbHTbUaw
Serangan Israel mengorbankan 509 penduduk Palestin di hospital - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa serangan Israel ke atas kemudahan penjagaan kesihatan di wilayah Palestin yang diduduki mengakibatkan kematian 509 penduduk Palestin, termasuk pesakit dan kakitangan penjagaan kesihatan, selain mencederakan 447 yang lain.
Israel telah melakukan 229 serangan ke atas hospital dan pusat penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Okt, lapor Agensi Anadolu memetik Sistem Pengawasan mengenai Serangan terhadap Penjagaan Kesihatan (SSA) WHO.
BERITA PENUH DI SINI
10,569 rakyat Palestin terkorban, 4,324 terdiri dari kanak-kanak
Sejumlah 10,569 rakyat Palestin dilaporkan terkorban susulan serangan udara berterusan tentera rejim Israel sejak mula mengepung Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu.
Menurut laporan terbaharu Kementerian Kesihatan Palestin hari ini, daripada jumlah itu 4,324 mangsa yang terbunuh adalah terdiri daripada kanak-kanak.
Tiga sekeluarga terkorban angkara keganasan berterusan rejim Zionis
Fadi Abu Salemih, his wife Nour, and their #baby Fayrouz, three laughter Israel has silenced forever! They were martyred due to the ongoing #Israeli aggression on Gaza Strip. #Gaza_under_attack#CeasefireNow#Palestine#Israeliwarcrimes pic.twitter.com/P5iClnnvNs
— State of Palestine - MFA (@pmofa) November 7, 2023
Ribuan penduduk Palestin terus tinggalkan utara Gaza - Agensi PBB
Jumlah orang awam yang meninggalkan utara Gaza dilaporkan terus meningkat secara mendadak, di tengah-tengah tindakan tentera Zionis yang meneruskan pencerobohan darat selain kempen pengeboman berterusan.
Menurut agensi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelarasan dari Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dianggarkan lebih 15,000 rakyat Palestin meninggalkan kawasan bergolak itu pada Selasa berbanding 5,000 orang pada Isnin dan 2,000 orang pada Ahad.
Ramai daripada orang awam mengambil kesempatan daripada ruang masa empat jam sehari yang diperuntukkan pihak tentera Israel. Kebanyakannya terdiri daripada golongan kanak-kanak, warga emas dan mereka yang kurang upaya.
Ketika ini ribuan rakyat Palestin dianggarkan masih berada di kawasan pertempuran dengan ramai yang berlindung di hospital atau sekolah milik PBB.
Pemerhati PBB menganggarkan sekitar 1.5 juta daripada 2.3 juta penduduk Gaza kini hidup sebagai pelarian.
Sekurang-kurangnya 40,000 jadi mangsa perang di Gaza
Sekurang-kurangnya 40,000 orang maut, cedera atau hilang dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.
Jurucakap pejabat itu, Salama Marouf pada Selasa berkata seramai 10,328 orang, termasuk 4,237 kanak-kanak, 2,719 wanita dan 631 warga emas terbunuh sejak konflik terbaharu tercetus.
BERITA PENUH DI SINI
30 wartawan terbunuh akibat serangan Israel
Perang Palestin-Israel: PDRM perkasa kawalan pintu masuk, risikan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkemaskan kawalan keselamatan di semua pintu masuk negara bagi mencegah sebarang ancaman ekoran kelantangan Malaysia dalam Perang Palestin-Israel.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak polis juga akan memperkasakan lagi risikan bagi melindungi semua pihak yang berkemungkinan menjadi sasaran.
BERITA PENUH DI SINI
30 kezaliman Zionis, gerakan belia bela nasib Palestin
Situasi di Gaza membimbangkan, kekejaman mesti dihentikan - Zambry
Serangan tanpa henti rejim Israel ke atas orang awam di Gaza amat membimbangkan, justeru semua negara perlu bersatu menamatkan konflik itu, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata oleh itu Malaysia sedang bekerjasama dengan negara-negara yang sehaluan dengannya untuk mencapai gencatan senjata segera di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
3 anak yatim Palestin ditaja rakyat Malaysia terkorban dalam serangan Zionis
Tiga anak yatim Palestin yang ditaja rakyat Malaysia dikhabarkan telah pergi buat selamanya selepas terkorban dalam serangan Zionis ke atas Gaza semalam.
Anak-anak syurga itu adalah Abedallah Shikh Eid, Ali Ali Al Nashar dan Baker Mohammed Baker Al Nams.Ketiga-tiga mereka berusia 17 tahun.
BERITA PENUH DI SINI
Perancangan bom tepat AS, satu usaha pembersihan etnik
Tidak akan ada gencatan senjata - Netanyahu
Palestin gesa ICC keluarkan waran tangkap terhadap pegawai Israel
Hamas tolak kerajaan boneka, ikrar terus mentadbir Gaza
APEC 2023: Malaysia akan laksana tanggungjawab suarakan isu Palestin - Anwar
Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dalam menyuarakan pandangan berhubung krisis Palestin-Israel pada sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa perkembangan berkaitan krisis itu perlu dibincangkan terlebih dahulu.
BERITA PENUH DI SINI
Konvoi kemanusiaan di Gaza jadi mangsa serangan - ICRC
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa berkata konvoi kemanusiaannya ditembak di Bandar Gaza.
"ICRC menegaskan pihak-pihak yang terlibat perlu mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk menghormati dan melindungi petugas kemanusiaan pada setiap masa."
BERITA PENUH DI SINI
Kebanyakan hospital, pusat kesihatan di Gaza hampir lumpuh
Ketika serangan Israel ke atas Gaza memasuki sebulan, kebanyakan hospital dan pusat penjagaan kesihatan terpaksa menutup operasi disebabkan dibom atau akibat kekurangan bahan api dan bekalan perubatan.
BERITA PENUH DI SINI
Yang maut dan cedera selepas serangan udara Israel di kawasan Al-Fakhoura
Press coverage : 5 Martyrs and Multiple Injuries, Predominantly Children, in an Airstrike Targeting the Homes of the 'Al-Daqas' and 'Al-Dabous' Families in the Al-Fakhoura Area, West of Jabalia Camp in #Gaza. #Israel pic.twitter.com/7rWamYs4GM
— Quds News Network (@QudsNen) November 7, 2023
Wartawan Palestin, keluarga terbunuh dalam serangan udara Israel
Wartawan Agensi Berita WAFA Mohammad Abu Hasira dilaporkan terbunuh selepas kediamannya di Bandar Gaza dibom tentera penceroboh Israel.
Abu Hasira dan 42 ahli keluarga yang lain, termasuk anak lelakinya terkorban dalam insiden itu, menurut WAFA.
BERITA PENUH DI SINI
Kesan serangan Israel di kawasan Tawbah, berdekatan kem Jabalya
Targeting by occupation (#Israel) in the Tawbah area in the middle of Jabalia camp, north of the #Gaza Strip. pic.twitter.com/hDZsBxwlbg
— Quds News Network (@QudsNen) November 7, 2023
"Mana ayah saya?"
“ I can’t find my dad, have you seen him?
— Eye On Palestine (@EyeOnPalestines) November 7, 2023
Dad where are you!”
A wounded child cries and calls for his dad after being rescued from the rubble of his home that was destroyed by Israeli warplanes in Gaza. 7.11.23 pic.twitter.com/F7TqQ2WLVz
Tohmahan PM lemah dalam isu Palestin berniat jahat - Fahmi
Tohmahan beberapa pihak terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah beliau lemah dalam isu Palestin adalah berniat jahat, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata penglibatan Anwar dalam isu itu amat jelas apabila mengambil bahagian dalam beberapa siri rundingan di peringkat antarabangsa selain berikhtiar bersungguh-sungguh untuk mencari penyelesaian bagi konflik tersebut berlandaskan undang-undang.
BERITA PENUH DI SINI
Kuasa veto yang dipegang lima negara punca tiada tindakan kepada Israel - Penganalisis
Kuasa veto yang dipegang oleh lima negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) ialah punca kepada kebuntuan kemelut Palestin-Israel.
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata Negara-negara kuasa besar ini telah menyebabkan tiada sebarang tindakan atau hukuman boleh dikenakan terhadap kezaliman yang dilakukan rejim zionis.
BERITA PENUH DI SINI
Boikot Israel: Tiada laporan pekerja diberhentikan setakat ini - Sivakumar
Kementerian Sumber Manusia (KSM) belum menerima laporan pemberhentian kerja susulan kempen boikot syarikat dan produk berkaitan Israel yang digerakkan di negara ini.
Menterinya, V Sivakumar berkata, berdasarkan rekod, setakat ini tiada aduan rasmi dikemukakan kepada kementerian mengenai isu tersebut.
BERITA PENUH DI SINI
SPRM: Siasatan Aman Palestin masih berjalan
Siasatan terhadap Aman Palestin Bhd berhubung dakwaan ketidakaturan dalam aktiviti pengumpulan derma oleh badan bukan kerajaan tersebut (NGO) untuk rakyat Palestin masih berterusan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pegawai forensiknya sedang meneliti dokumen (kewangan) yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.
BERITA PENUH DI SINI
Rakyat Malaysia seolah-olah tidak sependapat - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan rakyat Malaysia tidak sependapat terhadap konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel.
Menurutnya, ada antara mereka percaya apa yang berlaku kini berpunca daripada perbezaan rakyat Palestin dan Yahudi sehingga menyebabkan tercetusnya perang tersebut.
BERITA PENUH DI SINI
Tak mampu sebut gencatan senjata, itu kerja gila - PM
Forum OIC ketengahkan penderitaan wanita Palestin
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengetengahkan nasib wanita Palestin yang dibunuh dengan kejam akibat pencerobohan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.
Bercakap pada "International Conference on Women in Islam: Status and Empowerment" di Jeddah, Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha menggesa tindakan intensif diambil untuk mendedahkan kebiadaban Israel selain mempertahankan hak wanita dan rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
UAE akan bina hospital medan di Gaza
Presiden Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan pada Isnin mengarahkan penubuhan hospital medan di Gaza sebagai sebahagian daripada operasi kemanusiaan 'Gallant Knight 3'.
Lima pesawat dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi membawa peralatan dan bekalan yang diperlukan untuk hospital medan itu pada Isnin.
Kargo itu dijadual diturunkan di Lapangan Terbang Al-Arish di Mesir sebelum dipindahkan ke Semenanjung Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Malaysia tidak iktiraf RUU AS - Anwar
Malaysia tegas tidak mengiktiraf undang-undang Amerika Syarikat yang bertujuan menekan mana-mana pihak termasuk kerajaan negara lain menyalurkan bantuan kepada Hamas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Rang Undang-undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas itu memperlihatkan unsur ugutan kepada pihak yang ingin membantu rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
118 trak bantuan masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menerima 118 trak bantuan pada Ahad dan Isnin melalui lintasan sempadan Rafah, menjadikan jumlah keseluruhan trak yang memasuki Semenanjung Gaza sejak 21 Okt lalu sebanyak 569.
Ia menerima 25 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dari Bulan Sabit Merah Mesir pada Ahad dan 93 lagi trak bantuan daripada Bulan Sabit Merah Mesir pada Isnin.
BERITA PENUH DI SINI
Majlis Keselamatan PBB berhimpun kali keenam bincang situasi Gaza
Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkumpul dalam sesi tertutup pada Isnin untuk membincangkan situasi di Gaza.
Majlis itu bersidang untuk sesi tergempar kali keenam sejak 7 Okt atas permintaan Emiriah Arab Bersatu dan China, lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
Diplomat Arab di KL terus solidariti bersama penduduk Palestin
Majlis Duta Arab di Kuala Lumpur pada mesyuaratnya terus mengulangi solidariti untuk rakyat Palestin, selain berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan terhadap perjuangan Palestin.
Menurut Kedutaan Yaman, majlis itu turut menggesa gencatan senjata yang berkekalan, mewujudkan koridor kemanusiaan yang selamat dan menghentikan serangan dan pencabulan oleh tentera penceroboh terhadap penduduk Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
100 doktor Israel gesa bom semua hospital di Gaza
Kira-kira 100 doktor Israel menandatangani surat terbuka menyeru tentera mengebom hospital di Genting Gaza.
Mereka menuduh infrastruktur itu digunakan pejuang Hamas, menurut surat yang ditulis dalam bahasa Ibrani.
Mereka berkata, wajar hospital itu dibom kerana penduduk Gaza membiarkan ia dijadikan sarang pengganas.
BERITA PENUH DI SINI
Jumlah penduduk Palestin terkorban meningkat kepada 10,000
Angka kematian akibat serangan tentera penceroboh Israel ke atas Gaza kini melebihi 10,000 orang.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin, tentera Israel setakat ini membunuh 10,022 orang, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita.
Sementara itu, lebih 25,000 yang lain cedera.
BERITA PENUH DI SINI
Panel solar di Kompleks Perubatan Shifa jadi sasaran bom
Occupation aircraft bomb solar panels in a building inside the Shifa Medical Complex to block any possible source of electricity. #Gaza #Palestine pic.twitter.com/WMW7Au7fFg
— Eye On Palestine (@EyeOnPalestines) November 6, 2023
Ancaman bom nuklear di Gaza sangat membimbangkan - Maldives
Kerajaan Maldives pada Isnin mengutuk tindakan Israel yang mengancam mahu menggunakan bom nuklear terhadap Gaza.
"Kenyataan itu amat membimbangkan, terutama Israel sudah pun menceroboh dan membunuh orang awam yang tidak bersalah di Palestin," kata kerajaan Maldives dalam satu kenyataan.
BERITA PENUH DI SINI
Tunjuk perasaan di Caracas, Venezuela
Hundreds of thousands of people in Caracas, Venezuela, stand in solidarity with Palestine.#GazaHolocaust pic.twitter.com/sPtuxNsHm8
— Quds News Network (@QudsNen) November 6, 2023
Bacaan Qunut Nazilah dilaksana setiap solat fardu di Johor - Exco
Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengarahkan agar bacaan Qunut Nazilah dilaksanakan pada setiap solat fardu di semua masjid dan surau di negeri ini bermula hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata selain itu, solat sunat hajat turut ditetapkan pelaksanaannya selepas solat fardu maghrib.
BERITA PENUH DI SINI
Hampir 10,000 angka korban penduduk Palestin
Selatan Gaza kini jadi kem tahanan besar
Menurut Al Jazeera, bahagian selatan Gaza kini berubah menjadi kem tahanan yang besar selepas tentera Israel mengarahkan orang ramai bergerak dari utara ke selatan.
Melihat pada keadaan semasa, adalah sukar bagi mereka yang masih terkandas di bahagian utara Gaza untuk berpindah ke selatan.
Tentera Israel dakwa pisahkan Gaza kepada dua bahagian
Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) Lt Kol Peter Lerner memaklumkan kepada CNN bahawa pasukannya telah mara ke Kota Gaza dan memisahkannya di bawah kawalan tentera.
"Utara dan selatan (Gaza) telah terputus di antara satu sama lain dan berada di bawah kawalan IDF.
"Ini bermakna kami sedang mara ke arah Kota Gaza.
"Kami telah mengepung Kota Gaza dua hari lalu dan kami terus mara," tambah Lerner.
Perancis perkukuh tentera Lubnan
Paris akan menghantar berpuluh-puluh kenderaan berperisai kepada tentera Lubnan.
Menteri Pertahanan Perancis Sebastien Lecornu berkata ia dilakukan supaya Lubnan dapat menjalankan misi rondaan di negara itu ketika ketegangan memuncak di antara penjuang Hizbullah dan tentera Israel meningkat.
Bercakap kepada akhbar L'Orient Le Jour Lubnan, Lecornu menambah, adalah penting untuk memperkukuh tentera negara Lubnan supaya ia boleh berkoordinasi dengan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Agensi PBB, NPO gesa gencatan senjata di Gaza
Ketua 18 agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi bukan berasas keuntungan (NPO) mendesak gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
"Gencatan senjata kemanusiaan segera perlu dilakukan. Sudah 30 hari. Cukup-cukuplah. Keganasan ini mesti dihentikan sekarang," kata ketua UNICEF, UN Women, Program Makanan Sedunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Save the Children dalam satu kenyataan pada Isnin.
BERITA PENUH DI SINI
EU tingkat bantuan kemanusiaan sebanyak 25 juta euro
Kesatuan Eropah (EU) akan meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada Gaza sebanyak 25 juta euro (kira-kira RM125 juta), kata Presidennya Ursula von der Leyen.
“Dengan berbuat demikian Kesatuan Eropah akan membelanjakan sejumlah 100 juta euro dalam bantuan kemanusiaan untuk orang awam di Gaza,” kata von der Leyen dalam ucapan di Brussels.
Puluhan di Turki tunjuk perasaan bantah lawatan Blinken
Berpuluh-puluh penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Kementerian Luar Turki di mana Menteri Luar Turki Hakan Fidan dan rakan sejawatannya dari AS, Antony Blinken mengadakan perbincangan.
Mereka menuduh AS bersubahat dengan Israel membunuh ribuan orang awam Palestin di Gaza.
Lebih 2,000 orang hilang, Gaza perlukan segera pasukan pertahanan awam
ANGKA kematian di Gaza meningkat kepada 9,770 pada Ahad, dengan sekurang-kurangnya 2,000 lagi masih belum dikesan dan dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan rumah dan bangunan yang musnah akibat serangan udara tanpa henti oleh rejim Zionis.
"...kami tidak mempunyai sukarelawan dan jentera berat yang mencukupi untuk membantu mencari dan mengeluarkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan.
BERITA PENUH DI SINI
Serangan Israel bunuh lebih 200 orang awam di Gaza
Kementerian kesihatan Gaza berkata lebih 200 orang awam terbunuh malam tadi akibat serangan udara Israel.
Jumlah kematian merangkumi Kota Gaza dan bahagian utara Semenanjung Gaza, tambah kenyataan itu.
'Tanah perkuburan semakin penuh'
Berikut laporan dipetik daripada wartawan Al Jazeera Arabic dari Hospital Shuhada al-Aqsa di Gaza:
- Pengebumian di Gaza semakin sukar memandangkan keadaan dan serangan yang berlaku.
- Tanah perkuburan semakin penuh. Hampir 10,000 orang di Gaza telah terkorban dalam serangan Israel sejak 7 Oktober lalu.
- Upacara pengebumian diringkaskan dan kebanyakan jenazah tidak dapat dikenal pasti.
- Kebanyakan jenazah dikebumikan tanpa ahli keluarga.
Hospital al-Shifa Gaza bakal bergelap, henti operasi
Hospital terbesar di Gaza, al-Shifa, bakal menghentikan operasi tidak lama lagi susulan simpanan bahan api yang semakin kritikal.
Menurut jurucakap hospital, janakuasa hanya boleh beroperasi beberapa jam saja lagi jika tiada bahan api dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza.
Keadaan ini dilapor akan menjejaskan kira-kira 40,000 mangsa yang mencari perlindungan di hospital, beribu-ribu rakyat Palestin yang cedera, dan bayi di dalam inkubator.
Terdahulu, Netanyahu dan kabinetnya memutuskan untuk tidak membenarkan bahan api masuk ke Gaza.
Mereka juga tidak memberikan sebarang prasyarat tentang cara bahan api boleh memasuki Gaza.
Ini menyebabkan hospital tiada pilihan untuk terus beroperasi.
Tentera Israel beri tempoh 4 jam lagi untuk orang awam berpindah ke selatan
Penduduk di utara Gaza akan dibenarkan berpindah ke selatan melalui jalan Salah al-Din selama empat jam bermula 8 pagi GMT.
“Demi keselamatan anda, ambil peluang seterusnya ini untuk bergerak ke selatan melepasi Lembah Gaza,” kata tentera di saluran Arabnya di X.
Beberapa hari lalu, tentera Israel telah memberikan masa yang sama untuk kira-kira 300,000 orang awam yang masih berada di utara semenanjung Gaza untuk bergerak ke selatan.
Namun terdapat cabaran besar bagi penduduk untuk berpindah.
Ramai yang kekurangan alat pengangkutan, manakala yang lain bimbang untuk berpindah ke selatan yang turut diserang teruk sejak beberapa minggu lalu.
PBB melaporkan kira-kira 30,000 orang memutuskan untuk kembali ke utara selepas mendapati risikonya adalah sama.
Beberapa laporan juga menunjukkan bahawa serangan udara dan tembakan artileri telah mengorbankan orang awam di dalam kenderaan ketika mereka bergerak di sepanjang laluan yang didakwa sebagai "selamat" oleh tentera Israel.
70 rakyat Palestin ditahan di Tebing Barat
Suruhanjaya Tahanan Palestin dan Persatuan Tahanan berkata 70 rakyat Palestin telah ditangkap dalam serbuan malam tadi di Tebing Barat yang diduduki.
Penangkapan berlaku di Ramallah, daerah Hebron, Qalqilya, Nablus dan di kem pelarian al-Shufat.
Antara yang ditahan ialah penasihat Pihak Berkuasa Palestin Marouf Rifai, anggota Fatah Rafat Alian, dan aktivis Palestin terkemuka Ahed Tamimi.
Lebih 2,000 orang telah ditahan dalam serbuan sejak 7 Oktober, termasuk 49 wanita dan 17 wartawan.
Jumlah terkini mangsa
Gaza
Terbunuh: 9,770
Cedera: 24,808
Tebing Barat yang diduduki
Terbunuh: 155
Cedera: 2,100
Israel
Terbunuh: 1,405
Cedera: 5,600
Thailand dakwa lihat bukti tebusan ditahan Hamas masih hidup
Kerajaan Thailand mendakwa telah melihat bukti bergambar bahawa tebusan warganya yang ditahan oleh Hamas di Gaza masih hidup.
"Saya faham, sekurang-kurangnya, mereka masih hidup," kata Perdana Menteri Srettha Thavisin kepada pemberita pada Isnin.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan berapa keping gambar, atau berapa ramai daripada 24 warga Thailand yang dijadikan tebusan itu dilihat di dalam gambar berkenaan.
Genosid: Iran dakwa AS bersekongkol dengan Israel
Presiden Iran Ebrahim Raisi menuduh AS bersubahat dalam "pembunuhan beramai-ramai" di Gaza susulan tindakannya menghantar bantuan ketenteraan dan kewangan kepada Israel.
Bercakap pada taklimat berita bersama PM Iraq Mohammed Shia al-Sudani, Raisi berkata Iran menyokong sebarang bentuk kerjasama yang akan mengehadkan korban awam di dalam enklaf yang dikepung itu.
Raisi mengakui bahawa Iraq dan Iran sepakat dan kedua-duanya percaya akan keperluan untuk melaksanakan "gencatan senjata segera".
18 ketua agensi PBB desak gencatan senjata di Gaza
Tekanan ke atas Israel perlu untuk elak perang lebih meluas
PM Iraq menggesa negara dunia untuk memberi tekanan kepada Israel supaya berhenti menyerang orang awam bagi mengelakkan konflik yang lebih meluas.
“Mereka yang tidak mahu peluasan perang ini mesti memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai secara terancang ini,” kata Mohammed Shia al-Sudani.
Beliau menambah bahawa perang yang berlaku kini adalah susulan pemindahan paksa penduduk Palestin dan 'pencemaran' Masjid Al-Aqsa.
Al-Sudani menuduh masyarakat global hampir tidak melakukan apa-apa untuk melaksanakan resolusi antarabangsa dan telah gagal memenuhi kewajipannya.
Perkhidmatan komunikasi di Gaza kembali pulih
Syarikat telekomunikasi Palestin, Paltel mengumumkan talian telefon dan internet telah mula berfungsi secara beransur-ansur di seluruh Gaza selepas mengalami gangguan buat kali ketiga pada Ahad.
Iron Dome dilapor 'gagal berfungsi'
Israel’s Iron Dome interceptor has reportedly malfunctioned. The system’s missiles have been seen doing U-turns and hitting houses and a hospital in Tel Aviv. pic.twitter.com/inmlneskXK
— Quds News Network (@QudsNen) November 5, 2023
'Sambutan dingin' untuk Blinken di Ankara
Blinken dilapor menerima sambutan dingin di ibu negara Turki, Ankara.
Kehadiran beliau di lapangan terbang tidak disambut mana-mana diplomat tertinggi Turki dan tiada mesyuarat peringkat tinggi diatur untuknya sejak beliau tiba.
Malah Presiden Erdogan juga tidak dijadualkan bertemu Blinken.
Turki sebelum ini memanggil balik dutanya di Israel.
Erdogan juga menyelar Netanyahu dan secara terbuka mengkritik AS kerana terlibat dalam jenayah yang dilakukan oleh Israel di Gaza.
Senator Australia keluar dewan
Today, the @Greens proudly brought the people's protest into Parliament as we boycotted Question Time after Labor refused to call for a ceasefire yet again.
— Mehreen Faruqi (@MehreenFaruqi) November 6, 2023
Like millions of Australians, we’re shocked, horrified & angered by Israel's massacre of almost 10,000 people in Gaza. pic.twitter.com/eJPZcoXndN
Imbas perkembangan perang Palestin-Israel
Berikut imbasan perkembangan perang dalam beberapa jam lalu:
Serangan Israel ke atas Gaza masih berterusan, dengan serangan udara ke atas dua rumah di tengah Gaza membunuh sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin.
Hampir 9,800 rakyat Palestin kini terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu.
PBB berkata 88 kakitangan UNRWA telah terbunuh di Gaza pada bulan lalu, jumlah tertinggi kematian membabitkan PBB pernah direkodkan dalam satu konflik.
Israel meneruskan serangan di Tebing Barat yang diduduki, menangkap kira-kira 50 orang, termasuk penasihat PA dan aktivis Palestin Ahed Tamimi.
Majlis Keselamatan PBB dijangka mengadakan mesyuarat tertutup yang diminta oleh UAE dan China pada Isnin, dengan laporan ahli mungkin mempertimbangkan resolusi yang dikemukakan oleh 10 anggota Majlis yang dipilih.
UK panggil balik kakitangan kedutaan di Lubnan
Pejabat Luar UK berkata ia akan menarik balik beberapa kakitangan kedutaan dari Lubnan buat sementara waktu.
Terdahulu, UK mengeluarkan nasihat perjalanan, memberi amaran kepada rakyat Britain supaya tidak pergi ke Lubnan kerana perang Israel ke atas Gaza dan risiko ia merebak.
Pertempuran juga berlaku di sempadan Israel-Lubnan di antara pejuang Hizbullah dan tentera Israel.
Ahed Tamimi ditahan, didakwa menghasut
Aktivis Palestin terkenal Ahed Tamimi dilapor ditahan dalam serbuan malam tadi di Tebing Barat yang diduduki.
Menurut jurucakap tentera Israel, Ahed didakwa menghasut yang boleh mencetuskan keganasan.
Tamimi menjadi terkenal pada tahun 2012 kerana berhadapan dan menentang seorang askar Israel untuk mempertahankan abangnya.
Beliau sebelum ini ditahan pada 2017 selepas video dia menampar dan memukul dua tentera Israel di luar rumahnya di kampung Nabi Saleh menjadi tular.
Anwar, Erdogan, Putera Salman akan bertemu bincang konflik Palestin dalam tempoh segera
Bekalan perubatan ke Gaza dihantar melalui udara - Raja Jordan
Kenyataan Ketua Jawatankuasa Tetap Antara Agensi
Kenyataan penuh Ketua Jawatankuasa Tetap Antara Agensi boleh dibaca di sini.
'Cukuplah, perang ini harus dihentikan segera!'
Ketua-ketua 18 pertubuhan kemanusiaan dan PBB telah mengeluarkan kenyataan bersama menyeru "gencatan senjata kemanusiaan segera" di Israel dan Palestin.
“Cukuplah. Perang ini harus dihentikan segera.”
Kenyataan bersama, yang jarang berlaku, itu ditandatangani oleh ketua-ketua 18 organisasi yang dikenali sebagai Jawatankuasa Tetap Antara Agensi.
Kenyataan bersama 18 organisasi kemanusiaan
We need an immediate humanitarian ceasefire.
— Martin Griffiths (@UNReliefChief) November 6, 2023
It's been 30 days.
Enough is enough.
This must stop now.@IASCch statement on the situation in Israel and the Occupied Palestinian Territory: https://t.co/QaeRxGef2Q
AS hantar kapal selam nuklear
On November 5, 2023, an Ohio-class submarine arrived in the U.S. Central Command area of responsibility. pic.twitter.com/iDgUFp4enp
— U.S. Central Command (@CENTCOM) November 5, 2023
Presiden UAE arah operasi kemanusiaan bantu penduduk Gaza
Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengarahkan Kementerian Pertahanan untuk memulakan operasi kemanusiaan 'Gallant Knight 3', yang bertujuan membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Beliau mengarahkan operasi kemanusiaan itu dijalankan dengan kerjasama rapat Bulan Sabit Merah UAE, Khalifa bin Zayed Al Nahyan Foundation, Zayed Charitable Humanitarian Foundation dan institusi-institusi UAE lain, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
BERITA PENUH DI SINI
Tujuh kemudahan air Gaza rosak dibom - PBB
Agensi bantuan PBB mengesahkan bahawa tujuh kemudahan air di Semenanjung Gaza diserang secara langsung dan mengalami kerosakan teruk pada Sabtu dan Ahad.
Menurut kemas kini terbaru UNOCHA, tujuh kemudahan itu termasuk:
- Dua telaga air di Rafah
- Tiga saluran paip kumbahan di Gaza City
- Dua takungan air.
Pada Sabtu, muncul video tentang air yang mengalir di jalan selepas tangki air di Tal Al Zaatar di utara Gaza rosak.
88 kakitangan PBB terbunuh, tertinggi dalam sejarah
PBB memaklumkan seramai 88 kakitangan UNRWA kini terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober, menjadikan konflik itu paling dahsyat pernah berlaku melibatkan kakitangannya.
PBB mengumumkan jumlah kematian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Ia menambah bahawa ini merupakan "jumlah kematian tertinggi melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang pernah direkodkan dalam satu konflik".
Dalam satu kenyataan dikeluarkan bersama beberapa pertubuhan kemanusiaan bukan PBB mengesahkan bahawa kakitangan PBB antara puluhan petugas bantuan yang terbunuh.
27 terbunuh dalam pengeboman malam tadi
Agensi berita Palestin, Wafa mengesahkan sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh berikutan beberapa siri serangan di seluruh Gaza awal Isnin.
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam serangan di kawasan kejiranan Tal al-Sultan di Rafah di selatan Gaza.
Sekurang-kurangnya 10 orang turut terbunuh di Al-Zawaida di tengah Semenanjung Gaza, manakala dua lagi terbunuh dalam serangan di sebuah rumah di kem pelarian Jabalia.
Dijangka angka kematian mungkin lebih tinggi berikutan beberapa kawasan di Gaza masih belum dapat diakses pihak berkuasa atau perkhidmatan kecemasan akibat serangan bom awal Isnin.
175 kakitangan perubatan terbunuh sejak 7 Oktober
Menteri Kesihatan Palestin Mai al-Kaila mengumumkan seramai 175 kakitangan perubatan dan 34 pekerja pertahanan awam telah terbunuh di Semenanjung Gaza dalam tempoh 31 hari sejak bermulanya perang pada 7 Oktober.
Beliau juga berkata dalam tempoh sama, 16 daripada 36 hospital dan 51 daripada 72 klinik telah tidak dapat beroperasi akibat pengeboman Israel, atau kekurangan bahan api dan ubat.
Negara-negara Arab kutuk keras kenyataan menteri Israel guna senjata nuklear di Gaza
Negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Jordan, Qatar dan Yaman pada Ahad mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan seorang menteri kabinet Israel yang mencadangkan untuk menggugurkan bom nuklear di Gaza sebagai satu daripada 'pilihan' Israel pada masa akan datang, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Kementerian Luar Arab Saudi kegagalan untuk segera memecat menteri itu dan hanya menggantung tugasnya mencerminkan sikap tidak peduli terhadap nilai kemanusiaan, etika, agama dan undang-undang oleh Israel, lapor Agensi Berita Arab Saudi.
BERITA PENUH DI SINI
33 terbunuh, pesawat pejuang israel mengebom kem pelarian Gaza
Tentera udara Jordan 'gugurkan' bantuan perubatan di Semenanjung Gaza
Tentera Udara Jordan mengambil langkah berani melaksanakan misi menggugurkan bantuan perubatan dan farmaseutikal ke hospital medan Jordan di Semenanjung Gaza.
Raja Jordan Raja Abdullah II bertitah anggota tentera udara tidak gentar untuk menghantar bantuan perubatan menggunakan payung terjun (air-dropped) ke hospital medan Jordan di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
Blinken tolak tuntutan negara Arab gesa laksana gencatan senjata
Jordan mahu apa yang berlaku di Gaza dihenti segera
Pihak berkuasa Palestin main peranan utama masa depan Gaza - Blinken
Hubungan baik Malaysia-Mesir permudah penghantaran bantuan ke Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan baik Malaysia dan Mesir membolehkan bantuan kemanusiaan dari negara ini, dihantar untuk rakyat Palestin.
Beliau berkata perkara itu terbukti, apabila Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi mengotakan janjinya untuk mempermudahkan urusan bantuan kemanusiaan dari Malaysia.
BERITA PENUH DI SINI
Zionis Israel dakwa telah kepung Gaza
Tentera Israel mendakwa telah mengepung kota Gaza dan membahagikan jalur pantai yang dikepung kepada dua.
Gaza mengalami gangguan komunikasi ketiganya sejak permulaan perang 7 Oktober lalu.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Daniel Hagari berkata, ketika ini terdapat bahagian utara dan selatan Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
33 terbunuh, pesawat pejuang Israel mengebom kem pelarian Gaza
Pesawat pejuang Israel terus-menerus menyerang kem pelarian di Semenanjung Gaza pada awal Ahad, menyebabkan 33 terbunuh dan puluhan lagi cedera.
Menurut pegawai kesihatan Palestin, Ashraf al-Qidra, penduduk turut membantu mencari mereka yang terselamat di dalam runtuhan.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel tetap degil tolak gencatan senjata
Israel tetap berdegil menolak gesaan antarabangsa yang semakin meningkat untuk gencatan senjata di Gaza, pada Ahad.
Alasan diberikan Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu adalah mereka menuntut semua lebih 240 tebusan yang ditawan pejuang Hamas semasa serangan 7 Oktober dipulangkan.
BERITA PENUH DI SINI.
Perang Palestin-Israel: Korban kanak-kanak hampiri 5,000
Sekurang-kurangnya 4,880 kanak-kanak terbunuh daripada jumlah keseluruhan manga korban seramai 9,770 orang sepanjang berlaku peperangan antara Israel dan Hamas di Gaza yang genap sebulan esok, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula melaporkan, daripada 2.3 juga populasi di Gaza, seramai 1.5 juta daripada mereka ditempatkan di kem pelarian.
BERITA PENUH DI SINI.
Pemindahan Gaza digantung sementara selepas ambulans jadi sasaran
Pemindahan rakyat Gaza yang cedera bersama pemegang pasport asing melalui lintasan Rafah ke Mesir telah digantung sejak Sabtu.
Pemindahan dihentikan selepas serangan Zionis Israel ke atas ambulans di Gaza yang digunakan untuk membawa mereka yang cedera, sehari sebelum itu.
BERITA PENUH DI SINI.
Tentera udara Jordan 'gugurkan' bantuan perubatan di Semenanjung Gaza
#BREAKING| King Abdullah of #Jordan says Jordanian air force personnel air-dropped at midnight urgent medical aid to the Jordanian field hospital in #Gaza. "This is our duty to aid our brothers and sisters injured in the war on Gaza. We will always be there for our Palestinian… pic.twitter.com/r5kXoLDhvn
— Quds News Network (@QudsNen) November 5, 2023
Blinken tolak tuntutan negara Arab gesa laksana gencatan senjata
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menolak tuntutan Jordan dan Mesir yang menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza.
Penolakan itu dibuat pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Arab yang diadakan di Amman, Jordan pada Ahad.
BERITA PENUH DI SINI.
Perang Palestin-Israel: AS gagal jadi ‘perantara jujur’ - Duta Palestin
Duta Palestin ke United Kingdom (UK) membidas Amerika Syarikat (AS) pada Ahad kerana didakwa gagal menjadi “perantara yang jujur” dalam peperangan Israel-Hamas.
“Kami mahu menyaksikan Amerika memainkan peranan yang jujur sebagai perantara, bukannya mengikut naratif Israel,” kata duta berkenaan, Dr Husam Zomlot kepada CBS sebaik selesai pertemuan antara Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
BERITA PENUH DI SINI.
Palestin sertai negara-negara Arab desak AS lakukan gencatan senjata di Gaza
Palestin menyertai negara-negara Arab dalam mendesak Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken untuk melaksanakan gencatan senjata segera di Gaza.
Al Jazeera yang memetik jurucakap Abbas sebagai berkata, perkara itu disampaikan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kepada Blinken dalam pertemuan kira-kira satu jam antara kedua-dua pemimpin itu di West Bank, pada Ahad.
BERITA PENUH DI SINI
Jumlah mangsa terkini
Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa jumlah kematian di wilayah yang dikepung meningkat kepada 9,770, termasuk 4,880 kanak-kanak, sejak 7 Oktober.
Gaza
Terbunuh: 9,770
Cedera: lebih 26,000
Tebing Barat yang diduduki
Terbunuh: 152
Cedera: 2,100
Israel
Terbunuh: 1,405
Cedera: 5,600
Ahli keluarga jurugambar Agensi Anadolu terbunuh dalam serangan udara Israel
Serangan udara Israel ke atas Gaza pada malam Sabtu telah meragut nyawa empat kanak-kanak dan tiga anggota keluarga seorang jurugambar Agensi Anadolu.
Muhammed Alaloul, seorang wartawan bebas bagi Agensi Anadolu, juga menyaksikan isteri, ibu dan bapanya serta seorang kanak-kanak lain cedera dalam kejadian itu.
BERITA PENUH DI SINI
Palestin kecam komen 'bom nuklear' menteri Israel
Kementerian Luar Palestin mengeluarkan kenyataan mengecam komen seorang menteri Israel di mana beliau menggesa untuk dijatuhkan bom nuklear ke atas Gaza.
“Kenyataan ini menterjemahkan langkah pembunuhan beramai-ramai yang telah dilancarkan Israel terhadap Semenanjung Gaza selama 30 hari,” kata kementerian itu.
Media Israel melaporkan Eliyahu digantung daripada mesyuarat kerajaan, memetik kenyataan pejabat PM.
Abbas gesa 'gencatan senjata segera'
Dalam pertemuan yang berlangsung kurang sejam, Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas memberitahu Setiausaha Negara AS Antony Blinken di Ramallah, bahawa gencatan senjata perlu dilaksanakan segera dan bantuan kemanusiaan harus dibenarkan memasuki Semenanjung Gaza.
Graduan Palestin hadir majlis konvokesyen tanpa keluarga tercinta
Hanya mesej yang mengandungi kata-kata semangat di telefon bimbit menemani graduan Ijazah Kedoktoran dari Palestin, Hanan Kamel Mohammed Saad, 51, naik ke pentas menerima skrol di majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kali ke-15, di sini hari ini.
Ibu, bapa serta ahli keluarga Hanan Kamel tidak dapat hadir menyaksikan majlis konvokesyennya disebabkan konflik yang melanda negaranya ketika ini.
BERITA PENUH DI SINI
‘Tanpa bahan api, sekurang-kurangnya 100 pesakit akan mati'
Ketua jabatan pembedahan plastik di Hospital al-Shifa di utara Gaza, Dr Ahmed Mokhallalati memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 100 pesakit akan mati apabila hospital kehabisan bahan api.
"Keadaan menjadi kritikal kerana kami kehabisan bahan api dan tiada bekalan yang masuk," katanya kepada Al Jazeera.
Dr Ahmed berkata bahan api diperlukan untuk menjana elektrik bagi memastikan operasi tabung darah, ventilator, pam oksigen, dan peralatan lain yang penting untuk merawat pesakit.
“Pihak berkuasa di Gaza telah memberitahu stesen minyak supaya tidak menjual petrol dan menyimpannya untuk hospital, tetapi tiada penyelesaian ajaib untuk mendapatkan bahan api dan ia masalah yang rumit,” katanya lagi.
Dron Israel lancar serangan berhampiran ambulans di selatan Lubnan
Empat anggota paramedik cedera apabila sebuah dron Israel melancarkan serangan bom berhampiran dua ambulans dalam perjalanan untuk mengambil mangsa di selatan Lubnan.
Unit pertahanan awam yang bergabung dengan Pergerakan Amal Lubnan, sebuah parti politik yang bersekutu dengan Hizbullah, berkata dron itu sememangnya menyasarkan ambulans mereka.
Pegawai berkata tentera Lubnan dan Palang Merah mengangkut paramedik yang cedera ke hospital di Tyre ketika serangan udara Israel tiada hentinya.
Terdapat laporan bahawa paramedik terbabit dalam perjalanan untuk mengambil mayat dua pejuang Hizbullah.
Mesyuarat Blinken, Mahmoud bermula
Mesyuarat di antara Setiausaha Negara AS Blinken dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas kini bermula di Ramallah.
Ratusan ribu berhimpun di Jakarta zahir sokongan kepada Palestin
Ratusan ribu orang berhimpun di Jakarta pada Ahad bagi menzahirkan solidariti mereka dengan rakyat Palestin serta mengecam serangan Israel ke atas orang awam di negara itu.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh pelbagai kumpulan dalam Perikatan Rakyat Indonesia untuk Palestin dimulakan dengan perarakan melalui bandar-bandar dan kemudiannya berhimpun di Tugu Negara di tengah-tengah Dataran Merdeka.
BERITA PENUH DI SINI
Tentera Israel tahan 46 rakyat Palestin di Tebing Barat
Tentera Israel (IDF) memperhebatkan serbuan, keganasan dan penangkapan di Tebing Barat yang diduduki malam tadi.
Setakat ini, IDF telah menahan sekurang-kurangnya 46 rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat yang diduduki, menurut agensi berita Palestin WAFA.
Di Ramallah, IDF menyerbu rumah di bandar Birzeit dan Bil’in dan menahan sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin.
Sekurang-kurangnya 14 orang turut ditangkap di Hebron.
Tangkapan juga berlaku di Jenin dengan sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan.
Sementara itu empat lagi rakyat Palestin ditahan di Nablus.
Menteri Israel cadang guna bom nuklear di Gaza
Seorang menteri Israel dibidas selepas berkata Israel boleh menjatuhkan bom nuklear ke atas Gaza.
Bercakap kepada Radio Kol Berama, Menteri Warisan Amichai Eliyahu dari parti sayap kanan Otzma Yehudir juga berkata beliau akan memihak kepada penempatan semula di enklaf yang dikepung serta mencadangkan agar penduduk Palestin di Gaza berpindah ke "Ireland atau padang pasir".
Blinken dijadual bertemu Mahmoud Abbas di Ramallah
Setiausaha Negara AS Blinken dijadual bertemu Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada jam 11 pagi (09:00 GMT) di Ramallah.
Fokus utama pertemuan Blinken dengan Mahmoud adalah bagi membincangkan usaha menghentikan perang di Gaza.
Media tempatan juga melaporkan bahawa Mahmoud dijangka membawa isu keganasan berterusan tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki.
Chad panggil balik dutanya dari Israel
Chad menjadi negara terbaharu yang memanggil semula dutanya dari Israel.
Ia susulan gelombang keganasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di dalam Gaza.
“Dengan tragedi sebegitu dahsyat, Chad mengutuk kehilangan nyawa ramai orang awam yang tidak bersalah dan menyeru gencatan senjata untuk penyelesaian jangka panjang dalam isu Palestin,” menurut kenyataan pejabat kerajaan.
Honduras, Chile, dan Colombia juga memanggil semula duta mereka manakala Bolivia memutuskan hubungan dengan Israel minggu lalu berhubung serangan berterusan ke atas rakyat Palestin.
Perhimpunan di Melbourne
Crowd is massive! Still moving down Swanston into Flinders. We can’t see the front anymore, can’t see the back.
— WACA (@akaWACA) November 5, 2023
Naarm/Melbourne has shown up for #FreePalestine pic.twitter.com/cBWBFrex2n
Perhimpunan di Minneapolis
Native American Indigenous Roots leading demonstration in Minneapolis to Ceasefire in Gaza. pic.twitter.com/HG3pygT1m5
— PALESTINE ONLINE ?? (@OnlinePalEng) November 5, 2023
Jutaan banjiri Jakarta zahir sokongan kepada Palestin
?? Indonesia: Millions came out in solidarity with Palestine. pic.twitter.com/a1xmU77fP1
— Islamic Strength (@islamicstrength) November 5, 2023
Solidariti terhadap Palestin di Rom
Rome, my ♥️ out for Palestine #Gaza pic.twitter.com/u2zX4oXB0L
— Abier (@abierkhatib) November 5, 2023
Ribuan berhimpun di Montreal
Montreal for #Palestine #Gaza pic.twitter.com/fDX3oN4lgv
— Abier (@abierkhatib) November 5, 2023
Perhimpunan di Washington DC
interesting Palestine protest in Washington DC…
— ???? ??????? (@willgenesis10) November 5, 2023
??
#AttackOnTitan #FreePalestineFromZionist #FreePalestine #Fakhar #StrictlyComeDancing #PAKvsNZ #FreePalestineNow #Genocide_in_Gaza #GazaGenocide pic.twitter.com/E0osaGeEAF
Perhimpunan di Montreal
Turn up the volume and feel the goosebumps ??????
— Abier (@abierkhatib) November 5, 2023
Montreal for Palestine #Gaza pic.twitter.com/VzleTPm6z0
Solidariti Palestin di Iraq
????? Pro-Palestine rally on the border of Iraq right now!#PAKvsNZ #ولعت #Genocide_in_Gaza #CeasefireForGazaNOW #HappyBirthdayKingKohli #هجوم_العمالقة #Palestine #FreePalestineFromZionist #FreePalestine #FreePalestineNow #INDvSA #ArijitSingh #Strictly #GOAT? #janniarycontent… pic.twitter.com/7T7OPlE5dA
— Muhammad NAEEM??? (@MohdNaeem461) November 5, 2023
Solidariti Palestin di Korea Selatan
On November 4th, a rally and march hoping for ‘Free Palestine’ were held successfully in South Korea
— Solitary 솔리 (@blue_summer814) November 5, 2023
People of various nationalities, including Palestinians, gathered and shouted slogans in Korean, Arabic, and English! pic.twitter.com/XYRfnIOpOX
Letupan turut gegar ibu pejabat PRCS
Currently, there is heavy artillery shelling, airstrikes, and powerful explosions in the vicinity of Al-Quds Hospital and the PRCS HQ. The intensity of the bombardment is causing the building to shake, and emergency response teams are unable to leave due to the severity of the… pic.twitter.com/BA57xOVOxP
— PRCS (@PalestineRCS) November 5, 2023
Bangunan dekat Hospital Al-Quds dibom
? A building located approximately 50 meters away from the Al-Quds Hospital and the Association headquarters in Tal Al-Hawa area has been targeted, resulting in its destruction and causing a number of injuries and martyrs.#AlQudsHospital #GazaUnderaAttack pic.twitter.com/KyHtLey2jA
— PRCS (@PalestineRCS) November 5, 2023
Ribuan sertai tunjuk perasaan pro-Palestin di Melbourne
Kira-kira 20,000 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan pro-Palestin pada Ahad di Melbourne, Australia.
Perhimpunan itu berlangsung aman tanpa sebarang gangguan atau tangkapan, menurut jurucakap polis.
Perhimpunan diadakan sehari selepas ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Washington DC, dan di bandar-bandar utama di seluruh Eropah, menggesa gencatan senjata dijalankan.
Jumlah mangsa terkini
Gaza
Terbunuh: 9,488
Cedera: 24,158
Tebing Barat yang diduduki
Terbunuh: 152
Cedera: 2,100
Israel
Terbunuh: 1,405
Cedera: 5,600
Penduduk di utara Gaza masih ragu-ragu untuk ke selatan
Orang awam di Gaza dilaporkan masih ragu-ragu terhadap arahan tentera Israel yang menawarkan 'laluan selamat' ke selatan.
Ia susulan serangan oleh tentera rejim zionis beberapa hari lalu ketika orang ramai bergerak ke selatan.
Keadaan diburukkan lagi dengan keadaan Jalan Salah al-Din yang telah banyak rosak.
Terdapat juga bahagian jalan ini di mana orang ramai perlu berjalan sejauh dua kilometer.
[VIDEO] Ribuan rakyat Indonesia bersolidariti buat Gaza di Monas
Himpunan solidariti untuk Gaza di serata dunia, kutuk kekejaman Zionis
IDF beri tempoh 4 jam untuk orang awam di Gaza berpindah
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata ia akan membenarkan orang awam di Gaza bergerak ke selatan di jalan-jalan tertentu pada Ahad.
Laluan utama untuk berpindah ialah melalui Jalan Salah Al-Deen, dengan tingkap masa di antara 10 pagi dan 2 petang, waktu tempatan, menurut Avichay Adraee, jurucakap IDF kepada media Arab.
"Jika anda mengambil berat tentang diri anda dan orang yang anda sayangi, pergi ke selatan seperti mana diarahkan,"' kata Adraee di akaun X Sabtu malam.
Tidak jelas setakat mana mesej itu akan diterima memandangkan bekalan elektrik dan gangguan internet yang meluas, juga setakat mana keselamatan laluan itu.
[VIDEO] Situasi di sempadan Gaza-Israel
Puluhan ribu berhimpun di Washington DC, bersolidariti bersama rakyat Palestin
WASHINGTON: Puluhan ribu peserta berarak dan berhimpun di Washington pada Sabtu bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin, menggesa gencatan senjata segera di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang terkepung.
Perarakan yang bertema "National March on Washington for Free Palestine," menyaksikan puluhan ribu penunjuk perasaan dari seluruh Amerika Syarikat (AS) berarak ke Freedom Plaza Washington DC bagi menuntut keganasan Israel dihentikan serta-merta, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
BERITA PENUH DI SINI
Rakyat Indonesia bantah pengeboman Palestin
Rakyat Indonesia mengadakan satu lagi perhimpunan besar bagi menyokong Palestin di Jakarta pada Ahad.
Protes dibuat ketika Hospital Indonesia di Gaza, yang disokong oleh sukarelawan Indonesia, terus menghadapi kekurangan bekalan di tengah-tengah serangan Israel.
AS komited langkah kemanusiaan di Gaza - Blinken
Good to see @UNLazzarini in Amman today. The U.S. remains deeply committed to humanitarian efforts in the region and we extend our heartfelt condolences to the families of the loved ones of the many @UNRWA workers who lost their lives aiding civilians in the ongoing crisis. pic.twitter.com/vHT0LM2qvn
— Secretary Antony Blinken (@SecBlinken) November 4, 2023
Lazzarini bertemu Blinken
Today, @UNRWA Commissioner General Philippe Lazzarini met with the US @SecBlinken in?#Amman
— UNRWA (@UNRWA) November 4, 2023
They discussed efforts to continue to provide humanitarian relief under the most difficult conditions and to urgently and significantly expand the humanitarian response in Gaza. pic.twitter.com/gKvY2DZcOt
Israel bom Universiti Al-Azhar di Gaza
URGENT: This is not a nuclear test. This is Israel bombing the campus of Al-Azhar University in #Gaza.
— Amal Jadou (@AmalJadou7) November 4, 2023
Since yesterday Israeli attacks involved ambulance convoys, 3 hospitals, and 5 UN schools-turned shelters, causing scores of innocent casualties. No place is safe #Gaza_Genocide pic.twitter.com/399y1TanaG
UNRWA hubungi Blinken
Our colleagues from?#Gaza were connected to the meeting by video conference and provided Secretary Blinken and his team with the latest on the overwhelming humanitarian needs and the assistance from @UNRWA to the communities as needs grow by the hour.
— UNRWA (@UNRWA) November 4, 2023
Trudeau gesa pembebasan tebusan, bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyatakan sokongan berterusannya terhadap hak Israel untuk mempertahankan diri dalam peperangannya menentang Hamas apabila beliau bercakap dengan rakan sejawatannya dari Israel Benjamin Netanyahu pada Sabtu.
Trudeau juga menggesa pembebasan segera tebusan yang ditahan oleh Hamas dan menggariskan keperluan untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang berada di Gaza, menurut kenyataan dari pejabatnya.
Pemimpin Kanada itu menerima jaminan bahawa "rakyat Kanada di Gaza akan dapat pulang dalam beberapa hari lagi," kata kenyataan itu lagi.
Kira-kira 30 trak bantuan tiba setiap hari - Bulan Sabit Merah Palestin
@PalestineRCS teams received 30 trucks loaded with aid through the Rafah crossing today, 3 trucks of them were handed to the International Committee of the Red Cross and 19 trucks to UNRWA, additionally, 8 trucks from the Egyptian Red Cressent were delivered to the Palestine Red… pic.twitter.com/tBtMTXhcvp
— PRCS (@PalestineRCS) November 4, 2023
Lebih 30 maut dalam serangan di kem pelarian Maghazi
Kementerian kesihatan Palestin di Gaza berkata lebih 30 orang terbunuh dalam pengeboman Israel ke atas kem pelarian Maghazi di tengah Gaza pada Sabtu malam.
“Lebih 30 mayat tiba di Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir Al-Balah dalam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel di kem Al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza,” kata jurucakap kementerian kesihatan Ashraf Al-Qudra dalam satu kenyataan.
Jumlah ini kurang daripada 51 orang yang dilaporkan sebelum ini oleh agensi berita Palestin Wafa.
Jurucakap tentera Israel berkata mereka sedang meneliti sama ada pihaknya beroperasi di kawasan itu ketika pengeboman berlaku.
Ribuan sertai protes di Washington, DC
Puluhan ribu penunjuk perasaan menyertai demonstrasi besar-besaran di Washington, DC bagi menyatakan kemarahan mereka terhadap sokongan tidak berbelah bahagi Presiden AS Joe Biden terhadap perang Israel ke atas Gaza.
“Biden, Biden, kamu tidak boleh bersembunyi... kami akan dakwa kamu atas pembunuhan beramai-ramai,” laungan penunjuk perasaan pada Sabtu.
Pusat perlindungan sesak, kes penyakit berjangkit dilaporkan - PBB
PBB dalam kemas kini kemanusiaan terbaharunya memaklumkan tentang kesesakan di pusat perlindungan UNRWA di mana lebih 530,000 rakyat Palestin mencari perlindungan.
“Keadaan sesak mewujudkan risiko dahsyat terhadap kesihatan dan perlindungan,” kata kemas kini PBB.
Ia menambah bahawa terdapat laporan beberapa kes jangkitan pernafasan akut, cirit-birit dan cacar air di pusat perlindungan UNRWA.
Orang ramai kini tidur di jalanan berhampiran pusat perlindungan UNRWA, dengan 92 kemudahannya melebihi kapasiti dan tidak dapat menampung kemasukan baharu, kata PBB.
15 maut dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala lebih 70 lagi cedera pada Sabtu dalam serangan udara Israel yang mensasarkan Sekolah Al-Fakhoura di kem pelarian Jabalia di Gaza.
"Serangan udara Israel mensasarkan sebuah sekolah yang berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi pelarian Palestin di Jabalia, mengakibatkan 15 kematian dan 70 cedera," kata jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin Ashraf al-Qudra kepada Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
1.5 juta penduduk Gaza dipindahkan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, sehingga kini 1.5 juta penduduk Gaza telah dipindahkan ke tempat perlindungan yang selamat.
Dalam masa sama, pertubuhan antarabangsa itu turut melakukan perubahan dalam kerja-kerja menyelamatkan mangsa peperangan antara Palestin dan Israel itu.
BERITA PENUH DI SINI
Gaza selepas perang mesti jadi sebahagian Palestin - Turki
AS bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian orang awam di Gaza
Israel berikrar ‘singkirkan’ pemimpin tertinggi Hamas
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant nama pemimpin tertinggi pasukan pejuang Hamas yang menjadi sasaran Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dan berikrar akan “menjejaki serta menyingkirkan” mereka.
Nama Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar disenaraikan sebagai orang yang paling dikehendaki oleh IDF.
BERITA PENUH DI SINI
Pemimpin Arab desak gencatan senjata disegerakan
Pemimpin-pemimpin Arab mendesak Setiausaha Negara, Amerika Syarikat, Antony Blinken, untuk segera memastikan berlaku gencatan senjata di Gaza beberapa jam selepas Palestin terus dibedil oleh Israel sehingga menyebabkan 15 orang terbunuh di sebuah sekolah yang dijadikan sebagai tempat perlindungan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam pertikaian yang jarang disebut secara terbuka, diplomat kanan Amerika Syarikat (AS) itu menegaskan, gencatan senjata hanya akan membuka ruang kepada Hamas kembali aktif dan terus melancarkan serangan ke atas Israel.
BERITA PENUH DI SINI
“Netanyahu bukan lagi orang yang boleh kami berbincang”
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu mengesahkan hubungan beliau dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah putus berikutan perlakuan Israel di Gaza.
"Netanyahu bukan lagi orang yang boleh kami berbincang. Dia sudah tiada kena mengena," kata beliau memetik laporan media Turki.
BERITA PENUH DI SINI
Persatuan Ulama Malaysia saran kerajaan gesa negara Arab tolak normalisasi dengan Israel
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyarankan kerajaan menggesa negara-negara Arab dan negara Islam menolak sebarang usaha menormalisasi hubungan dengan Israel dan terus memperkasa sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Ia antara 10 ketetapan dipersetujui dalam Seminar Konflik Palestin-Israel pada Sabtu, susulan perkembangan terkini di Semenanjung Gaza, yang menyaksikan angka korban semakin meningkat, pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel dan sekatan terhadap keperluan asas.
BERITA PENUH DI SINI
Semenanjung Gaza: Tempat paling tidak selamat bagi kanak-kanak di dunia
Konflik Israel-Palestin sejak 7 Oktober lepas berterusan dengan lima kanak-kanak maut setiap jam di Semenanjung Gaza.
Separuh daripada penduduk Gaza yang berjumlah 2.3 juta orang terdiri daripada kanak-kanak manakala jumlah belia yang terbunuh dalam tiga minggu pertama konflik telah melebihi purata global kanak-kanak yang maut dalam tempoh tiga tahun lalu, lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
Turki panggil balik duta di Tel Aviv
Turki pada Sabtu memanggil pulang dutanya di Tel Aviv untuk rundingan berikutan serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.
Kementerian Luar Negeri Turki dalam kenyataan memaklumkan, Sakir Özkan Torunlar dipanggil pulang ke Ankara berikutan situasi kemanusiaan yang dihadapi penduduk di Semenanjung Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Doktor kayuh basikal rawat mangsa di Gaza
SITUASI yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza susulan serangan berterusan Israel mengakibatkan banyak nyawa tidak berdosa menjadi mangsa.
Kemudahan fasiliti musnah dek kekejaman rejim Zionis.
Tetapi, Hassan Zain al Din mungkin salah satu sosok yang tidak kenal erti lelah untuk memberikan khidmatnya kepada mangsa-mangsa yang terjejas.
BERITA PENUH DI SINI
Tiada unsur ancaman terhadap keselamatan negara - Saifuddin Nasution
Tiada sebarang tanda terdapat unsur-unsur ancaman terhadap keselamatan negara ketika ini susulan konflik Palestin-Israel, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata bagaimanapun, pihak berkuasa telah mengambil langkah untuk meningkatkan tahap siap siaga di kawasan sempadan dan pada masa sama, Polis Diraja Malaysia menjalin kerjasama rapat dengan negara jiran.
BERITA PENUH DI SINI
Universiti Ireland digesa gantung hubungan dengan institusi Israel
Puluhan ahli akademik di Ireland telah menandatangani surat terbuka yang menyeru universiti di negara itu untuk menggantung hubungan dengan institusi Israel.
Hospital Kamal Adwan ditutup
Penjana kuasa Hospital Kamal Adwan di utara Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi setelah kekurangan bahan api, kata Kementerian Dalam Negeri di Gaza.
'Hanya ada kanak-kanak dan wanita dalam sekolah'
“Kami dibom di dalam sekolah. Kanak-kanak itu bersama kami.
"Mereka tidak makan sehinggalah mereka dibom.”
Itu kata seorang saksi yang menafikan kehadiran pejuang Hamas sehingga menyebabkan bangunan Sekolah al-Fakhoora itu dibom sepertimana didakwa tentera Israel.
“Empat daripada ahli keluarga kami terbunuh dan cedera. Kami tiada kaitan dengan apa-apa yang berkaitan dengan gerakan Hamas.
"Bilik itu hanya mempunyai kanak-kanak dan wanita,” kata saksi lain sambil menangis.
Beribu-ribu orang yang kehilangan tempat tinggal telah berlindung di dalam sekolah di kem pelarian Jabalia, di utara Gaza.
Serangan kejam Israel itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang, menurut kata pegawai kesihatan.
Wanita, kanak-kanak paling ramai terbunuh dalam serangan di sekolah PBB
Dalam kemas kini terbaharunya dari Gaza, jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra berkata sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 54 lagi cedera dalam pengeboman Israel di Sekolah al-Fakhoora.
Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak yang berada di halaman sekolah.
Sekurang-kurangnya 231 orang terbunuh dalam serangan Israel dalam 24 jam terakhir, kata al-Qudra.
Ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak 7 Oktober kepada 9,488 rakyat Palestin, termasuk 3,900 kanak-kanak.
2,200 orang tertimbus di bawah runtuhan
Kementerian kesihatan Palestin di Gaza berkata dianggarkan 2,200 orang termasuk 1,250 kanak-kanak tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah.
Kementerian kesihatan Gaza nafi dakwaan ambulans diguna pejuang Hamas
Kementerian kesihatan Gaza menolak dakwaan tentera Israel bahawa ambulans yang diserang pada Jumaat digunakan oleh pejuang Hamas.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengaku bertanggungjawab menyerang ambulans yang kononnya dikenal pasti digunakan Hamas berdekatan dengan kedudukan mereka di zon pertempuran.
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, dan 50 yang lain cedera dalam serangan di luar hospital Shifa di Bandar Gaza, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
Kementerian berkata Sabtu bahawa dua ambulans telah dibom.
“Ambulans pertama diserang berhampiran bulatan Ansar, menyebabkan seorang paramedik dan pemandu ambulans cedera parah.
"Serangan kedua berlaku ketika konvoi tiba di pintu masuk pekarangan perubatan Shifa,” kata kenyataan kementerian itu.
47 trak bantuan memasuki Semenanjung Gaza
Ops Ihsan: Bantuan untuk Palestin tiba di Mesir
Indonesia hantar bantuan kemanusiaan pertama ke Gaza
12 terbunuh dalam serangan di sekolah PBB
Kementerian kesihatan Palestin di Gaza berkata sekurang-kurangnya 12 orang telah terbunuh dalam pengeboman Israel ke atas sebuah sekolah PBB.
Sekolah itu menempatkan warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal di kem pelarian Jabalia.
Sementara itu, pengarah Hospital Al Shifa berkata sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam serangan itu dengan berpuluh-puluh lagi cedera.
Dua lagi masjid musnah dibom Israel
Tentera Israel telah mengebom dua masjid di selatan Kota Gaza dalam beberapa jam yang lalu, seorang wartawan Anadolu melaporkan.
Serangan tersebut memusnahkan Masjid Ali bin Abi Talib dan Masjid Al-Istijabah di kawasan kejiranan Al-Sabra.
Bantuan Ops Ihsan untuk Palestin tiba di Mesir
Pesawat kargo 9M-WCA yang membawa bantuan kemanusiaan awal peringkat pertama sumbangan ke Palestin menerusi Ops Ihsan, telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera El-Arish, di sini pagi ini.
Pesawat yang disewa khas Kerajaan Malaysia itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam, tiba di sini kira-kira pukul 8.50 pagi (12.50 tengah hari waktu Malaysia).
BERITA PENUH DI SINI
[VIDEO] Situasi di sempadan Gaza-Israel
Sekolah UNRWA di kem pelarian Jabalia diserang
Al Jazeera melaporkan serangan ke atas sekolah al-Fakhoora di kem pelarian Jabalia.
Lokasi itu merupakan tempat di mana ramai yang kehilangan tempat tinggal berteduh.
Sekolah itu dikendalikan oleh agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA).
Panel solar Hospital al-Wafa musnah dalam serangan udara Israel
Tentera Israel dilapor menyerang penjana kuasa Hospital al-Wafa di Bandar Gaza.
Jet Israel juga mengebom panel solar hospital untuk tujuan perubatan dan rehabilitasi warga tua, lapor Anadolu.
Pengeboman itu mengakibatkan kebakaran besar di halaman hospital tersebut, namun akhirnya berjaya dikawal pasukan pertahanan awam selepas beberapa jam.
Serangan itu juga telah menyebabkan kerosakan besar pada sistem tenaga suria hospital berkenaan, sekali gus menyebabkan terputusnya bekalan elektrik di kemudahan tersebut.
Israel serang pintu masuk Hospital Kanak-Kanak al-Nasser
Tentera Israel dilaporkan menyasarkan pintu masuk Hospital Kanak-kanak al-Nasser di barat Gaza City.
Beberapa media tempatan melaporkan beberapa orang awam menjadi mangsa.
Tentera Israel baru-baru ini menyasarkan kawasan hospital di bahagian berlainan di Gaza, termasuk berhampiran Hospital al-Shifa, Hospital al-Quds, dan Hospital Indonesia pada Jumaat.
Blinken dijadual bertemu menteri luar negara Arab
Jordan berkata Setiausaha Negara AS Antony Blinken akan bertemu dengan rakan-rakan menteri luar daripada negara Arab utama pada sidang kemuncak di Amman untuk membincangkan konflik di Israel dan Gaza.
Kementerian Luar Jordan hari ini mengumumkan Menteri Luar Ayman Safadi akan memanggil rakan sejawatannya dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Qatar, serta Setiausaha Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin, yang kemudiannya akan bertemu sebagai satu kumpulan dengan Blinken.
Kementerian Luar berkata sidang kemuncak itu akan memberi tumpuan kepada menamatkan perang dan menangani "malapetaka kemanusiaan yang ditimbulkannya."
Kediaman ketua Hamas diserang
Rumah pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh, di Gaza dilaporkan diserang.
Ismail bagaimanapun tidak berada di lokasi berkenaan ketika dron milik tentera Israel melepaskan peluru berpandu ke atas rumahnya, lapor Radio Al-Aqsa.
Tiada maklumat sama ada ahli keluarga beliau berada di dalam rumah itu ketika ia diserang.
Ismail telah berada di luar Semenanjung Gaza sejak 2019, menetap di antara Turki dan Qatar.
Dalam ucapan di televisyen yang disiarkan pada Rabu, Ismail menuduh Israel "melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata".
Pantai Copacabana dilitupi 'mayat kanak-kanak' tanda protes
Patung mayat berkain kafan membarisi pantai Copacabana, Brazil sebagai tanda protes terhadap pembunuhan orang awam di Gaza.
Secara keseluruhannya, 120 'mayat berkain kafan' serta berlumuran darah disusun di pantai terkenal itu mewakili lebih 3,000 kanak-kanak yang terkorban di Gaza sejak perang bermula.
Penganjur berkata mereka mahu menunjukkan bahawa Brazil terkesan dengan penderitaan rakyat Palestin.
“Israel sedang melakukan tindakan mempertahankan diri yang sangat aneh.
“Ia membunuh kanak-kanak, menyebabkan kekecohan dunia, menyebarkan kemarahan, mencampurkan darah pengganas dengan darah bayi.
"Semua ini tanpa menawarkan penyelesaian muktamad,” kata presiden NGO Rio De Paz, Antonio Carlos Costa, penganjur acara itu kepada Al Jazeera.
Malaysia pandang serius RUU AS sekat sokong Hamas - Zambry
Malaysia memandang serius keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin pada Rabu lalu.
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberitahu, sehubungan itu pihaknya sedang melihat keseluruhan kandungan RUU berkenaan sebelum melaksanakan apa-apa tindakan susulan.
BERITA PENUH DI SINI
730 warga asing dijangka menyeberang melalui Rafah
Kira-kira 730 warga asing dijangka meninggalkan Gaza melalui persimpangan Rafah hari ini, menurut sumber rasmi Mesir.
Berikut pecahan kewarganegaraan:
55 warga Mesir
386 warga Amerika
112 warga British
77 warga Perancis
151 warga Jerman
Malaysia pandang serius keputusan RUU AS
Malaysia terus amal dasar diplomasi aktif
19 ahli keluarga terbunuh, pensyarah USIM harap gencatan senjata di Gaza
Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Wesam Almahallawi telah kehilangan 19 ahli keluarga susulan serangan yang sedang berlaku di Gaza.
Wesam yang berasal dari Palestin berkata adik lelakinya, Waleed Almahallawi, 40, yang juga pelajar Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Sumber Manusia USIM serta isteri dan empat anak saudaranya termasuk berusia dua tahun terkorban dalam serangan bom oleh tentera Zionis di bandar Gaza pada 25 Okt lepas.
BERITA PENUH DI SINI
Serangan Israel ke atas institut Perancis di Gaza diselar
Perancis menyelar tindakan Israel menyerang sebuah institutnya di Gaza dan menuntut siasatan penuh dijalankan.
“Kami mengumumkan hari ini bahawa Institut Kebudayaan Perancis di Gaza telah dibom beberapa hari lalu dengan cara yang mengundang ketidakfahaman dan mendorong Perancis meminta penjelasan daripada pihak berkuasa Israel.
“(Kami berusaha) untuk memahami bagaimana sebuah institut kebudayaan Perancis boleh menjadi sasaran serangan Israel.
"Oleh itu, kami sedang berdialog dengan rakan kongsi Israel kami di peringkat berbeza,” kata Menteri Luar Negeri Catherine Colonna.
Colonna, yang bercakap semasa lawatan ke ibu negara Nigeria, Abuja, mengulangi bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan penduduknya, namun berkewajipan menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Iaitu melindungi penduduk awam dan mengambil langkah tegas untuk melindungi penduduk awam," katanya.
Pemimpin Hizbullah seru gencatan senjata di Gaza
Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah, dalam ucapannya pada Jumaat menyeru agar orang ramai berusaha siang dan malam untuk mencapai gencatan senjata di Gaza.
Nasrallah berkata itu adalah "matlamat utama" Hizbullah, dan menambah bahawa matlamat kedua kumpulan separa tentera Lubnan yang disokong Iran itu adalah agar Hamas mencapai kemenangan di Gaza.
Beliau juga menggambarkan perang ini sebagai satu "titik tolak."
"Kemenangan Gaza bermakna kemenangan untuk Palestin, untuk Baitulmaqdis, untuk Aqsa dan Makam Suci dan semua negara jiran," kata Nasrallah.
Warga Gaza hidup dengan dua keping roti sehari - Pegawai PBB
Pegawai bantuan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin di Gaza Thomas White memberikan penilaian yang mendalam tentang keadaan bekalan air dan makanan di kawasan yang dikepung itu.
White berkata dalam taklimat video kepada diplomat bahawa rata-rata penduduk di Gaza hidup dengan dua keping roti Arab sehari dan semakin terdesak untuk mendapatkan air, menurut Associated Press.
Tambahnya Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin menyokong kira-kira 89 kedai roti di Gaza, tetapi kini orang ramai tidak lagi mencari roti, mereka mencari air.
White juga berkata, berdasarkan perjalanannya ke seluruh Gaza dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kawasan itu telah menjadi lokasi kematian dan kemusnahan.
Serangan ke atas konvoi ambulans mengejutkan - Guterres
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan serangan tentera Israel ke atas konvoi ambulans di Gaza pada Jumaat, katanya dalam satu kenyataan.
"Undang-undang kemanusiaan antarabangsa mesti dihormati.
BERITA PENUH DI SINI
Israel mengaku bertanggungjawab serang ambulans
Israel mengaku bertanggungjawab atas serangan di luar Hospital Al-Shifa di Kota Gaza yang mengorbankan 15 orang dan mencederakan 50 yang lain.
Beberapa video dari tempat kejadian menunjukkan puluhan mangsa berlumuran darah berhampiran ambulans yang diserang.
Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata ia menyasarkan ambulans itu kerana mendakwa ia digunakan oleh Hamas.
Kenyataan PRCS berhubung ambulans diserang
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mengeluarkan kenyataan lewat Jumaat dengan memberikan garis masa serangan ke atas konvoi perubatan di Bandar Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang.
Berikut kenyataan penuh PRCS:
“Sekitar jam 4.05 petang waktu tempatan (14:05 GMT), konvoi ambulans meninggalkan Hospital Al-Shifa dalam satu keputusan yang diselaraskan dengan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.
Konvoi itu, yang menuju ke sempadan Rafah dengan Mesir, termasuk lima kenderaan ambulans: empat milik Kementerian Kesihatan dan satu milik PRCS.
Konvoi itu bergerak kira-kira 4 kilometer dari hospital ke jalan pantai al-Rashid, tetapi mendapati ia tidak dapat dilalui kerana batu dan sejumlah besar tembakan di kawasan itu.
Kenderaan itu kembali ke Hospital Al-Shifa. Apabila mereka berada kira-kira satu kilometer dari kemudahan itu, ambulans pertama yang mengetuai konvoi - milik Kementerian Kesihatan - telah dibom.
Kenderaan lain terus menuju ke hospital. Sebaik sahaja ambulans pertama tiba di pintu pagar Hospital Al-Shifa, bahagian hadapan kenderaan itu dibom.
Serangan itu membunuh 15 orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi.
'Serangan ke atas ambulans mengundang pertuduhan jenayah perang'
"IDF says it carried out airstrike on Gaza ambulance". Can there be a stronger invitation to the International Criminal Court to charge them with war crimes? [Even if the ambulance was carrying a Hamas overlord, bombing it violates the Geneva Convention.] https://t.co/olsTSqncUr
— Yanis Varoufakis (@yanisvaroufakis) November 3, 2023
El Ghazi tegas walau ditamatkan kontrak kelab Jerman
Pemain bola sepak Belanda, Anwar El Ghazi berkata penamatan kontraknya dengan kelab Jerman Mainz 05 "tiada makna apa-apa jika dibandingkan dengan bahana yang menimpa mereka yang tidak bersalah di Gaza".
El Ghazi telah membuat hantaran mesej menyokong perjuangan Palestin dan mempertahankan kata-katanya selepas Mainz menggantungnya.
“Saya tidak akan menafikan apa yang telah saya perkatakan dan teguh berdiri atas dasar kemanusiaan dan berpihak kepada orang yang ditindas sehingga ke akhir hayat saya,” kata El Ghazi.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, kelab Mainz berkata kontrak El Ghazi telah ditamatkan disebabkan "komen dan hantaran daripada pemain itu di media sosial".
Kenapa tembikai jadi lambang solidariti buat Palestin?
PERANG antara Israel dan Palestin masih berterusan. Lebih 9,000 nyawa tidak bersalah terkorban sejak rejim zionis mengebom Semenanjung Gaza setelah perang bermula pada 7 Oktober lalu.
Selain banyaknya suara pesohor dan selebriti digunakan untuk mengutuk lalu menyampaikan tanda solidariti terhadap Palestin, ada juga pendekatan unik yang muncul lalu menjadi trending di media sosial.
BERITA PENUH DI SINI
Israel bom Osama Bin Zaid School di Gaza
Tentera penceroboh Israel pada Jumaat malam mengebom sebuah sekolah Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di kawasan al-Saftawy, utara Semenanjung Gaza.
Kemudahan itu menjadi tempat perlindungan ribuan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal akibat konflik di Gaza.
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan pesawat pejuang Israel mengebom Osama Bin Zaid School, membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh orang.
Rakaman video dan foto menunjukkan mayat-mayat mangsa berkecai akibat serangan udara itu.
Menurut beberapa sumber tempatan, tentera Israel secara langsung menyasarkan sekolah itu, ketika ribuan orang berada di dalam bangunan berkenaan.
Setiausaha Agung PBB terkejut serangan ke atas konvoi ambulans
Ketua PBB Antonio Guterres mengungkapkan rasa terkejutnya terhadap serangan terbaharu Israel.
“Saya terkejut dengan serangan yang dilaporkan di Gaza terhadap konvoi ambulans di luar Hospital Al-Shifa.
"Imej mayat yang berselerak di jalanan di luar hospital sangat mengerikan," kata Guterres.
Guterres menambah bahawa konflik ini "mesti dihentikan".
47 trak bantuan tambahan masuk ke Gaza - Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Jumaat berkata sebanyak 47 trak bantuan tambahan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah dari Mesir.
Organisasi itu berkata trak berkenaan dimuatkan dengan bahan makanan, botol air, bekalan perubatan dan khemah, lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
Honduras panggil pulang duta di Israel untuk rundingan
Honduras pada Jumaat memanggil pulang dutanya di Tel Aviv untuk rundingan berikutan serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.
Menteri Luar Enrique Reina menerusi hantaran di X berkata Roberto Martinez dipanggil berikutan situasi kemanusiaan serius yang dihadapi oleh penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
Puluhan maut, cedera dalam pengeboman Israel ke atas sebuah sekolah di Gaza
Tentera penceroboh Israel pada Jumaat malam mengebom sebuah sekolah Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di kawasan al-Saftawy, utara Semenanjung Gaza.
Kemudahan itu menjadi tempat perlindungan ribuan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal akibat konflik di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Jordan, Menteri Arab, Mesir, wakil Palestin jumpa Blinken
Blinken gesa jeda kemanusiaan, Netanyahu tolak tanpa bebas tebusan
Malaysia kutuk serangan ke atas Kem Jabalia
Malaysia mengutuk dengan keras tindakan rejim Israel menyerang Kem Pelarian Jabalia di Gaza.
Ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim yang telah lama melanggar dan mengabaikan undang-undang antarabangsa serta menolak banyak resolusi Majlis Keselamatan PBB.
Demikian disuarakan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan lewat Jumaat.
Malaysia sekali lagi menggesa komuniti antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menuntut rejim Israel menghentikan tindakan keji dan tidak berperikemanusiaan seperti itu serta tindakannya mengetatkan dasar apartheid terhadap rakyat Palestin.
Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan Malaysia untuk Palestin
Penghantaran bantuan kemanusiaan pertama Malaysia untuk rakyat Palestin melibatkan pelbagai barangan keperluan seberat 20 tan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish, Mesir pada Jumaat malam.
Pesawat kargo khas berlepas kira-kira jam 11.30 malam dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
Barangan bantuan kemanusiaan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama bagi membawa masuk barangan itu ke Gaza melalui sempadan Rafah.
Penghantaran pertama itu adalah sebahagian daripada 50 tan barangan berjumlah lebih RM7 juta yang dikumpul melalui Ops Ihsan.
Ribuan umat Islam di Serbia berhimpun nyatakan solidariti bersama Palestin
Lebih 15,000 umat Islam berhimpun di bandar Novi Pazar, Serbia pada Khamis bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Para peserta melaungkan slogan menegaskan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin, termasuk "Kebebasan bagi Palestin (Freedom for Palestine)," " Dari sungai ke laut (From the river to the sea), "Palestin akan bebas (Palestine will be free)" dan "Hentikan Genosid (Stop the genocide)".
BERITA PENUH DI SINI
Hentikan serangan di Gaza jika tidak mahu peperangan rantau tercetus - Ketua Hezbollah
Ketua Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan serangan Israel di Gaza bagi mengelakkan tercetusnya peperangan di rantau itu.
Beliau ketika membuat ucapan umum pertama kali sejak tercetusnya perang Israel-Palestin pada 7 Oktober lalu tidak menolak kemungkinan bahawa situasi itu boleh berlaku dan menyifatkan ia sebagai 'kemungkinan yang realistik'.
BERITA PENUH DI SINI
Sebahagian kutipan RM100 juta akan biayai pelajar Palestin di Malaysia - Zahid Hamidi
Kerajaan akan menggunakan sebahagian daripada RM100 juta kutipan tabung kemanusiaan bagi membiayai pelajar-pelajar Palestin yang berada di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan persetujuan tersebut dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada Jumaat.
BERITA PENUH DI SINI
Duta Palestin sambut baik sokongan Malaysia untuk Palestin
Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali memuji kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas solidariti mereka yang tidak berbelah bahagi dengan rakyat Palestin, dengan menyatakan bahawa sokongan mereka tidak boleh dipertikaikan.
Beliau memuji pendirian konsisten kerajaan terhadap pendudukan Israel di Palestin, manakala orang ramai menunjukkan solidariti mereka dalam pelbagai cara termasuk memboikot perniagaan dan produk yang dikaitkan dengan rejim Israel.
BERITA PENUH DI SINI
Pelajar UTM pasrah nasib keluarga di Gaza selepas terputus hubungan
Seorang pelajar Palestin di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini pasrah dengan nasib saudara-maranya yang berada di Gaza sama ada masih lagi hidup ataupun syahid.
Mohammed Z. M. Qaddoura, 33, pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Teknologi Pendidikan berkata kali terakhir dia dapat menghubungi ahli keluarganya di sana adalah pada Isnin lepas.
BERITA PENUH DI SINI
Angka korban rakyat Palestin kini mencecah 9,227 nyawa
Angka korban terbaharu rakyat Palestin kini mencecah 9,227 nyawa.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, daripada jumlah itu, 3,826 mangsa adalah dalam kalangan kanak-kanak, manakala 2,405 lagi adalah wanita.
Selain itu, 32,500 yang lain turut dilaporkan cedera.
Angka korban serangan Israel di Gaza meningkat, hampiri 10,000 orang
Jumlah korban rakyat Palestin kini melepasi 9,000 nyawa
Sekurang-kurangnya 9,061 rakyat Palestin telah terbunuh sejak rejim Israel melancarkan serangan ganas ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu, manakala sekurang-kurangnya 1,400 penduduk Israel dilaporkan telah terbunuh.
Boikot produk Israel membantu mengurangkan kesengsaraan rakyat Palestin
MyAQSA bakal kemuka bukti kekejaman Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali menzahirkan penghargaan atas tindakan badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan MyAQSA yang akan mengemukakan bukti kekejaman Israel di Palestin kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda.
Walid berkata, Palestin melihat tindakan itu sebagai sebahagian daripada komitmen Malaysia untuk membela nasib rakyat mereka yang sedang melalui tindakan pembunuhan beramai-ramai atau genosid oleh rejim Zionis Israel.
BERITA PENUH DI SINI
Israel serang kem pelarian Jenin pada Jumaat - Duta Palestin ke Malaysia
Rakyat Gaza rasa tersisih di tengah serangan bertalu-talu Israel - Sukarelawan Palestin
Penduduk di Gaza berasa tersisih di tengah serangan berterusan Israel ke atas wilayah yang terkepung, kata seorang sukarelawan Palestin, Dr Tareq M. Altalmas dan menyeru penyelesaian konkrit untuk mengakhiri "genosid" berkenaan.
Penyelaras Misi Keamanan Global Malaysia (GPM) di pusat kemanusiaan di Gaza itu menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu memberi tumpuan ke arah menghentikan kekejaman Israel melalui usaha diplomasi.
BERITA PENUH DI SINI
“Israel ada hak pertahan diri,” kata Naib Presiden AS
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris kini berada di kota London bagi menyertai Sidang Keselamatan Kecerdasan Buatan (AI) United Kingdom (UK), turut berkongsi pendapat mengenai peperangan yang berlanjutan di Semenanjung Gaza.
Sekalipun, kunjungan Harris tiada kaitan dengan kemelut yang tercetus itu, namun, kesempatan diambil beliau untuk berbincang mengenai perang antara Israel dan pasukan pejuang Hamas dari Palestin dengan Perdana Menteri UK, Rishi Sunak.
BERITA PENUH DI SINI
“Kami semakin sakit...” - Mangsa perang
Keadaan di Semenanjung Gaza semakin hari semakin menyulitkan ekoran perang yang tercetus antara Israel dan Hamas.
Masyarakat di sana terpaksa melalui terlalu banyak cabaran untuk meneruskan hidup selepas hampir sebulan peperangan tercetus.
BERITA PENUH DI SINI
Perancis hantar bantuan “kapal hospital” ke Gaza
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Perancis telah menghantar bantuan perubatan ke Semenanjung Gaza, kata Menteri Pertahanannya, Sebastien Lecornu.
Dalam satu temu bual dengan radio France Info, Lecornu berkata, kapal kedua yang dikirim Perancis itu "dilengkapi untuk diubah menjadi kapal hospital."
BERITA PENUH DI SINI
4 sekolah di Gaza jadi tempat perlindungan rosak akibat perang
Sebanyak empat buah sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan bagi mangsa perang di Gaza mengalami kerosakan dalam tempoh kurang 24 jam selepas rakaman menunjukkan kesan dua letupan di sekolah sebelum ini, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut pertubuhan antarabangsa itu, salah sebuah sekolah yang rosak itu ialah di kem pelarian Jabalya yang juga kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza, yang dilaporkan menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan lima orang cedera.
BERITA PENUH DI SINI
AS akan bincang dengan Israel langkah redakan ketegangan
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken akan berbincang langkah yang “patut dan perlu” diambil oleh Israel dalam usaha mengurangkan kematian orang awam di Palestin semasa kunjungan beliau ke Tel Aviv.
“Kami akan berbincang langkah konkrit yang patut dan perlu diambil bagi mengurangkan kehancuran ke atas lelaki, wanita dan kanak-kanak di Gaza… ini merupakan sesuatu yang Amerika Syarikat komited untuk melakukannya,” kata Blinken pada Khamis.
BERITA PENUH DI SINI
Makluman terkini Kementerian Kesihatan Gaza
Berikut intipati ucapan jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza ketika sidang akhbar di hadapan Hospital Al Shiffa.
- 256 orang awam terbunuh dalam serangan udara terbaharu Israel hari ini.
- Hospital itu menerima 2,600 laporan orang hilang, termasuk 1,150 kanak-kanak hilang atau tertimbus di bawah runtuhan.
- 135 kakitangan perubatan telah terbunuh, dan 25 ambulans musnah.
- 16 hospital tidak beroperasi di Gaza, dan 32 kemudahan penjagaan perubatan tidak beroperasi.
- Presiden Turki Erdogan digesa campur tangan untuk melindungi Hospital Persahabatan Turki kerana ia satu-satunya hospital yang masih beroperasi untuk pesakit kanser di Gaza.
Insiden pengeboman di Gaza, Angelina Jolie bersuara kutuk Israel
Pelakon terkenal Amerika Syarikat yang juga bekas wakil khas Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Angelina Jolie mengecam tindakan Israel yang menyerang kem pelarian Jabalia di Gaza dua hari lalu, hingga mengorbankan ratusan penduduk Palestin.
Bintang Hollywood berusia 48 tahun itu menyiarkan mesej menerusi hantaran di Instagram, beserta foto yang memaparkan kediaman penduduk di Jabalia yang "lenyap" sepenuhnya dibedil pesawat pejuang Israel, sambil berkata:
BERITA PENUH DI SINI
Korban di Gaza cecah 9,000
Kementerian kesihatan Gaza dalam kemas kini terbaharunya meletakkan jumlah kematian sejak konflik meletus pada 7 Oktober kepada 9,061.
Angka ini termasuk 3,760 kanak-kanak dan 2,326 wanita.
Wartawan Palestin rakam usaha pencarian mangsa di bawah runtuhan
Reporting from the middle area where a residential tower was bombed. Many of the dead and injured were taken to the hospital. Volunteers search under the rubble for survivors and victims pic.twitter.com/UozGzZqRDq
— MoTaz (@azaizamotaz9) November 1, 2023
Ratapan anak lihat jasad ibu
Kumpulan baharu rakyat dua warganegara berlepas ke Mesir
Seorang pegawai sempadan Palestin berkata kumpulan baharu rakyat dua warganegara telah meninggalkan Gaza ke Mesir.
Dua bas yang membawa 100 penumpang memegang pasport asing memasuki terminal di persimpangan Rafah pada waktu pagi, Wael Abu Mohsen memberitahu AFP.
Pegawai Mesir dan Palestin kedua-duanya berkata 400 warga asing dan dua warganegara dijangka menyeberang pada Khamis bersama 60 hingga 100 orang yang sakit dan cedera.
UAE sedia rawat 1,000 kanak-kanak Palestin
Presiden Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan pada Rabu berkata bahawa negaranya bersedia merawat kira-kira 1,000 kanak-kanak Palestin yang cedera di hospitalnya.
Keputusan itu diumumkan semasa perbualan telefon antara Menteri Luar UAE Abdullah bin Zayed Al-Nahyan dengan Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Mirjana Spoljaric, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita WAM.
BERITA PENUH DI SINI
Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan untuk Palestin esok
Penghantaran pertama barangan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin dijadual dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish Mesir melalui penerbangan kargo pada 9 malam esok.
Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) Jismi Johari berkata penghantaran pertama itu melibatkan keperluan perubatan dan barangan lain sebanyak 20 tan, sebelum diikuti penghantaran kedua sebanyak 30 tan yang dijadual pada 10 Nov ini.
BERITA PENUH DI SINI
Hospital Indonesia di Gaza bakal jadi pusat pengumpulan mayat terbesar
Hospital Indonesia, satu-satunya hospital yang masih beroperasi di utara Gaza, berkemungkinan akan menjadi pusat pengumpulan mayat yang terbesar, lapor agensi berita Al-Jazeera.
Laporan itu menyebut, jumlah penduduk Gaza yang tercedera akibat dua serangan besar-besaran rejim Zionis Israel di Kem Pelarian Jabalia dalam tempoh 24 jam, melebihi 50 kali kapasiti hospital tersebut, dan diburukkan lagi dengan keputusan bekalan ubatan dan minyak.
BERITA PENUH DI SINI
Biden gesa 'penangguhan' perang buat kali pertama
Presiden Biden akhirnya menyeru "penangguhan kemanusiaan" di Gaza ketika AS mendesak untuk memindahkan semua rakyatnya di kawasan Palestin yang terkepung.
"Saya rasa kita perlu tangguh," kata Biden semasa ucapan kempen pada Rabu, selepas diasak penunjuk perasaan yang menggesa dilaksanakan segera gencatan senjata.
Apabila ditanya apa yang dimaksudkannya dengan ''penangguhan", Biden berkata sudah tiba masanya untuk mengeluarkan tahanan.
White House kemudian menjelaskan bahawa ini merujuk kepada tawanan yang ditahan oleh Hamas.
Rangkuman berita setakat ini
Sekurang-kurangnya 60 orang ditahan semalaman di seluruh Tebing Barat yang diduduki.
Jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang ditahan sejak 7 Oktober melebihi 1,800 orang.
Kira-kira separuh daripada mereka ditahan dalam tahanan pentadbiran.
Dua rakyat Palestin terbunuh dan enam cedera dalam serbuan Israel di Qalqiliya dan Ramallah.
Tiga warga Palestin dari Universiti Birzeit ditahan dalam serbuan di Ramallah, termasuk ketua pertubuhan pelajar.
Jumlah orang yang terbunuh di Tebing Barat yang diduduki adalah 132 dengan lebih 2,100 orang cedera.
Angelina Jolie selar Israel, gelar pemimpin dunia 'bersubahat dalam jenayah'
[VIDEO] Situasi semasa di lintasan Rafah
Rakyat Palestin-Amerika di Gaza rayu bantuan
Seorang lelaki Palestin-Amerika yang terperangkap di Gaza menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk campur tangan dalam konflik Palestin-Israel, menurut catatan media sosial oleh seorang anggota kongres AS.
Zakaria Alarayshi menghantar memo suara dan mesej teks dari wilayah yang dikepung kepada Rashida Tlaib dari Michigan.
Dia menggambarkan keadaan di sana sebagai teruk dan memaklumkan bahawa tiada ubat, makanan atau air, menurut catatan di Instagram anggota kongres wanita itu.
“Kami sakit. Kami tidak boleh bertahan lagi. Kita perlu desak (Presiden Joe) Biden untuk menghentikan perang ini,” kata Zakaria dalam memo suara kepada Rashida.
“Perang ini membunuh manusia. Tidak membunuh Hamas.
"Ia membunuh kanak-kanak, orang tua dan wanita, dan mereka membunuh semua orang.
"Itu tidak adil. Kamu perlu keluarkan kami,” kata Zakaria lagi.
Zakaria, yang tinggal di Dearborn, Michigan, sedang melawat keluarga di Gaza bersama isterinya, Laila Alarayshi, apabila peperangan tercetus.
[KOLUMNIS] Atas hipokrasi Barat bertindak, Malaysia harus ketuai bantahan terhadap Israel
SETELAH hampir sebulan tercetusnya konflik keganasan di Tanah Palestin yang dijajah, adalah amat mengecewakan, namun tidak mengejutkan, bahawa negara-negara maju terutamanya di Barat, masih membawa naratif hitam lawan putih; baik lawan jahat dalam konflik ini.
Mereka gagal untuk menyedari bahawa naratif sedemikian tidak akan mungkin dapat memadamkan bukti bahawaterlalu banyak kekejaman Israel dalam pendudukan haramnya di Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
[VIDEO] Keadaan di sempadan Gaza-Israel
Orang ramai berkumpul nantikan lintasan Rafah dibuka hari kedua
Ratusan orang dan kenderaan berkumpul di Rafah ketika jangkaan lintasan sempadan dengan Mesir itu akan dibuka untuk hari kedua hari ini.
Pihak Berkuasa Sempadan dan Lintasan Gaza telah mengeluarkan senarai 596 warga asing dan dua warganegara dari 15 negara yang akan dibenarkan meninggalkan Gaza lewat Khamis.
Kira-kira 500 orang, termasuk sebilangan kecil rakyat Palestin yang cedera, dibenarkan keluar pada Rabu apabila sempadan dibuka buat kali pertama dari sebelah Gaza sejak perang bermula.
Mesir bantu pindahkan kira-kira 7,000 warga asing Gaza
Mesir akan membantu memindahkan kira-kira 7,000 warga asing dan rakyat dengan dua kewarganegaraan dari Gaza, kata kementerian luar dalam satu kenyataan.
Dalam pertemuan dengan diplomat asing, penolong menteri luar negeri Ismail Khairat berkata Mesir sedang bersiap sedia untuk membantu pemindahan warga asing dari Gaza melalui persimpangan Rafah.
Beliau menambah bahawa jumlah yang terlibat adalah sekitar 7,000 orang mewakili lebih daripada 60 kewarganegaraan.
Serangan udara Israel sasar sekolah UNRWA
Laporan Al Jazeera menyebut bahawa tentera Israel telah menyasarkan sebuah sekolah UNRWA di Kem al-Shati di Gaza.
Beribu-ribu orang yang kehilangan tempat tinggal di Gaza kini berlindung di sekolah itu.
Serangan berlaku selepas lima rakyat Palestin terbunuh dalam serbuan awal yang menyasarkan kawasan sekitar sekolah itu.
Lebih 400 kanak-kanak terbunuh atau cedera setiap hari di Gaza - UNICEF
Lebih 400 kanak-kanak terbunuh atau cedera dalam sehari ketika serangan berterusan Israel di Gaza.
Menurut agensi kanak-kanak di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Rabu, kira-kira 3,500 kanak-kanak dilaporkan terbunuh dan lebih 6,800 kanak-kanak cedera sepanjang 25 hari serangan sejak 7 Oktober.
Mengulangi gesaan untuk gencatan senjata kemanusiaan segera, UNICEF dalam kenyataannya berkata: "Ini tidak boleh menjadi normal baharu."
“Kanak-kanak sudah banyak menanggung derita. Pembunuhan dan penawanan kanak-kanak mesti dihentikan.
"Kanak-kanak bukan sasaran,” kata kenyataan itu, yang dikeluarkan berikutan serangan udara Israel hari kedua berturut-turut di kem pelarian Jabalya di utara Gaza.
“Pembunuhan beramai-ramai di kem Jabaliya di Semenanjung Gaza susulan serangan semalam dan sekali lagi hari ini adalah mengejutkan dan mengerikan,” kata UNICEF.
Agensi PBB itu berkata ia belum mempunyai anggaran jumlah kematian kanak-kanak di kem itu.
Bantuan Palestin: WHO gesa akses bantuan kemanusiaan disegerakan
Palestin-Israel: Al Qassam berjaya musnahkan enam kereta kebal tentera zionis
Keganasan peneroka haram Israel meningkat di tebing barat - OCHA
WHO minta akses penuh bantuan perubatan, bahan api ke Gaza
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu menyeru supaya Semenanjung Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api.
"Saya menggesa dan saya merayu untuk akses penuh bagi bantuan perubatan dan bahan api SEKARANG! Semakin lama kita tunggu, semakin terancam nyawa mereka," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Tedros di platform X.
BERITA PENUH DI SINI
Sayap bersenjata Hamas sasar kereta kebal Israel, jentolak di utara Gaza
Briged Qassam mendakwa pejuangnya menyasarkan sekurang-kurangnya dua kereta kebal dan jentolak Israel di kawasan barat laut Semenanjung Gaza.
Kumpulan itu berkata dalam satu kenyataan kepada Al Jazeera Arabic bahawa ia melepaskan peluru antikereta kebal “Al-Yassin 105” dan mengenai sasaran.
Tiada maklumat berhubung jumlah kematian dilaporkan.
Senarai kedua melalui lintasan Rafah diumumkan
Pihak Berkuasa Sempadan dan Lintasan Gaza telah mengeluarkan senarai 596 warga asing dan dua warganegara dari 15 negara yang akan dibenarkan meninggalkan Gaza pada Khamis.
Lebih 500 orang dibenarkan keluar pada Rabu apabila sempadan dibuka buat kali pertama dalam beberapa minggu.
Kementerian itu menyiarkan senarai nama baharu sejurus sebelum 2 pagi waktu tempatan (00:00 GMT), dan berkata mereka yang disenaraikan perlu sampai ke lintasan Rafah selewat-lewatnya jam 7 pagi (05:00 GMT).
596 warga asing dan dua warganegara yang tersenarai adalah dari negara berikut:
Azerbaijan, 8
Belgium, 50
Bahrain, 6
Chad, 2
Croatia, 23
Greece, 24
Hungary, 20
Itali/Bangsa Bersatu, 4
Macedonia Utara, 4
Mexico, 2
Belanda, 20
Korea Selatan, 5
Sri Lanka, 17
Switzerland, 11
Amerika Syarikat, 400
20 warga Australia pulang selepas lintasan Rafah dibuka - Menteri
Overnight 20 Australians, plus two family members and a permanent resident were able to cross the border at Rafah.
— Senator Penny Wong (@SenatorWong) November 2, 2023
They are being supported by our consular staff in Egypt. Travel arrangements are being made for them to get home, free of charge. pic.twitter.com/XNfpV7GxUt
Bantuan Palestin: WHO gesa akses bantuan kemanusiaan disegerakan
Bantuan Gaza: Setiausaha Agung PBB kecam serangan di kem Jabaliya
Jepun pindahkan 10 warganegara, ahli keluarga dari Gaza
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno berkata 10 warga Jepun yang ingin meninggalkan Gaza bersama lapan ahli keluarga Palestin telah berjaya dipindahkan.
Matsuno memberitahu pemberita di Tokyo bahawa seorang warga Jepun kekal bersama keluarga mereka di enklaf itu.
Bantuan Gaza: Setiausaha Agung PBB kecam serangan di kem Jabaliya
'Dunia mesti bertindak hentikan krisis kemanusiaan di Gaza'
Many hundreds of thousands of innocent men, women, and children in Gaza today are on the brink. This is a dire humanitarian crisis and it's getting worse by the minute.
— Bernie Sanders (@SenSanders) November 2, 2023
Congress must take action.
The Biden Administration must take action.
The world must take action. pic.twitter.com/mYRlIalahG
Ribuan penduduk Minneapolis bersolidariti bersama Palestin
"Biden, Biden, you can't hide, we charge you with genocide"
— Quds News Network (@QudsNen) November 1, 2023
Thousands protest Joe Biden's visit in Minneapolis #now.#US #Gaza #Palestine pic.twitter.com/Y7gBNtZdJW
Menteri Pertahanan Arab Saudi adakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS
Menteri Pertahanan Arab Saudi, Khalid bin Salman mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken di sini, pada Rabu, menjelang lawatan diplomat kanan AS itu ke Israel.
Khalid yang juga adinda kepada Putera Mahkota Mohammad Bin Salman itu berkata, pertemuan berkenaan adalah bagi “meninjau semula hubungan rapat dan strategik kedua-dua negara, selain mencari usaha meredakan tekanan yang sedang berlaku di wilayah berkenaan.”
BERITA PENUH DI SINI.
Bekas menteri Israel gesa hapus Gaza dari muka bumi
Bekas Menteri Komunikasi Israel dari Parti Likud yang memerintah menggesa Genting Gaza dihapuskan dari muka bumi.
Kenyataan biadab Galit Distel Atbaryan itu dimuat naik ke Facebook sambil menunjukkan rakaman serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.
BERITA PENUH DI SINI.
'Gaza telah menjadi kubur untuk kanak-kanak' - PBB
#Gaza has become a “graveyard” for children with thousands now killed under Israeli bombardment, while more than a million face dire shortages of essentials and a lifetime of trauma ahead, UN humanitarians said at Tuesday's @UNGeneva press briefing. ➡️https://t.co/yk09QX8WvL pic.twitter.com/H8AZQ9p1HE
— United Nations Geneva (@UNGeneva) November 1, 2023
'Hapus Gaza dari muka bumi'
Galit Distel Atbaryan, a Likud Party member of parliament who served as minister for public diplomacy in Benjamin Netanyahu's government until last month, calls today for a "cruel and vengeful" Israeli military to "erase" Gaza from "the face of the earth."
— Mehdi Hasan (@mehdirhasan) November 1, 2023
(h/t @muhammadshehad2) https://t.co/tNUboKfm5C
Hampir 200 terkorban, lebih 100 lagi masih hilang serangan di kem Jabaliya
Dalam tempoh kurang daripada 24 jam, jumlah mangsa akibat kedua-dua serangan udara tentera rejim Zionis Israel ke atas kem pelarian Jabaliya mencecah lebih 1,000 orang, menurut laporan terbaharu Pejabat Media Kerajaan Gaza.
Angka ini termasuk 195 mangsa yang disahkan maut, 120 yang masih hilang dan sekurang-kurangnya 777 yang lain cedera.
BERITA PENUH DI SINI.
Iran seru negara Islam boikot Israel
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyeru negara-negara Islam untuk menghentikan eksport minyak dan makanan ke Israel serta menuntut penamatan pengebomannya di Semenanjung Gaza.
Pemerintah ulama Iran telah memberi amaran kepada Israel tentang peningkatan serangan jika Zionis itu gagal menamatkan pencerobohan terhadap rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI.
320 warga asing tinggalkan Gaza menuju Mesir
Sekurang-kurangnya 320 pemegang pasport asing serta sejumlah mangsa perang Gaza yang cedera meninggalkan wilayah bergolak di Palestin melintasi sempadan Rafah - satu-satunya pintu penghubung dengan negara jiran Mesir pada Rabu.
Kumpulan itu merupakan yang pertama mendapat kebenaran berbuat demikian hasil daripada perjanjian yang dicapai melalui perantara kerajaan Qatar, kata sumber pihak berkuasa Mesir serta pegawai-pegawai kanan Palestin.
BERITA PENUH DI SINI.
Keganasan peneroka haram Israel meningkat di Tebing Barat - OCHA
Lebih 800 penduduk Palestin telah kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah peningkatan keganasan dan serangan peneroka haram Zionis Israel di Tebing Barat, sejak 7 Oktober.
Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(OCHA), daripada jumlah itu, seramai 300 kanak-kanak terkesan.
BERITA PENUH DI SINI.
Iran beri amaran akan kesan buruk jika Gaza terus diserang
Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian mengeluarkan satu lagi amaran terhadap pengeboman berterusan Israel di Gaza ketika ini yang terus berpanjangan memasuki minggu ketiga.
Dalam satu sidang media bersama Menteri Luar Turki di Ankara, Hossein berkata, jika gencatan senjata segera tidak berlaku di Gaza dan serangan pantas oleh Amerika Syarikat (AS) dan rejim Zionis berterusan, maka akibatnya akan menjadi dahsyat.
BERITA PENUH DI SINI.
Serangan ke atas kem pelarian boleh dianggap “jenayah perang” - PBB
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan bahawa serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalya di Gaza "boleh dianggap sebagai jenayah perang."
"Berikutan jumlah besar kematian orang awam dan tahap kehancuran selepas serangan udara Israel ke kem pelarian Jabalya, kami mempunyai kebimbangan serius bahawa ini adalah serangan yang tidak sewajarnya dan boleh dianggap sebagai jenayah perang," kata pejabat tersebut dalam hantaran di media sosial pada Rabu.
BERITA PENUH DI SINI.
Perang Palestin-Israel: Penyelesaian dua negara diperlukan - Pope Francis
Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis menegaskan, penyelesaian dua negara diperlukan untuk Israel dan Palestin.
Dalam masa sama, perang kebiasaannya, jelas Francis, merupakan kekalahan.
BERITA PENUH DI SINI.
White House elak kritik tindakan Israel serang kem pelarian di Gaza
Pejabat pentadbiran Amerika Syarikat (AS), White House berterusan mengelak daripada mengkritik tindakan tentera Israel di Gaza, termasuk serangan ke atas kem pelarian yang meragut berpuluh-puluh nyawa rakyat Palestin pada Selasa lalu.
White House menegaskan, AS tidak akan memberi sebarang maklum balas terhadap apa sahaja perkembangan terbaharu di wilayah peperangan antara Israel dan Hamas itu.
BERITA PENUH DI SINI.
Perang Palestin-Israel: 33 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Begitu ramai wartawan maut sejak minggu pertama perang tercetus antara Israel-Hamas di Gaza berbanding jumlah korban dalam beberapa konflik lain di wilayah itu sebelum ini sejak 1992, kata Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ).
Menurut CPJ, sehingga hari ini (2 November), seramai 33 wartawan dilaporkan terbunuh, manakala lapan orang lagi cedera, sementara sembilan lagi hilang atau telah ditahan, kata CPJ dalam kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial X.
BERITA PENUH DI SINI.
Pegawai perubatan Palestin gali kawasan runtuhan cari penduduk terselamat
Para pegawai perubatan Palestin menggali kawasan runtuhan dengan harapan mencari penduduk Gaza yang masih hidup pada Rabu.
Ia dilakukan selepas pasukan Israel meletupkan perkhemahan Jabalia, perkhemahan pelarian terbesar Gaza, dengan menyatakan bahawa tentera sedang menyerang kubu utama Hamas.
BERITA PENUH DI SINI.
Polis Israel turut belasah warga Yahudi yang anti-Zionis
Israeli police on Wednesday raided the anti-Zionist Jewish neighborhood in occupied #Jerusalem to take down Palestinian flags and brutally attacked anti-Zionist Jews, knocking them down on the road, hitting, and punching them in the face.#Palestine pic.twitter.com/FRerd6nL8F
— Quds News Network (@QudsNen) November 1, 2023
Inilah kesan kemusnahan oleh Israel yang memberi alasan 'mempertahan diri'...
This is a portrayal of what "Israeli self-defense" appears to be..#Gaza #Israel pic.twitter.com/0kfA4kxmhv
— Quds News Network (@QudsNen) November 1, 2023
Mesir terima penduduk Gaza yang cedera melalui lintasan sempadan Rafah
Mesir pada Rabu menerima penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza yang mengalami kecederaan melalui lintasan sempadan Rafah, satu-satunya pintu penghubung antara Mesir dan wilayah itu, menurut sumber keselamatan pada Rabu.
Kumpulan pertama sejumah 81 penduduk yang cedera akan memasuki Mesir hari ini.
BERITA PENUH DI SINI
Malaysia tidak akan berhenti pengaruhi negara lain untuk sokong Palestin
Malaysia tidak akan berhenti melakukan libat urus dan berusaha mempengaruhi negara-negara lain dalam menyokong perjuangan Palestin dan mengutuk dengan keras kekejaman rejim Zionis, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata Malaysia perlu meneruskan usaha mempengaruhi bukan sahaja dengan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) malah Kumpulan 77 Negara (G77) dan Negara-Negara Berkecuali (NAM) untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Bantuan kemanusiaan perlu disampaikan ke Gaza - Mark Rutte
Perdana Menteri Belanda Mark Rutte mengulangi keperluan untuk melaksanakan gencatan senjata kemanusiaan dalam konflik Palestin-Israel yang berlaku sekarang ini untuk membolehkan bantuan segera dan perlu sampai ke Gaza.
Beliau menekankan pentingnya tindakan itu kerana jumlah bantuan yang dihantar sekarang ini tidak mencukupi dan perlu ditingkatkan secara besar-besaran secepat mungkin, dengan Rafah membuka pintunya lebih luas untuk membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan masuk.
BERITA PENUH DI SINI
Hospital pesakit kanser tidak lagi beroperasi - Pengarah
Dalam kenyataan kepada TV Al-Aqsa, pengarah Hospital Persahabatan Turki (TIKA) mengumumkan bahawa kemudahan itu telah kehabisan bahan api, menyebabkan ia tidak lagi beroperasi.
"Jangan biarkan pesakit kanser menunggu kematian kerana hospital tidak beroperasi," kata Sobhi Skeik.
Kementerian kesihatan Palestin juga mengesahkan bahawa hospital TIKA berhampiran Nitzarim di Gaza telah menghentikan operasi kerana kehabisan bahan api selain telah dibom sebanyak dua kali.
Ia juga memberi amaran bahawa Al-Shifa, hospital utama di Gaza, mempunyai baki bahan api kurang daripada 24 jam.
Korban di Gaza meningkat kepada 8,796
Kementerian Kesihatan Gaza menyemak semula angka kematian kepada 8,796.
Jumlah itu termasuk 3,648 kanak-kanak dan 2,290 wanita.
Sejumlah 22,219 yang lain pula cedera.
Terdapat 2,030 laporan orang hilang, termasuk 1,120 kanak-kanak yang tertimbus di bawah runtuhan dan belum ditemukan.
Seramai 130 paramedik dan kru perubatan terbunuh, 28 ambulans dimusnahkan, dan lebih 270 serangan ke atas sistem penjagaan kesihatan.
Sebanyak 16 hospital (daripada 35) tidak beroperasi, dan 51 daripada 72 klinik penjagaan kesihatan primer telah ditutup.
Di Tebing Barat yang Diduduki, 128 rakyat Palestin telah terbunuh, dan lebih 1,980 cedera.
Sumber: Al Jazeera
Pakistan, Maldives sifatkan serangan Israel ke atas kem di Gaza satu jenayah perang
Pakistan dan Maldives mengecam serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Gaza dan menganggapnya sebagai satu jenayah perang.
"Serangan itu adalah yang terbaharu dalam siri jenayah perang yang dilakukan terhadap penduduk Gaza. Ia juga menekankan kepentingan gencatan senjata tanpa syarat untuk melindungi orang awam daripada lebih banyak pembunuhan."
BERITA PENUH DI SINI
[VIDEO] Langsung dari lintasan Rafah
Ini statistik pilu dari kempen genosid Israel
These are the latest statistics of the Israeli genocide campaign in Gaza until yesterday, 31 October 2023, released by the Euro-Med Monitor.#GazaGenocide pic.twitter.com/cGxlhYcWzm
— Eye On Palestine (@_EyeOnPalestine) November 1, 2023
RSF fail aduan jenayah perang terhadap wartawan
?RSF files complaint with ICC for war crimes against journalists in #Palestine & #Israel. The scale & gravity of the crimes targeting reporters, especially in #Gaza, call for a priority investigation by ICC. We have been calling for this since 2018.?https://t.co/subq3ZZKYZ pic.twitter.com/Ohi5xE7rHI
— RSF (@RSF_inter) November 1, 2023
Israel tidak hirau keselamatan tebusan - Hamas
Israel didakwa tidak menghiraukan keselamatan tahanan di Gaza, tanpa mengira kewarganegaraan mereka.
Pegawai Hamas Ghazi Hamad berkata tindakan tentera Israel melakukan pengeboman dengan sewenang-wenangnya walaupun pihaknya sudah bersedia membebaskan tawanan bukti kekejaman rejim zionis itu.
"Kami mengesahkan kesediaan kami untuk membebaskan tahanan asing, tetapi Israel menghalangnya.
“Keutamaan kami sekarang adalah untuk menghentikan pencerobohan Israel, pembunuhan besar-besaran,” kata Hamad dalam satu kenyataan kepada Al Jazeera.
Serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia telah mengorbankan tujuh tebusan awam, termasuk tiga pemegang pasport asing.
Siapa dalam senarai dibenar keluar melalui lintasan Rafah?
Pihak berkuasa sempadan Gaza menerbitkan pautan senarai kira-kira 500 orang dibenar memasuki ke Mesir melalui persimpangan Rafah.
Senarai itu termasuk warga Palestin yang turut memegang dua kewarganegaraan antaranya Jepun, Austria, Bulgaria, Indonesia, Jordan, Itali, Greek, Australia, dan Czech.
Selain itu, warga asing yang memegang pasport dari Sepanyol, Itali, Filipina, Haiti, Jerman, AS, Taiwan, Jepun, Austria, Mexico, Perancis, Kenya, Nigeria, Afrika Selatan, Armenia, Uganda, Ghana , Jordan, Sierra Leone, Ukraine, Republik Czech, New Zealand dan Australia yang bertugas untuk beberapa NGO di Gaza.
'Kekecohan' di lintasan Rafah
Keadaan di lintasan Rafah dilapor agak kecoh apabila orang ramai berebut untuk keluar dari Gaza.
Ramai yang datang ke sini namun hampa apabila nama mereka tiada dalam senarai.
Mereka bagaimanapun berkeras untuk keluar dari Gaza hari ini, lapor wartawan Al Jazeera di lokasi.
Belanda hormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin - Anwar
Belanda menghormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin serta bersetuju perlu ada langkah segera untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte ketika mereka mengadakan pertemuan di Seri Perdana di sini hari ini sempena lawatan kerja dua hari Rutte ke Malaysia.
BERITA PENUH DI SINI
Ambulans bawa rakyat Palestin cedera memasuki Mesir
Rakaman langsung dari persimpangan Rafah menunjukkan ambulans membawa rakyat Palestin yang cedera memasuki Mesir dari Gaza.
Seramai 81 rakyat Palestin yang cedera selain warga asing atau pemegang dua kewarganegaraan akan dibenar meninggalkan Gaza melalui lintasan Rafah.
Mesir dirayu aktifkan perayauan mudah alih
Menteri Komunikasi Palestin merayu kepada pihak berkuasa di Mesir untuk mengaktifkan perkhidmatan perayauan mudah alih berdekatan sempadan Gaza.
"Kami merayu kepada saudara-saudara kami di Mesir untuk menyegerakan satu-satunya pilihan yang ada, dalam menghadapi situasi kemanusiaan yang kritikal ini, yang tidak dapat menanggung lagi kehilangan komunikasi," katanya dalam satu kenyataan.
Awal minggu ini, Vodafone Egypt berkata ia akan menyediakan stesen mudah alih di sempadan Gaza untuk membantu memulihkan perkhidmatan internet, berikutan perjanjian antara pihak berkuasa Mesir dan Palestin.
Tujuh tawanan maut serangan bom di kem pelarian Jabalia
Hamas berkata, serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia pada Selasa membunuh tujuh tebusan awam, termasuk tiga pemegang pasport asing.
Hamas berkata sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan 400 cedera dalam serangan itu.
Hamas setakat ini telah membebaskan empat orang awam antara 239 yang dipercayai ditahan.
50 rakyat Palestin ditahan di Tebing Barat
Persatuan Tahanan Palestin memberitahu Al Jazeera sekurang-kurangnya 50 rakyat Palestin telah ditahan malam tadi di Tebing Barat yang diduduki.
Beberapa rumah tahanan Palestin yang dibebaskan di Baitulmaqdis Timur yang diduduki turut diserbu.
Wang tunai, kereta, dan barang-barang lain telah dirampas, kata pertubuhan itu.
Pihak berkuasa umum senarai 500 orang awam dibenar keluar dari Gaza
Lintasan Rafah dibuka untuk orang awam
Lintasan Rafah dibuka dari Gaza buat pertama kali sejak permulaan perang pada 7 Oktober.
Orang ramai dilihat mula menyeberang masuk ke Mesir dari Gaza.
Mesir membuka lintasan Rafah untuk membenarkan pemindahan 81 rakyat Palestin yang cedera parah, dan ratusan warga asing atau rakyat Palestin yang mempunyai dua kewarganegaraan.
Mereka menerima maklumat daripada kedutaan melalui Palang Merah untuk keluar melalui lintasan Rafah.
Persimpangan Rafah mungkin dibuka untuk warga asing hari ini
Persimpangan sempadan Rafah di antara Gaza dan Mesir berkemungkinan dibuka hari ini untuk kumpulan pertama warga asing, kata Setiausaha Luar Britain James Cleverly.
"Pasukan UK bersedia untuk membantu warga Britain sebaik sahaja mereka benarkan beredar," katanya di akaun media sosial X.
Pada Selasa, Setiausaha Negara AS Antony Blinken berkata kira-kira 400 rakyat Amerika dan ahli keluarga mereka -- kira-kira 1,000 orang secara keseluruhan -- terperangkap di Gaza dan berusaha untuk meninggalkan wilayah bergolak itu di tengah-tengah usaha diplomatik untuk membantu mereka.
Persimpangan Rafah mungkin dibuka - Setiausaha Luar Britain
The Rafah crossing is likely to open today for a first group of foreign nationals.
— James Cleverly?? (@JamesCleverly) November 1, 2023
UK teams are ready to assist British nationals as soon as they are able to leave.
It’s vital that lifesaving humanitarian aid can enter Gaza as quickly as possible.
Ambulans tiba di persimpangan Rafah
Kira-kira 80 ambulans dari Mesir tiba di sempadan Rafah dengan Gaza pada pagi Rabu untuk menerima pesakit Palestin yang cedera, seorang pegawai sempadan Mesir memberitahu CNN.
Pesakit itu akan menjadi kumpulan rakyat Palestin pertama yang dibenarkan keluar dari Gaza sejak perang bermula lebih tiga minggu lalu, jika mereka menyeberang ke Mesir.
Terdahulu, seorang pegawai sempadan Mesir memberitahu CNN bahawa lintasan itu akan dibuka untuk membolehkan 81 rakyat Palestin yang cedera dari Gaza menerima rawatan di hospital Mesir.
Pengarah hospital Al Shifa di Gaza, Dr Mohammed Abu Silmiyeh memberitahu CNN kebanyakan pesakit memerlukan pembedahan di bilik bedah, satu prosedur yang tidak terdapat di wilayah itu.
Negara Arab kecam serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Gaza
Negara-negara Arab mengutuk serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia di utara Gaza pada Selasa hingga menyebabkan ratusan terbunuh dan cedera, lapor Agensi Anadolu.
Arab Saudi menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap kem Jabalia.
BERITA PENUH DI SINI
Pegawai kesihatan Gaza rayu bahan api segera untuk hospital
Kementerian Kesihatan di Gaza menyeru "sesiapa sahaja yang mempunyai sebarang kuantiti bahan api untuk membekalkannya ke kompleks al-Shifa dan Hospital Indonesia".
Al-Shifa ialah kompleks perubatan terbesar di Semenanjung Gaza, manakala Hospital Indonesia terletak di bahagian utara.
Korban serangan udara Israel di Khan Younis meningkat
Angka korban dalam serangan Israel ke atas Khan Younis meningkat daripada lima kepada 12, sumber perubatan memberitahu Al Jazeera.
Dua bangunan kediaman menjadi sasaran tentera Israel sebelum atau sekitar subuh.
Puluhan rakyat Palestin turut cedera dalam serangan itu.
Arab Saudi kutuk serangan Israel ke atas kem pelarian Gaza
Arab Saudi pada Rabu mengecam "serangan tidak berperikemanusiaan" oleh tentera Israel ke atas kem pelarian Jabalya di utara Gaza.
“Kerajaan Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan oleh tentera pendudukan Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Semenanjung Gaza yang dikepung, yang menyebabkan kematian dan kecederaan sebilangan besar orang awam yang tidak bersalah.
"Kerajaan mengutuk dan menolak sama sekali penyasaran berulang oleh pasukan penceroboh Israel di kawasan awam yang padat penduduk, dan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang berterusan," kata Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan di X.
Serangan Israel yang menyasarkan seorang komander Hamas di kem padat penduduk pada Selasa itu membunuh sejumlah besar orang awam dan menyebabkan kerosakan yang dahsyat, menurut saksi dan pegawai perubatan di kawasan itu.
Jalan di Tebing Barat dirosakkan
قوات الاحتلال الإسرائيلي تجرف شوارع وتحدث دمارا كبيرا خلال اقتحامها مخيم جنين بالضفة الغربية #فيديو #حرب_غزة pic.twitter.com/2TXDxbPI37
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) November 1, 2023
Jumlah mangsa terkini
Gaza
Terbunuh: 8,525
Cedera: 21,543
Tebing Barat yang diduduki
Terbunuh: 127
Cedera: 1,980
Israel
Terbunuh: 1,405
Cedera: 5,431
*Angka sejak 7 Oktober
59 trak sarat bantuan masuk ke Gaza - PRCS
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) pada Selasa berkata sebanyak 59 trak bantuan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.
"Kru kami telah menerima pada malam ini sebanyak 59 trak sarat dengan bantuan melalui lintasan sempadan Rafah," Agensi Anadolu (AA) memetik pertubuhan kemanusiaan itu dalam satu kenyataan.
BERITA PENUH DI SINI
Enam trak bawa bantuan dari Jordan selamat tiba di Tebing Barat
Trak yang membawa ubat-ubatan dan peralatan perubatan dari Jordan selamat tiba di gudang Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah pada petang Selasa, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Jordan menghantar enam trak bantuan melalui persimpangan Karama pada awal Selasa atas titah Raja Abdullah.
BERITA PENUH DI SINI
Pengarah Hak Asasi Manusia PBB letak jawatan tunjuk bantahan
Channel 4 dedah penghapusan etnik di Tebing Barat
Channel 4 expose ethnic cleansing in West Bank.
— Howard Beckett (@BeckettUnite) October 31, 2023
Hamas are not in the West Bank.
It is not defence. It is genocide.pic.twitter.com/UrP34xMAAK
Akses internet di Gaza disekat semula
They cut off the internet in Gaza again. pic.twitter.com/w37GMXg0Zb
— dunia ?? (@missfalasteenia) November 1, 2023
'Selesaikan konflik, ambil kira ruang lingkup perubahan iklim'
Kelab Belia Prihatin Malaysia menggesa gencatan senjata terhadap Perang Palestin dan Israel dilakukan dengan segera demi mengelakkan kesan buruk perubahan iklim dunia.
Menurut Setiausaha Agung Kelab Belia Prihatin Malaysia, Rijal Rozman, peperangan ini juga menyebabkan pelepasan karbon buruk dengan kadaran yang banyak.
BERITA PENUH DI SINI
"Ketiga-tiga anak saya sudah tiada!"
“My three children are all gone!”
— Middle East Eye (@MiddleEastEye) November 1, 2023
A Palestinian man in Gaza breaks down as he cries out that his three children were killed in an Israeli air strike in the Jabalia refugee camp in #Gaza on Tuesday pic.twitter.com/unoWlaLJM1
Malaysia hargai 121 negara yang memperjuang nasib Gaza dalam sesi tergempar UNGA
Malaysia menghargai 121 negara yang berani untuk bersuara demi kemanusiaan dan menyokong resolusi Gaza yang ditaja oleh Jordan, bersama dengan 46 negara lain termasuk Malaysia, yang menyeru untuk gencatan senjata segera dan berkekalan antara Israel dan Hamas di Gaza.
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Datuk Ahmad Faisal Muhamad berkata resolusi yang diluluskan semasa Sidang Khas Tergempar ke-10 (ESS) Majlis Agung PBB (UNGA) itu juga merupakan langkah penting pertama yang diambil di PBB, membawa kembali sinar harapan, dan kepercayaan dalam proses multilateral.
BERITA PENUH DI SINI.
Pegawai PBB letak jawatan sebagai langkah bantahan kepada PBB
Pengarah Badan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Craig Mokhiber, meletakkan jawatan sebagai bantahan ke pertubuhan itu yang disifatkan gagal dalam menjalankan tugas menghalang pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin di Gaza oleh rejim Israel.
Dalam surat perletakkan jawatannya, Mokhiber berkata Amerika Syarikat (AS), UK dan sebahagian kuasa besar Eropah bersubahat sepenuhnya dalam serangan ngeri berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI.
Duta Chile, Columbia di Israel diarah pulang susulan serangan terbaharu zionis
Selepas kerajaan Bolivia membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, dua buah lagi negara iaitu Chile dan Colombia turut menyatakan kekesalan dengan tindakan rejim zionis ke atas rakyat Palestin.
Tidak menunggu lama, Chile mengeluarkan arahan memanggil semula dutanya ke Israel berikutan pelanggaran yang 'tidak dapat diterima.'
BERITA PENUH DI SINI.
"Kami semua rakyat Palestin"
Thousands march in Dublin Ireland — "We are all Palestinians" ??❤️#FreePalestine #النصر_الاتفاق #GazaGenoside #Gaza_under_attack #GazaGenocide #Gaza_Genicide #ابو_عبيدة #GazaUnderFire #StopGenocideInGaza #Palestine #FreePalaestine #Yemen Yemen 400 Palestinians Cristiano… pic.twitter.com/e0fKImaevc
— Shekh Sonu Khan (@slionshekh) November 1, 2023
Lagi bantuan Malaysia sampai ke tangan penduduk Gaza
Tabung Kecemasan Palestin menyalurkan sumbangan awal pek makanan bernilai AS$10,000 (RM47,650) buat mangsa perang di Gaza ketika ini.
Kutipan itu adalah hasil tabungan yang dilancarkan Pasar Raya Econsave Cash and Carry Sdn Bhd (Econsave) dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) Johor pada 14 Oktober lalu.
BERITA PENUH DI SINI.
Penduduk London gesa gencatan senjata di Gaza
?Liverpool St station occupied today in support of Palestine & to demand a ceasefire.#CeasefireForGaza #jabalia #IsraelTerorrist #Gaza_Genocide #مجزره_جباليا
— Alice ?️ (@Alicecdqai) November 1, 2023
#jabalia_massacre #StopGenocideInGaza #Gaza #GazaWar #Gaza_under_attack #Palestine #FreePalestine pic.twitter.com/CQxeungXZC
China didakwa hapus nama Israel dalam peta digital
Dua syarikat gergasi teknologi China telah menghapuskan nama Israel dalam peta digitalnya selepas pengguna menyedari tiada nama negara haram itu di enjin pencarian Baidu dan Alibaba.
Di peta digital Baidu hanya terdapat garis-garis sempadan dan kota utama yang diakui di peringkat antarabangsa.
BERITA PENUH DI SINI.
Mesir runding untuk selesaikan krisis kemanusiaan di Gaza
Mesir kini berunding dengan semua pihak untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan yang belum pernah berlaku di Gaza.
Menurut Perdana Menterinya Mostafa Madbouly, semua agensi kerajaan kini bekerja keras untuk membantu penduduk yang tidak berdosa di Genting Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
PBB rayu penduduk awam terperangkap dalam perang Palestin-Israel dilindungi
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengulangi rayuan supaya penduduk awam yang terperangkap dalam perang Palestin-Israel dilindungi.
Beliau juga menekankan kepentingan semua pihak melaksanakan langkah-langkah perlu bagi tujuan itu.
BERITA PENUH DI SINI.
Hanya 1 peratus bantuan sampai ke penduduk Gaza
Hanya satu peratus bantuan kemanusiaan memasuki Gaza dapat membantu penduduknya, mesikpun terdapat peningkatan aliran bekalan.
Situasi ini disebabkan kekurangan bahan api yang kritikal menyebabkan pengagihan makanan dan bekalan perubatan menjadi semakin sukar.
BERITA PENUH DI SINI.
Setiausaha Negara AS kembali ke Israel Jumaat ini
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dilaporkan akan sekali lagi berkunjung ke Israel pada Jumaat ini.
Blinken dijangka mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan Israel selain membuat beberapa kunjungan lain di rantau berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
Bolivia putuskan hubungan diplomatik dengan Israel
Kerajaan Bolivia membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel susulan pelancaran operasi ketenteraan negara itu ke atas Gaza.
‘Kegilaan’ Israel mengambil tindakan sedemikian dibidas oleh Timbalan Menteri Luar Bolivia, Freddy Mamani.
BERITA PENUH DI SINI.
Hamas akan bebaskan tahanan asing dalam masa terdekat
Pergerakan Hamas memaklumkan ia akan membebaskan beberapa tahanan asing dalam tempoh terdekat.
Ia disahkan jurucakap sayap tentera Brigade Al Qasam, Abu Ubaida menerusi saluran Telegram.
BERITA PENUH DI SINI.
Wanita, kanak-kanak majoriti mangsa serangan terbaharu Israel
Sejumlah besar mangsa serangan terbaharu Israel ke atas kem pelarian di Jabalya, Gaza pada Selasa dikejarkan ke Hospital Indonesia, di sini, untuk dirawat.
Menurut pengarah di hospital berkenaan, Dr Mohamed El Ron, pusat perubatan itu menerima sekitar 400 mangsa yang serangan merangkumi yang cedera serta meninggal dunia.
BERITA PENUH DI SINI.
50 terbunuh dalam serangan kem pelarian Jabalya
Sekurang-kuranganya 50 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu zionis Israel ke atas kem pelarian terbesar, Jabalya di Semenanjung Gaza pada Selasa.
Dalam masa sama, ratusan lagi mangsa dilaporkan cedera dalam serangan yang memusnahkan penempatan yang sarat dengan pelarian Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Kemusnahan di kem Jabalya: 'Saya kehilangan tiga anak!'
A Palestinian father screaming in agony: “I lost my three children”.
— PALESTINE ONLINE ?? (@OnlinePalEng) October 31, 2023
Israel has completely demolished the most densely populated area of the Jabalya refugee camp in Gaza, using six one-ton American bombs.#Jabalia_massacre pic.twitter.com/nRTUZaMp5D
Kemusnahan di kem pelarian Jabalya akibat serangan Israel
WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menasihatkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal agar hanya membuat kenyataan perkara-perkara yang diketahui sahaja.
Mohamed Nazri memberikan nasihat tersebut susulan dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa demarche (tata tindak) daripada pihak Amerika Syarikat terhadap Malaysia bukan bermaksud ugutan.
BERITA PENUH DI SINI
'Saya telah minta Menteri Luar hubungi Turkiye, Arab Saudi' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghubungi pihak Turkiye dan Arab Saudi untuk menyatakan kewajaran mengadakan sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
"Sidang ini juga harus melibatkan negara-negara seperti Brazil, Rusia dan China yang menyatakan sikap tegas menentang keganasan Israel," katanya.
BERITA PENUH DI SINI
Kita salurkan bantuan kecemasan, bina semula Gaza baru - Aman Palestin
Jangan politikkan penjawat awam bersolidariti dalam isu Palestin
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa agar solidariti yang ditunjukkan oleh penjawat awam terhadap kesengsaraan rakyat Palestin tidak dikecam atau dipolitikkan.
Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat berkata ini kerana tiada sebarang sekatan ke atas penjawat awam termasuk institusi pendidikan dalam menunjukkan sokongan terhadap tragedi kemanusiaan yang sedang menimpa rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Aman Palestin: 'Kita salurkan bantuan kecemasan, mahu bina semula Gaza yang baharu selepas perang'
Sudah 25 hari berlakunya perang antara pejuang Hamas dan Israel, dan angka kematian rakyat Palestin di Gaza terus meningkat saban hari akibat kekejaman rejim Zionis membedil kediaman-kediaman orang awam.
Di sebalik usaha rejim Zionis untuk melumpuhkan sepenuhnya Gaza, bantuan kemanusiaan terus dilancarkan masyarakat antarabangsa bagi membela nasib rakyat Palestin di wilayah itu.
BERITA PENUH DI SINI
Solidariti Gaza: Turkiye gunakan pentas World Cities Day
Sasar hospital jelas langgar undang-undang kemanusiaan antarabangsa - PBB
Menyasarkan hospital "menyamai pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa", kata jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB Elizabeth Throssell di Geneva.
Menjawab pertanyaan lain mengenai dakwaan bahawa Hamas menggunakan hospital sebagai perisai manusia, dia berkata "unit perubatan mesti dilindungi" tanpa mengira tindakan kumpulan pejuang pembebasan Palestin itu.
Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Christian Lindmeier mengulangi kenyataan Throssell, dengan mengatakan bahawa kemudahan kesihatan tidak boleh menjadi sasaran.
Israel 'sengaja' sasar hospital - Kementerian Kesihatan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata Israel terus-menerus menyasarkan hospital dan pusat perubatan di Semenanjung yang terkepung.
“Pelanggaran terhadap pasukan perubatan masih berterusan.
"Seratus tiga puluh kakitangan perubatan telah kehilangan nyawa mereka,” kata Ashraf al-Qudra, jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, dalam sidang akhbar.
“Israel terus menyerang institusi perubatan dengan sengaja. Lima puluh tujuh institusi perubatan setakat ini telah terjejas.
"Tiga puluh dua pusat perubatan tidak beroperasi kerana disasarkan atau kekurangan bahan api.
“Hospital Turki-Palestin telah disasarkan secara langsung dan sebahagian daripadanya musnah.
"Ramai pesakit kanser mengalami serangan panik disebabkan itu."
Israel hilang dari platform peta syarikat China
Perkataan "Israel" hilang pada platform pemetaan digital gergasi teknologi Baidu dan Alibaba.
Portal Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa, walaupun peta dalam talian bahasa Cina Baidu menunjukkan Israel dan wilayah Palestin, nama Israel bagaimanapun tidak dipapar secara jelas.
Situasi sama berlaku di platform Amap milik Alibaba, kata WSJ.
Tidak dipastikan sama ada "Israel" dipaparkan sebelum serangan 7 Oktober.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 8,525
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata 8,525 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan udara Israel sejak 7 Oktober.
Angka itu termasuk 3,542 kanak-kanak.
WHO beri amaran bencana kesihatan di Gaza
Seorang wakil dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran keras bahawa Gaza berada di ambang "malapetaka kesihatan awam" disebabkan oleh kesesakan, perpindahan yang meluas, dan kerosakan teruk kepada kemudahan air dan sanitasi.
Sementara itu, jurucakap agensi kanak-kanak PBB pada sidang akhbar yang sama menyatakan kebimbangan mengenai potensi kematian bayi disebabkan oleh dehidrasi, kerana hanya 5 peratus daripada bekalan air biasa boleh diakses.
Gaza jadi 'kuburan kanak-kanak'
Kira-kira 3,500 kanak-kanak telah terkorban dalam perang setakat ini, kata Kementerian Kesihatan Gaza.
Pandangan itu turut disuarakan agensi di bawah PBB, UNICEF.
Menurut jurucakap UNICEF James Elder pada taklimat akhbar PBB di Geneva, kanak-kanak di Gaza mati bukan sahaja akibat serangan udara Israel, tetapi juga kerana kekurangan rawatan perubatan.
“Gaza telah menjadi tanah perkuburan kanak-kanak,” tegas Elder.
Elder dalam pada itu mengulangi gesaan agar gencatan senjata dilaksanakan segera selain akses kemanusiaan kepada bekalan untuk di wilayah itu.
Sementara itu, jurucakap UNICEF itu berkata sekurang-kurangnya 940 kanak-kanak dilaporkan hilang di Gaza.
Tambahnya, dehidrasi bayi adalah ancaman yang semakin meningkat dengan hanya lima peratus daripada pengeluaran air biasa.
Jordan gesa 'malapetaka kemanusiaan' dihentikan segera
Menteri Hal Ehwal Luar Jordan Ayman Safadi menggesa agar "malapetaka kemanusiaan" di Gaza dihentikan segera.
Beliau menggesa pelaksanaan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam konflik Hamas-Israel.
Safadi juga menekankan keperluan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dengan segera dan secukupnya ke Gaza.
Pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata 8,306 orang - termasuk 3,457 kanak-kanak bawah umur - telah terbunuh dalam serangan Israel.
38 rakyat Palestin ditahan di Tebing Barat - IDF
Tentera Israel (IDF) mendakwa 38 rakyat Palestin yang dikehendaki telah ditangkap dan senjata mereka dirampas dalam serbuan di Tebing Barat yang diduduki malam tadi.
Difahamkan lapan orang yang ditangkap dalam serbuan itu adalah anggota Hamas.
Pihak tentera dilapor bekerjasama dengan perkhidmatan perisikan Israel semasa operasi.
Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Kelab Tahanan Masyarakat Palestin sebelum ini berkata tentera Israel menahan 60 rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki malam tadi dan waktu pagi.
Pejuang Houthi mengaku lancar serangan dron ke atas Israel
Pejuang Houthi di Yaman yang disokong Iran mengaku bertanggungjawab melancarkan dron ke Israel sebagai tindak balas terhadap perangnya ke atas Gaza.
“Dron ini milik negeri Yaman,” kata Abdelaziz bin Habtour, perdana menteri kerajaan Houthi, kepada agensi berita AFP.
Terdahulu, sebuah kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) ditembak jatuh di atas Laut Merah semasa mendekati Israel.
Turki jadikan perasmian World Cities Day pentas solidariti buat Gaza
Meskipun UN-Habitat mengangkat isu pendanaan dalam pembangunan lestari bagi meraikan World Cities Day, namun Turki menggunakan pentas ini sebagai solidariti untuk Gaza.
Setiap peluang dan ruang digunakan dengan sebaik mungkin dalam upacara perasmian melalui persembahan dan ucapan pemimpin Turki bagi menyatakan gesaan menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Turki, Malaysia jalin kerjasama erat mengenai isu Palestin
Turki menjalin kerjasama erat dengan Malaysia berhubung isu Palestin, termasuk penyelarasan bantuan kemanusiaan ke Gaza, kata Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Diplomat itu berkata perkara berkenaan turut dibincangkan antara Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan dua hari beliau ke Turkiye pada 21 Oktober.
BERITA PENUH DI SINI
PRCS urus lebih 2,580 kematian di Gaza
?Since the beginning of the escalation, @PalestineRCS teams have dealt with 2,580 martyrs and 7,667 injuries in #Gaza Strip up to 10am.#Gazabombing #Gazaunderattak #Gaza_Genicide #GazaUnderGenocide pic.twitter.com/dm4ogBiU4b
— PRCS (@PalestineRCS) October 31, 2023
IDF dakwa 240 ditahan di Gaza
Jumlah tawanan yang dipercayai ditahan oleh Hamas di Gaza adalah sebanyak 240 orang.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF) Laksamana Muda Daniel Hagari pada sidang media Selasa berkata 315 askar IDF telah terkorban sejak serangan Hamas pada 7 Oktober.
Bangunan rosak akibat serangan roket dari Gaza - Media Israel
Sebuah bangunan di penempatan barat daya Israel di Nirim rosak selepas terkena roket yang dilancarkan dari Gaza.
Perbadanan Penyiaran Israel melaporkan bahawa tiada mangsa terlibat dalam serangan itu.
Siren amaran kedengaran di pelbagai penempatan berhampiran pagar Gaza.
Israel serang gudang simpanan bekalan makanan
Al Jazeera Arabic melaporkan serangan udara Israel menyasarkan gudang simpanan bekalan makanan dan bahan digunakan orang awam untuk menyalakan api dan memasak di kawasan Tal al-Hawa.
64 kakitangan UNRWA terbunuh di Gaza
As we were preparing remarks of @UNLazzarini to the UN Security Council we received the dreadful news. Our colleague Samir was killed with his wife and EIGHT #children we mourn him and his family. 64 colleagues were killed in #Gaza, @UNRWA will never be the same without them RIP pic.twitter.com/LhrLTPXRxn
— Juliette Touma ⚪️ جولييت توما (@JulietteTouma) October 30, 2023
Malaysia kutuk segala bentuk keganasan - Anwar
Malaysia menolak sekeras-kerasnya segala bentuk keganasan dan mengutuk tindakan membunuh insan tidak berdosa serta menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai tebusan di Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap dalam bahasa Inggeris untuk khalayak antarabangsa pada persidangan Dewan Rakyat dengan kebenaran Yang Dipertua dewan hari ini, Anwar berkata Malaysia juga mengutuk tindakan pengeboman terhadap orang awam, kediaman dan hospital serta pembunuhan beramai-ramai insan yang tidak berdosa, kanak-kanak, wanita dan lelaki yang dilakukan siang dan malam oleh tentera Israel.
BERITA PENUH DI SINI
Tunjuk perasaan pro-Palestin di Filipina
NOW: Groups, individuals troop to the Israel Embassy in Bonifacio Global City, Taguig, this afternoon, October 31, to condemn the continued Israeli occupation of Palestine.
— AlterMidya (@altermidya) October 31, 2023
Protesters are met with police and marshall blockade which immediately started pushing back the civilians. pic.twitter.com/mkdJmn0jub
Putera Mahkota Kuwait kutuk pencerobohan Israel
Putera Mahkota Kuwait Sheikh Meshal al-Ahmad al-Sabah dalam ucapannya:
- Mengutuk pencabulan dan pencerobohan Israel di Gaza.
- Meminta pembukaan lintasan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
- Mengutuk pencerobohan Israel dan pencabulan kejam serta memindahkan penduduk Gaza.
Sumber: Al Jazeera
13 maut dalam serangan udara Israel di tengah Gaza
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam serangan udara Israel malam tadi di tengah Gaza, kata seorang kakitangan di Hospital Al Aqsa Martyrs.
Serangan itu melanda sebuah rumah di al-Zawaida di Deir al Balah, mengorbankan kesemua 13 orang di dalamnya, termasuk kanak-kanak, kata ketua jururawat hospital Dr Khalil Al Dikran kepada wartawan CNN.
Sejumlah 44 mayat di bawah khemah sedang dipersiapkan untuk pengebumian, termasuk 13 yang terbunuh malam tadi.
Mangsa lain terbunuh dalam serangan pada petang Isnin yang melanda dua rumah dan dewan perkahwinan bagi melindungi penduduk yang kehilangan tempat tinggal selepas berpindah dari utara Gaza, kata Dr Khalil.
Beliau menambah bahawa serangan udara pada Isnin di tengah Gaza telah membunuh 31 mangsa.
PM Israel lobi EU untuk desak Mesir terima pelarian dari Gaza
Laporan terbaharu oleh Financial Times menyebut bahawa Netanyahu cuba meyakinkan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) untuk memberi tekanan kepada Mesir supaya mengambil pelarian dari Semenanjung Gaza.
Mereka yang diberi taklimat dalam perbincangan itu memberitahu bahawa idea itu dikemukakan dalam pertemuan dengan pegawai Eropah minggu lalu.
Mereka berkata cadangan itu disuarakan negara seperti Austria dan Republik Czech dalam perbincangan peribadi yang membawa kepada sidang kemuncak pemimpin EU pada Khamis dan Jumaat.
Kuasa besar Eropah seperti Jerman dan Perancis bagaimanapun menolak cadangan itu sebagai tidak realistik, dengan merujuk kepada penentangan pegawai Mesir terhadap idea menerima pelarian dari Gaza, walaupun buat sementara waktu.
Mesir berkali-kali mengatakan bahawa rakyat Palestin tidak seharusnya berpindah dari tanah air nenek moyang mereka.
Israel dakwa bunuh komander Hamas dalam serangan udara
Tentera Israel mendakwa ia berjaya membunuh seorang lagi komander Hamas yang dituduh melakukan serangan 7 Oktober.
Kemas kini tentera di akaun X memaklumkan serangan udara itu mengorbankan Nasim Abu Ajina, komander batalion Beit Lahia di bahagian utara Hamas.
“Pada masa lalu, beliau memerintah tentera udara Hamas, dan mengambil bahagian dalam pembangunan keupayaan dron dan paraglider organisasi itu,” tambah kenyataan itu.
Israel beri amaran kemungkinan pesawat musuh berhampiran Eilat
Siren serangan udara bergema di bandar Laut Merah Eilat.
Tentera Israel berkata amaran itu membabitkan kemungkinan pencerobohan pesawat musuh.
Pihak tentera bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.
Perang Hamas-Israel merebak ke Syria - Utusan khas PBB
Perang Hamas-Israel sedang merebak ke Syria, didorong oleh ketidakstabilan yang semakin meningkat, keganasan dan kekurangan kemajuan ke arah penyelesaian politik dalam konflik, kata utusan khas PBB ke Syria.
Geir Pedersen memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa, selain keganasan dalam konflik Syria, rakyat negara itu kini menghadapi "kemungkinan menakutkan berhubung potensi pergolakan yang lebih meluas" disebabkan konflik tersebut.
“Pertempuran melarat ke Syria bukan sekadar risiko; ia telah pun bermula,” kata Pedersen.
Dia merujuk kepada serangan udara yang dikaitkan dengan Israel mengebom lapangan terbang Syria di Aleppo dan Damsyik beberapa kali, dan tindakan balas oleh AS terhadap apa yang dikatakannya sebagai beberapa serangan ke atas tenteranya "oleh kumpulan yang didakwa disokong oleh Iran, termasuk di wilayah Syria".
Menteri Israel minta rakyat lengkapkan diri dengan senjata
Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menyeru rakyat untuk melengkapkan diri dengan senjata dan bersedia terhadap ancaman.
"Senjata boleh menyelamatkan keluarga," katanya dalam kenyataan yang dipetik oleh Channel 7.
Sejak 7 Oktober, lebih 120 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera dan penceroboh Israel di Tebing Barat yang diduduki, manakala lebih 8,000 orang terbunuh di Gaza.
18 sekeluarga terbunuh dalam serangan Israel di al-Zawayda
Seluruh ahli keluarga terdiri daripada sekurang-kurangnya 18 orang, termasuk datuk, nenek dan cucu, terbunuh dalam serangan udara Israel di al-Zawayda.
Di Rafah pula, sebuah menara kediaman di serang tentera Israel tanpa sebarang amaran.
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam serangan itu.
Pegawai perkhidmatan kecemasan menjangkakan angka kematian akan meningkat susulan beberapa mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan.
31 wartawan terbunuh dalam konflik
Jawatankuasa Melindungi Wartawan memaklumkan bahawa 31 wartawan telah terbunuh dalam konflik di antara Israel dan Hamas.
Dua puluh enam daripada wartawan itu adalah warga Palestin, empat warga Israel, dan seorang warga Lubnan, menurut kumpulan hak asasi itu yang berpangkalan di New York.
Lapan wartawan dilaporkan cedera, sembilan yang lain hilang atau ditahan, kata kumpulan itu sebelum menambah bahawa lebih ramai wakil media meninggal dunia dalam minggu pertama perang berbanding konflik lain sejak 1992.
Tentera Israel bom rumah pemimpin kanan Hamas di Tebing Barat
Tentera Israel dilapor meletupkan sebuah rumah pemimpin kanan Hamas yang terletak di Tebing Barat.
Rejim zionis menyerbu bandar Aroura di Tebing Barat yang diduduki, mengepung rumah keluarga timbalan ketua biro politik Hamas, Saleh Al-Arouri, sebelum memusnahkannya, kata sumber kepada Al Jazeera.
Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat mangsa dalam serangan di Aroura.
Tentera Israel juga menyerbu kem pelarian Aida, Al-Azza dan Dheisheh, memperluaskan serangan pada awal Selasa ke beberapa kawasan lain di Tebing Barat yang diduduki.
Bantuan sudah tiba, namun terhad dan tersekat
Perjuang isu Palestin, Malaysia terima tiga notis AS
Majlis Keselamatan PBB bersidang semula pada Isnin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekali lagi mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin bagi membincangkan konflik terkini ketika pengeboman berterusan tentera penceroboh Israel ke atas Gaza.
Pada sesi berkenaan, Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata hampir 70 peratus mereka yang terkorban di Gaza terdiri kanak-kanak dan wanita.
BERITA PENUH DI SINI
Pihak Berkuasa Palestin rayu Majlis Keselamatan PBB bantu rakyat Gaza
Bercakap di hadapan Majlis Keselamatan PBB pada Isnin, menteri luar Pihak Berkuasa Palestin berkongsi realiti suram yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza susulan operasi darat tentera Israel.
“2.3 juta rakyat Palestin di Gaza berdepan kematian setiap hari dan setiap malam,” kata Menteri Luar Negeri Pihak Berkuasa Palestin Riyad Al-Maliki.
“Selamatkan mereka. Lihatlah mereka sebagai manusia.
"Anda tidak boleh melihat hanya pada satu pihak dan mengabaikan kemanusiaan yang tragis ini sepenuhnya.”
Beliau berkata majoriti penduduk Gaza kini kehilangan tempat tinggal.
“Berpindah dari satu rumah keluarga ke rumah yang lain, dari hospital ke gereja, dari masjid ke sekolah UNRWA.
"Tidur di dalam kereta, tidur di jalanan, dan masih dibunuh ke mana sahaja mereka pergi," katanya sambil menambah bahawa rakyat Palestin berasa seperti tiada lagi tempat selamat di Gaza.
Memetik Yayasan Save the Children, Al-Maliki berkata 3,500 kanak-kanak Palestin telah terbunuh dalam konflik itu dalam tempoh tiga minggu sahaja, melebihi jumlah tahunan kanak-kanak yang terbunuh di zon konflik di seluruh dunia sejak 2019.
Dia mempersoalkan sikap acuh tak acuh Majlis Keselamatan PBB, dan bertanya, "Berapa hari lagi anda akan menunggu untuk mengatakan cukup?"
Beliau menggesa majlis itu menunaikan kewajipannya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Sumber: CNN
Menteri Luar Thailand lawat Qatar, Mesir dalam usaha bebaskan tawanan
Menteri Luar Thailand membuat lawatan ke Qatar dan Mesir sebagai usaha rasmi untuk mencuba dan memastikan pembebasan 22 warga Thailand yang ditahan oleh Hamas.
Menteri Luar Parnpree Bahiddha-Nukara akan bertemu perdana menteri dan menteri luar Qatar pada Selasa, dan mengadakan perbincangan dengan menteri luar Mesir pada Rabu, lapor agensi berita AFP, memetik kenyataan kementerian luar.
Parnpree akan "membincangkan keadaan warga Thai yang menjadi tebusan akibat keganasan yang berterusan di Israel dan Gaza", kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Kira-kira 30,000 orang Thai bekerja di Israel, terutamanya dalam bidang pertanian, apabila Hamas melancarkan serangan pada 7 Oktober.
Kerajaan Thailand berkata 32 rakyatnya terbunuh dan 19 cedera.
Blinken, PM Qatar bincang situasi terkini di Gaza
Spoke with Prime Minister @MBA_AlThani_ about Hamas’ terrorist attacks in Israel, the situation in Gaza, and the need to increase humanitarian assistance for Gaza. We appreciate Qatar’s work to secure the exit of our people from Gaza and the release of hostages held by Hamas.
— Secretary Antony Blinken (@SecBlinken) October 30, 2023
Menteri Arab Saudi usul gencatan senjata dengan penasihat Biden
Met with @JakeSullivan46 to discuss the Saudi-US partnership. I stressed the need for an immediate ceasefire in Gaza, protection of civilians, allowing humanitarian aid, and resuming the peace process. We also discussed the Kingdom’s efforts in Yemen to end the crisis and achieve… pic.twitter.com/C7jRCnzfII
— Khalid bin Salman خالد بن سلمان (@kbsalsaud) October 31, 2023
Beberapa kawasan di Tebing Barat jadi sasaran
اشتباكات مسلحة بين فلسطينيين وقوات الاحتلال الإسرائيلي ببلدة قباطية جنوب جنين بالضفة الغربية#حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/IfsFwyfKom
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) October 31, 2023
Jepun umum sekatan ke atas individu, syarikat berkaitan Hamas
Jepun mengenakan set sekatan baharu terhadap beberapa individu dan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pejuang Hamas yang berpangkalan di Gaza.
Perkara itu disahkan melalui kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Jepun di Tokyo, pada Selasa.
BERITA PENUH DI SINI
Tentera Israel lancar serangan baharu di Tebing Barat
قوات الاحتلال الإسرائيلي تقتحم مدينة الخليل في الضفة الغربية#حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/YrFENRWhDH
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) October 31, 2023
Malaysia terima tiga notis dari AS kerana bertegas isu Palestin
Perdana Menteri mendedahkan Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) disebabkan pendirian tegas negara dalam isu Palestin.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Luar menerima dua notis tata tindak pada 13 dan 30 Oktober lepas dan satu lagi kepada Duta Besar Malaysia ke AS kerana keengganan negara melabel Hamas sebagai pengganas.
BERITA PENUH DI SINI
Hampir 50 masjid di Gaza rosak akibat dibedil tentera Zionis
Operasi Israel di utara Gaza gagal - Hamas
Duta PBB beri amaran bahaya konflik Israel-Palestin
Jangan politikkan isu Palestin, pesan Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan konflik Israel dan Palestin tidak harus sama sekali dipolitikkan.
Menurutnya, beliau berpegang dengan pendirian bahawa isu tersebut meragut banyak nyawa dan beliau enggan terlibat dengan wacana yang sia-sia, yang mempertikaikan dan sinis terhadap tindakannya.
BERITA PENUH DI SINI
Hampir 500 petugas kesihatan terbunuh - WHO
Sekurang-kurangnya 491 orang yang bertugas dalam sektor perubatan dilaporkan terbunuh, manakala 372 lagi cedera dalam perang antara Palestin-Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut WHO, daripada jumlah kematian itu, sekurang-kurangnya 16 petugas kesihatan meninggal dunia dan 30 lagi cedera ketika sedang bertugas.
BERITA PENUH DI SINI
“Perang kali ini bukan mudah” - Menteri Pertahanan Israel
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dengan penuh yakin mendakwa, pembebasan seorang anggota tenteranya daripada tawanan Hamas membuktikan keupayaan mereka memasuki Gaza.
Dakwa Gallant, serangan darat yang dilakukan satu malam di Gaza bagi menyelamatkan tawanan Ori Megidish menjadi “bukti” Israel boleh saja menyelamatkan tebusan yang diketuai Hamas atau didakwa beliau sebagai pasukan pengganas lain.
BERITA PENUH DI SINI
Seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit - NGO
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangs, Save the Children mendedahkan setiap seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit di Gaza dalam perang yang berlanjutan antara Israel dan Hamas.
Jurucakap Save the Children cawangan Palestin, Jason Lee berkata, dalam situasi perang itu juga, seramai 20,000 orang awam cedera dengan satu daripada tiga mangsa merupakan kanak-kanak.
BERITA PENUH DI SINI
Penduduk Palestin bakar roti tepi jalan untuk terus bertahan
Penduduk Palestini dilihat membakar roti di tepi jalan di Khan Yunis disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan makanan daripada kedai berikutan ketiadaan gas memasak.
Beberapa penduduk lelaki Palestin menggunakan penutup logam untuk membakar roti demi kelangsungan hidup selepas Israel menyekat bekalan bahan api, makanan dan ubat yang sepatutnya memasuki wilayah itu.
BERITA PENUH DI SINI
“Kini masanya untuk berperang”
Benjamin Netanyahu dengan tegas menyatakan, Israel tidak akan sama sekali melakukan gencatan senjata dalam usaha mencapai keamanan pada perang dengan Hamas yang berlanjutan hampir empat minggu itu.
Seperti mana Amerika Syarikat (AS) yang juga melakukan perkara sama semasa Jepun menyerang Pearl Harbour pada 1941 dan susulan serangan ke atas menara berkembar World Trade Centre (WTC) serana 11 September 2001, pendirian diambil Israel dalam perang dengan Hamas sama seperti sekutunya.
BERITA PENUH DI SINI
Hospital untuk pesakit kanser juga dibedil!
BREAKING|| Israeli occupation fighter jets directly attack the Turkish Palestinian Friendship hospital, the only hospital for cancer in the #Gaza Strip. pic.twitter.com/SjyThipL9w
— PALESTINE ONLINE ?? (@OnlinePalEng) October 30, 2023
14 maut selepas serangan udara Israel di kawasan perumahan
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas dua kawasan perumahan di Gaza pada Isnin.
Kementerian Dalam Negeri di wilayah yang dikepung itu memaklumkan, serangan itu membedil sebuah rumah di bandar Zawaida yang terletak di timur laut bandar Deir al-Balah pusat.
BERITA PENUH DI SINI
Jokowi kutuk serangan Israel di Gaza, bimbang dengan krisis kemanusiaan
Presiden Joko Widodo mengulangi pendirian pemerintah Indonesia yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi berkata Indonesia amat marah dengan keadaan Gaza yang semakin meruncing, khususnya situasi kemanusiaan.
BERITA PENUH DI SINI
Konflik Palestin-Israel: Pemuda MCA harap resolusi gencatan senjata dicapai
Pemuda MCA berharap resolusi gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza dapat dicapai serta-merta demi keharmonian bersama.
Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon berkata semua pihak perlu mendahulukan keselamatan orang awam, menyelesaikan konflik menerusi dialog, menggerakkan misi bantuan kemanusian dan mematuhi undang-undang antarabangsa.
BERITA PENUH DI SINI
Pesakit dan orang awam di Hospital Indonesia di Gaza gelisah jadi sasaran serangan
BREAKING|| Israeli occupation fighter jets directly attack the Turkish Palestinian Friendship hospital, the only hospital for cancer in the #Gaza Strip. pic.twitter.com/SjyThipL9w
— PALESTINE ONLINE ?? (@OnlinePalEng) October 30, 2023
Gudang simpanan Persatuan Bulan Sabit Merah di Gaza rosak teruk
Damage has been inflicted upon the Central Red Crescent Society's warehouses in Gaza due to the occupation's targeting of the surrounding areas, rendering them inoperative.#Israel #IsraelNewNazim pic.twitter.com/PYSi93uKWZ
— Quds News Network (@QudsNen) October 30, 2023
Kesan kemusnahan akibat serangan Israel
Severe damage to the PRCS Warehouses in the city of #Gaza due to the targeting of the surrounding area
— PRCS (@PalestineRCS) October 30, 2023
⭕️The warehouses are out of service.#Gaza_Genocide#GazaUnderAttack pic.twitter.com/05iMNcxDbX
'Keluar dari Gaza atau keluarga akan mati!' - Tentera Israel beri amaran pada wartawan Al Jazeera
BREAKING: Al Jazeera English says its correspondent in #Gaza has been ordered by the Israeli occupation army to evacuate her house under threat of bombardment.#GazaGenocide pic.twitter.com/i4aq7HcuuT
— Quds News Network (@QudsNen) October 30, 2023
Perkhidmatan internet, telefon terputus di utara Semenanjung Gaza
Perkhidmatan telefon dan Internet terputus di bahagian utara Semenanjung Gaza, umum Palestine Cellular Communications Company (Jawwal) pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
"Dalam beberapa jam kebelakangan ini, beberapa kawasan di utara Semenanjung Gaza mengalami gangguan perkhidmatan akibat kegagalan generator utama di satu daripada stesen utama kami di kawasan Sheikh Radwan.
"Sejak serangan ke atas Semenanjung Gaza, rangkaian komunikasi tetap dan selular serta Internet mengalami gangguan perkhidmatan akibat kerosakan berulang pada elemen rangkaian," menurut syarikat itu dalam kenyataan di Facebook.
BERITA PENUH DI SINI
Diplomat Palestin ke UK jelaskan situasi terkini kepada penonton BBC
Damage has been inflicted upon the Central Red Crescent Society's warehouses in Gaza due to the occupation's targeting of the surrounding areas, rendering them inoperative.#Israel #IsraelNewNazim pic.twitter.com/PYSi93uKWZ
— Quds News Network (@QudsNen) October 30, 2023
Jumlah mangsa terkini
Gaza
Terbunuh: 8,306
Cedera: 21,048
Tebing Barat yang diduduki
Terbunuh: 119
Cedera: 1,960
Israel
Terbunuh: 1,405
Cedera: 5,431
*Angka dilaporkan sejak 7 Oktober
Kereta kebal Israel ‘dipaksa berundur’
Kereta kebal Israel yang menghampiri pinggir Bandar Gaza dilapor telah berundur, menurut ketua pejabat kerajaan Hamas di Gaza.
“Tiada sama sekali pencerobohan darat di kawasan perumahan Semenanjung Gaza.
"Apa yang berlaku di Jalan Salah al-Din ialah pencerobohan beberapa kereta kebal tentera penceroboh dan jentolak,” kata Salama Maarouf dalam satu kenyataan.
“Kenderaan ini menyasarkan dua kereta awam di Jalan Salah al-Din dan merempuh sepanjang laluan sebelum tentangan daripada pejuang memaksa mereka berundur.
"Pada masa ini tiada kehadiran kenderaan tentera penceroboh di Jalan Salah al-Din, dan pergerakan rakyat di jalan raya telah kembali seperti biasa.”
Kenderaan awam ditembak tentera Israel
Korban di Gaza hampir 8,000
Jumlah mangsa yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober meningkat kepada 7,950, kata Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah pada Ahad.
Hampir tiga perempat (73 peratus) daripada mereka yang terbunuh terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan warga tua.
Lebih 20,000 yang lain cedera, tambah kenyataan kementerian itu.
Jumlah kematian yang dilaporkan itu termasuk 116 kakitangan perubatan, susulan serangan ke atas beberapa hospital.
Jangan mudah terperdaya 'scammer' kutip derma Palestin - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengutip sumbangan khususnya untuk rakyat Palestin.
Beliau berkata rakyat Malaysia amat terkesan dengan situasi di Palestin ketika ini, namun mereka perlu berhati-hati dalam menyalurkan sumbangan agar tidak tertipu.
BERITA PENUH DI SINI
Kereta kebal Israel hampiri pinggir Bandar Gaza
Wartawan Al Jazeera di lapangan melaporkan bahawa kereta kebal Israel kini menghampiri pinggir Bandar Gaza.
Saksi juga memberitahu agensi berita AFP bahawa kereta kebal itu menutup laluan utama dari utara ke selatan wilayah Palestin yang dilanda perang.
Sumber Palestin memberitahu Al Jazeera bahawa kereta kebal Israel memisahkan Semenanjung Gaza kepada dua bahagian selepas masuk ke Jalan Salah al-Din.
Serangan udara Israel berterusan di sekitar Hospital Al-Quds - PRCS
?Now, continues Israeli air strikes in the Tal Al-Hawa area, in #Gaza where Al-Quds Hospital is located.#GazaUnderAttack #Gazabombing #AlQuds_Hospital pic.twitter.com/AdCqRP0oaP
— PRCS (@PalestineRCS) October 30, 2023
Hizbullah dakwa berjaya tembak jatuh dron Israel
Hizbullah mendakwa ia berjaya menembak jatuh dron Israel di selatan Lubnan dengan peluru berpandu darat ke udara.
Ia menambah bahawa dron itu ditembak jatuh berhampiran Khiam, kira-kira 5km dari sempadan dan dilihat jatuh di wilayah Israel.
Dua sumber keselamatan memberitahu agensi berita Reuters bahawa ini merupakan kali pertama Hizbullah mengumumkan menembak jatuh dron Israel.
Puluhan penduduk Palestin terbunuh, cedera dalam serangan udara Israel di Gaza
Berpuluh-puluh penduduk Palestin terbunuh manakala yang lain cedera dalam serangan udara tentera penceroboh Israel ke atas bangunan kediaman dan rumah di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza pada petang Ahad, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Menurut sumber, pesawat perang Israel mengebom kediaman di bandar Beit Lahia dan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Tentera Israel dakwa berjaya musnah 600 lokasi pejuang Hamas
Tentera Israel mendakwa telah menyerang kira-kira 600 sasaran Hamas ketika ia meneruskan operasi daratnya di Semenanjung Gaza.
Ia mendakwa "berpuluh-puluh" pejuang Hamas yang bersembunyi di dalam bangunan terbabit terbunuh ketika pertempuran.
Tentera Israel juga menyasarkan kawasan sekitar Universiti Al-Azhar, di utara Semenanjung.
AS tiada hasrat hantar tentera ke Israel atau Gaza, kata Harris
Naib Presiden Kamala Harris memaklumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) sama sekali tidak berhasrat untuk menghantar tentera tempur ke Israel atau Gaza di kala kebimbangan mengenai konflik serantau yang lebih luas.
"Kami sama sekali tidak berhasrat, dan juga tidak mempunyai rancangan, untuk menghantar tentera tempur ke Israel atau Gaza," kata Harris dalam temu bual rancangan "60 Minutes" di CBS yang disiarkan pada Ahad.
Harris, ketika menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri, berkata hak sama perlu diberikan kepada orang awam Palestin, serta menegaskan bahawa undang-undang perang harus dipatuhi.
“Apa yang diperkatakan, adalah sangat penting bahawa tidak ada percampuran antara Hamas dan Palestin.
"Rakyat Palestin berhak mendapat langkah keselamatan, takdir dan maruah yang sama, dan kami sangat jelas bahawa peraturan perang mesti dipatuhi dan penyaluran bantuan kemanusiaan," kata Harris.
Serbu lapangan terbang, 60 penunjuk perasaan ditahan
Enam puluh orang telah ditahan selepas beratus-ratus penunjuk perasaan anti-Israel menyerbu landasan sebuah lapangan terbang di wilayah Dagestan yang majoriti penduduknya beragama Islam, menurut kementerian dalam negeri.
“Lebih 150 penunjuk perasaan telah dikenal pasti, 60 daripada mereka telah ditahan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Penunjuk perasaan menyerbu lapangan terbang pada Ahad, di mana sebuah pesawat dari Israel baru tiba, memaksa pasukan keselamatan menutup lapangan terbang dan mengeluarkan penunjuk perasaan.
Penunjuk perasaan dilaporkan sedang mencari warga Israel dan Yahudi di lapangan terbang tersebut.
Ratusan warga Rusia serbu penumpang tiba dari Tel Aviv
Pesawat dari Tel Aviv diserbu di lapangan terbang Rusia, 10 cedera
Sekurang-kurangnya 10 orang cedera selepas orang ramai menyerbu lapangan terbang di selatan Rusia sejurus ketibaan penerbangan dari Tel Aviv, menurut kenyataan kementerian kesihatan Dagestan lewat Ahad.
Lapangan Terbang Makhachkala Uytash di Republik Dagestan ditutup sementara selepas "beberapa orang tidak dikenali" menceroboh lapangan terbang itu pada Ahad, menurut kenyataan oleh Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia.
Beberapa video yang disiarkan di media sosial menunjukkan orang ramai di lapangan terbang dan di landasan mengibarkan bendera Palestin.
Mereka dilaporkan memasuki kawasan landasan selepas penerbangan dari Tel Aviv mendarat pada Ahad, menurut media negara Rusia TASS.
TASS melaporkan bahawa "kumpulan itu menentang konflik Palestin-Israel."
Mangsa yang cedera termasuk pegawai polis dan orang awam, menurut kementerian kesihatan, dengan dua daripadanya berada dalam "keadaan kritikal."
Kemusnahan selepas serangan bom di utara Gaza
خاص الجزيرة .. شهداء وجرحى في قصف إسرائيلي مزدوج على منزل عائلة جمعة بمنطقة الصفطاوي شمال قطاع غزة#حرب_غزة#فيديو pic.twitter.com/tTDIwA3pHy
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) October 30, 2023
Lebih ramai kanak-kanak terbunuh di Gaza berbanding dalam konflik global sejak 4 tahun lalu
Jumlah kanak-kanak yang dilaporkan terbunuh di Gaza ketika kempen ketenteraan Israel sejak tiga minggu lalu kini melebihi jumlah tahunan kanak-kanak yang terbunuh dalam konflik bersenjata di seluruh dunia dalam setiap konflik sejak empat tahun lalu.
Menurut Save the Children, lebih 3,000 kanak-kanak telah dilaporkan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober oleh pihak berkuasa kesihatan yang dikawal Hamas.
"Jumlahnya amat mengejutkan dan dengan keganasan bukan sahaja berterusan malah berkembang di Gaza sekarang, lebih ramai kanak-kanak kekal dalam risiko besar," kata pengarah negara Save the Children di wilayah Palestin yang diduduki, Jason Lee.
Sejumlah 2,985 kanak-kanak terbunuh di 24 negara pada 2022; 2,515 terbunuh pada 2021; dan 2,674 pada 2020, menurut laporan tahunan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai kanak-kanak dan konflik bersenjata, yang dipetik oleh Save the Children.
Pada 2019, PBB melaporkan 4,019 kanak-kanak terbunuh dalam konflik di seluruh dunia.
Save the Children turut menyeru kepada gencatan senjata segera di Gaza.
'Serang Hospital Al-Quds satu jenayah perang'
Bekas pengarah eksekutif Human Rights Watch (HRW) Kenneth Roth beri amaran bahawa Israel bakal melanggar undang-undang kemanusiaan dan boleh didakwa dengan jenayah perang jika ia meneruskan ancamannya untuk menyasarkan Hospital Al-Quds di Gaza.
"Apabila ada 14,000 orang di hospital, kebanyakannya dalam situasi kritikal di mana mereka tidak boleh dipindahkan, perintah pemindahan tidak memadai," kata Roth kepada Al Jazeera.
Walaupun percaya Hamas turut melakukan jenayah perang, Roth berkata tindakan itu tidak mewajarkan keputusan Israel untuk mengebom orang awam di Gaza.
“Di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, jenayah perang oleh satu pihak tidak membenarkan jenayah perang oleh pihak yang lain.
"Setiap pihak mempunyai kewajipan bebas untuk menghormati undang-undang perang,” kata Roth, yang kini seorang profesor pelawat di Universiti Princeton.
Kemusnahan di Jabalia
شاهد| دمار واسع في منطقة الشهداء الستة في مخيم جباليا إثر تعرضه لقصف إسرائيلي مكثف#الأخبار#حرب_غزة pic.twitter.com/yzGmbGynVt
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) October 30, 2023
AS desak Israel pulihkan kembali talian komunikasi
AS mendesak Israel untuk memulihkan talian telekomunikasi ke Semenanjung Gaza yang terkepung, lapor akhbar Washington Post.
Seorang pegawai kanan AS yang tidak dinamakan berkata bahawa AS menegaskan bahawa komunikasi perlu disambung semula.
“Komunikasi telah dihidupkan semula, ia perlu terus beroperasi,” kata pegawai itu kepada Washington Post.
Israel tidak memberikan sebab mengapa ia memutuskan talian komunikasi pada Jumaat.
33 trak bantuan memasuki Gaza pada Ahad - PBB
Pertubuhan kemanusiaan PBB, OCHA, mengumumkan bahawa 33 trak membawa bantuan air, makanan, dan bekalan perubatan memasuki Gaza pada Ahad melalui sempadan Rafah dengan Mesir.
"Ini adalah penyampaian bantuan kemanusiaan terbesar sejak 21 Oktober," kata OCHA pada awal Isnin.
Walau bagaimanapun tiada penghantaran bahan api dibuat walaupun terdapat rayuan daripada hospital, yang kebanyakannya beroperasi menggunakan penjana kuasa selepas elektrik ke wilayah itu dipotong oleh Israel.
Sehingga kini, 117 trak telah memasuki Gaza melalui lintasan itu sejak penghantaran terhad diteruskan ke wilayah Palestin yang sesak dengan lebih 2.3 juta orang, menurut agensi berita AFP.
Sebelum kepungan, kira-kira 500 trak yang membawa bantuan dan barangan lain memasuki Gaza setiap hari.
Serangan Israel di Qalqilya
قوات الاحتلال الإسرائيلي تقتحم مدينة قلقيلية شمال الضفة الغربية#حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/0g6ORLk6lm
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) October 30, 2023
'Kami lihat lecur yang tidak pernah diajar di kolej perubatan' - Doktor pelatih
A Message from a Palestinian doctor (to be)
— Abier (@abierkhatib) October 30, 2023
“We have witnessed burns that were not taught in medical school” #Gaza#Israel pic.twitter.com/miu7HcUHK0
Tentera Israel serbu bandar Nablus di Tebing Barat
قوات الاحتلال الإسرائيلي تقتحم مدينة نابلس في الضفة الغربية#حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/PwvoQV5nZe
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) October 30, 2023
Kawasan Hospital Al-Quds terus dibedil Israel
Amidst Al-Quds Hospital in #Gaza displaced families seek refuge, bedding down on the ground and in corridors, where the relentless echoes of Israeli airstrikes and bombings almost never fade.#Gazabombing #GazaHospital #AlQudsHospital pic.twitter.com/O7fOjS5GHW
— PRCS (@PalestineRCS) October 29, 2023
Bekas PM Australia keluar kenyataan bersama
This is the statement issued today by six former PMs of Australia pic.twitter.com/nb2moESGak
— Malcolm Turnbull (@TurnbullMalcolm) October 30, 2023
Hantar bantuan diesel umpama kerja sabung nyawa
Sehingga kini, penduduk Palestin masih terperangkap dalam keadaan memeritkan dan mengerikan serta hanya menunggu masa menjadi mangsa bedilan tanpa henti daripada rejim Zionis.
Menurut maklumat yang disampaikan oleh wakil PASRelief di Palestin, hospital dan kemudahan awam negara itu terus menjadi sasaran, malah bekalan elektrik juga telah diputuskan sehingga menjejaskan operasi di hospital-hospital dalam Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel terus bedil kawasan berhampiran Hospital Al-Quds
The Israeli occupation forces deliberately continue to launch rockets directly near Al-Quds hospital in #Gaza to force medical staff, displaced individuals, and patients to evacuate the hospital. This has caused significant damage to hospital departments and exposed residents and… pic.twitter.com/Nh3nkeGadp
— PRCS (@PalestineRCS) October 29, 2023
Israel terus bedil kawasan berhampiran Hospital Al-Quds
Tentera Israel membedil kawasan berhampiran Hospital Al-Quds di utara Semenanjung Gaza selepas rejim Zionis mengeluarkan amaran untuk segera mengosongkan bangunan tersebut.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa bahawa hospital itu digunakan sebagai pusat arahan tentera oleh pejuang Hamas.
BERITA PENUH DI SINI.
AS gesa Israel lindungi orang awam, tingkat bantuan ke Gaza
Amerika Syarikat (AS) desak Israel untuk melindungi orang awam di Gaza dan membenarkan peningkatan segera bantuan kemanusiaan.
Ini susulan bantahan semakin meningkat mengenai kos kemanusiaan akibat pengeboman tiga minggu Israel ke atas bumi Palestin.
BERITA PENUH DI SINI.
Rakyat Gaza terpaksa pecah masuk gudang PBB
Ribuan penduduk Gaza terpaksa memecah masuk ke dalam gudang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil barangan keperluan pada Ahad.
Menurut Agensi Pelarian Palestin PBB (UNRWA), ini menandakan rakyat Palestin telah mencapai 'tahap tekanan tertinggi'.
BERITA PENUH DI SINI.
Halang bantuan ke Gaza mungkin jenayah di bawah ICC
Menghalang bekalan bantuan kepada penduduk Gaza mungkin merupakan jenayah di bawah bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Perkara itu dinyatakan Pendakwa Raya Tertinggi ICC, Karim Khan pada sidang akhbar di Mesir, pada Ahad.
Khan juga berkata, Israel perlu melakukan usaha yang boleh dilihat tanpa berlengah untuk memastikan orang awam menerima makanan asas dan ubat-ubatan.
BERITA PENUH DI SINI.
RSF sahkan wartawan dibunuh di Lubnan memang disasar Israel
Reporters Without Borders (RSF) mengesahkan pembunuhan wartawan visual Reuters, Issam Abdallah di Lubnan pada 13 Oktober lalu berpunca daripada serangan yang disasarkan dari arah sempadan Israel.
Dalam satu kenyataan, RSF berkata, ia berdasarkan analisis balistik yang dijalankan oleh agensi itu di mana tembakan datang dari timur lokasi wartawan itu berdiri, iaitu dari arah sempadan Israel.
BERITA PENUH DI SINI.
Bantuan roti bagi penduduk Gaza tidak terjamin
Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bantuan roti tidak lagi terjamin di wilayah Gaza yang teruk dibom oleh tentera Israel dalam perang dengan Hamas.
Ini kerana wilayah itu kini ketiadaan akses kepada telefon dan internet, kesan daripada tindak balas Zionis dalam perang di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
Tentera Zionis masuk Gaza sebelum berundur semula ke Israel
Tentera darat Israel mendakwa berada di Gaza selepas memasuki kawasan itu pada Sabtu.
Bagaimanapun, tentera Israel dilaporkan keluar dari wilayah itu selepas beberapa jam dan tidak menembusi ke bahagian tengah Gaza.
Antara lain, tentera Ssrael mendakwa ia masuk ke Semenanjung Gaza dan meluaskan operasi darat di mana infantri, perisai dan unit jurutera serta artileri dengan tembakan berat mengambil bahagian.
BERITA PENUH DI SINI.
Jumlah korban di Gaza melepasi 8,000 nyawa
Gaza
Terbunuh: 8,005
Cedera: 20,242
Tebing Barat
Terbunuh: 112
Cedera: 1,900
Israel
Terbunuh: 1,405
Cedera: 5,431
Internet di Gaza pulih - Nadir
Perkhidmatan komunikasi dan internet di Semenanjung Gaza yang dilaporkan terputus sepenuhnya kembali pulih hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
BEITA PENUH DI SINI
Serangan darat di Gaza, UAE minta adakan mesyuarat tergempar UNSC
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu meminta satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk membincangkan situasi di Semenanjung Gaza.
Ini berikutan tindakan Israel mempertimbang untuk memperluas serangan daratnya ke atas Semenanjung Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Ketiadaan komunikasi akibatkan tiada jaminan bantuan roti bagi Gaza - Agensi PBB
Ketiadaan akses kepada telefon dan internet di Gaza bermakna bantuan roti juga tidak lagi dijamin di wilayah itu, menurut amaran yang dikeluarkan Program Makanan Sedunia (WFP) pada Sabtu.
BERITA PENUH DI SINI
Briged Al-Quds dakwa berjaya cederakan tentera Israel di barat laut Gaza
Kumpulan Briged al-Quds berkata cabang bersenjatanya kumpulan Islamic Jihad telah mencederakan dua anggota tentera rejim Israel dalam satu pertempuran di barat laut Semenanjung Gaza.
Lapor Al Jazeera, menerusi komunikasi khidmat pesanan Telegram, anggota kumpulan itu memaklumkan telah melancarkan serangan terhadap tentera Israel yang menceroboh Gaza dengan bersenjatakan mesingan dan bom mortar.
Sementara itu, rejm Israel terdahulu dilaporkan berkata dua anggota tenteranya cedera di Gaza dengan seorang daripadanya serius.
Teruskan solidariti, kecam tindakan kejam Israel
Pemimpin Scotland bimbang nasib penduduk di Gaza
Menteri Pertama Scotland Humza Yousaf pada Sabtu sekali lagi menyuarakan kebimbangan beliau terhadap mangsa yang tidak bersalah terutamanya kanak-kanak yang menanggung beban akibat konflik berterusan di Semenanjung Gaza.
"Kebimbangan saya adalah untuk semua penduduk yang menderita kerana jenayah yang tidak mereka lakukan. Jika anda tidak mengundi untuk keamanan, semasa kanak-kanak sedang nazak, maka saya tidak tahu bagaimana anda boleh tidur pada waktu malam.
"Terima kasih atas ucapan anda, saya takut kami tidak mendengar khabar daripada mertua saya," tulisnya," tulisnya di X.
BERITA PENUH DI SINI
Rakyat Malaysia terus bangkit nyata solidariti, perjuang nasib Palestin
Rakyat Malaysia terus bangkit menyatakan solidariti di seluruh negara hari ini, selari pendirian negara yang lantang dan konsisten memperjuang nasib rakyat di bumi bergolak Palestin sekali gus mengecam kekejaman rejim Zionis.
Di Melaka, lebih 5,000 masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa hadir menyertai Mega Road Tour Himpunan 1,000,000 Pembela Palestin di pekarangan Stadium Hang Jebat, Krubong di sini.
BERITA PENUH DI SINI
Presiden Palestin dakwa Israel melakukan pembersihan etnik
UAE mengutuk tindakan operasi ketenteraan darat oleh Israel
Netanyahu beri amaran perang di Gaza telah memasuki peringkat kedua
Turki tentang tindakan Israel, teguh di belakang Palestin
Angka kematian di Gaza melepasi 8,000
Pihak berkuasa Palestin mendedahkan angka korban di Gaza telah melepasi 8,000 mangsa.
Ini susulan operasi darat tentera rejim Zionis Israel ke atas wilayah itu yang disifatkan telah memasuki 'peringkat kedua'.
BERITA PENUH DI SINI.
UAE kecam operasi darat Israel di Gaza
Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengutuk operasi ketenteraan menerusi darat oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza dan menzahirkan kebimbangannya terhadap krisis kemanusiaan yang mengancam ribuan nyawa rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan Kementerian Luar Negeri mengulangi keperluan untuk menguatkuasa gencatan senjata di Gaza bagi memastikan orang awam dan institusi awam tidak menjadi sasaran.
BERITA PENUH DI SINI.
Netanyahu beri amaran perang di Gaza telah memasuki 'peringkat kedua'
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memaklumkan operasi darat tentera Israel di Gaza telah memasuki "peringkat kedua" dalam apa yang disifatkan sebagai peperangan "sukar dan panjang" terhadap pejuang Hamas.
Bercakap menerusi siaran televisyen, beliau mengesahkan pasukan tentera rejim Zionis itu telah dikerahkan di "keseluruhan Semenanjung Gaza" di sebalik serangan bertubi-tubi semalaman.
BERITA PENUH DI SINI.
Rusia kecam tindakan Israel di Gaza
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov sifatkan serangan Israel ke atas Gaza mencabuli undang-undang antarabangsa dan berisiko mewujudkan bencana yang akan berterusan selama berdekad lamanya.
Kenyataan ini yang dikeluarkan dalam temuramah dengan agensi berita Belarus dianggap antara paling keras dikeluarkan Moscow terhadap Israel.
BERITA PENUH DI SINI.
377 lagi mangsa korban di Gaza, jumlah keseluruhan kini lebih 7,700
Pihak berkuasa Palestin mendedahkan 377 lagi mangsa terbunuh akibat serangan kejam rejim Israel di Gaza.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban ketika ini adalah 7,703 mangsa dalam tempoh tiga minggu sejak serangan dilancarkan.
BERITA PENUH DI SINI.
PBB ulangi amaran kemungkinan malapetaka di Gaza
Pesuruhjaya Tinggi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ulangi amaran agensi badan dunia itu berkaitan kemungkinan berlakunya malapetaka kemanusiaan susulan operasi ketenteraan besar-besaran melalui darat ke atas Semenanjung Gaza.
Volker Turk memaklumkan pihaknya sudah terputus hubungan dengan petugas di lapangan dan wartawan kini tidak lagi mampu memberikan laporan dari wilayah itu.
BERITA PENUH DI SINI.
Hamas desak pelaksanaan resolusi UNGA untuk bantu Gaza
Pergerakan Hamas desak supaya resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dilaksanakan segera.
Menurut pegawai kanannya, Ghazi Hamad, langkah itu akan memboleh bantuan kemanusiaan memasuki Gaza untuk mengelak bencana kemanusiaan, ketika Israel memperhebat serangan udara dan darat.
BERITA PENUH DI SINI.
Turki tentang tindakan Israel, teguh di belakang Palestin
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tegaskan Turki menentang sekeras-kerasnya negara, kumpulan dan individu yang hauskan pertumpahan darah dan pada masa sama berdiri teguh di belakang golongan yang tidak bersalah.
Tegas Erdogan dengan kenyataan ini, beliau mengulangi pendirian menentang penindasan yang dilakukan Israel ke atas penduduk Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
Doktor di Gaza rayu serangan dihenti, situasi di hospital semakin tidak terkawal
Serangan bertubi Israel ke atas Semenanjung Gaza kini memasuki hari ke-21 sekali gus memberi gambaran ngeri mengenai kehidupan di wilayah itu.
Ramai rakyat Palestin terpaksa meninggalkan rumah mereka dan mencari perlindungan di Hospital al-Shifa, di mana mereka perlu bertahan di dalam situasi yang masih huru-hara.
BERITA PENUH DI SINI.
Hasilkan video VFX isu Palestin, Sofyank ajak warganet sebar kebenaran
Ramai pempengaruh media sosial yang mempunyai pengikut ramai menggunakan platform masing-masing bagi menyebarkan kesedaran mengenai penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Israel.
Tidak terkecuali, pereka kandungan digital tanah air Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah yang telah menghasilkan satu video pendek menggunakan teknik kesan visual VFX sehingga ia tular bagi menyampaikan mesej berkaitan isu Palestin kerana sebahagian media Barat tidak melaporkan situasi sebenar yang berlaku di sana.
BERITA PENUH DI SINI.
Rakyat Malaysia terus bersuara lantang bersolidariti bersama Palestin
Rakyat Malaysia di seluruh negara pada Sabtu terus bersuara lantang menyatakan solidariti mereka menyokong perjuangan rakyat Palestin menuntut hak kedulatan negara mereka, serta mengecam kezaliman rejim Israel di Gaza.
Selain mengadakan perhimpunan, rakyat Malaysia di pelbagai pelusuk tanah air turut mengadakan perarakan dan konvoi bermotosikal, bagi menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin yang kini menderita akibat tindakan zalim rejim Zionis berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI.
Dewan Rakyat perlu buat usul kecam rejim zionis Israel - Pemuda Pas
Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan bahawa Dewan Rakyat perlu membuat usul mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Jelasnya, Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan Pas berharap agar usul seumpama itu dapat ditegaskan sebagai pendirian rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin ketika ini.
BERITA PENUH DI SINI
Usul kecam zionis Israel perlu dibuat di Dewan Rakyat
Korban di Palestin meningkat kepada 7,436 mangsa
WHO mohon pembiayaan segera bantuan kemanusiaan untuk wilayah Palestin
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merayu pembiayaan segera berjumlah kira-kira AS$80 juta bagi menyediakan bantuan kemanusiaan yang kritikal di wilayah Palestin yang diduduki khususnya Semenanjung Gaza.
Selain itu, WHO bercadang untuk melaksanakan pelan tindak balas kecemasan di Mesir, Lubnan, Syria dan Jordan sehingga 2023.
BERITA PENUH DI SINI
Laungan takbir bergema dalam Himpunan 10K Solidariti Palestin
Laungan takbir bergema selain bendera Palestine dikibarkan dalam Himpunan 10K Solidariti Palestin di Kuala Lumpur, hari ini.#IsraelCuak#TaufanAlQuds pic.twitter.com/ZxaGAVTkmY
— Astro AWANI (@501Awani) October 28, 2023
Tidak akan pernah jemu dan lelah, kami sentiasa bersamamu Palestin!
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.
Himpunan anjuran Pas itu bermula kira-kira jam 1.45 tengah hari di Jalan Binjai, Persiaran KLCC sebelum bergerak ke Jalan Tun Razak, berhampiran Kedutaan AS.
BERITA PENUH DI SINI
Solidariti kepada rakyat Palestin dalam Himpunan 10K Solidariti Palestin
KPT serah kepada IPT tunjuk solidariti kepada Palestin ikut cara sendiri
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin dalam apa jua bentuk dan cara masing-masing.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana setiap IPT mempunyai garis panduan serta kebebasan, dan boleh mengatur sebarang program yang dirasakan sesuai mengikut perancangan masing-masing.
BERITA PENUH DI SINI
'Kemusnahan di Gaza dan kepura-puraan kuasa besar'
Tindakan Israel mengebom Palestin dengan sewenang-wenangnya sejak konflik bermula Oktober lalu, sekali lagi menunjukkan ketidakmampuan dan kepura-puraan kuasa besar dan badan antarabangsa dalam menoktahkan kekejaman rejim zionis sama ada di Semenanjung Gaza mahupun di Tebing Barat.
BERITA PENUH DI SINI
Doctors Without Borders terputus hubungan dengan wakil di Gaza
Doctors Without Borders (MSF) pada Jumaat menyuarakan kebimbangan mengenai situasi di Gaza dan kumpulan itu kini terputus hubungan dengan beberapa rakan sekerja di lapangan, lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
Kanak-kanak Gaza main permainan usung-usung jenazah
BERITA PENUH DI SINI
Gangguan internet boleh lindungi kekejaman Israel di Gaza - HRW
Kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) berkata, pemadaman rangkaian telekomunikasi di hampir keseluruhan Genting Gaza membuka ruang lebih luas kepada Israel melakukan keganasan di wilayah yang dikepung itu.
Penyelidik kanan HRW, Deborah Brown berkata, ketiadaan perkhidmatan internet menyukarkan orang awam dan kumpulan hak asasi manusia menyiarkan kekejaman dilakukan Israel di platform media sosial.
BERITA PENUH DI SINI.
Tiga treler bawa bantuan Palestin bertolak ke Al-Arish selewat-lewatnya Isnin - MCM
Tiga treler membawa barangan perubatan, makanan dan minuman berjumlah AS$1.5 juta (RM7.2 juta) yang sebahagiannya disumbangkan oleh rakyat Malaysia untuk warga Palestin, akan bertolak ke sempadan Mesir-Palestin menuju Gaza, selewat-lewatnya Isnin ini.
Ketiga-tiga treler sepanjang 12 meter yang membawa kesemua barangan bantuan itu akan bertolak dari Kaherah ke bandar Al-Arish yang terletak 45 kilometer dari lintasan Rafah yang memisahkan Mesir dan Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
Presiden Palestin sambut baik keputusan UNGA terima resolusi mengenai Gaza
Presiden Palestin menyambut baik keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang menerima resolusi menyeru gencatan senjata segera, selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.
Jurucakap Presiden Nabil Abu Rudeineh menyampaikan penghargaan kepada negara-negara yang menyokong resolusi yang ditaja oleh Jordan itu.
BERITA PENUH DI SINI.
Presiden Brazil dakwa Netanyahu mahu hapuskan Semenanjung Gaza
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, mahu menghapuskan Semenanjung Gaza.
Lula da Silva turut sifatkan situasi di Asia Barat sebagai sangat kritikal dan mendesak supaya kuasa veto dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) ditamatkan.
BERITA PENUH DI SINI.
Cara berkomunikasi menggunakan pembesar suara masjid di Gaza
From Gaza now: Mosques are the only means of communication through speakers. 'We have no communication with the outside world. They are using their military might to harm us. We have no power but the power of God, no one but God. Please, pray for us.' pic.twitter.com/vMda2R4GQa
— Loay (@AstroLoay) October 27, 2023
Perang Palestin-Israel: Sistem neonatal Gaza terjejas
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Gaza semakin parah dengan bahan api, bekalan makanan, air dan elektrik semakin terputus.
Menurut pegawai kanan PBB, jumlah kematian kini melebihi 7,300 mangsa.
BERITA PENUH DI SINI.
PBB beri amaran situasi di Gaza kritikal
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran situasi kemanusiaan di Gaza berdepan kelumpuhan keseluruhan dengan kesan yang tidak dapat dibayangkan.
Ini susulan jumlah bantuan yang memasuki Gaza tidak mencukupi dengan keperluan penduduk.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel pertingkat operasi ketenteraan di Gaza
Israel meningkatkan operasi ketenteraan menerusi udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza.
Jurucakap tentera zionis, Daniel Hagari mendakwa serangan disasarkan ke kawasan terowong dan infrastruktur lain yang dipercayai lokasi persembunyian pejuang Hamas.
Operasi darat juga diperluaskan ke kawasan lain.
BERITA PENUH DI SINI.
UNGA terima resolusi untuk gencatan senjata segera, bantuan kemanusiaan di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat menerima resolusi yang menyeru gencatan senjata segera selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.
Menurut laman sesawang Berita PBB, pengundian semasa Sidang Khas Tergempar ke-10 itu menyaksikan resolusi yang ditaja Jordan diluluskan oleh Perhimpunan Agung, dengan 120 undi menyokong, 14 menentang, dan 45 tidak mengundi.
BERITA PENUH DI SINI.
Rakyat Palestin berhimpun di Tebing Barat, tanda solidariti untuk Gaza
Ratusan rakyat Palestin pada Jumaat menyertai demonstrasi jalanan, dekat Tebing Barat yang diduduki, yang mana sebahagiannya menyatakan sokongan terhadap Hamas, di tengah-tengah perang Israel ke atas kumpulan pejuang itu yang berpangkalan di Gaza.
Orang ramai melaungkan pelbagai slogan, termasuk 'bebaskan Gaza' dan 'rakyat mahukan Briged Al-Qassam', merujuk kepada sayap bersenjata Hamas.
BERITA PENUH DI SINI.
Islamic Relief terus sampaikan bantuan meskipun pejabat di Gaza dibom
Islamic Relief Malaysia tetap meneruskan bantuan kepada rakyat Palestin biarpun pejabat mereka rosak setelah dibom di Gaza.
Menurut Ikon Kemanusiaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu Sufian Amrin, pejabat berkenaan kini tidak dapat beroperasi dan 13 kakitangan terpaksa berpindah ke lokasi lain.
BERITA PENUH DI SINI.
Ribuan rakyat Jordan tunjuk sokangan kepada Palestin
Ribuan rakyat Jordan turun ke jalanan di pusat bandar Amman sebagai tanda sokongan kepada Gaza pada Jumaat.
Penunjuk perasaan mula berarak selepas seleasi menunaikan solat dan kemudian berarak di pusat bandar Amman sambil memegang sepanduk dan mengibarkan bendera Jordan dan Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Malaysia optimis resolusi pada sesi tergempar UNGA dapat sokongan
Malaysia optimis resolusi pada Sesi Tergempar Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) untuk menghentikan segera serangan rejim Israel dan menyegerakan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza mendapat sokongan.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata optimisme itu adalah setelah mengambil kira jumlah negara yang hadir pada sesi tergempar berkenaan yang diharapkan berakhir dengan keputusan yang baik untuk mendesak rejim Israel menghentikan serangan yang mengorbankan ribuan rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
KPM larang unsur ekstremisme, keganasan dalam program Minggu Solidariti Palestin
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan sebarang unsur ekstremisme dan keganasan sepanjang penganjuran program Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah bermula 29 Okt hingga 3 Nov ini.
Menurut KPM dalam kenyataan hari ini penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi tidak dibenarkan sama sekali.
BERITA PENUH DI SINI
PBB dakwa kedua-dua pihak lakukan jenayah perang
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kekejaman sedang dilakukan oleh kedua-dua pihak dalam konflik di Palestin.
“Kami bimbang jenayah perang sedang dilakukan.
"Kami bimbang tentang hukuman kolektif ke atas warga Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan oleh Hamas, yang juga merupakan jenayah perang,” kata jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB, Ravina Shamdasani, pada sidang akhbar di Geneva.
Tambahnya, sudah tiba masa satu mahkamah bebas ditubuhkan untuk mengesahkan sama ada jenayah perang telah dilakukan, katanya lagi.
Konvoi ICRC tiba di Gaza
Our convoy passed Rafah crossing into #Gaza.
— ICRC (@ICRC) October 27, 2023
We are bringing in medical staff, including a war surgery team, alongside 6 trucks with urgent humanitarian aid:
? Medical materials
? War surgery kits for 1000 to 5000 people
? Water purification for 50,000L of drinking water pic.twitter.com/JvWVhZnPZ0
Murid, guru di Gaza amat terancam - UNESCO
Agensi kebudayaan PBB mengulangi gesaan untuk dilancarkan gencatan senjata di Gaza.
Dalam kenyataannya, ia berkata lebih 625,000 murid dan kira-kira 22,500 guru "berada dalam situasi yang sangat berisiko".
UNESCO mengingatkan para "aktor" dalam konflik ini tentang kewajipan mereka terhadap undang-undang kemanusiaan, terutamanya Resolusi 2601.
Ia antara lain mengutuk serangan ke atas orang awam yang berkaitan dengan sekolah, termasuk pelajar dan guru, dan mengesa semua pihak terlibat dalam konflik bersenjata supaya segera menghentikan serangan dan ancaman serangan.
UNESCO berkata antara angka korban yang meningkat saban hari, berpuluh-puluh daripadanya ialah petugas UNRWA, yang mana sebahagian besarnya ialah guru dan pendidik.
Sejarah akan menghukum dunia jika gencatan senjata tidak dilaksanakan di Gaza - Ketua UNRWA
Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini mengeluarkan amaran keras bahawa sejarah akan menghukum masyarakat dunia jika gencatan senjata tidak dilaksanakan di Gaza.
Dalam kenyataan akhbar, Lazzarini menekankan pentingnya orang ramai dilindungi tanpa mengira lokasi mereka, dan menunjukkan situasi krisis kemanusiaan yang teruk di Semenanjung Gaza sejak dua minggu lepas, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
BERITA PENUH DI SINI
Rakyat Gaza berdepan kebuluran, penyakit berjangkit - PBB
“Gaza sedang bergelut dengan kekurangan bekalan asas. Bekalan makanan dan air sudah habis.
"Orang ramai berdepan keadaan yang semakin mendesak,” kata jurucakap Program Makanan Sedunia, Abeer Etefa.
"Di luar Gaza, keadaan di Tebing Barat semakin teruk setiap hari," katanya lagi.
Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu telah memberi amaran bahawa kegagalan perkhidmatan air dan sanitasi akan mencetuskan serangan kolera dan penyakit berjangkit berbahaya lain jika bantuan kemanusiaan segera tidak disalurkan.
Israel memutuskan saluran paip air ke Gaza, bersama dengan bahan api dan elektrik yang diperlukan untuk menjana loji air dan kumbahan, selepas mengumumkan sekatan penuh.
Datuk Bandar London gesa gencatan senjata
Datuk Bandar London Sadiq Khan mengumumkan beliau menyertai gesaan untuk dilaksanakan gencatan senjata di Gaza.
Ia berbeza dengan pendirian kerajaan British bahawa ia akan mempertimbang untuk dilaksanakan penangguhan kemanusiaan.
“Tiada negara, termasuk Israel, mempunyai hak untuk melanggar undang-undang antarabangsa.
"Hanya ada resolusi politik untuk mencapai keamanan.
"Ia bukan semata-mata peningkatan konflik ketenteraan dan kitaran kematian, penderitaan dan kemusnahan yang berterusan,” kata Sadiq Khan.
[VIDEO] Datuk Bandar London gesa gencatan senjata
Thousands of innocent civilians have already been killed in Israel and Gaza.
— Sadiq Khan (@SadiqKhan) October 27, 2023
With the humanitarian crisis set to deteriorate even further, I’m calling for a ceasefire.pic.twitter.com/9HPau9X9jP
Israel serang kawasan perumahan wartawan CMG
Serangan udara Israel memusnahkan rumah dan komuniti wartawan yang berpangkalan di Gaza sekali gus menyebabkan kecederaan dalam kalangan keluarga dan saudara-maranya.
Wartawan Kumpulan Media China (CMG), Anas Al-Najjar mempunyai rumah di selatan bandar Semenanjung Gaza, Khan Younis, turut menempatkan 17 orang ahli keluarga termasuk saudara-maranya.
BERITA PENUH DI SINI
Suasana tegang di masjid al-Aqsa menjelang solat Jumaat
Suasana berhampiran masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dilihat semakin tegang ketika umat Islam berhimpun untuk solat Jumaat.
Polis Israel membuat kawalan ketat dan hanya membenarkan beberapa orang yang terpilih sahaja melalui pintu pagar.
Tiada sebarang alasan diberikan dan keadaan ini menimbulkan lebih banyak ketegangan.
Pergelutan antara jemaah dan polis semakin memuncak, dengan orang ramai ditolak keluar secara paksa.
Polis kini melarang hampir semua warga muda serta pihak media daripada melaluinya.
1,000 mayat dilapor berada di bawah runtuhan Gaza - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata ia telah menerima laporan bahawa dianggarkan sekurang-kurangnya 1,000 mayat tidak dikenali masih tertimbus di bawah runtuhan di Gaza.
Kenyataan itu dibuat wakil agensi kesihatan PBB untuk wilayah Palestin yang diduduki, Richard Peeperkorn, sebagai menjawab soalan mengenai jumlah kematian di Gaza.
Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan perinciannya.
Difahamkan angka itu tidak termasuk dalam jumlah kematian di Palestin sejak 7 Oktober.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, lebih 7,000 orang terbunuh akibat serangan bom Israel dalam tempoh tiga minggu lalu.
Malaysia bersama OIC dan Liga Arab terus pantau perkembangan semasa Palestin
Malaysia akan terus bekerjasama dengan Liga Arab dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memantau perkembangan semasa konflik Palestin-Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita sekarang duduk (sedang) bekerjasama dengan OIC dan Liga Arab, tiap-tiap hari ada rundingan perkembangan semasa.
BERITA PENUH DI SINI
Perancis seru ratusan trak bantuan setiap hari untuk Gaza secepat mungkin
Bantuan mesti dibenarkan masuk ke Gaza "secepat mungkin" dengan "ratusan" trak diperlukan setiap hari, kata Menteri Luar Perancis Catherine Colonna pada Jumaat dalam temu bual dengan stesen radio Perancis RTL.
"Adalah penting untuk menyalurkan bantuan ke Gaza dengan cara yang terbaik secepat mungkin, dalam jumlah yang lebih besar," kata Colonna, sambil menambah bahawa pemeriksaan ke atas trak bantuan adalah "penghalang sebenar" kepada aliran bekalan yang diperlukan," kata Colonna.
Ini kerana terdapat 170 orang di Gaza yang perlu dipastikan keselamatannya oleh kerajaan Perancis, termasuk kira-kira 50 warganya, petugas NGO, serta keluarga dan pekerja mereka di pusat kebudayaan Perancis di Gaza.
Israel jelas menentang penghantaran bantuan - PBB
Israel dilihat jelas menentang penghantaran bantuan kemanusiaan ke utara Gaza di mana ratusan ribu orang awam masih terperangkap ketika pengeboman diteruskan.
"Kerajaan Israel jelas yang mereka tidak mahu kami menyampaikan (bantuan) ke utara," kata penyelaras kemanusiaan PBB untuk Palestin, Lynn Hastings.
"Jadi kakitangan kami perlu memikirkan risiko keselamatan jika kami mahu bantuan dihantar untuk menyelamatkan nyawa.
“Saya telah katakan sebelum ini bahawa lebih sejuta orang tidak mungkin akan berpindah ke selatan di mana terdapat pengeboman berterusan.
"Tiada penyaluran bantuan, tiada tempat berlindung di sana.
"Kita perlu menyampaikan (bantuan) kepada mereka dan kepada mana-mana orang yang memerlukan,” kata Hastings.
10 doktor, 10 trak memasuki Gaza
Delegasi perubatan yang terdiri daripada 10 doktor asing telah memasuki Gaza melalui lintasan sempadan Rafah, bersama 10 trak yang membawa masuk air, makanan, dan ubat-ubatan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan trak sejak awal kemasukan bantuan ke dalam kawasan yang dikepung ini kepada 84 buah.
Petugas hospital memerlukan bekalan perubatan dan bahan api untuk penjana kuasa bagi membekalkan tenaga elektrik ketika merawat ribuan mangsa yang cedera.
Israel dakwa bunuh komander Hamas
Pasukan pertahanan Israel IDF mendakwa tenteranya telah membunuh Midhat Mabasher, komander batalion Khan Younis Barat Hamas.
IDF berkata operasi pada Khamis malam itu dijalankan bersama agensi keselamatan Israel, Shin Bet.
Tiada kenyataan dikeluarkan Hamas setakat ini.
[INFOGRAFIK] Apa itu kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB?
Penduduk Palestin berkumpul di pengebumian isteri, anak-anak wartawan Al Jazeera
Penduduk Palestin berkumpul untuk bersama-sama dalam pengebumian isteri dan dua anak wartawan Al Jazeera Wael al-Dahdouh yang terbunuh dalam serangan udara Israel pada Rabu lalu.
Memetik Reuters, orang ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir serta menunaikan solat jenazah.\
BERITA PENUH DI SINI
Apa pun keputusan UNSC, serangan di Palestin harus dihentikan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak peduli dengan keputusan Persidangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) yang gagal mencapai kata putus berhubung perang Israel-Palestin.
Sebaliknya, beliau memberitahu, Malaysia akan terus kekal dengan pendirian supaya serangan di Palestin mesti dihentikan selain bantuan kemanusiaan disalurkan segera.
BERITA PENUH DI SINI
Indonesia gesa UNGA siasat serangan Israel ke atas Gaza
Indonesia menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat serangan Israel ke atas Gaza, lapor Agensi Berita ANTARA.
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi turut menggesa PBB menuntut gencatan senjata segera bagi mengelakkan lebih banyak nyawa yang terkorban.
BERITA PENUH DI SINI
‘Ramai akan mati tidak lama lagi’ akibat kepungan di Gaza - UNRWA
UNRWA memberi amaran bahawa "ramai lagi akan mati" akibat "sekatan penuh" Israel di Semenanjung Gaza.
"Perkhidmatan asas bakal runtuh, ubat-ubatan, makanan dan air kian kehabisan, jalan-jalan Gaza mulai melimpah dengan kumbahan.
"Orang di Gaza sedang nazak - mereka bukan sahaja mati akibat bom dan serangan, tidak lama lagi ramai akan mati akibat kepungan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza," kata Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini.
Hamas tidak boleh bebaskan tawanan hingga gencatan senjata dilaksana
Seorang pegawai Hamas berkata kumpulan itu menangguhkan pembebasan lebih ramai tawanan sehingga gencatan senjata dipersetujui.
Akhbar Kommersant dari Rusia memetik Abu Hamid sebagai berkata Hamas juga memerlukan masa untuk mencari semua tawanan yang dibawa ke Gaza semasa serangan 7 Oktober.
Ketua jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, berkata 229 orang kini menjadi tebusan di Semenanjung Gaza.
Pada Isnin, Hamas membebaskan dua wanita warga emas Israel berikutan pembebasan dua tawanan dengan dua kewarganegaraan AS-Israel minggu lalu.
‘Gaza sedang dijerut’ - Ketua UNRWA
“Terdapat rundingan sengit dan diplomasi yang tidak berkesudahan untuk membuka rantaian bekalan kemanusiaan.
“Setakat ini, ia hanya membawa kepada beberapa konvoi bantuan.
"Ini tidak akan menidakkan fakta bahawa Gaza sedang dijerut.
"Penduduk Gaza berasa dijauhi, terasing, dan ditinggalkan.”
- Pesuruhjaya Agung UNRWA Philippe Lazzarini
Trak masuk ke Gaza melalui Rafah 'hanyalah cebisan' - Ketua UNRWA
Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini menggesa gencatan senjata kemanusiaan dilaksanakan segera.
“Ramai di antara kita melihat trak yang memasuki melalui lintasan sempadan Rafah ini suatu harapan. Ia sebaliknya memberi gambaran mengelirukan.
"Beberapa trak ini tidak lebih daripada cebisan yang tidak akan memberi perubahan kepada dua juta orang awam di jalanan,” kata Lazzarini ketika bercakap pada taklimat media di Baitulmaqdis Timur.
“Kita harus mengelak daripada menyampaikan mesej bahawa beberapa trak sehari bermakna kepungan terhadap bantuan kemanusiaan sudah ditarik balik ... ini tidak benar.
"Sistem semasa yang sedia ada bakal lumpuh.
"Apa yang diperlukan adalah aliran bantuan yang bermakna dan tidak terganggu, dan untuk berjaya, kita memerlukan gencatan senjata kemanusiaan untuk memastikan ia sampai kepada mereka yang memerlukan," kata Lazzarini.
Lapan lagi trak bantuan bakal ke Gaza
Lapan lagi trak membawa makanan, ubat-ubatan, dan air dijangka menyeberang ke Gaza.
“Kita telah melihat kira-kira 74 trak masuk (ke Gaza). Kami menjangkakan lapan lagi (trak) atau lebih hari ini,” kata penyelaras kemanusiaan PBB untuk wilayah Palestin yang diduduki, Lynn Hastings kepada pemberita di Geneva.
Persimpangan sempadan Rafah di antara Mesir dan Gaza telah dibuka untuk membenarkan sejumlah kecil bantuan yang sangat diperlukan disalur kepada rakyat Palestin yang kekurangan makanan, ubat-ubatan dan air di wilayah yang berada di bawah kepungan Israel.
Israel bagaimanapun melarang penghantaran bahan api memasuki Gaza, yang mana amat diperlukan untuk pemprosesan air dan membekalkan tenaga elektrik ke hospital untuk terus beroperasi.
Israel dakwa 229 tawanan ditahan di Gaza
Ketua jurucakap tentera Israel Laksamana Muda Daniel Hagari berkata 229 orang kini ditahan di Semenanjung Gaza.
Ia angka terbaharu dikeluarkan tentera Israel selepas memaklumkan jumlah tawanan seramai 224 orang pada Khamis.
China terus hulur bantuan kemanusiaan untuk Gaza
China akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk Semenanjung Gaza bagi membantu penduduk tempatan yang terjejas akibat konflik Palestin-Israel.
Jurucakap Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) Xu Wei pada Khamis berkata China dukacita menyaksikan kehilangan nyawa dan kecederaan melibatkan orang awam serta situasi kemanusiaan yang semakin parah berikutan konflik itu.
BERITA PENUH DI SINI
Jangan khuatir tekanan Barat, Malaysia ada nilai tersendiri – Ahmad Zahid
Kerajaan memahami akan risiko yang berkemungkinan timbul susulan kelantangan negara menyuarakan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza.
Namun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kerajaan sama sekali tidak akan berganjak daripada pendirian tersebut, dan akan terus menyuarakan pandangan di pelbagai platform, biarpun ia akan menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan negara-negara Barat.
BERITA PENUH DI SINI
Palestin rayu negara anggota PBB sokong hentikan keganasan di Gaza
Lebih 480 terbunuh sepanjang 24 jam lalu
Sekurang-kurangnya 481 orang terbunuh dalam serangan udara Israel sepanjang tempoh 24 jam yang lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
Secara keseluruhan 7,028 rakyat Palestin telah terkorban sejak bermulanya konflik terbaharu, di mana 66 peratus daripada mangsa ialah wanita dan kanak-kanak.
Palestin senaraikan nama ribuan rakyat yang terbunuh
Kementerian kesihatan di Gaza menerbitkan laporan setebal 212 muka surat yang menyenaraikan beribu-ribu nama mangsa yang terkorban sejak 7 Oktober di kawasan itu.
Ia susulan komen Presiden AS Joe Biden bahawa beliau "tidak yakin" dengan angka korban orang awam yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza.
Selain nama, senarai itu turut menyatakan umur dan jantina mangsa.
EU janji 50 juta euro bantuan kemanusiaan tambahan
Kesatuan Eropah (EU) akan menyediakan 50 juta euro (sekitar RM250 juta) sebagai bantuan kemanusiaan tambahan untuk Gaza.
Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen berkata 56 tan metrik pertama bantuan daripada EU telah pun dihantar ke Gaza melalui dua penerbangan ke Mesir.
Beliau bercakap pada sidang akhbar di Brussels selepas hari pertama sidang kemuncak pemimpin EU.
Lebih 100,000 orang awam Israel mohon senjata api
Lebih 100,000 orang awam di Israel telah mengemukakan permohonan lesen senjata api sejak serangan pada 7 Oktober.
Ia berlaku susulan keraguan tentang keselamatan mereka serta galakan oleh pegawai pemerintah.
Israel tingkat kawalan sekitar masjid Al-Aqsa
Pasukan polis Israel dilapor menghalang laluan ke masjid Al-Aqsa.
Ia sekali gus menyukarkan orang ramai pergi ke masjid untuk beribadah.
Difahamkan sekatan turut dilakukan di seluruh Tebing Barat yang diduduki.
Angka kematian meningkat kepada 4 di Tebing Barat
Empat orang terbunuh dalam serbuan awal pagi terbaharu oleh tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki.
Sumber memberitahu Al Jazeera bahawa dua daripada mereka yang terbunuh berada di Jenin berhampiran kem pelarian di bandar utara itu.
Angka kematian di Khan Younis meningkat kepada 15
Sumber perubatan memberitahu Al Jazeera bahawa jumlah mangsa yang terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di bandar Khan Younis di selatan Gaza meningkat kepada 15 orang.
Ia menjadikan sekurang-kurangnya 40 orang yang terbunuh di seluruh Gaza pada Jumaat.
Ratapan anak melihat ibu yang terkorban
9 negara Arab gesa Majlis Keselamatan PBB kuat kuasa gencatan senjata di Gaza
Sembilan negara Arab pada Khamis menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera menguatkuasakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh menteri luar Mesir, Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman dan Maghribi.
BERITA PENUH DI SINI
Gencatan senjata perlu jadi matlamat utama - Duta Palestin ke PBB
Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ibrahim Khraishi pada Khamis berkata gencatan senjata dengan kadar segera mesti menjadi "matlamat utama kita semua" di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Palestin.
Kenyataan itu dibuat semasa sesi taklimat di pejabat PBB di Geneva bersama anggota Persatuan Pewarta Bertauliah di PBB (ACANU), lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
AS tidak akan terlepas jika perang di Gaza berterusan - Iran
IRAN memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) sekiranya tindakan Israel terhadap pejuang Hamas tidak dihentikan di Semenanjung Gaza, Washington akan turut terkena tempias.
Amaran itu disuarakan Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Khamis.
BERITA PENUH DI SINI
[VIDEO] PBB gesa penghantaran segera bahan api ke Gaza
[VIDEO] WFP Kritik pemeriksaan terlalu ketat di Rafah
PBB adakan sesi khas tergempar ke-10, bincang isu Israel-Palestin
WFP kritik pemeriksaan terlalu ketat di Rafah
Pengarah eksekutif Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP), Cindy McCain mengkritik kaedah pemeriksaan yang terlalu ketat ke atas trak di persimpangan Rafah dari Mesir ke Gaza sehingga memperlahankan aliran bantuan kemanusiaan.
Pintu sempadan Rafah telah menjadi titik utama penyampaian bantuan sejak Israel mengenakan 'pengepungan menyeluruh' ke atas Gaza pada 7 Oktober.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel bawa masuk kereta kebal ke Gaza menjelang perang 'peringkat seterusnya'
Beberapa jam selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan persiapan perang darat sedang dijalankan untuk menghapuskan Hamas, tentera bertindak menghantar kereta kebal dan jentolak berperisai ke Semenanjung Gaza.
Ia adalah 'serbuan disasarkan' yang memusnahkan beberapa kawasan sebelum mereka berundur dari wilayah yang dikawal Hamas.
BERITA PENUH DI SINI.
Indonesia lantang kritik PBB, mahu majlis kembalikan sifat 'kemanusiaan'
Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi menyuarakan kekecewaan negara itu terhadap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang masih gagal mencapai keputusan tatkala angka korban di Gaza terus meningkat.
Beliau ketika menyampaikan kenyataan di pentas PBB di New York sempena Sesi Khas Kecemasan UNGA ke-10 pada malam Khamis berkata PBB seharusnya menekankan soal kemanusiaan yang menjadi asas penubuhannya.
BERITA PENUH DI SINI.
'Ini peperangan Israel dan Hamas, tiada kaitan dengan rakyat Palestin' - Duta Israel
Israel sekali lagi menunjukkan keangkuhannya apabila menafikan serangan yang telah mengorbankan lebih 7,000 rakyat Palestin di Gaza.
Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan sebaliknya berkata, pejuang Hamas merupakan punca di sebalik konflik peperangan yang berlaku di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
Keadilan untuk rakyat Palestin satu-satunya jalan penyelesaian - Riyad Mansour
Riyad Mansour, Pemerhati Tetap Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Negara Palestin, berkata keadilan untuk rakyat Palestin adalah satu-satunya jalan penyelesaian bagi konflik semasa dan bukannya keganasan berterusan.
Riyad, yang pertama untuk berucap dalam Sidang Khas Tergempar Ke-10 Perhimpunan Agung PBB mengenai konflik Israel-Gaza di New York pada Khamis, menyeru negara-negara anggota supaya mengundi untuk menghentikan keganasan daripada berterusan, memperjuangkan keadilan di sebalik dendam, dan keamanan di sebalik perang.
BERITA PENUH DI SINI.
Benarkan bantuan ke Gaza, tindakan sekat jelas langgar undang-undang antarabangsa - PBB
Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Dennis Francis mengingatkan setiap pihak yang terlibat dalam perang Israel dan Palestin untuk sentiasa mematuhi undang-undang antarabangsa.
Beliau ketika berucap dalam Sesi Khas Kecemasan ke-10 UNGA di ibu pejabatnya di New York pada Khamis menegaskan bahawa sebarang tindakan yang bertujuan untuk menyekat keperluan asas rakyat Palestin di Gaza ketika ini adalah merupakan satu tindakan yang jelas melanggar hak asasi manusia.
BERITA PENUH DI SINI
PBB gesa koridor kemanusiaan buat Gaza dibuka tanpa syarat
Peresiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dennis Francis menggesa agar koridor kemanusiaan dibuka dengan kadar segera, tanpa sebarang syarat.
Ketika berucap dalam Sesi Khas Kecemasan ke-10 UNGA di New York pada Khamis, beliau turut menekankan bahawa segala bentuk keganasan dan pertumpahan darah antara Palestin dan Israel ketika ini dihentikan serta merta.
BERITA PENUH DI SINI
Korban serangan tentera penceroboh Israel meningkat kepada 7,028 orang
Jumlah rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan udara tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu, kini meningkat kepada 7,028 orang, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza pada Khamis.
Jurucakap kementerian Ashraf al-Qedra pada sidang media berkata angka kematian akibat pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza mencecah 7,028 orang, termasuk 2,913 kanak-kanak, 1,709 wanita dan 397 warga emas.
BERITA PENUH DI SINI
Sesi tergempar PBB mengenai Gaza berlangsung
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York mengadakan sesi khas tergempar mengenai konflik Israel-Gaza pada Khamis.
Laman sesawang PBB menyiarkan secara langsung Sidang Khas Tergempar ke-10 yang bermula pada 10 pagi waktu New York (10 malam waktu Malaysia).
BERITA PENUH DI SINI
17 maut dalam serangan di Khan Younis
Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Khan Younis.
Agensi berita WAFA berkata tentera Israel menyerang sebuah rumah dengan beberapa peluru berpandu.
Sejumlah mangsa yang tidak dikenal pasti dipercayai masih berada di bawah runtuhan.
'Bahaya kemusnahan' buat musuh Israel - Gantz
Benny Gantz, bekas jeneral yang menyertai kabinet perang Netanyahu, memberi amaran kepada musuh Israel selain Hamas bahawa mereka juga berisiko dimusnahkan.
Israel telah berjanji untuk memusnahkan Hamas, yang mendapat sokongan Iran, Hizbullah di Lubnan, Houthi di Yaman, dan pelbagai kumpulan pejuang di Iraq.
"Bahaya kemusnahan bukan takdir untuk kami, sebaliknya nasib mereka yang akan berbuat jahat kepada kami," kata Gantz.
China salur AS$2 juta bantuan kemanusiaan kepada Gaza
China akan menyalurkan kira-kira AS$2.05 juta bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Menurut kenyataan Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA), bantuan itu terdiri daripada makanan, ubat-ubatan dan bekalan bantuan kemanusiaan kecemasan lain.
Ia tambahan kepada bantuan AS$1 juta yang telah diberikan China sebelum ini.
Pemimpin Turki selar sikap berdiam diri Barat
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata serangan Israel ke atas Gaza telah "mencapai tahap pembunuhan beramai-ramai", dan sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa adalah sangat memalukan.
Beliau berkata demikian ketika berbincang dengan Pope Francis berhubung perang Israel-Hamas melalui telefon.
Tambahnya, semua pihak harus menyokong usaha untuk menyampaikan "bantuan tanpa gangguan kepada orang awam yang tidak bersalah" di Gaza.
Erdogan mengulangi pendirian Turki bahawa penyelesaian kekal kepada konflik hanya boleh dicapai melalui penubuhan negara Palestin yang merdeka.
Pada Rabu, Erdogan menyifatkan Hamas sebagai kumpulan yang berjuang untuk "pembebasan" dan bukan organisasi pengganas seperti mana digambarkan Barat.
Beliau juga menangguhkan rancangan untuk melawat Israel.
Doktor di Gaza guna trak ais krim untuk simpan mayat
Kekurangan ruang di bilik mayat hospital memaksa pasukan perubatan menggunakan segala kemudahan yang ada dan di luar jangka.
Seorang doktor di Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza memaklumkan keadaan di mana mereka terpaksa membawa masuk trak ais krim untuk menyimpan mayat.
"Kami membawa trak ais krim dari kilang ais krim untuk memelihara sejumlah besar mayat yang diterima hospital setiap hari," kata Dr Yasser Ali.
Dr Yasser berkata mayat dibalut kain kafan putih, dengan nama ditulis dengan penanda biru.
“Walaupun dengan trak sejuk beku ini, jumlah mayat masih melebihi kapasiti.
"Selebihnya, kira-kira 20-30 mayat terpaksa diletakkan pula di dalam khemah di luar setiap hari,” katanya lagi.
Himpunan Pembela Palestin di Melaka Ahad ini sasar 10,000 peserta
Himpunan Pembela Palestin yang menyasarkan penyertaan sebanyak 10,000 peserta dalam kalangan pelbagai bangsa dan agama akan diadakan di Stadium Hang Jebat di sini, Ahad ini.
Pengerusi Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata program anjuran DMDI dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain antaranya Serantau Muslim itu, dijadualkan bermula 6 hingga 11 pagi.
BERITA PENUH DI SINI
Malaysia tunggu keputusan PBB untuk hantar tentera pengaman ke Palestin
Malaysia mengambil pendirian tunggu dan lihat mengenai keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung penghantaran tentera pengaman ke Palestin, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata kerajaan tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa dengan apa juga diputuskan PBB kelak dan perkara itu akan dipertimbangkan terutamanya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
BERITA PENUH DI SINI
'Ini bukan perang, tapi pembunuhan beramai-ramai'
Presiden Brazil Lula da Silva berkata serangan di Gaza bukanlah satu peperangan, tetapi "pembunuhan beramai-ramai" yang menyebabkan kematian beribu-ribu kanak-kanak.
"Apa yang berlaku sekarang di Timur Tengah adalah sangat serius," kata Lula.
“Ia bukan tentang membincangkan siapa yang mempunyai alasan atau siapa yang bersalah.
"Masalahnya ialah ia bukan peperangan; ia adalah pembunuhan beramai-ramai yang telah mengorbankan 2,000 kanak-kanak yang tiada kaitan dengan perang ini tetapi menjadi mangsa,” kata Lula da Silva.
Sekurang-kurangnya 6,546 rakyat Palestin, termasuk 2,704 kanak-kanak, telah meninggal dunia dan 17,439 cedera akibat serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu.
Hospital beroperasi tanpa bekalan elektrik dan air
Tentera Israel semak semula jumlah tawanan
Dalam kemas kini terbaharunya, tentera Israel berkata bilangan orang yang ditawan di Semenanjung Gaza oleh Hamas ialah 224, sambil menambah bahawa jumlah itu mungkin meningkat lagi.
Pada Rabu, pihak tentera telah meletakkan jumlah tebusan yang tinggal seramai 222 orang.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Hamas telah membebaskan beberapa tawanan, termasuk warga AS dan Israel, selepas usaha pengantaraan Qatar.
Kereta kebal Israel 'cerap' utara Gaza
Tentera Israel melakukan "serbuan bersasar" menggunakan kereta kebal di utara Gaza pada Khamis sebelum berundur dari kawasan itu.
Menurut Angkatan Pertahanan Israel (IDF), video yang diterbitkannya itu menunjukkan kereta kebal dan kenderaan berperisai, termasuk jentolak, bergerak di atas jalan berhampiran pagar.
Kereta kebal itu melepaskan artileri, dan menyebabkan kemusnahan di kawasan berhampiran.
IDF berkata langkah itu adalah "sebahagian daripada persiapan untuk peringkat pertempuran seterusnya."
“Askar kami keluar dari kawasan terbabit pada akhir serbuan,” kata kenyataan itu.
Jurucakap IDF Peter Lerner menyifatkan serbuan itu sebagai penting dalam usaha memastikan keselamatan untuk operasi darat jika dan apabila ia berlaku.
Pesawat tentera Maghribi bawa bantuan Palestin tiba di Lapangan Terbang El Arish
Dua pesawat tentera Maghribi yang membawa bantuan kemanusiaan kecemasan untuk penduduk Palestin tiba di lapangan terbang El Arish di timur Mesir pada Rabu.
Inisiatif kemanusiaan itu selaras dengan titah Raja Mohammed VI yang juga Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds dalam usaha menyampaikan bantuan penting kepada rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Jumlah mangsa terkini
Gaza
Terbunuh: 6,546
Cedera: 17,439
Tebing Barat yang diduduki
Terbunuh: 102
Cedera: 1,836
Israel
Terbunuh: 1,405
Cedera: 5,431
*Angka sejak 7 Oktober 2023
Peminat Celtic kibar bendera Palestin
Peminat Celtic dilihat mengibarkan bendera Palestin sebelum perlawanan Liga Juara-Juara menentang pasukan Sepanyol, Atletico Madrid di Glasgow pada Rabu.
Sebelum perlawanan yang dihadiri lebih 55,000 peminat, kelab Scotland itu menyeru penyokongnya supaya tidak mempamerkan bendera, sepanduk dan simbol yang berkaitan dengan perang Israel ke atas Gaza.
Peminat Celtic mempunyai sejarah menyokong rakyat Palestin dan telah mengumpul dana untuk organisasi bebas yang bertugas di wilayah yang diduduki.
[VIDEO] Peminat Celtic kibar bendera Palestin
A literal sea of flags as expected ?? ?pic.twitter.com/AfS5WjKQ9N
— FC PALESTINA (@fc_palestina) October 25, 2023
Israel dakwa serang 250 sasaran Hamas di Gaza
Tentera Israel mendakwa telah menyerang 250 sasaran Hamas di Gaza.
Antaranya, beberapa infrastruktur termasuk ibu pejabat operasi, terowong, dan pelancar roket yang diletakkan dalam persekitaran awam.
IDF juga mengesahkan ia menyerang kedudukan pelancaran roket Hamas di selatan Khan Younis berhampiran masjid dan tadika.
Wartawan Palestin, anak terbunuh dalam serangan Israel
Wartawan Palestin Duaa Sharaf dan anaknya terbunuh pada awal pagi Khamis selepas jet Israel mengebom rumahnya di Gaza.
Agensi berita WAFA melaporkan beberapa peluru berpandu dilepaskan ke arah kediaman di kawasan az-Zawayda di tengah Semenanjung Gaza, mengakibatkan kematian mereka.
Dalam siaran Telegram, Voice of Al-Aqsa Radio mengesahkan kematian Sharaf, yang merupakan penyampai di stesen itu.
Sekurang-kurangnya 22 wartawan Palestin telah terbunuh akibat serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu.
85 rakyat Palestin ditahan tentera Israel malam tadi
Sekurang-kurangnya 85 rakyat Palestin - termasuk sekurang-kurangnya empat wanita - telah ditangkap oleh tentera Israel dalam serbuan malam tadi.
Serbuan dipercayai dilakukan di beberapa bahagian Tebing Barat yang diduduki antaranya di Nablus, Hebron dan Baitulmaqdis Timur.
Persatuan Tahanan Palestin kali terakhir berkata tentera Israel telah memenjarakan lebih 1,450 rakyat Palestin dari Tebing Barat sejak 7 Oktober.
Angka ini menunjukkan peningkatan jumlah penduduk Palestin di penjara Israel kepada lebih 6,600, termasuk 1,600 yang dipenjarakan tanpa tuduhan.
Banyak mayat masih tidak dapat dikenal pasti
Perkhidmatan kecemasan tidak mempunyai peralatan untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan kediaman yang musnah.
Pihak berkuasa memberitahu kira-kira 800 kanak-kanak antara yang hilang di bawah runtuhan.
Banyak mayat juga masih tidak dikenal pasti.
Ahli keluarga berada di merata bahagian Gaza, dengan ramai yang tidak menyedari bahawa orang tersayang telah terbunuh dalam serangan Israel.
Komunikasi terganggu, menjadikannya sukar untuk menghubungi sesiapa sahaja.
Keluarga juga memilih untuk bertebaran, dengan harapan dapat mengurangkan risiko kesemua mereka terkorban dalam satu serangan.
IDF mengaku lancar serangan udara di mana 12 ahli keluarga wartawan terbunuh
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan ia bertanggungjawab melakukan serangan udara yang menyasarkan "infrastruktur Hamas" di kawasan Gaza di mana 12 anggota keluarga wartawan Al Jazeera terbunuh pada Rabu.
Serangan itu memusnahkan sebuah rumah di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza, di mana ahli keluarga ketua biro Al Jazeera di Gaza, Wael Al-Dahdouh sedang berlindung selepas dipindahkan, menurut rangkaian berita yang berpangkalan di Qatar.
Isteri, anak lelaki, anak perempuan, dan cucu Al-Dahdouh adalah antara yang terbunuh.
Akaun pro-Palestin dikunci selepas cubaan godam, dakwa Meta
Meta berkata ia telah mengunci akaun pro-Palestin dengan berjuta-juta pengikut selepas mengesan kemungkinan berlaku percubaan penggodaman.
Akaun @Eye.on.palestine, yang mempunyai lebih 6 juta pengikut di Instagram dan memfokus kepada perkongsian kandungan dari Palestin, tidak dapat diakses pada Rabu.
Pemilik Facebook, Instagram, dan Threads itu berkata ia cuba menghubungi pemiliknya.
Akaun sandaran, @Eye.on.palestine2, juga tidak boleh diakses pada Rabu, serta akaun Facebook dan Thread yang berkaitan.
"Akaun ini pada mulanya dikunci atas sebab keselamatan selepas tanda-tanda dikompromi, dan kami sedang berusaha untuk menghubungi pemilik akaun bagi memastikan mereka mempunyai akses," kata jurucakap Meta, Andy Stone dalam satu kenyataan.
"Kami tidak melumpuhkan akaun ini kerana kandungan yang mereka kongsikan," katanya lagi.
'Saya sangat marah' - Fahmi dedah ada bukti TikTok turunkan kandungan Perang Palestin-Israel
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mendedahkan terdapat bukti bahawa penyedia platform media sosial TikTok secara sistematik telah menurunkan kandungan berkaitan konflik Palestin-Israel dari Malaysia.
Beliau berkata perkara itu terbukti apabila ramai pengguna platform berkenaan telah mengadu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bahawa kandungan dan siaran langsung yang dimuat naik mereka telah diturunkan atau disekat, termasuk mengenai ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin, Selasa lepas.
BERITA PENUH DI SINI
Israel tetap berdegil rancang lancar serangan darat
Israel dilihat tetap berdegil apabila Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Rabu berkata negaranya sedang membuat persiapan melancarkan serangan darat ke atas Semenanjung Gaza.
"Kami membuat persiapan melancarkan serangan darat ke atas Gaza," kata Netanyahu pada sidang akhbar sambil menambah detik serangan akan ditentukan oleh Kabinet, tanpa memberikan butiran lanjut, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar Yedioth Ahronoth.
BERITA PENUH DI SINI
Putin sifatkan keadaan di Gaza sebagai 'malapetaka kemanusiaan'
Presiden Rusia Vladimir Putin menyifatkan situasi di Semenanjung Gaza sebagai 'malapetaka kemanusiaan', lapor Agensi Anadolu (AA).
Bercakap pada satu mesyuarat di Moscow pada Rabu, Putin berkata: "orang yang tidak bersalah tidak sepatutnya menjadi mangsa untuk jenayah yang dilakukan oleh orang lain."
BERITA PENUH DI SINI
114 juta penduduk dunia hilang tempat tinggal - PBB
Jumlah penduduk yang hilang tempat tinggal akibat peperangan, penganiayaan, keganasan dan pencabulan hak asasi manusia di seluruh dunia dianggarkan melebihi 114 juta setakat September tahun ini.
Menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) pada Rabu, antara faktor utama pemindahan secara paksa itu, termasuk keganasan, kemarau, banjir dan keadaan yang tidak aman.
BERITA PENUH DI SINI
Australia umum AS$15 juta lagi bantuan kepada Gaza
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan tambahan $15 juta bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza.
Ini menjadikan jumlah bantuan yang dijanjikan oleh negara itu kepada $25 juta.
“Ini sebagai tambahan kepada $10 juta yang telah Australia janjikan dan akan membantu menyampaikan bantuan seperti air dan perkhidmatan perubatan,” kata Albanese semasa sidang akhbar bersama dengan Presiden AS Joe Biden di Washington.
Pencerobohan darat ke atas Gaza hanya akan cetus perang serantau - YB Sembrong
Keluarga Ketua Biro Al Jazeera antara korban serangan Israel di Gaza
Serangan udara Israel di tengah Gaza pada Selasa turut meragut nyawa anggota keluarga terdekat ketua biro Al Jazeera di Gaza, Wael al-Dahdouh.
Sebelum itu, beliau bersama keluarganya melarikan diri ke kem Nuseirat di tengah Gaza selepas Israel memberi amaran kepada penduduk di utara wilayah itu supaya segera berpindah.
BERITA PENUH DI SINI
Kelantangan Malaysia bela Palestin, tak perlu takut kepada sesiapa
Pemimpin EU seru 'penangguhan kemanusiaan' di Gaza
Pertemuan para pemimpin EU pada Khamis tertumpu kepada gesaan diadakan "penangguhan kemanusiaan" dalam perang Israel dengan Hamas.
Satu draf kenyataan untuk sidang kemuncak dilaporkan akan menggesa diberikan akses dan bantuan kemanusiaan yang berterusan, pantas, selamat dan tanpa halangan untuk sampai kepada mereka yang memerlukan melalui semua langkah yang perlu termasuk gencatan kemanusiaan, lapor AFP.
Bagaimanapun, kenyataan itu, yang masih boleh berubah apabila para pemimpin bertemu di Brussels, tidak memenuhi tuntutan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk "gencatan senjata".
PM perlu panggil duta, wakil negara jika benar Malaysia terima ugutan pemimpin Eropah - Pas
[VIDEO] Serangan terbaharu Israel di Baitulmaqdis Timur
مدعومة بعشرات الجنود.. قوات الاحتلال تقتحم مخيم شعفاط بالقدس المحتلة#حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/vJHCdBh5xq
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) October 26, 2023
[VIDEO] Kanak-kanak terperangkap dalam runtuhan diselamatkan
طواقم الدفاع المدني تنتشل طفلا على قيد الحياة من تحت الركام بعد قصف إسرائيلي استهدف منزله في قطاع غزة#حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/LccErCdYS6
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) October 26, 2023
Wakil Palestin ke PBB luah rasa marah, sakit hati
There is a point where your heart, unable to take all the ache, builds a fortress to survive. Where your soul, unable to take all the sorrow, transforms it into anger. Where your being, unable to accept all this death, wishes it was divorced from humanity. How do you survive a…
— Ambassador Majed Bamya ?? (@majedbamya) October 26, 2023
Jepun gesa penggantungan sementara pertempuran di Gaza
Menteri Luar Jepun Yoko Kamikawa telah bertemu dengan duta Israel ke Jepun, Gilad Cohen, bagi menzahirkan permintaan Tokyo untuk penggantungan sementara pertempuran di Gaza.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, kementerian luar Jepun berkata bahawa pertemuan antara kedua-dua diplomat itu bertujuan menekan Israel untuk menangguhkan pertempuran dan membenarkan penghantaran lebih banyak bantuan kemanusiaan kepada lebih 2 juta orang awam yang tinggal di wilayah Palestin yang terkepung.
Malaysia komited sertai Sesi Khas Tergempar UNGA
Dituduh biayai Hamas: Qatar terkejut, nafi dakwaan Israel
Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani terkejut dan menafikan dakwaan yang dibuat oleh Israel kononnya Qatar membiayai perjuangan kumpulan Hamas di Palestin.
AL-Thani merujuk pada kenyataan dibuat Eli Cohen pada mesyuarat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mana Qatar dituduh memberi dana dan memberi perlindungan kepada pemimpin Hamas.
BERITA PENUH DI SINI
Netanyahu akan jawab isu tahap keselamatan Israel yang lemah
Buat pertama kali Benjamin Netanyahu mengakui akan memberikan penjelasan mengenai kelemahan tahap keselamatan Israel sehingga berjaya dibolosi pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.
Perdana Menteri Israel itu menyedari beliau akan diminta bertanggungjawab terhadap serangan Hamas sehingga menyebabkan 1,400 rakyat Israel terkorban.
BERITA PENUH DI SINI
Serangan darat Israel ke atas Gaza akan jadi satu 'kesilapan'
Emmanuel Macron awal-awal lagi memberi peringatan rancangan Israel untuk melancarkan serangan darat ke atas Gaza akan menjadi satu ‘kesilapan.’
Bercakap dari Kaherah, Mesir, Presiden Perancis itu berkata, serangan Israel itu kelak hanya akan membahayakan orang awam tanpa menjamin keselamatan jangka panjang Israel.
BERITA PENUH DI SINI
Wartawan Al Jazeera Wael Dahdouh, keluarga 'sasaran' Israel
Penyampai berita Arab di saluran Al Jazeera, Tamer Almisshal mendakwa, wartawan Wael Dahdouh dan keluarganya merupakan antara yang menjadi ‘sasara’ Israel.
Menurut Almisshal, dia sudah berkawan rapat dengan Dahdouh sejak bertahun-tahun lamanya.
BERITA PENUH DI SINI
Israel sedang buat persiapan serang Gaza melalui darat
Tentera Israel ketika ini sedang giat membuat persiapan untuk melancarkan serangan darat ke atas Semenanjung Gaza, dedah Benjamin Netanyahu.
Bagaimanapun, tegas Perdana Menteri Israel itu, beliau tidak dapat berkongsi mengenai masa atau maklumat lanjut mengenai operasi yang dikritik banyak pihak itu.
BERITA PENUH DI SINI
Wartawan Al Jazeera jadi sasaran Israel
Pembunuhan ahli keluarga wartawan veteran Al Jazeera, Wael Dahdouh oleh tentera Israel merupakan peringatan bahawa bahaya menanti pengamal media yang mengadakan liputan di kawasan konflik.
Semasa tempoh perang antara Palestin dan Israel ini, sebuah bangunan diletupkan oleh tentera Israel ketika wartawan Al Jazeera, Youmna ElSayed yang sedang bersiaran secara langsung dari bandar Gaza pada 8 Oktober lalu.
BERITA PENUH DI SINI
Al Jazeera kutuk pembunuhan keluarga wartawan Wael Dahdouh
Rangkaian Penyiaran Al Jazeera mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel membunuh orang awam termasuk ahli keluarga wartawannya, Wael Dahdouh dalam serangan udara terbaharu zionis itu.
Sehubungan itu, Al Jazeera menyeru seluruh masyarakat antarabangsa untuk turut serta dalam usaha mengakhiri serangan ke atas orang awam, sekali gus melindungi nyawa golongan yang tidak berdosa.
BERITA PENUH DI SINI
Israel serang dan bunuh keluarga wartawan Al Jazeera
Seperti warga lain, Wael Dahdouh juga tentu sekali tidak dapat menyembunyikan kedukaan apabila kehilangan isteri, anak perempuan dan anak lelaki dalam sekelip mata akibat kekejaman zionis Israel.
Kedukaan Dahdouh tentu sekali tambah berganda kerana berita sedih itu diterimanya ketika beliau sedang bertugas - mengadakan liputan mengenai serangan terbaharu udara Israel di Semenanjung Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
"Andainya kami maut di medan perang, carilah jenazah bergelang biru" - Bapa warga Palestin
Sayunya, seutas gelang biru adalah sebagai tanda buat lelaki berusia 40 tahun itu untuk keluarganya, agar senang mencari jenazah mereka sekiranya terbunuh dalam perang.
BERITA PENUH DI SINI
Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh di Gaza
Seorang wartawan Palestin, Saed al-Halabi yang bertugas untuk Al-Aqsa TV dilaporkan terbunuh pada Rabu selepas serangan udara rejim Israel memusnahkan kediamannya di Kem Jabalia, utara Semenanjung Gaza.
Lapor Al-Jazeera, jumlah wartawan Palestin yang maut sejak perang Palestin-Israel bermula 7 Oktober lalu kini meningkat kepada 21 orang.
Tiga wartawan Israel dan seorang wartawan Lubnan turut dilaporkan terbunuh dalam konflik terbaharu itu.
'Jangan gentar dengan ancaman Eropah' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat Malaysia tidak perlu gentar dengan ugutan pihak Eropah berikutan kelantangan suara negara ini dalam menyuarakan nasib rakyat Palestin yang terus menjadi mangsa penindasan rejim Zionis.
Anwar turut menyatakan, wujud seorang Ahli Parlimen dari Eropah yang dipercayai mengusulkan sekatan terhadap Malaysia.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Lebih 5,795 maut, 18,000 cedera akibat pengeboman di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza
Lebih 5,795 rakyat Palestin terbunuh manakala 18,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.
BERITA PENUH DI SINI
Kelantangan Anwar terhadap Palestin ciri penting hubungan antarabangsa Malaysia
Kelantangan Malaysia menggesa negara lain agar menyokong Palestin dan menamatkan kekejaman Israel ialah ciri utama hubungan antarabangsa negara di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beberapa penganalisis memuji keberanian Anwar bersuara dan membawa pandangan itu ke pentas dunia dalam menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Isu Palestin: Kawalan keselamatan PM Anwar dipertingkat - KPN
Polis Diraja Malaysia memberi jaminan akan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan pendedahan beliau semalam, berhubung banyak ugutan diterimanya kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
AS, Arab Saudi bincang diplomasi perang Palestin-Israel
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamed bin Salman pada Selasa mengadakan perbicangan mengenai usaha yang perlu diambil untuk mengelakkan perang antara Palestin dan Israel berpanjangan, kata White House.
Kedua-dua pemimpin berkenaan juga bersetuju meluaskan lagi usaha diplomatik “untuk mengekalkan kestabilan di sepanjang rantau berkenaan dan menghalang konflik itu daripada berpanjangan” jelas White House sambil memaklumkan Biden dan Mohamed Bin Salman akan kekal berkoordinasi secara rapat antara satu sama lain.
BERITA PENUH DI SINI
Israel cabul undang-undang antarabangsa - Guterres
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sifatkan wujud pencabulan jelas ke atas undang-undang kemanusiaan antarabangsa di Semenanjung Gaza.
Beliau merayu supaya nyawa penduduk awam dalam perang Israel dan Palestin terus dilindungi.
BERITA PENUH DI SINI.
Negara sekutu Israel perlu bertanggungjawab - Mahmoud Abbas
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyalahkan Israel dan negara sekutunya yang menyokong tindakan kejam zionis terhadap rakyat Palestin.
Negara-negara ini, tegas Mahmoud, harus bertanggungjawab ke atas kesengsaraan rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI.
Rejim Israel kejam tidak benar bekalan bahan api masuk ke Gaza
Israel berpendirian tegas dan kejam untuk tidak membenarkan bahan api memasuki Gaza walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Ketua jurucakap tenteranya, Daniel Hageri mendakwa bekalan api tersebut akan disalahguna Hamas untuk bekalan infrastruktur tentera.
BERITA PENUH DI SINI.
700 rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara semalaman Israel
Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel dalam tempoh semalaman.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan ia merupakan angka kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam direkodkan sejak Israel melancarkan serangan balas ke atas pejuang Hamas.
BERITA PENUH DI SINI.
6 hospital di Gaza terpaksa ditutup akibat kekurangan bahan api - WHO
Sekurang-kurangnya enam buah hospital di Gaza terpaksa ditutup akibat kekurangan bahan api, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa.
Jumlah ini merupakan tambahan kepada hospital-hospital yang terpaksa ditutup kerana rosak akibat serangan udara, kata WHO dalam kenyataan yang dikeluarkan.
BERITA PENUH DI SINI.
Tiada apa yang boleh mewajarkan kesengsaraan orang awam di Gaza - Presiden Perancis
Presiden Perancis menyatakan pendirian beliau kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, di sebalik perang yang berlaku, tiada apa yang boleh mewajarkan kesengsaraan yang sedang dilalui orang awam di Semenanjung Gaza.
Dalam masa sama, Emmanuel Macron memanjangkan sokongan beliau kepada rakyat Palestin, namun menegaskan, rakyat negara itu “tidak diwakili oleh Hamas.”
BERITA PENUH DI SINI.
Perjuangan Palestin lawan kezaliman Zionis diterima masyarakat antarabangsa
Kebangkitan rakyat Palestin dan masyarakat dunia menentang serta menolak keganasan rejim Zionis di Gaza, memberi keyakinan Israel akan lenyap tidak lama lagi.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamed Sabu berkata keyakinan itu, berasaskan perjuangan rakyat Palestin melawan kezaliman Israel kini diterima masyarakat antarabangsa.
BERITA PENUH DI SINI.
Permaisuri Rania bidas dunia barat 'pilih kasih' tangani perang Palestin-Israel
Permaisuri Rania Al Abdullah dari Jordan menegaskan, terdapat "piawaian pilih kasih yang ketara" dalam perang Israel-Hamas oleh dunia Barat.
Kata beliau, 'piawaian pilih kasih’ itu jelas ketara apabila dunia Barat mengutuk serangan Hamas pada 7 Oktober, namun, tidak pula membidas pengeboman Gaza oleh Israel atau mendesak gencatan senjata dilakukan.
BERITA PENUH DI SINI.
Perang baru saja bermula, kata Menteri Pertahanan Israel
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant memberitahu pasukan pertahanan negara itu bahawa Israel perlu memusnahkan pasukan pejuang Hamas dan mengingatkan perang masih dalam peringkat awal, lapor CNN.
"Bersedia untuk tugasan akan datang, perang baru sahaja bermula. Malang sekali, kita terpaksa melakukannya," kata Gallant.
BERITA PENUH DI SINI.
Hospital Gaza berhadapan risiko kehabisan bahan api - ActionAid
ActionAid Palestin merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera menyalurkan bantuan bahan api ke Gaza, memandangkan hospital kini hampir kehabisan bekalan dan keadaan ini boleh mengancam nyawa pesakit, termasuk bayi dan warga emas.
"...sekurang-kurangnya 120 bayi baru lahir berada dalam inkubator, 70 daripadanya menggunakan ventilasi mekanikal, mereka kini diancam bahaya jika hospital kehabisan bahan api. Tanpa bantuan kritikal ini, bayi-bayi ini akan mati," lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik kenyataan ActionAid.
BERITA PENUH DI SINI
Malaysia keliling dunia Arab, suara pendirian isu Palestin
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata buat pertama kali dalam sejarah negara, Malaysia mengambil keputusan untuk mengelilingi negara Arab demi menyatakan pendirian susulan kekejaman Israel terhadap Palestin.
Perdana Menteri berkata, pendekatan itu diambil selepas melihat semangat dan denyut nadi rakyat negara ini terhadap nasib yang menimpa Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
[LANGSUNG] Himpunan Malaysia Bersama Palestin
Duta Palestin gesa pemimpin dunia bertindak segera untuk gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali menyeru para pemimpin dunia untuk menyegerakan usaha mencapai gencatan senjata dan membuka laluan selamat bagi bantuan kemanusiaan.
Beliau berkata masyarakat antarabangsa perlu bersatu untuk menoktahkan penderitaan rakyat Palestin dan menyediakan bantuan yang diperlukan bagi mengurangkan krisis kemanusiaan.
BERITA PENUH DI SINI
Perhimpunan Malaysia bersama Palestin
Gaza tidak dapat bekalan bantuan diperlukan - UNRWA
PBB berkata hanya 54 trak dengan bekalan bantuan telah menyeberang ke Gaza sejak Sabtu.
Ketua komunikasi agensi bantuan pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Tamara Alrifai menyifatkan jumlah itu amat kecil.
Lebih memburukkan lagi, bahan api yang diperlukan segera untuk penjana kuasa tidak termasuk dalam penghantaran.
Sebaliknya, beras dan lentil dihantar, yang mana tidak boleh dimasak kerana orang ramai tiada akses kepada air dan gas yang mereka perlukan untuk memasak, kata Alrifai.
12 warga UK terbunuh sejak perang bermula - Jurucakap PM Sunak
Seramai 12 warga Britain telah terkorban sejak serangan Hamas pada 7 Oktober, manakala lima lagi masih hilang, kata jurucakap Perdana Menteri Rishi Sunak.
Bekalan elektrik terputus, doktor terpaksa bekerja dalam gelap
Doktor bekerja dalam gelap apabila hospital di Gaza kehabisan bekalan kuasa.
Dalam satu video oleh Al Jazeera, pasukan perubatan di hospital utara Gaza menggunakan lampu suluh mudah alih untuk merawat pesakit setelah bekalan elektrik terputus.
704 rakyat Palestin terkorban 24 jam lalu
Kementerian kesihatan Palestin di Gaza berkata serangan udara Israel telah mengorbankan 704 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Sekurang-kurangnya 5,791 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober.
Jumlah itu termasuk 2,360 kanak-kanak.
Israel tawar ganjaran kepada pemberi maklumat
Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel Daniel Hagari merayu maklumat mengenai lokasi tebusan yang ditahan oleh Hamas.
Dalam hantarannya di media sosial, beliau menjanjikan ganjaran wang serta jaminan keselamatan kepada pemberi maklumat.
“Jika anda mahukan masa depan yang lebih baik untuk anda dan anak anda, ambil tindakan dan berikan kami maklumat kukuh dan berguna mengenai mangsa culik di kawasan anda secepat mungkin.
"Tentera Israel memberi jaminan kepada anda bahawa kami akan melakukan usaha sebaiknya untuk menjamin keselamatan anda dan kediaman anda, serta ganjaran kewangan.
"Kami jamin kerahsiaan anda sepenuhnya,” tulis Hagari.
WHO rayu penghantaran ubat-ubatan
WHO berkata bekalan ubat dan barangan kesihatan telah dihantar ke tiga hospital utama di selatan Gaza, tetapi masih diperlukan di utara.
"Kami masih belum dapat sampai ke hospital di utara dengan bekalan perubatan atau bahan api yang sangat diperlukan," kata pengarah kecemasan serantau WHO untuk wilayah Mediterranean Timur, Dr Rick Brennan.
Satu pertiga daripada hospital di Semenanjung Gaza kini tidak berfungsi ketika beban perubatan sangat mendesak, kata Brennan.
“Kami berlutut meminta operasi kemanusiaan yang berterusan, dipertingkatkan dan dilindungi.
"Kami merayu kepada semua yang boleh membuat keputusan atau mempengaruhi pembuat keputusan untuk memberi kami ruang kemanusiaan bagi menangani malapetaka kemanusiaan ini,” kata Brennan lagi.
Majlis Raja-Raja dukacita, gusar kuasa besar belum sepakat henti konflik
Majlis Raja-Raja menzahirkan rasa dukacita dan gusar susulan masyarakat antarabangsa dan kuasa-kuasa besar dunia masih belum lagi mencapai kata sepakat dalam mencari penyelesaian bagi menghentikan konflik Palestin-Israel.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, Majlis Raja-Raja menggesa kerajaan untuk terus bersuara membela rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
[VIDEO] Majlis Raja-Raja dukacita, gusar konflik tiada penyelesaian
Saya dilayan, dirawat dengan baik di Gaza - Yocheved Lifschitz
Yocheved Lifschitz, salah seorang daripada dua tawanan yang dibebaskan oleh Hamas pada malam Isnin, bercakap kepada media sebentar tadi.
Lifshitz, 85, yang duduk di kerusi roda memberitahu pemberita dia dilayan dengan baik selama lebih dua minggu ketika ditahan dalam rangkaian terowong kendalian pejuang Hamas.
"Mereka melayan kami dengan baik," katanya kepada pihak media di hospital Tel Aviv.
Tambahnya seorang doktor akan melawat dia dan rakan-rakan tebusan setiap dua atau tiga hari.
Lifshitz berkata selepas dia dan empat tawanan lain dibawa masuk ke dalam bilik, mereka dirawat dengan baik.
Keadaan bilik itu juga bersih, dan mereka menerima rawatan perubatan termasuk ubat-ubatan.
Tambahnya, mereka diberi makan keju dan timun sekali sehari, menu sama yang dimakan pejuang Hamas.
UNRWA seru kelancaran kemasukan bantuan ke Gaza
Agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) berkata jumlah trak penghantaran bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza setakat ini terlalu sedikit berbanding keperluan besar orang ramai di jalanan.
“Kami menyeru agar aliran bantuan kemanusiaan dan perubatan tanpa halangan dan berterusan untuk terus masuk ke Gaza,” kata jurucakap Tamara Alrifai.
Beliau berkata bahan api - yang belum dihantar ke Semenanjung Gaza bersama-sama bantuan kemanusiaan lain - adalah penting.
"Bahan api amat mendesak kerana tanpa bahan api, trak itu sendiri tidak boleh bergerak," kata Alrifai.
"Tanpa bahan api, penjana kuasa tidak dapat menghasilkan elektrik untuk hospital, kedai roti, dan loji penyahgaraman air."
Kulit mangsa seakan 'mencair' - Pegawai kesihatan Gaza
Pegawai kesihatan menggesa siasatan antarabangsa untuk meneliti jenis senjata yang digunakan oleh tentera Israel di Gaza.
Ini kerana sebahagian mangsa yang cedera tiba di hospital dengan kesan lecur teruk, yang disifatkan oleh pegawai kesihatan seperti "kulit mencair".
Pegawai kesihatan memaklumkan tidak mempunyai ubat untuk merawat kecederaan itu.
Hospital pasang khemah untuk simpan mayat
Wartawan Al Jazeera di hospital al-Shifa, pusat perubatan terbesar di Gaza melaporkan beberapa khemah telah dipasang bagi menyimpan mayat.
Ia berikutan tiada lagi ruang di bilik mayat hospital susulan peningkatan jumlah korban.
Serangan bertalu-talu di pusat beli-belah, hospital
Kempen serangan udara Israel tidak terhenti sejak dua jam yang lalu.
Dalam tempoh 30 minit, salah sebuah jalan paling sibuk di seluruh Semenanjung Gaza menjadi sasaran.
Ketika kejadian, orang ramai dilapor bersesak di dalam pusat membeli-belah mencari apa saja barang keperluan yang mereka mampu untuk menyara diri.
Berpuluh-puluh mangsa dilaporkan terbunuh dengan puluhan yang lain cedera.
Dalam 10 minit yang lalu juga berlaku serangan udara di bandar Khan Younis berhampiran Hospital Al-Nasser.
APPGM mengenai dasar pelarian tuntut gencatan senjata di Gaza
Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) mengenai Dasar Pelarian hari ini menuntut gencatan senjata dan perlindungan terhadap orang awam di Gaza, Palestin dikuatkuasakan segera.
Pengerusinya Syerleena Abdul Rashid yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, peperangan berlaku itu telah menyebabkan ramai orang awam tidak bersalah menjadi korban terbesar.
BERITA PENUH DI SINI
Israel serang pasar di Gaza
Serangan udara Israel telah menyasarkan sebuah pasar di kejiranan Nuseirat, salah sebuah pasar terbesar yang menjadi sandaran pelarian untuk membeli bekalan mereka.
Sebuah rumah turut musnah di kawasan itu.
Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang terselamat sedang dijalankan di lokasi pasar dan kawasan sekitar.
Pasar ini telah diserang kali ketiga sejak 7 Oktober.
Tidak mudah hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza - GPM
Badan-badan amal Malaysia telah mengumpul sebanyak 50,000 tan metrik bantuan kemanusiaan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM7 juta untuk rakyat Palestin di Gaza yang menghadapi kesukaran bekalan asas seperti air, makanan dan perubatan.
Namun untuk menyalurkan bantuan tersebut, bukanlah perkara mudah.
BERITA PENUH DI SINI
'Kanak-kanak Palestin seperti tidak bernilai, tidak berwajah, tidak bernama'
Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani menggesa masyarakat antarabangsa supaya tidak memberi Israel 'lampu hijau' untuk terus melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin dalam memerangi Hamas.
Dalam ucapannya, Sheikh Tamim berkata masyarakat antarabangsa "bertindak seolah-olah kanak-kanak Palestin tidak bernilai, seperti mereka tidak berwajah dan tidak bernama".
Kemas kini dari sempadan Israel-Lubnan
- Israel lancar serangan udara di Ramesh, Markaba, Houla, Shebaa dan Kafr Shuba di Lubnan.
- Bandar sempadan seperti Bustan, Thera dan Dayareen telah dipindahkan setelah pertempuran berterusan berlaku di antara tentera Israel dan pejuang Hizbullah.
- Israel telah meningkatkan penggunaan dron dan memperhebatkan serangan dron selepas pejuang Hizbullah menyerang menara pengawasannya di sempadan selatan Lubnan.
Sumber: Al Jazeera
Keadaan semasa kemudahan kesihatan di Gaza
- 25 ambulans rosak dalam serangan udara.
- Lapan daripada 24 hospital di Gaza tidak dapat beroperasi setelah rosak teruk akibat serangan udara atau kekurangan bahan api dan bekalan perubatan.
- Pasukan penyelamat tidak dapat mengeluarkan mangsa yang berada di bawah runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan tentera Israel.
- Hospital Hamad, salah sebuah hospital utama di Gaza, tidak beroperasi selepas menjadi sasaran serangan udara Israel.
Sumber: Al Jazeera memetik kenyataan pengurus besar hospital di Gaza, Mohamed Zaqout.
Bekalan tenaga hospital Gaza habis dalam tempoh 48 jam
China bimbang perang cetus konflik lebih besar
China menzahirkan kebimbangan bahawa perang ini akan menular kepada konflik yang lebih luas.
Pada Isnin, Menteri Luar China Wang Yi membuat dua panggilan telefon berasingan kepada menteri luar Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Bercakap kepada Riyad al-Maliki, Wang berkata Beijing amat bersimpati dengan penderitaan rakyat Palestin.
Wang mengutuk serangan terhadap orang awam. Beliau berkata China akan terus memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Semasa panggilan telefonnya kepada rakan sejawatannya dari Israel Eli Cohen, Wang menggesa Israel untuk melakukan apa yang boleh untuk melindungi orang awam.
Wang berkata Tel Aviv mempunyai pilihan di antara perang dan keamanan, dan mustahak untuknya melakukan segala yang boleh untuk mengelakkan keadaan daripada terus menjadi malapetaka kemanusiaan.
Panggilan telefon ini adalah komunikasi tertinggi Beijing dengan mana-mana kerajaan sejak perang bermula.
32 ditahan di Tebing Barat
Tentera Israel berkata sekurang-kurangnya 32 orang telah ditangkap di Tebing Barat yang diduduki, termasuk 18 anggota Hamas dan seorang anggota kanan kumpulan itu.
Hospital Alshifa dipenuhi mangsa bedilan di Kem Pelarian Al-Shati
Laporan terkini dari Gaza
- Serangan udara Israel berterusan di kem al Shatei di Gaza, Rafah, dan Khan Younis dengan tembakan meriam di Dier Al Balah.
- Lebih 20 orang terbunuh di tengah Gaza hari ini.
- Hospital di Gaza masih dibom oleh Israel dan sistem penjagaan kesihatan berisiko lumpuh jika tiada peralatan dan bekalan perubatan disediakan.
- Seluruh keluarga terkorban dan tiada lagi yang terselamat untuk mengendalikan pengebumian mereka.
- Tanah perkuburan di Gaza kini penuh dan mangsa yang terkorban akibat serangan Israel di Gaza dikebumikan di ruang antara kubur sedia ada.
Sumber: Al-Jazeera
Presiden Perancis zahir solidariti bersama Israel
Presiden Perancis Emmanuel Macron menzahirkan solidariti negara itu kepada Israel.
"Saya di sini untuk menyatakan solidariti kami. Apa yang berlaku tidak akan dapat dilupakan," kata Macron.
Beliau berkata demikian ketika pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Israel, Isaac Herzog di Baitulmaqdis.
Presiden Israel tuntut pembebasan segera tawanan
Israel menuntut pembebasan kesemua tawanan warganya yang ditahan pejuang Hamas.
Presiden Isaac Herzog berkata Israel komited untuk menumpaskan musuhnya biarpun keadaan kini masih sangat rumit.
"Kami menuntut pembebasan segera semua rakyat kami," kata Herzog dalam sidang media bersama Presiden Perancis Emmanuel Macron.
Beliau juga membincangkan secara ringkas situasi di utara Israel di mana pertempuran antara IDF dan Hizbullah semakin sengit sejak perang bermula pada 7 Oktober.
"Kami mengikuti situasi dengan teliti," katanya, sambil menambah bahawa Lubnan cuba 'bermain dengan api'.
200 terkorban dalam serangan Israel 24 jam lalu
Pegawai kementerian kesihatan di Gaza memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh dalam serangan Israel di Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Semalam, 55 orang terbunuh di bandar Rafah dan Khan Younis.
Kementerian kesihatan berkata lebih 18,000 orang cedera sejak Israel memulakan pengeboman di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober.
Google tutup sementara makluman trafik pada Maps, Waze di Israel
Google menutup sementara makluman langsung trafik pada aplikasi perkhidmatan pemetaannya iaitu Google Maps dan Waze, di Israel.
Syarikat teknologi tersebut mengesahkan perkara itu ketika rejim Zionis bersiap sedia untuk kemungkinan pencerobohan darat ke atas Gaza.
"Seperti yang telah kami lakukan sebelum ini dalam situasi konflik dan sebagai tindak balas kepada situasi yang berkembang di rantau ini, kami telah menutup sementara keupayaan untuk melihat keadaan trafik secara langsung kerana mengambil kira keselamatan masyarakat setempat," kata jurucakap Google Maps.
Jurucakap Google berkata syarikat itu merujuk beberapa sumber, termasuk pihak berkuasa wilayah dan tempatan untuk membuat penilaian.
Walau bagaimanapun, Google tidak menyatakan sama ada fungsi itu akan ditutup di Israel, Gaza atau kedua-duanya.
Ia juga tidak menyatakan sama ada tindakan itu atas permintaan Angkatan Pertahanan Israel (IDF).
Enam lagi kakitangan UNRWA maut dalam serangan bom Israel
Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB (UNRWA) berkata enam lagi kakitangannya terbunuh dalam pengeboman oleh tentera Israel di Gaza.
Ini menjadikan jumlah kematian petugas mereka kepada 35.
Secara keseluruhan, lebih 5,000 orang terbunuh di Gaza akibat pengeboman Israel sejak 7 Oktober lalu.
140 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel - Hamas
Pegawai Hamas berkata serangan udara Israel ke atas wilayah yang dikepung pada waktu malam membunuh sekurang-kurangnya 140 rakyat Palestin.
Satu kenyataan dari pejabat media kerajaan di Gaza berkata lebih 140 orang mati syahid dan ratusan yang lain cedera dalam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim Israel.
Israel siap sedia untuk 'operasi pelbagai hala' - Menteri Pertahanan
Israel sedang bersiap sedia untuk menjalankan operasi pelbagai hala terhadap Hamas dari udara, darat, dan laut.
Kementerian Pertahanan memaklumkan bahawa menterinya Yoav Gallant telah menjalankan penilaian situasi operasi tentera laut dan menelusuri pantai di sempadan selatan Israel bersama Komander Tentera Laut VADM David Saar Salama.
Dalam satu kenyataan video, Gallant berkata beliau memuji askar dan komander tentera dalam menggagalkan banyak serangan terhadap Israel.
Generator di hospital Gaza mungkin tidak dapat berfungsi kurang 48 jam lagi
Kementerian Kesihatan di Gaza pada Selasa memberi amaran bahawa generator di hospital akan berhenti berfungsi dalam tempoh 48 jam akibat kekurangan bahan api, lapor Agensi Anadolu.
"Kita mempunyai tempoh kurang 48 jam sebelum semua generator di hospital kehabisan bahan api," kata jurucakap kementerian, Ashraf Al-Qudra dalam kenyataan ringkas di Telegram.
BERITA PENUH DI SINI
Bayi pramatang akan mati jika tiada bahan api dihantar ke Gaza - Doktor
Seorang doktor neonatal yang bekerja di sebuah hospital di selatan Gaza memberitahu CNN bahawa bayi pramatang yang bergantung kepada bekalan oksigen akan meninggal dunia jika bahan api tidak dihantar segera ke wilayah itu.
Dr Hatem Edhair, ketua Unit Rawatan Rapi Neonatal di Kompleks Perubatan Nasser, berkata semua kemudahan bukan kecemasan telah ditutup, selain lampu dan pendingin hawa.
Lebih banyak bahan api diperlukan untuk menggerakkan jentera penting bagi memastikan hayat bayi, seperti ventilator, bekalan oksigen, monitor, dan pensterilan, kata Dr Hatem.
Israel tidak membenarkan bahan api memasuki Gaza selepas ia mengarahkan "sekatan penuh" di wilayah itu pada 9 Oktober.
Edhair berkata 11 bayi kini berada di unit rawatan rapi neonatal, meningkat daripada lapan pada pagi Isnin.
Kebanyakan bayi mempunyai berat kurang 1.5 kilogram dan lima dilahirkan kurang daripada 28 minggu, tambahnya.
Israel dakwa serang 400 sasaran, termasuk masjid
Jurucakap tentera Israel berkata bahawa pasukannya telah menyerang lebih daripada 400 "sasaran", termasuk masjid di Semenanjung Gaza semalam.
Daniel Hagari mendakwa masjid-masjid itu digunakan oleh Hamas sebagai tempat pertemuan, dalam hantarannya di X pada pagi Selasa.
Hagari juga berkata bahawa Israel telah menyerang "ibu pejabat operasi" Hamas dan telah membunuh tiga timbalan komandernya.
Dia menyatakan beberapa kawasan kejiranan Gaza yang telah diserang oleh pesawat pejuang Israel, termasuk Jabalia.
Tiga puluh orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh apabila kem pelarian Jabalia Gaza dibom, unit pertahanan awam memberitahu Al Jazeera pada Ahad.
20,000 peserta dijangka hadir Himpunan Malaysia Bersama Palestin - Penganjur
Seramai 20,000 orang dijangka menyertai Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam ini.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhamad Faizal Abdul Aziz berkata, perhimpunanan itu dijadualkan bermula dengan solat Maghrib disusuli solat hajat yang dipimpin imam dan qari dari Palestin, Shaykh Rami As-Sousi.
BERITA PENUH DI SINI
PBB adakan sidang khas Khamis ini
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindak balas terhadap perang yang berlanjutan antara Palestin dan Israel di Semenanjung Gaza.
Mesyuarat tergempar itu akan berlangsung di ibu pejabat PBB di New York, pada Khamis ini.
BERITA PENUH DI SINI
Ayuh rakyat Malaysia, kutuk Zionis Israel! - PM
Perdana Menteri mengajak rakyat Malaysia bersama-sama menyatakan pendirian tegas mengutuk serangan rejim Zionis Israel ke atas Palestin pada Perhimpunan Bersama Palestin yang bakal diadakan, pada malam Selasa.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada rakyat Malaysia untuk bersatu sebagai satu pasukan yang padu dan utuh dalam memperjuangkan isu Palestin dalam perhimpunan yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil itu.
BERITA PENUH DI SINI
10 lagi maut dalam serangan terbaharu Israel
Kementerian Dalam Negeri di Gaza melaporkan bahawa 10 lagi warga Palestin terbunuh dan beberapa yang lain cedera susulan pengeboman terbaru Israel di selatan Gaza.
Kementerian itu berkata, serangan terbaharu itu meranapkan sebuah rumah di Rafah.
China amat sedih dengan kematian orang awam - Wang
Menteri Luar China Wang Yi memberitahu Eli Cohen dari Israel bahawa Beijing "amat bersedih" dengan jumlah besar kematian orang awam dalam perang Hamas-Israel yang semakin memuncak.
Wang mengakui bahawa setiap negara mempunyai hak untuk mempertahankan diri, tetapi "mereka harus mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan melindungi keselamatan orang awam", media negara China melaporkan pada Selasa.
Wang dijangka melawat Amerika Syarikat lewat minggu ini.
Bekalan elektrik di Hospital Indonesia dilapor pulih
Media di Gaza melaporkan bahawa bekalan elektrik di Hospital Indonesia kini pulih.
Namun, menurut kumpulan berita Palestin, al-Hadath, tidak dapat dipastikan berapa lama bekalan bahan api sedia ada dapat bertahan di kemudahan perubatan terbesar di utara Gaza itu.
110 terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza
Sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh, termasuk wanita dan kanak-kanak, susulan serangan udara Israel di seluruh Semenanjung Gaza lewat Isnin dan awal pagi Selasa, sumber perubatan memberitahu Al Jazeera.
Dalam beberapa jam terakhir, serangan udara Israel dilaporkan di kem pelarian al-Shati utara Gaza dan al-Balad di Jabaliya, kem pelarian al-Bureij di tengah Gaza, serta dua kawasan di selatan, Rafah dan Khan Younis.
Agensi berita Palestin WAFA juga mengesahkan berita itu dan menyatakan bahawa jumlah korban tertinggi adalah di Rafah dengan lebih 30 orang terbunuh.
Sumber perubatan juga memberitahu WAFA bahawa sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh, termasuk kanak-kanak, dan lebih 80 yang lain cedera di Khan Younis.
Ramai mangsa di Khan Younis telah dibawa ke Hospital Al-Nasser.
Puluhan yang lain juga dilaporkan terbunuh dalam serangan berasingan di kem pelarian al-Shati dan al-Bureij.
[VIDEO] 110 terbunuh di Semenanjung Gaza
مشاهد لوصول شهداء إلى مستشفى شهداء الأقصى إثر غارات إسرائيلية على مخيم البريج جنوب مدينة #غزة #حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/Y1dvgW2FKT
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) October 24, 2023
Macron lawat Israel
Presiden Perancis Emmanuel Macron tiba di Tel Aviv dalam lawatan bagi menzahirkan solidariti negara itu terhadap Israel, lapor agensi berita Perancis AFP.
Hospital terbesar di utara Gaza bergelap
Hospital Indonesia, pusat perubatan terbesar di utara Gaza, dilapor dalam keadaan bergelap selepas jana kuasa yang membekalkan elektrik di situ kehabisan bahan api.
40 trak bantuan kemanusiaan tunggu giliran masuk ke Gaza
Jurucakap Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ali Zaki, berkata agensi itu mempunyai lebih 40 trak menunggu di sempadan antara Mesir dan Gaza.
Tambahnya, kesemua trak yang membawa barang bantuan bersedia untuk masuk ke Gaza pada bila-bila masa.
BERITA PENUH DI SINI
Pemimpin kanan Hamas ditahan dalam serbuan
Seorang pemimpin kanan kumpulan Hamas ditangkap di Tebing Barat yang diduduki susulan serbuan malam Israel di rumahnya, menurut laporan berita.
Klip video yang disiarkan oleh Al Jazeera Arabic di platform media sosial X menunjukkan Adnan Hamarsheh duduk di atas kerusi roda dan ditarik ke dalam kenderaan berperisai oleh beberapa anggota tentera Israel yang bersenjata lengkap.
Penangkapan Adnan Hamarsheh di rumahnya di bandar Jenin, Ya'bad juga dilaporkan oleh saluran berita Palestin Al Hadath.
[VIDEO] Pemimpin kanan Hamas Adnan Hamarsheh ditahan
قوات الاحتلال تعتقل القيادي المقعد في "حماس" عدنان حمارشة من منزله في بلدة يعبد جنوب غرب جنين#حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/IpA0fbONqu
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) October 24, 2023
Obama beri amaran tindakan Israel di Gaza boleh 'makan diri'
BEBERAPA tindakan yang diambil Israel dalam menentang Hamas seperti memotong bekalan makanan dan air di Gaza hanya akan “mengukuhkan lagi sikap rakyat Palestin selama beberapa generasi akan datang” dan melemahkan sokongan antarabangsa kepada negara itu, tegas Barrack Obama, lapor Reuters.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu yang jarang memberikan ulasan dalam krisis polisi antarabangsa menegaskan, apa sahaja strategi ketenteraan Israel dalam perang berkenaan yang mengabaikan nilai kemanusiaan hanya akan “memakan diri” mereka sendiri.
BERITA PENUH DI SINI
Hampir 20,000 hilang tempat tinggal di Lubnan
HAMPIR 20,000 orang kehilangan tempat tinggal di selatan Lubnan dan kawasan lain sejak awal Oktober susulan keganasan meningkat di sempadan Lubnan-Israel berikutan meletusnya perang di Gaza.
Pertubuhan antarabangsa untuk migrasi berkata, 19,646 orang telah menjadi pelarian di dalam Lubnan sejak 8 Oktober.
BERITA PENUH DI SINI
EU sokong gencatan kemanusiaan, 3 negara anggota bangkang
Kesatuan Eropah (EU) secara konsensus berharap tempoh gencatan kemanusiaan disegerakan supaya bantuan keperluan asas boleh disalurkan kepada penduduk Gaza dalam perang Palestin-Israel.
Bagaimanapun tiga negara tidak menyatakan pendirian dalam hal ini.
BERITA PENUH DI SINI
Puluhan terkorban Israel bom kem pelarian al-Shati di Gaza
Sebuah klip video disiarkan oleh Al Jazeera Arabic di platform media sosial X memaparkan satu lagi serangan udara Israel ke atas kem pelarian al-Shati di Gaza malam tadi.
Dalam video itu, beberapa anggota pertahanan awam, paramedik dan orang awam dilihat berusaha menyelamatkan mangsa yang cedera parah dan tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
BERITA PENUH DI SINI.
Puluhan maut Israel serang kem pelarian al-Shati
صحفي يوثق لحظات مرعبة لعمل فرق الدفاع المدني في انتشال ضحايا قصف إسرائيلي استهدف مخيم الشاطئ وخلف عشرات الضحايا.. ويظهر في الفيديو غارة إسرائيلية قرب موقع القصف أثناء عمل فرق الدفاع المدني والمسعفين#حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/hzT0utaY59
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) October 24, 2023
Perang Palestin-Israel: EU sokong gencatan kemanusiaan, 3 negara anggota bangkang
Kesatuan Eropah (EU) secara konsensus berharap tempoh gencatan kemanusiaan disegerakan supaya bantuan keperluan asas boleh disalurkan kepada penduduk Gaza dalam perang Palestin-Israel.
Bagaimanapun tiga negara tidak menyatakan pendirian dalam hal ini.
BERITA PENUH DI SINI.
Biden gesa Hamas bebaskan semua tawanan sebelum bincang mengenai gencatan senjata
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa pasukan pejuang Hamas Palestin untuk membebaskan kesemua tawanan sebelum memberi tumpuan pada proses gencatan senjata antara Israel dan Gaza.
Ditanya oleh wartawan sama ada White House akan menyokong gencatan senjata dalam usaha membebaskan semua tawanan, Biden berkata: "Seharusnya ada gencatan senjata," sebelum beliau memperbetulkan kenyataan dengan memberitahu, "bukan gencatan senjata (sebaliknya), semua tawanan perlu dibebaskan dan kemudian kita bincang (mengenai gencatan senjata)."
BERITA PENUH DI SINI.
Iran dakwa Israel lakukan jenayah perang di Gaza
Kementerian Luar Iran menuduh Israel melakukan jenayah perang di Gaza.
Menurut menterinya, Hossein Amirabdollahian, apa yang berlaku di wilayah itu adalah bukti jelas Israel melakkan jenayah perang terhadap kemanusiaan.
BERITA PENUH DI SINI.
Tanpa bekalan elektrik, hospital di Palestin boleh jadi "kubur beramai-ramai" - Doktor
Seorang doktor berdarah British-Palestin yang berkunjung ke Gaza untuk membantu hospital-hospital di sana memberi amaran tanpa bekalan elektrik, pusat-pusat perubatan tempat beliau berkhidmat akan menjadi “tanah perkuburan terbuka.”
Menurut Dr Ghassan Abu-Sittah, tanpa bekalan api, "tiada yang boleh dilakukan untuk membantu pesakit-pesakit yang cedera" di Hospital Al-Shifa.”
BERITA PENUH DI SINI.
Hamas bebaskan dua lagi tawanan
Pasukan pejuang Hamas mengumumkan mereka telah membebaskan dua lagi tawanan.
Menurut sayap tentera Hamas, Briged Qassam, pembebasan kedua-dua tawanan itu, Nurit Cooper, 80, dan Yocheved Lifshitz, 85, hasil daripada rundingan bersama wakil dari kerajaan Mesir-Qatar.
BERITA PENUH DI SINI.
436 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam
Sekurang-kurangnya 436 rakyat Palestin termasuk 182 kanak-kanak terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu akibat serangan udara dan tembakan Israel di Gaza, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Ashraf al-Qudra berkata, kebanyakan mangsa yang menjadi korban di bahagian selatan Semenanjung Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
Bantuan untuk rakyat Gaza, bekalkan barang yang diperlukan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan pasukan sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia, yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa kekejaman rejim Israel di Gaza, supaya menyalurkan bantuan berasaskan keperluan.
Perdana Menteri berkata walaupun beliau mengakui niat NGO dan pasukan sukarelawan berkenaan baik, namun perbincangan dengan pihak berkaitan perlu dibuat sebelum menyalurkan bantuan, bagi memastikan bantuan itu benar-benar bermanfaat kepada mangsa.
BERITA PENUH DI SINI
Kementerian kesihatan Gaza rayu penduduk derma darah
Kementerian kesihatan Palestin di Gaza merayu penduduk untuk menderma darah di hospital yang mengalami kekurangan bekalan yang teruk.
Kementerian menggesa penduduk untuk segera ke hospital dan bank darah di seluruh Gaza dan menyeru Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah untuk membawa bekalan beg darah ke wilayah itu.
2,055 kanak-kanak dan 1,119 wanita antara 5,087 rakyat Palestin yang terbunuh
Angka terkini dari Gaza
Berikut kenyataan daripada pegawai kementerian kesihatan Palestin di Gaza:
Sekurang-kurangnya 5,087 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober.
Ini termasuk 2,055 kanak-kanak dan 1,119 wanita.
Seramai 15,273 lagi cedera dalam serangan itu.
Dua belas hospital dan 32 pusat kesihatan tidak dapat beroperasi akibat serangan Israel selain kekurangan bahan api.
Kira-kira 1,500 orang, termasuk 830 kanak-kanak, masih berada di bawah runtuhan bangunan yang musnah.
Serangan Israel telah membunuh 57 kakitangan perubatan dan mencederakan 100 yang lain.
Sekurang-kurangnya 436 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel dalam tempoh 24 jam yang lalu, termasuk 182 kanak-kanak.
Israel dakwa guna bom mortar Steel Sting
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata ia telah menggunakan buat kali pertama bom mortar "Steel Sting" dalam pertempuran berterusannya dengan Hamas.
"Steel Sting" ialah bom mortar (PGM) dengan dua panduan yang membolehkan sasaran tepat di kawasan tertutup dengan kadar hentaman tinggi dan mengurangkan risiko terkena orang yang tidak terlibat, menurut kenyataan IDF.
50 tan barangan bantuan kemanusiaan dihantar ke Palestin Jumaat ini
Kira-kira 50 tan barangan bantuan kemanusiaan bernilai RM7 juta yang disumbangkan pelbagai pihak menerusi Ops Ihsan akan dihantar ke Palestin selewat-lewatnya Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Mohd Na'im berkata antara barangan bantuan yang akan dihantar melalui Mesir untuk ke Palestin ialah ubat-ubatan, barangan keperluan bayi, selimut dan makanan.
BERITA PENUH DI SINI
Qatar hantar lebih 100 tan bantuan ke Gaza
Petugas bantuan kemanusiaan daripada Dana Pembangunan Qatar, Youssef al-Mulla berkata negara Teluk itu telah membekalkan lebih 100 tan bantuan untuk Gaza sejak permulaan krisis.
“Ini adalah penerbangan keempat yang kami hantar ke El Arish,” katanya yang dipetik agensi berita AFP di lapangan terbang Mesir.
Beliau menjelaskan penghantaran pertama adalah 37 tan dalam dua penerbangan, dan kedua-dua penerbangan ini mempunyai kira-kira 86 tan metrik bantuan.
Namun, kata Mulla, hanya dua trak bantuan dari Qatar berjaya menyeberang lintasan Rafah setakat Ahad.
Kelewatan itu bermakna bantuan seterusnya yang diperuntukkan untuk Gaza kekal berada di Doha, kata Mulla, sambil menjelaskan bahawa stok di gudang sudah dipenuhi dengan bekalan untuk Gaza.
436 rakyat Palestin terkorban dalam tempoh 24 jam
Kementerian kesihatan di Semenanjung Gaza berkata 436 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 182 kanak-kanak, dalam serangan Israel di wilayah itu dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada 5,087 dengan 15,273 cedera sejak bermulanya serangan Israel, kata kementerian itu lagi.
Jumlah rakyat Palestin ditahan di Tebing Barat meningkat kepada 123
Bilangan rakyat Palestin yang ditahan dalam serbuan Israel di Tebing Barat meningkat lagi.
Agensi berita Wafa melaporkan sekurang-kurangnya 123 rakyat Palestin, termasuk 40 pekerja dari Semenanjung Gaza, telah ditangkap tentera Israel dalam serbuan malam tadi yang berterusan pada sebelah pagi.
Israel berkata 37 "ahli Hamas" telah ditangkap dalam serbuan tersebut.
'Keengganan Israel benarkan bantuan ke Gaza adalah jenayah perang'
Human Rights Watch (HRW) berkata keengganan Israel untuk membenarkan bantuan ke Semenanjung Gaza yang dikepung adalah satu "jenayah perang".
“Apa yang menyedihkan pada dua minggu lepas adalah cara orang awam menjadi sasaran dan peraturan asas tentang melindungi orang awam yang diterima di bawah undang-undang perang telah dicabuli,” kata pengarah program di HRW, Sari Bashi kepada Al Jazeera
“Fakta bahawa pejuang Hamas melakukan jenayah perang terhadap orang awam Israel tidak membenarkan pihak berkuasa Israel melakukan jenayah perang terhadap orang awam Palestin dan itulah yang kita lihat sekarang,” kata Bashi.
“Keengganan untuk membenarkan bantuan ke Gaza adalah jenayah perang.
"Ia secara kolektif menghukum orang awam atas tindakan pejuang.
"Dan kerana hampir separuh daripada penduduk di Gaza adalah kanak-kanak, ia secara kolektif menghukum kanak-kanak atas tindakan pejuang dewasa,” tambahnya.
PM Greece lawat Israel
Kyriakos Mitsotakis tiba di Israel dan dijadualkan bertemu Benjamin Netanyahu.
Pada Sabtu, perdana menteri Greece berkata pada Sidang Kemuncak Keamanan Kaherah bahawa tiada campur tangan tentera boleh menggantikan penyelesaian politik yang berdaya maju.
Kunjungannya dibuat sehari selepas PM Itali Giorgia Meloni ke Israel bagi menzahirkan solidariti, mengikut jejak langkah PM Britain Rishi Sunak dan Presiden AS Joe Biden.
PM Anwar ajak rakyat sertai perhimpunan Malaysia bersama Palestin malam esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil malam esok, sebagai tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin.
Perdana Menteri berkongsi mengenai perhimpunan itu menerusi catatan di Facebook beliau hari ini.
BERITA PENUH DI SINI
Harga minyak jatuh ketika konvoi bantuan tiba di Gaza
Palestin - Israel: Konvoi bantuan hanya tiga peratus daripada biasa - PBB
Doktor di Gaza lakukan pembedahan tanpa ubat penahan sakit
Petugas bantuan di hospital Gaza tidak dapat menggunakan morfin atau ubat penahan sakit untuk merawat orang awam.
Ini kerana sekatan Israel di kawasan itu telah menyebabkan bekalan perubatan berada di paras kritikal ketika serangan bertali arus, kata seorang pegawai agensi bantuan semalam.
"Apa yang amat penting ialah kit trauma, kit pembedahan," kata Ketua Misi untuk Medicins Sans Frontieres (Doktor Tanpa Sempadan) Leo Cans.
Doktor "melakukan operasi pembedahan tanpa dos narkotik yang betul, tanpa dos morfin yang betul," kata Cans kepada CNN.
“Dari segi pengurusan kesakitan, ia tidak berlaku.
"Ketika ini, kami ada mangsa yang dibedah tanpa morfin. Ia baru berlaku kepada dua mangsa kanak-kanak," katanya lagi.
Bekas PM Israel mengaku bertanggungjawab atas serangan Hamas
Bekas PM Israel, Naftali Bennett berkata beliau harus dipersalahkan atas kegagalan kerajaan yang membawa kepada serangan Hamas pada 7 Oktober.
“Saya berkhidmat sebagai perdana menteri selama 12 bulan.
"Ada perkara yang saya tidak sempat lakukan dan kemudian kerajaan tumbang.
"Sudah tentu saya bertanggungjawab,” kata Bennett yang dipetik oleh Times of Israel.
Serangan itu dianggap oleh banyak pihak sebagai salah satu kegagalan perisikan terbesar Israel.
Beberapa pegawai kanan Israel, termasuk ketua tentera Herzi Halevi dan ketua perkhidmatan keselamatan Ronen Bar, telah mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Tinjauan pendapat oleh akhbar Maariv mengatakan bahawa hampir 70 peratus daripada mereka yang mengundi parti Likud dalam pilihan raya lalu mahu penjelasan PM Netanyahu berhubung serangan itu.
Kumpulan ketiga bantuan dihantar ke Gaza
Bulan Sabit Merah Mesir berkata ia telah menghantar kumpulan ketiga bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.
“Bulan Sabit Merah Mesir telah menyampaikan bantuan ke Semenanjung Gaza untuk dihantar kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dalam fasa ketiga,” tulis kenyataan agensi itu di Instagram.
Jumlah trak yang menghantar bantuan tidak dinyatakan dalam kenyataan itu.
Tentera Israel dakwa 222 anggota ditawan di Gaza
Israel mendakwa seramai 222 anggotanya telah ditahan oleh pejuang Hamas.
"Kami akan menggunakan setiap cara untuk membebaskan tawanan dan mengembalikan mereka kepada keluarga mereka," kata jurucakap tertinggi tentera Daniel Hagari kepada pemberita.
Turki hantar lebih banyak bantuan ke Gaza
Turki memaklumkan bahawa ia telah menghantar lebih banyak bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza, sehari selepas pesawat presiden yang membawa bekalan perubatan dan 20 pekerja kesihatan tiba di Mesir.
Kementerian pertahanan negara itu dalam catatan di X menyebut bahawa sebuah pesawat tentera yang membawa bungkusan bantuan, yang kebanyakannya terdiri daripada bekalan perubatan, berlepas dari ibu negara Ankara ke Mesir.
10 lagi rakyat Palestin maut dalam serangan Israel ke atas Gaza
Serangan Israel ke atas Gaza pada pagi Isnin telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 lagi rakyat Palestin.
Pejabat media kerajaan yang dikawal Hamas di Semenanjung Gaza dalam satu kenyataan berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa sejak malam Ahad kepada sekurang-kurangnya 70 orang.
Terdahulu ia melaporkan "lebih 60 telah syahid dalam serbuan (Israel) pada waktu malam, termasuk 17 yang terbunuh dalam serangan di sebuah rumah di Jabaliya, utara Gaza."
Ketua dasar luar EU gesa gencatan kemanusiaan
Ketua dasar luar EU Josep Borrell mengulangi gesaan daripada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk dilaksanakan gencatan senjata bagi membenarkan lebih banyak trak bantuan memasuki Semenanjung Gaza.
“Perkara paling penting sekarang ialah sokongan kemanusiaan untuk masuk ke Gaza,” kata Borrell kepada pemberita ketika tiba untuk mesyuarat menteri luar EU di Luxembourg.
"Saya tidak dapat menjangkakan keputusan mesyuarat, tetapi ia pastinya sesuatu yang perlu dibincangkan oleh para menteri.
"Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu amat mengharapkannya," kata diplomat tertinggi blok itu.
"Secara peribadi, saya rasa gencatan kemanusiaan diperlukan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan masuk dan diagihkan," tambahnya.
120 ditahan dalam serbuan di Tebing Barat
Serangan Israel yang menyasarkan rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki berterusan pada waktu pagi dengan berpuluh-puluh orang ditahan sejak Ahad, menurut pihak berkuasa dan media.
Agensi berita rasmi Wafa berkata dalam laporan yang dikeluarkan kira-kira 10 pagi waktu tempatan (7:00 GMT) bahawa sekurang-kurangnya 120 rakyat, termasuk 40 pekerja dari Gaza, telah ditangkap di seluruh wilayah yang diduduki ketika itu.
Jumlah mangsa terkini
Gaza
Terbunuh: 4,651
Cedera: 14,245
Tebing Barat yang diduduki
Terbunuh: 95
Cedera: 1,650
Israel
Terbunuh: 1,405
Cedera: 5,431
*Angka sejak 7 Oktober
AS gesa Israel tangguh pencerobohan Gaza
The New York Times melaporkan bahawa Israel akan menangguhkan pencerobohan daratnya ke atas Gaza.
Menurut laporan itu, Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin telah memberi tekanan kepada Israel untuk menangguhkan sebarang serangan darat.
Langkah ini bagi membolehkan aset tentera AS untuk masuk ke wilayah ini dan juga untuk usaha diplomatik bagi membebaskan tawanan oleh Hamas.
Pada Jumaat, dua rakyat Amerika telah dibebaskan oleh Hamas.
Presiden Joe Biden pada Rabu berkata Amerika Syarikat akan menggunakan semua saluran, semua usaha diplomatik dalam usaha membebaskan lebih ramai tawanan perang.
Rakaman serangan Israel di sekitar Hospital Al-Quds
October 22nd- a video showing Israeli airstrikes in the vicinity of Al_Quds hospital while a delegation from the ICRC was visiting. These bombardments caused fear and panic among internally displaced civilians and the medical staff at the hospital.
— PRCS (@PalestineRCS) October 22, 2023
#Gaza #NotATarget pic.twitter.com/AN6xu6YzMX
59 rakyat Palestin ditahan di Hebron
Serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat diteruskan pagi ini dengan berpuluh-puluh orang ditangkap, menurut pihak berkuasa dan media.
Penangkapan terbaharu ini berlaku di bandar Hebron, di mana 59 orang ditahan tentera Israel, termasuk 40 pekerja dari Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Palestin Wafa.
Serbuan paling ganas Israel berlaku di kem pelarian Jalazone berhampiran Ramallah, di mana dua orang terbunuh dan 20 ditangkap, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Lebih 1,200 rakyat Palestin telah ditangkap tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki sejak 7 Oktober lalu.
Kumpulan kedua konvoi bantuan tiba di Gaza
Kumpulan kedua konvoi bantuan membabitkan 14 trak dengan muatan peralatan perubatan, makanan dan air masuk ke Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah pada Ahad malam.
Kumpulan pertama telah masuk ke Gaza pada Sabtu, menjadikan jumlah trak bantuan yang tiba di Gaza kepada 34 setakat ini, menurut Agensi Perita Palestin (WAFA).
BERITA PENUH DI SINI
60 maut dalam serangan di Gaza malam tadi - Hamas
Hamas berkata serangan udara Israel di Semenanjung Gaza malam tadi mengorbankan sekurang-kurangnya 60 rakyat Palestin.
Pegawai Palestin berkata lebih 400 orang telah terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Lebih 4,650 orang telah terbunuh dalam wilayah yang dikepung itu sejak 7 Oktober, menurut pihak berkuasa di Gaza.
Lebih 320 sasaran diserang malam tadi - Tentera Israel
Tentera Israel mendakwa menyerang lebih 320 sasaran di Semenanjung Gaza malam tadi.
Ia juga mendakwa membedil terowong, ibu pejabat operasi, dan pos pemerhatian kumpulan pejuang.
IDF dakwa berjaya patahkan serangan dari Lubnan
Tentera Israel berkata ia telah menyerang kumpulan bersenjata di wilayah Lubnan dan memusnahkan pelancar antikereta kebalnya.
PM Anwar bawa mesej kemanusiaan di Gaza dalam lawatan kerja di Turkiye
Tempoh kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Istanbul untuk pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan mungkin singkat, namun sebagaimana kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ia amat produktif.
Mesej utama yang disampaikan perdana menteri dalam pertemuan dengan presiden negara itu adalah betapa isu kemanusiaan serta nasib penduduk Palestin di rantau berkonflik di Gaza sentiasa menjadi perkara yang meruntun sanubari seluruh rakyat Malaysia, dan ada peranan yang boleh dimainkan Malaysia, Turkiye dan seluruh dunia.
BERITA PENUH DI SINI
Korban di kem pelarian Jalazone meningkat kepada dua
Dua rakyat Palestin terbunuh dan empat lagi cedera parah dalam pertempuran dengan tentera Israel selepas mereka menyerbu kem pelarian Jalazone dekat Ramallah, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Tentera Zionis itu menceroboh masuk ke kem pelarian untuk menangkap aktivis yang membawa kepada konfrontasi, kata agensi berita rasmi Wafa.
Seramai 20 orang telah ditahan dalam serbuan itu, lapor Wafa.
Laporan sebelum ini menyebut bahawa seorang terbunuh dalam kejadian itu.
Bantuan kemanusiaan dari India tiba di Mesir
Bantuan kemanusiaan India ke Gaza tiba di Mesir pada Ahad, kata Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar negara itu, Adrindam Bagchi dalam hantaran di X.
Pesawat membawa bantuan itu tiba di el-Arish di Sinai, Mesir dan bahan bantuan telah diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir untuk "penghantaran seterusnya ke Palestin," kata Bagchi.
Penerbangan Tentera Udara India itu membawa hampir 6.5 tan bantuan perubatan dan 32 tan bahan bantuan bencana, termasuk ubat-ubatan, alatan pembedahan, khemah, beg tidur, kain terpal, utiliti kebersihan, dan tablet pembersihan air.
Konvoi bantuan hanya 3 peratus daripada penghantaran harian biasa - PBB
Konvoi kedua 14 trak bantuan yang memasuki Gaza melalui lintasan Rafah pada Ahad hanya membawa kira-kira tiga peratus daripada penghantaran harian biasa ke kawasan yang dikepung, kata PBB.
Secara keseluruhannya, 34 trak bantuan kini telah tiba di Gaza sejak pembukaan semula lintasan Rafah.
Kedua-dua penghantaran bantuan yang memasuki Gaza setakat ini tidak termasuk bahan api yang dijangka akan habis dalam tempoh tiga hari akan datang, tambah kenyataan itu.
Korban serangan udara Israel ke atas Rafah meningkat kepada 29
Angka kematian dalam serangan udara terbaharu Israel di bandar Rafah di selatan Gaza meningkat kepada 29, sumber perubatan memberitahu Al Jazeera.
Sebelum ini, sumber perubatan mengatakan bahawa ramai yang terbunuh di Rafah adalah wanita dan kanak-kanak.
Sementara itu, seorang doktor di Hospital Al-Aqsa di tengah Gaza berkata, 65 peratus mangsa yang dibawa ke hospital semalaman adalah kanak-kanak.
China lihat kebarangkalian 'membimbangkan' apabila konflik merebak di Asia Barat - Laporan
AS, negara barat seru Israel patuh undang-undang antarabangsa
Enam negara sekutu seru Israel patuh undang-undang antarabangsa
PEMIMPIN Kanada, Perancis, Jerman, Itali, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) menggariskan sokongan terhadap Israel sambil menyeru agar mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan melindungi orang awam.
Dalam kenyataan bersama, pemimpin negara-negara itu berkata, mereka mahu melihat "penyelesaian politik dan keamanan yang tahan lama" di Asia Barat.
BERITA PENUH DI SINI
China akan lakukan apa saja untuk capai gencatan senjata
China melihat situasi di Gaza sebagai "sangat serius" dengan risiko konflik darat berskala besar meningkat dan penyebaran konflik bersenjata di sepanjang sempadan jiran.
Menurut Utusan Khas China ke Asia Barat, Zhai Jun, kesan limpahan di rantau itu dan di peringkat antarabangsa semakin meluas, apabila konflik di sepanjang sempadan Israel-Lubnan dan Israel-Syria merebak, "menjadikan ia membimbangkan."
BERITA PENUH DI SINI
4,651 rakyat Palestin mangsa korban Israel sejak 7 Oktober
Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, seramai 4,651 rakyat negara itu terbunuh di Semenanjung Gaza semenjak konflik tercetus pada 7 Oktober lalu sehingga semalam (Ahad).
Kementerian yang berada di bawah kawalan kumpulan Hamas itu berkata, jumlah berkenaan merangkumi 1,873 kanak-kanak, 1,101 (wanita) dan 1,677 (lelaki).
BERITA PENUH DI SINI
Hamas, Iran bincang cara hentikan kegilaan Israel
Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menerima panggilan telefon daripada Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian pada Ahad bagi membincangkan “apa cara yang boleh digunakan” untuk menghentikan Israel daripada terus membedil Gaza.
Kedua-dua pemimpin itu turut berbincang mengenai perkembangan kegilaan Zionis ke atas Semenanjung Gaza, kata Hamas dalam hantaran yang dikongsi dalam aplikasi Telegram.
BERITA PENUH DI SINI
Wakil khas PBB ke Palestin desak gencatan senjata dikuatkuasa
Wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke wilayah Palestin, Francesca Abanese memberi amaran, situasi di Gaza sudah melampaui bencana kemanusiaan.
Beliau mendesak gencatan senjata dikuatkuasakan segera, bagi membolehkan aktiviti bantuan kepada penduduk Palestin dipergiat.
BERITA PENUH DI SINI.
Semua hospital di Gaza kehabisan simpanan bahan api
Kesemua hospital di seluruh Semenanjung Gaza telah kehabisan simpanan bahan api untuk menjana elektrik kecemasan, meletakkan nyawa ribuan pesakitnya dalam risiko.
Rakyat di Gaza terpaksa hidup menggunakan bekalan bahan api kecemasan selama lebih dua minggu, ekoran Israel mengenakan "sekatan sepenuhnya" termasuk bekalan bahan api, elektrik dan air untuk operasi.
BERITA PENUH DI SINI.
Tidak akan ada "gencatan senjata" di Gaza di sebalik usaha bebaskan tawanan
Seorang pegawai kanan Israel memberitahu CNN, tidak akan ada "genjatan senjata" di Gaza dalam usaha Amerika Syarikat (AS) dan Qatar untuk membebaskan lebih daripada 200 tawanan oleh Hamas.
Pegawai tersebut yang "tidak sedar" dengan gesaan AS meminta serangan darat di Gaza ditangguhkan menegaskan, kedua-dua negara iaitu Israel dan AS ingin semua tawanan dibebaskan "secepat mungkin," kata mereka kepada Matthew Chance dari CNN.
BERITA PENUH DI SINI.
Tujuh cedera, kereta kebal Israel 'tak sengaja' sasar sempadan Mesir
Serpihan peluru dari kereta kebal Israel telah mengenai sempadan Mesir, mencederakan sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk beberapa pengawal sempadan Mesir.
Kejadian berlaku lewat Ahad, dengan tentera Israel mendakwa ia insiden tidak disengajakan ke atas kedudukan Mesir berhampiran sempadan semenanjung Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
Hezbollah bakal 'dihancurkan' andai sertai perang - PM Israel
Hezbollah dari Lubnan menerima peringatan daripada Benjamin Netanyahu bahawa kumpulan pejuang itu akan ‘dihancurkan’ dengan “kekuatan yang tidak dapat dibayangkan” sekiranya memutuskan untuk terlibat dalam peperangan Palestin-Israel.
"Maksudnya, Hezbollah dan negara Lubnan akan diruntuhkan, namun begitu, kami bersedia untuk sebarang senario,” kata Perdana Menteri Israel itu pada Ahad.
BERITA PENUH DI SINI
29 kakitangan PBB maut sejak perang meletus
Semenjak tercetus perang di antara Palestin dan Israel bemula 7 Oktober lalu, seramai 29 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dilaporkan telah terbunuh.
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Bantuan dan Pekerjaan Palestin di Timur Tengah (UNRWA) menggambarkan, kematian yang berlaku itu sangat ‘mengejutkan dan sungguh mendukacitakan.’
BERITA PENUH DI SINI
Situasi di Palestin meruntun hati Permaisuri Johor
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah menitiskan air mata mengenangkan nasib menimpa rakyat Palestin di bumi Gaza ketika ini, pada satu majlis ramah mesra bersama pelajar-pelajar Palestin di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Sabtu.
Menurut hantaran di Facebook rasmi The Royal Johor, baginda yang juga Canselor UTM telah berkenan berangkat ke majlis itu bersama isteri Tunku Mahkota Johor Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam yang juga Pro-Canselor UTM.
BERITA PENUH DI SINI.
Lagi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza
Sebuah konvoi 17 trak bantuan kemanusiaan telah memasuki Gaza pada hari Ahad (22 Oktober) ketika Israel meningkatkan serangan ke atas wilayah Palestin itu.
Dengan kebimbangan mengenai kemungkinan perang itu terus berlanjutan, Iran mendakwa, wilayah itu boleh "di luar kawalan" manakala Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengingatkan Hezbollah Lubnan bahawa jika mereka terlibat, itu akan menjadi "kesilapan dalam hidup mereka."
BERITA PENUH DI SINI.
Warga Israel berpindah dari bandar sempadan dengan Lubnan
Puluhan ribu rakyat Israel sedang dipindahkan dari bandar berhampiran sempadan utara negara itu dengan Lubnan ketika pertempuran semakin meningkat di antara tentera Israel dan Hizbullah.
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 14 komuniti telah diarah berpindah ke tempat tinggal sementara yang dibiayai kerajaan.
Penduduk di 28 penempatan lain telah diberitahu untuk berpindah minggu lalu.
Pengumuman itu bagaimanapun disambut dengan kemarahan sebilangan penduduk yang mempersoalkan tindakan itu.
Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Wartawan Palestin Rushdi Sarraj terbunuh dalam serangan Israel di rumahnya di Gaza, menurut wartawan dan rakan sekerja tempatan.
“Rakan rapat saya, Rushdi Sarraj, terbunuh dalam pengeboman Israel di rumahnya.
"Beliau adalah seorang wartawan foto berbakat dan pengarah yang kreatif menceritakan kisah rakyat Gaza ketika peperangan dan kepungan.
"Semoga anda damai di sana,” kata wartawan foto antarabangsa Wissam Nassar di Instagram.
Jumlah mangsa terkini
Gaza
Terbunuh: 4,651
Cedera: 14,245
Tebing Barat yang diduduki
Terbunuh: 90
Cedera: 1,400
Israel
Terbunuh: 1,405
Cedera: 5,132
Penceroboh tebang 70 pokok zaitun di Tebing Barat
Penceroboh Israel dilapor menebang berpuluh-puluh pokok zaitun tua di kampung Yasouf di timur bandar Salfit di Tebing Barat yang diduduki.
Ketua Majlis Kampung Yasouf, Saleh Yassin memberitahu agensi berita Wafa bahawa berpuluh-puluh penceroboh itu memusnahkan kira-kira 70 pokok zaitun berumur di antara 50 hingga 70 tahun yang dimiliki rakyat Palestin di Yasouf.
31 masjid di Gaza musnah akibat serangan Israel
Jumlah masjid yang musnah di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober meningkat kepada 31, kata kementerian wakaf Gaza.
Dalam kenyataan yang dipetik media Turki dan Arab, kementerian itu berkata jumlah tersebut meningkat daripada 26 selepas serangan Israel baru-baru ini yang memusnahkan lima lagi masjid di wilayah itu.
Turki hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Mesir
GAZZE’YE YARDIM İÇİN UÇAĞIMIZ HAVALANDI. Cumhurbaşkanlığımıza ait, ilaç ve tıbbı malzeme ile dolu, 20 uzman hekimin bulunduğu uçak Ankara’dan Mısır’a hareket etmiş durumda. pic.twitter.com/UDUlzBm4op
— Dr. Fahrettin Koca (@drfahrettinkoca) October 22, 2023
Orang kanan pasukan roket Hamas terbunuh malam tadi - IDF
Timbalan ketua pasukan roket Hamas dan puluhan pejuang pembebasan terbunuh dalam serangan ke atas Gaza malam tadi.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Laksamana Muda Daniel Hagari dalam taklimat media pada Ahad, jumlah orang yang dijadikan tebusan di Gaza kini seramai 212 orang.
Dakwaan itu dibuat selepas Hagari berkata bahawa IDF akan meningkatkan serangan udara ke atas Gaza.
65 ditahan di Tebing Barat
Sekurang-kurangnya 65 orang telah ditahan di Tebing Barat yang diduduki tentera Israel malam tadi.
Menurut kenyataan Kelab Tahanan Palestin, ini menjadikan jumlah tangkapan sejak awal Oktober kepada lebih 1,130.
Angka ini tidak termasuk pekerja atau tahanan dari Gaza, kata kenyataan itu lagi.
Jumlah rakyat Palestin ditahan di Tebing Barat meningkat kepada 58
Tentera Israel telah menahan sekurang-kurangnya 58 rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki sejak pagi Ahad.
Menurut agensi berita rasmi Wafa, tangkapan berlaku terutamanya di Ramallah, Hebron dan Jenin.
Angka itu meningkat daripada 52 yang diumum agensi berita tersebut beberapa jam lalu.
Pertempuran baharu di sempadan Israel-Lubnan
Tentera Israel berkata sebuah kereta kebalnya diserang peluru berpandu antikereta kebal di Ladang Shebaa berhampiran sempadan utara dengan Lubnan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Israel bedil masjid di Tebing Barat
Palestin gesa tekanan antarabangsa terhadap Israel
Pihak Berkuasa Palestin menyeru "tekanan antarabangsa sebenar" ke atas Isreal untuk menghentikan pencerobohan terhadap rakyatnya dan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Wilayah Palestin yang diduduki.
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan berkata ia melihat serangan udara di kem Jenin pada waktu subuh sebagai serangan berbahaya menggunakan pesawat perang.
Ia berkata bahawa serangan itu adalah percubaan untuk membawa corak pengeboman di Semenanjung Gaza ke kawasan di Tebing Barat yang diduduki.
Pihak berkuasa Palestin berkata bahawa serangan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang awam Palestin terkorban dan mencederakan tiga yang lain.
Korban masjid Jenin meningkat kepada tiga, 90 di Tebing Barat
Angka kematian berikutan serangan Israel ke atas sebuah masjid di Tebing Barat yang diduduki meningkat kepada tiga, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Serangan itu berlaku di sebuah kem pelarian di bandar Jenin.
Dalam perkembangan lain, dua orang terbunuh dalam pertempuran di Toubas dan Nablus, di Tebing Barat.
Menurut kenyataan kementerian, ini menjadikan jumlah mangsa yang terbunuh di situ sejak 7 Oktober meningkat kepada 90 orang.
Pemindahan penduduk kampung dekat sempadan Lubnan diteruskan
Israel meneruskan pemindahan komuniti berhampiran sempadan Lubnan selepas mendakwa terdapat peningkatan pertempuran di sempadan utara.
Dalam sejam lalu, Israel berkata mereka telah berjaya memusnahkan meriam antikereta kebal yang bakal melancarkan serangan merentasi sempadan ke Israel.
Israel mendakwa Hizbullah bertanggungjawab di sebalik serangan itu dan berada dalam bahaya untuk mengheret kerajaan Lubnan ke dalam perang yang lebih meluas.
Jumlah rakyat Palestin ditahan di Tebing Barat meningkat kepada 52 - Wafa
Tentera Israel telah menahan sekurang-kurangnya 52 rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, termasuk pekerja dari Semenanjung Gaza, menurut agensi berita rasmi Wafa.
Penangkapan pada Ahad berlaku terutamanya di Ramallah, Hebron dan Jenin, kata agensi kerajaan Palestin.
Terdahulu, pada awal pagi ini, agensi itu melaporkan jumlah rakyat Palestin yang ditahan adalah seramai 40 orang.
India hantar 38.5 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza
India telah menghantar 38.5 tan bantuan kemanusiaan ke wilayah Sinai di Mesir untuk orang awam Palestin dari Semenanjung Gaza.
Menurut jurucakap kementerian luar Arindam Bagchi, sebuah pesawat pengangkut Boeing C-17 tentera udara India membawa hampir 6.5 tan bantuan perubatan dan 32 tan bahan bantuan bencana untuk rakyat Palestin berlepas pada Ahad ke lapangan terbang El Arish, Mesir.
11 maut dalam serangan ke atas Khan Younis di Gaza
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan Israel ke atas sebuah kafe di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza, menurut agensi berita Wafa.
Pengeboman itu menyasarkan kafe Rio di Jalal Street.
Khan Younis ialah tempat perlindungan penduduk dari utara Gaza yang berpindah selepas rumah mereka musnah.
Pasukan penyelamat dan rakyat masih mencari mangsa.
Lokasi bantahan terhadap serangan Israel di seluruh dunia
Masyarakat dunia menzahirkan kecaman berhubung tindakan kejam Israel di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.
Orang ramai keluar membanjiri jalan-jalan utama di seluruh dunia bagi menyatakan sokongan mereka selain mendesak peperangan dihentikan serta-merta.
Antara lokasi tunjuk perasaan pada Ahad:
Sarajevo – Bosnia dan Herzegovina
Karachi – Pakistan
Kuala Lumpur – Malaysia
Podgorica – Montenegro
Brussels – Belgium
Berlin – Jerman
London dan Manchester – UK
Rotterdam – Belanda
Belgrade – Serbia
Paris – Perancis
Mexico City – Mexico
Milwaukee, Memphis, Boston, Minneapolis, Omaha, New Haven, Dallas, Las Vegas – AS
Halifax, Saint John, London, Montreal, Ottawa, Victoria – Kanada
Demonstrasi di seluruh dunia tuntut Israel hentikan serangan
Demonstrasi pro-Palestin berlangsung di seluruh dunia menuntut Israel menghentikan serangannya ke atas Gaza yang setakat ini telah mengorbankan lebih 4,380 rakyat Palestin.
Di London, polis menganggarkan sehingga 100,000 penunjuk perasaan berarak melalui jalan-jalan yang dibasahi hujan di bandar itu.
Penunjuk perasaan yang hadir mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan "berhenti mengebom Gaza".
Beratus-ratus penunjuk perasaan pro-Palestin turut berkumpul di Belfast dan di bandar kedua Ireland Utara, Londonderry, di mana penceramah termasuk Ahli Parlimen Colum Eastwood.
Di Republik Ireland, beribu-ribu penunjuk perasaan berarak melalui ibu kota Dublin menyeru untuk menamatkan pengeboman Israel.
Di Perancis, penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul di beberapa bandar termasuk Rennes, Montpellier, Dijon, Marseille dan Lyon, di mana laungan "Kita semua rakyat Palestin" bergema di dataran tengah.
Polis Jerman berkata hampir 7,000 orang mengambil bahagian dalam demonstrasi aman pro-Palestin di Dusseldorf.
Beberapa ratus penunjuk perasaan berarak melalui Rom, Itali manakala puluhan ribu membanjiri jalan-jalan di pusat bandar Barcelona, Sepanyol.
Toronto, Kanada menyaksikan ribuan penunjuk perasaan di kawasan pusat bandar.
Di New York, Amerika Syarikat ratusan penunjuk perasaan dari kumpulan Islam, Yahudi dan lain-lain berarak ke pejabat Senator AS Kristen Gillibrand di Manhattan.
Ribuan lagi dilihat berarak melalui Los Angeles dan Washington, DC.
Kekurangan bekalan asas bawa malapetaka di Gaza - WFP
Kehidupan orang awam di Gaza dihimpit malapetaka, kata agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu.
Program Makanan Sedunia (WFP) memaklumkan keadaan kekurangan makanan, air, dan bekalan perubatan yang mendesak di kawasan itu.
Agensi itu berkata ia memerlukan AS$74 juta dengan segera bagi mengekalkan tindak balas kecemasannya di Gaza untuk 90 hari akan datang.
Kedai-kedai di wilayah itu dilapor hanya mempunyai rizab makanan untuk tempoh kurang daripada seminggu dengan keupayaan untuk menambah stok kini "tergugat akibat jalan yang rosak, kebimbangan keselamatan, dan kekurangan bahan api," kata WFP.
299 cedera, 49 kritikal - Kementerian Kesihatan Israel
Kementerian Kesihatan Israel berkata sekurang-kurangnya 299 orang kini dirawat di hospital dengan pelbagai kecederaan.
Daripada jumlah itu, 49 berada dalam keadaan kritikal.
Sejumlah 5,132 orang di pihak Israel mengalami kecederaan sejak bermulanya konflik, tambah kementerian itu.
Empat rakyat Palestin dibunuh tentera Israel di Tebing Barat
Tentera Israel telah membunuh empat rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki malam tadi.
Ini menjadikan jumlah kematian kepada 89 sejak 7 Oktober, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Pembunuhan berlaku di bandar Jenin, Tammun, dan Nablus, kata agensi berita rasmi Wafa.
Dua daripadanya akibat tembakan penceroboh, dan dua lagi akibat pengeboman di sebuah masjid.
Tentera Israel arah pemindahan 14 komuniti di sempadan Lubnan
Pihak berkuasa Israel berkata mereka telah mengarahkan pemindahan 14 lagi komuniti di sempadan utara.
Petempatan yang terlibat ialah Shanir, Dan, Beit Hillel, Shaar Yishuv, Gosher, Liman, Mitzvah, Ilon, Goren, Garnot HaGilil, Ibn Menachem, Sasa, Tsivbon dan Ramot Naftali.
Keputusan itu dibuat ketika tentera Israel dan Hizbullah berbalas tembakan sejak bermulanya perang pada 7 Oktober.
Terdahulu, tentera Israel pada minggu lalu mengarahkan penduduk 28 komuniti yang tinggal dalam jarak dua kilometer dari sempadan untuk berpindah.
Israel tingkat serangan di Gaza, 55 terkorban - Hamas
Kumpulan Hamas berkata sekurang-kurangnya 55 orang telah terbunuh dalam serangan malam tadi di Semenanjung Gaza.
“Lebih daripada 55 syahid,” kata pejabat akhbar kerajaan dalam satu kenyataan malam tadi ketika pengeboman rejim Zionis menyasarkan Semenanjung Gaza.
Ia menambah bahawa lebih 30 rumah musnah dalam beberapa jam selepas jurucakap tentera Israel berkata bahawa serbuan akan ditingkatkan.
Sokongan psikologi oleh Bulan Sabit Merah
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) menawarkan sokongan psikologi dalam usaha "meringankan kebimbangan dan tekanan" dalam kalangan penduduk Gaza, terutamanya kanak-kanak.
Bulan Sabit Merah dalam hantaran di X berkata, ia memberikan sokongan kepada warga yang terjejas akibat "ancaman terhadap Hospital Al-Quds dan arahan pemindahan oleh tentera Israel" di Khan Younis dan Gaza.
"Kami berdiri di sisi anda, tidak kira di mana anda berada," kata PRCS dalam hantaran itu.
Bulan Sabit Merah beri sokongan psikologi di Gaza
PRCS teams in Khan Younis and #Gaza offer psychological support to ease anxiety and stress among Gazan residents, particularly children, following threats to Al-Quds Hospital and evacuation orders by Israeli forces. We stand by your side, no matter where you are. ? #Gazabombing pic.twitter.com/uvc3FjWnOY
— PRCS (@PalestineRCS) October 21, 2023
Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin
Himpunan 'Freedom For Palestine' di Dataran Merdeka di sini hari ini, bukan sahaja mendapat sokongan daripada kaum Melayu, malah masyarakat Cina dan India turut sertai bersolidariti menentang kekejaman Israel.
Himpunan yang dihadiri ribuan peserta itu bermula kira-kira jam 10 pagi dengan laungan jeritan 'Palestin', 'Israel shame of you' selain kibaran bendera Palestin serta plakad yang mengecam tindakan kejam rejim Israel.
BERITA PENUH DI SINI
#QuranHour For Gaza bukti kebersamaan umat Islam - Shaykh Rami
Penganjuran #QuranHour For Gaza bukti kebersamaan seluruh umat Islam di dunia yang peduli terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin.
Qari Imam Palestin, Shaykh Rami As-Sousi berkata, beliau tidak hairan akan sikap peduli orang ramai terhadap nasib Palestin kerana sudah menjadi satu kemestian untuk umat Islam bersama-sama melindungi Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama.
BERITA PENUH DI SINI
Lebih 1,600 kanak-kanak terbunuh di Gaza dalam tempoh 2 minggu
Sekurang-kurangnya 1,661 kanak-kanak terkorban akibat kekejaman Israel sejak pertempuran terkini meletus pada 7 Okt, menurut kenyataan Defence for Children International - Palestine (DCIP) pada Sabtu.
Dalam tempoh yang sama, seramai 27 kanak-kanak dibunuh tentera Israel di Tebing Barat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
BERITA PENUH DI SINI
Serangan udara sasar masjid di kem pelarian, korban 2 nyawa
Ketiadaan bahan api ancam nyawa 130 bayi pramatang di hospital Gaza
Bekalan bahan api yang kian surut di hospital Gaza meletakkan nyawa 130 bayi pramatang dalam bahaya, menurut Bantuan Perubatan untuk Palestin (MAP).
"Dunia tidak boleh hanya melihat kerana bayi-bayi ini dibunuh akibat pengepungan di Gaza," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAP, Melanie Ward dalam hantarannya di X.
Nyawa 130 bayi pramatang di hospital Gaza dalam bahaya
https://www.astroawani.com/berita-dunia/israel-semakin-gila-bedil-masjid-di-tebing-barat-pula-442871
Israel semakin gila, bedil masjid di Tebing Barat pula
Israel meneruskan serangan membabi buta apabila ia menyasarkan sebuah masjid di Tebing Barat pada Isnin yang meragut sekurang-kurangnya satu nyawa manakala tiga lagi cedera pada awal pagi Ahad.
Rejim Zionis dalam satu kenyataan memaklumkan Masjid al-Ansar tersebut didakwa menjadi pusat perintah kumpulan pejuang Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Penghantaran bantuan cukup untuk sehari sahaja - UNICEF
Konvoi 20 trak yang membawa bekalan bantuan yang tiba di Gaza pada Sabtu tidak memadai untuk memenuhi keperluan penduduk di kawasan yang dikepung.
Penghantaran itu termasuk 44,000 botol air minuman.
Pihak UNICEF yang membekalkan air itu berkata, ia hanya "cukup untuk 22,000 orang selama satu hari".
Jumlah itu hanyalah sebahagian kecil daripada lebih 2 juta orang yang tinggal di Semenanjung Gaza.
Bekalan air adalah sebahagian daripada konvoi kemanusiaan dari Bulan Sabit Merah Mesir dan agensi PBB, satu-satunya konvoi yang melalui persimpangan Rafah sejak permulaan perang Israel-Hamas sekarang.
AS hantar sistem pertahanan udara tambahan ke Asia Barat - Pentagon
AS sedang mengerahkan sistem pertahanan udara tambahan ke Asia Barat sebagai tindak balas kepada pergolakan di rantau itu, menurut laporan dari Pentagon.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu malam waktu tempatan, Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin berkata beliau telah mengaktifkan Terminal High Altitude Area Defense (THAAD) serta batalion Patriot tambahan ke beberapa lokasi di seluruh (Asia Barat)".
Austin berkata penempatan itu sebagai tindak balas kepada serangan oleh Iran dan pasukan proksinya baru-baru ini juga untuk membantu dalam pertahanan Israel.
Austin menambah bahawa beliau telah menempatkan pasukan tambahan AS sebagai sebahagian daripada perancangan luar jangka.
Menteri Kesihatan Palestin rayu komuniti antarabangsa lindungi Hospital Al Quds
Dua minggu perang, solidariti kepada Palestin berterusan
Raja Jordan tegaskan kekejaman Israel satu jenayah perang
Israel isytihar bunuh penduduk utara Gaza enggan berpindah
Israel pada Sabtu mengisytiharkan bahawa sesiapa yang memilih untuk tinggal di utara Genting Gaza dan tidak pergi ke selatan di bawah arahan pemindahan sebelum ini akan dianggap sebagai sekutu 'pengganas' dan boleh dibunuh.
Pesawat Israel menurunkan risalah 'amaran segera' ke dalam kawasan yang dikepung, menggesa rakyat Palestin di utara Gaza untuk bergerak ke selatan.
BERITA PENUH DI SINI
17 petugas UNRWA maut sepanjang konflik Hamas-Israel
Sidang Kemuncak: Kami tidak akan tinggalkan tanah air - Mahmoud Abbas
WHO bimbang amaran Israel minta kosongkan hospital
#QuranHour For Gaza perjuang nasib rakyat Palestin cara berbeza
Program #QuranHour For Gaza yang mengangkat surah al-Insan membawa perbezaan dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, ia berlainan kerana tidak dilakukan dalam bentuk demonstrasi tetapi program refleksi bagi menghayati perjuangan sebenar untuk membantu saudara di Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
PM Anwar tiba di Istanbul untuk bertemu Presiden Turki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini malam ini untuk lawatan kerja dua hari ke Turki dan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan, esok (Ahad).
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 10.45 malam waktu tempatan (pukul 3.45 pagi Ahad waktu Malaysia)
BERITA PENUH DI SINI
Malaysia sedar risiko lantang perjuangkan isu Palestin - PM Anwar
Malaysia menyedari dan menjangka akan ada tindak balas dari beberapa negara Barat berhubung kelantangannya dalam menyuarakan isu Palestin, namun ia akan terus memperjuangkan nasib penduduk Palestin di peringkat antarabangsa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tiada pilihan berhubung perkara itu kerana isu Palestin melibatkan soal kemanusiaan kerana penduduknya terus sengsara akibat penindasan dan kezaliman rejim Zionis Israel.
BERITA PENUH DI SINI
Sidang Kemuncak Keamanan Kaherah bincang konflik di Asia Barat
Sidang Kemuncak Keamanan Kaherah bermula dengan penyertaan antarabangsa, Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membincangkan perkembangan terkini konflik antara Israel dan Palestin, lapor Agensi Anadolu (AA).
Sidang kemuncak di timur Kaherah itu dipengerusikan oleh Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi.
BERITA PENIUH DI SINI
WHO bimbang amaran kosongkan Hospital Al-Quds
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu menyuarakan kebimbangan terhadap amaran Israel supaya mengosongkan Hospital Al-Quds yang terletak di utara Semenanjung Gaza.
"Selain menempatkan pesakit dan petugas kesihatan, ratusan lagi yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sedang berlindung di kawasan hospital itu...," kata WHO menerusi catatan di X, lapor Agensi Berita WAFA.
BERITA PENUH DI SINI
Sempadan Rafah dibuka, bantuan kemanusiaan mula masuk
Sempadan Rafah sudah dibuka bagi memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan pertama masuk ke Gaza.
Al-Jazeera melaporkan, sebanyak 20 buah trak mengandungi bantuan kemanusiaan telah mula memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir.
BERITA PENUH DI SINI
Gaza: Krisis kemanusiaan terbesar sedang berlaku
Putera Mahkota Arab Saudi bantah tindakan paksa penduduk Palestin berpindah
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman pada Jumaat mengulangi bantahan negaranya terhadap pemindahan secara paksa penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
Semasa mengadakan panggilan telefon dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, baginda menggalakkan agar pelbagai usaha dibuat untuk meredakan situasi di Gaza dan memastikan keganasan tidak merebak, lapor Agensi Anadolu (AA).
BERITA PENUH DI SINI
30 maut dalam serangan awal pagi oleh Israel di Gaza
Seramai 30 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan awal pagi oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Palestin, Wafa.
Laporan itu menyebut, Israel telah mengebom beberapa bangunan kediaman di bandar Rafah selatan Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang terkorban.
BERITA PENUH DI SINI
Biden gesa Israel henti serangan di Gaza
Presiden Joe Biden menggesa Israel menangguhkan beberapa serangan ke atas Gaza dalam usaha mendapatkan pembebasan lebih banyak tawanan.
Gesaan berkenaan dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS) itu susulan tindakan pasukan Hamas membebaskan dua tebusan wanita warga AS pada Jumaat.
BERITA PENUH DI SINI
Firma India henti jual seragam kepada polis Israel
Sebuah firma India telah menamatkan kontrak membuat pakaian seragam bagi polis Israel atas alasan moral berhubung perang di Genting Gaza.
Syarikat Maryan Apparel di negeri selatan Kerala membekalkan kira-kira 100,000 pakaian seragam kepada pasukan polis rejim Zionis setiap tahun sejak 2015.
BERITA PENUH DI SINI
Israel ancam bom sebuah lagi hospital, apa reaksi Presiden AS?
AHLI Parlimen Amerika Syarikat (AS) yang berdarah Palestin-Amerika, Rashida Tlaib menggesa Presiden negara itu, Joe Biden segera memberikan maklum balas terhadap ancaman terbaharu Israel untuk mengebom Hospital Al-Quds di Semenanjung Gaza.
Dalam nada tegas, Tlaib mempersoalka Biden: "Adakah anda akan berdiam diri?"
BERITA PENUH DI SINI
Hamas dakwa kerjasama dengan orang tengah bebaskan tebusan
Pasukan Hamas dari Palestin mendakwa, mereka sedang bekerjasama dengan orang tengah dalam usaha membebaskan tebusan warganegara asing.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus pembebasan dua tebusan wanita warga Amerika Syarikat pada Jumaat, Hamas berkata, ketika ini mereka sedang berurusan dengan orang tengah yang terdiri daripada wakil dari negara Mesir, Qatar dan beberapa "negara yang mesra" dengannya.
BERITA PENUH DI SINI
Israel ancam bom sebuah lagi hospital di Gaza
Selepas Hospital Al-Ahli dibom beberapa hari lalu sehingga mengorbankan 500 rakyat Palestin, rejim zionis Israel mengancam untuk mengebom sebuah lagi pusat perubatan.
Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS), tentera Israel mengancam untuk mengebom Hospital Al-Quds di Semenanjung Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Hamas bebaskan dua tebusan wanita warga Amerika
ua wanita Amerika Syarikat (AS) yang juga pasangan ibu dan anak dibebaskan pada Jumaat selepas dijadikan tawanan sejak 7 Oktober lalu oleh pasukan Hamas.
Berita pembebasan Judith Raanan dan anaknya, Natalie disahkan oleh pejabat Perdana Menteri Israel.
BERITA PENUH DI SINI
GCC-ASEAN gesa gencatan senjata di Gaza
Para pemimpin Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN menggesa gencatan senjata yang berkekalan di Gaza dan memastikan akses bantuan kemanusiaan yang berkesan dan cekap, serta penghantaran tanpa halangan bahan api, makanan, dan ubat-ubatan ke seluruh Gaza.
Menurut kenyataan bersama GCC dan ASEAN semasa Sidang Kemuncak GCC-ASEAN pada 20 Okt, para pemimpin telah bertukar pandangan dan menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap perkembangan di Asia Barat.
BERITA PENUH DI SINI
MAPIM harap kerajaan desak OIC lebih tegas
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berharap kerajaan menggunakan kedudukan sedia ada bagi menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar lebih tegas, berani serta berprinsip dalam menangani isu kekejaman Israel di Semenanjung Gaza.
Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Malaysia boleh menggunakan pentas OIC bagi mendesak badan itu agar mengambil tindakan segera daripada sekadar melontarkan kecaman.
BERITA PENUH DI SINI
Serang hospital, Israel adalah pengganas - Tun Mahathir
Tindakan rejim Zionis Israel bertindak keterlaluan dengan menyerang hospital di Gaza disifatkan sebagai kezaliman luar biasa.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan tidak berperikemanusiaan Israel menyerang hospital itu jelas menunjukkan bangsa Zionis tersebut melakukan satu kezaliman luar biasa ke atas rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Putera Mahkota Arab Saudi gesa operasi ketenteraan di Gaza dihentikan
Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman yang sedih menyaksikan keganasan yang semakin meningkat di Gaza menyeru agar operasi ketenteraan dihentikan di bandar-bandar yang terkepung.
Bercakap pada sidang kemuncak pertama Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN di Riyadh, baginda mahu negara Palestin diwujudkan untuk keamanan berkekalan di Asia Barat, lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
Solidariti Palestin: Benjamin Netanyahu pengganas perang, perlu dihadapkan ke ICC - Khairy
Bekas Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menggesa Amerika Syarikat (AS) agar mengheret Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas jenayah perang yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Jelasnya, Netanyahu adalah pengganas perang yang sebenar dan seharusnya dibawa ke muka pengadilan.
BERITA PENUH DI SINI
Benjamin Netanyahu pengganas perang, perlu dihadapkan ke ICC - Khairy
Bekas Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menggesa Amerika Syarikat (AS) agar mengheret Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas jenayah perang yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Jelasnya, Netanyahu adalah pengganas perang yang sebenar dan seharusnya dibawa ke muka pengadilan.
BERITA PENUH DI SINI
Selangor salur RM1 juta bantuan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin
Kerajaan negeri Selangor akan menyalurkan RM1 juta ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang diseliakan oleh Kementerian Luar.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata di samping bertujuan mengurangkan kedukaan dan kesengsaraan rakyat Palestin, bantuan itu juga diharapkan menjadi sebahagian daripada usaha kolektif masyarakat serta negara di seluruh dunia bagi mengangkat prinsip keadilan serta menentang keganasan.
BERITA PENUH DI SINI
Himpunan solidariti Palestin gesa AS tarik sokongan terhadap serangan Israel
Satu memorandum menggesa agar Amerika Syarikat menarik balik sokongan terhadap pencerobohan Israel di Palestin diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS), di Jalan Tun Razak di sini hari ini.
Memorandum bantahan sebagai kecaman terhadap kekejaman Israel yang terus menindas rakyat Palestin itu diserahkan wakil himpunan aman yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat dan disertai beberapa badan bukan kerajaan serta ahli politik dari pelbagai latar belakang, yang bersama-sama berarak ke Kedutaan AS dari Masjid Tabung Haji, selepas solat Jumaat.
BERITA PENUH DI SINI
Laungan protes di ibu negara!

Khairy, Mukhriz serah memorandum bantahan

Umpama 'Perang Dunia Ketiga', tiada tempat selamat di Gaza - Pengurus MyCARE Gaza
"Saudaraku di seluruh dunia. Kami ingin memaklumkan anda, keadaan kami tidak baik," kata Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad Shehada.
Kali terakhir Zaid melaporkan situasinya di Semenanjung Gaza adalah 14 hari lepas.
BERITA PENUH DI SINI
Terputus hubungan, Mohamad Darwish doa ibu bapa di Gaza selamat
Seorang warga Palestin Dr Mohamad Darwish terus berharap dan mendoakan keselamatan ibu bapanya di Gaza, meskipun sudah terputus hubungan dan komunikasi dengan mereka sejak seminggu lepas.
Lelaki berusia 36 tahun itu berkata kali terakhir mereka berhubung pada minggu lepas iaitu sebelum bekalan elektrik terputus di kawasan itu dan hingga kini nasib kedua orang tuanya masih tidak dapat diketahui.
BERITA PENUH DI SINI
Rakyat Malaysia berarak ke Kedutaan AS

Yang tinggal hanya kehancuran...

Malaysia sedia sertai misi kemanusiaan antarabangsa ke Palestin - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap anggota Majlis Keselamatan PBB, terutamanya lima anggota tetap badan dunia itu memainkan peranan mereka sebagai broker keamanan yang jujur dalam mencari penyelesaian kepada konflik Palestin-Israel.
BERITA PENUH DI SINI
Empat hospital di Gaza lumpuh
Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan empat hospital di wilayah itu yang dikepung, lumpuh ekoran menjadi sasaran langsung serangan udara Israel, lapor agensi berita Jordan (Petra).
Empat hospital itu adalah Beit Hanoun, Al-Durra, Al-Karama dan Hospital Antarabangsa Al-Oyoun.
BERITA PENUH DI SINI
Himpunan Solidariti Palestin di Stadium Batu Pahat

Isu keganasan di Palestin jadi tumpuan Sidang Kemuncak GCC-ASEAN
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman mengulangi sokongan negara itu untuk mencapai penyelesaian kekal kepada perjuangan rakyat Palestin.
Tekad itu disuarakan Baginda sewaktu berucap pada majlis pembukaan Sidang Kemuncak GCC-ASEAN Riyadh hari ini.
BERITA PENUH DI SINI
Kekejaman di Gaza: MWCQP hantar nota bantahan kepada Kedutaan AS
Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP) menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pada Jumaat.
Menurut Pengerusinya, Zuraidah Kornain, nota protes itu menuntut empat perkara terhadap Amerika Syarikat (AS) agar memberi tekanan kepada zionis Israel menghentikan kekejaman terhadap penduduk di bumi Gaza, Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Gereja Ortodoks Baitulmaqdis kecam serangan Israel ke atas gereja di Gaza
Pihak gereja Orthodox Patriarchate of Jerusalem mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas perkarangan gerejanya di Gaza pada Khamis malam.
BERITA PENUH DI SINI
Malaysia, Palestin sepakat usaha tuntas perlu bagi hentikan keganasan di Gaza
Saya sempat mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 20, 2023
Kami berdua sepakat bahawa perlunya usaha tuntas bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan yang berlaku ketika ini.
Kami juga berharap agar semua…
Bekalan elektrik di hospital Gaza hanya untuk 24 jam sahaja
Pusat perubatan utama Gaza, Hospital Al-Shifa hanya mempunyai bekalan bahan api yang mencukupi untuk menjalankan jenteranya selama 24 jam, kata doktor tanpa sempadan (MSF) pada Khamis.
"Tanpa bekalan elektrik, banyak pesakit akan meninggal," kata Guillemette Thomas, koordinator perubatan MSF untuk Palestin yang berpusat di Jerusalem.
BERITA PENUH DI SINI
Israel "tidak bertanggungjawab" letupan hospital di Gaza
Presiden Joe Biden mengakui, beliau ‘bersedih’ dengan letupan hospital di Gaza sehingga mengorbankan lebih 500 nyawa rakyat Palestin.
Bagaimanapun, dalam masa sama, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mempertahankan sekutunya dengan mendakwa Israel “tidak bertanggungjawab” dengan letupan yang berlaku beberapa hari lalu.
BERITA PENUH DI SINI
Senjata Amerika digunakan dalam 'jenayah perang' Israel
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dijangka memohon kelulusan bekalan senjata bernilai AS$10 bilion untuk dibekalkan kepada Israel semasa menyampaikan ucapan beliau malam ini, ketika White House meneruskan "usaha luar biasa" untuk menyokong Israel, kata Josh Ruebner, pensyarah adjung di Program Keadilan dan Keamanan, Universiti Georgetown, Washington.
BERITA PENUH DI SINI
Penduduk Gaza kini merasai penderitaan 1948
Keadaaan penduduk di Gaza sekarang yang terpaksa tidur di khemah, mengulangi situasi nenek moyang mereka di Palestin yang diusir zionis pada tahun 1948.
Situasi itu dikenang semula oleh Asmaa Sabah, seorang warga Palestin yang kini 'hidup''di kem Khan Younis, sebuah penempatan yang dibina oleh wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menempatkan pelarian Gaza yang dirampas tanahnya, atau musnah kediaman mereka.
BERITA PENUH DI SINI.
PBB desak Israel-Hamas kuat kuasa gencatan senjata kemanusiaan 2 minggu
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mendesak Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata kemanusiaan selama dua minggu.
Tempoh gencatan itu akan membolehkan badan dunia itu mendapatkan akses bahan bakar, bekalan air, makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk Palestin di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
Lintasan Rafah dijangka tidak dibuka hari ini, lapor CNN
Pintu lintasan Rafah dijangka tidak akan dibuka hari ini (Jumaat) untuk konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, kata beberapa sumber kepada CNN, ketika sebilangan besar pihak termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengharapkan proses itu segera berlaku.
"Saya tidak harap truk-truk itu akan melintasi sempadan hari ini (Jumaat)," kata sumber yang terlibat dalam perbincangan tersebut kepada CNN.
BERITA PENUH DI SINI.
Perang Palestin-Israel: 21 wartawan terbunuh, 8 cedera, 3 hilang
Kumpulan hak media melaporkan seramai 21 orang wartawan telah terbunuh sejak bermulanya peperangan antara Israel dan Hamas.
Kesemua yang terkorban termasuk 17 wartawan Palestin dan tiga orang pengamal media Israel, menurut Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ).
BERITA PENUH DI SINI.
Gereja di Gaza dibom tentera Israel
Israel just bombed the 3rd oldest church in the world murdering a few more scores of Palestinians. For those of you still in denial of a genocide, we have community members with 30-40 relatives wiped out in Gaza. It’s not just Muslims, it’s everything and everyone Palestinian. pic.twitter.com/W0YEAekY7P
— Dr. Omar Suleiman (@omarsuleiman504) October 19, 2023
10 orang terbunuh dalam serangan udara Israel malam tadi
Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam serangan udara Israel yang mengenai sebuah bangunan kediaman di pusat Semenanjung Gaza pada Khamis malam, kata pegawai kesihatan di Hospital Al-Aqsa Martyrs.
Serangan udara di Deir al-Balah turut menyebabkan sekurang-kurangnya 35 orang cedera, kata pegawai kesihatan tersebut.
BERITA PENUH DI SINI.
Mesir benarkan protes awam tanda sokongan kepada rakyat Palestin
Seluruh rakyat Mesir diseru mengadakan protes di seluruh negara pada hari ini (Jumaat) sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin dan kepada pendirian Presiden Abdel-Fattah el-Sisi yang tidak membenarkan penduduk Gaza berpindah ke Mesir.
"Sekiranya rakyat Mesir diminta untuk keluar bagi menyatakan penolakan terhadap idea ini, anda akan melihat berjuta-juta rakyat Mesir menyokong pendirian Mesir," kata Sisi.
BERITA PENUH DI SINI.
1,000 tan makanan sedia menanti di sempadan, tunggu masa masuk Gaza
Pintu lintasan Rafah ke Gaza akan dibuka selama beberapa jam pada hari ini (Jumaat) untuk membenarkan penghantaran bantuan yang diperlukan, lapor media Mesir.
Lebih daripada 100 trak yang membawa bantuan telah beratur selama beberapa hari di sempadan Mesir - Palestin, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru untuk bantuan segera kepada penduduk Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
9 warga Britain sah terbunuh setakat ini - Jurucakap Rishi Sunak
Jumlah warga Britain yang terbunuh dalam perang Palestin-Israel meningkat kepada sembilan mangsa setakat ini.
Menurut jurucakap Perdana Menteri, Rishi Sunak pada Khamis, setakat Rabu tujuh warganya turut dilaporkan masih gagal dikesan sejak serangan yang berlaku pada 7 Oktober lalu itu.
BERITA PENUH DI SINI.
Ribuan penduduk Barcelona berhimpun tunjuk sokongan kepada Palestin
Absolutely gigantic demonstration in support of Palestine tonight in Barcelona.
— Alan MacLeod (@AlanRMacLeod) October 19, 2023
Media don't want you to see this and politicians across the West are trying to make this illegal. pic.twitter.com/DEn74yPgRc
Perang Palestin-Israel: 'Wartawan bukan sasaran'
During any conflict, journalists and media workers are civilians under international humanitarian law.
— Committee to Protect Journalists (@pressfreedom) October 19, 2023
Their rights must be respected and protected.
Journalists are #NotATarget. pic.twitter.com/Qkok2g0Shy
Malaysia gesa konflik di Gaza, rampasan hak dan tanah rakyat Palestin dihentikan segera - Zambry
Malaysia menggesa konflik Palestin-Israel di Gaza serta tindakan menyahkan hak dan tanah rakyat Palestin dihentikan pada kadar segera.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), masyarakat antarabangsa dan negara-negara yang berpengaruh perlu mencari penyelesaian ke arah ini.
BERITA PENUH DI SINI
Malaysia mahu perkukuh hubungan, kerjasama dengan negara-negara Teluk
Malaysia akan mengambil peluang untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara Teluk pada Sidang Kemuncak sulung pemimpin ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan berlangsung di sini pada Jumaat.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata ini termasuk memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan selain meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang khususnya hubungan multilateral, ekonomi dan keselamatan serantau.
BERITA PENUH DI SINI
Israel tahan 63 orang penting Hamas dalam serbuan di Tebing Barat
Pasukan keselamatan Israel (IDF) menahan 63 orang yang didakwa orang penting dalam operasi ketenteraan Hamas.
Mereka merupakan antara lebih 80 yang ditahan di seluruh Tebing Barat yang diduduki semalam, kata IDF dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tentera Israel terus beroperasi di kem pelarian Nur Shams, di mana lima orang telah ditahan, tambah kenyataan itu.
Israel sasar kedai roti
Israel mengebom beberapa buah kedai roti di Gaza, membunuh berpuluh-puluh orang dan mencederakan ratusan yang sedang beratur untuk membeli roti, lapor agensi berita WAFA.
Wartawan WAFA berkata pengeboman Israel telah memusnahkan lima kedai roti di bahagian berlainan di Semenanjung Gaza.
Ketua pejabat media kerajaan Gaza, Salam Marouf berkata tindakan berulang kali menyasarkan kedai roti itu memburukkan lagi keadaan, menyebabkan lebih ramai terkorban, dan menyusahkan rakyat.
Beliau menyifatkan situasi untuk mendapatkan beberapa ketul roti kini menjadi satu perjalanan yang amat berbahaya.
Kumpulan bantuan, termasuk Program Makanan Sedunia, memberi amaran bahawa Gaza kian kehabisan makanan dengan bekalan hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja lagi.
Israel tahan jurucakap Hamas di Tebing Barat
Tentera Israel menahan jurucakap Hamas, Sheikh Hassan Yousef di rumahnya di Tebing Barat yang diduduki pada Khamis, menurut kenyataan Kelab Tahanan Palestin.
“Pasukan penceroboh menangkap pemimpin Hamas Sheikh Hassan Yousef dari rumahnya di Beitunia, sebagai sebahagian daripada kempen penangkapan berskala besar di Tebing Barat yang diduduki,” tulis kenyataan itu.
Hamas seru seluruh dunia berhimpun esok
Hamas menyeru agar mobilisasi umum diadakan di seluruh dunia esok.
"Kami menyeru kepada rakyat Palestin, orang Arab dan umat Islam, serta masyarakat yang bebas di dunia untuk berhimpun menolak perpindahan esok, Jumaat," tulis kumpulan itu di Telegram.
Ia juga mencadangkan Ahad sebagai "hari perpaduan global untuk kanak-kanak Gaza".
Jenazah bayi papar realiti suram serangan Israel
Realiti serangan Israel ke atas Gaza dipamerkan pada taklimat media di luar hospital ketika ambulans berhenti dan jenazah sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak dibawa keluar.
“Semasa kita bercakap, kami menerima lebih ramai mangsa – bayi yang tidak berdosa.
"Ini adalah sasaran pasukan penceroboh Israel. Kezaliman ini tidak boleh terlepas daripada hukuman,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra.
Al-Qudra sebelum ini berkata 14 kemudahan kesihatan kini telah berhenti beroperasi selepas kehabisan bahan api untuk penjana kuasa.
Empat hospital lain ditutup selepas diserang bom Israel, tambahnya.
“Semua kemudahan selebihnya beroperasi pada kapasiti 150 peratus. Akibatnya, kami terpaksa menjalankan pembedahan di atas lantai.
"Kami telah kehabisan bahan api, bekalan perubatan dan ubat-ubatan di semua hospital di Gaza.
"Kami menjangkakan jumlah kematian akan meningkat,” katanya.
Korban di Gaza meningkat kepada 3,785
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memaklumkan seramai 3,785 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan udara Israel sejak 7 Oktober lalu.
Lebih 12,000 pula dilaporkan cedera.
Di Tebing Barat yang diduduki, 69 orang terbunuh dan lebih 1,300 cedera.
Sunak ulang sokongan kepada Israel
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengulangi sokongannya kepada Israel dan berkata UK akan meningkatkan bantuan kepada rantau itu.
“Saya bangga berdiri di sini bersama anda dalam detik paling gelap di Israel.
"Sebagai rakan anda, kami akan berdiri bersama anda dalam solidariti, kami akan berdiri bersama rakyat anda, dan kami juga mahu anda menang,” kata Sunak dalam sidang media bersama rakan sejawatannya dari Israel.
1 kanak-kanak maut setiap 15 minit - NGO Palestin
Seorang kanak-kanak Palestin terbunuh setiap 15 minit dalam serangan Israel ke atas Gaza.
Jurucakap The Defence for Children International - Palestine (DCIP) berkata lebih 100 kanak-kanak terbunuh setiap hari sejak Israel mula mengebom kawasan Palestin yang terkepung pada 7 Oktober.
Lebih 3,400 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan rejim Zionis paling dahsyat dalam beberapa dekad.
Xi China gesa Mesir buka koridor kemanusiaan
Presiden China Xi Jinping menggesa Perdana Menteri Mesir Mostafa Madbouly agar membuka koridor kemanusiaan kepada orang awam yang melarikan diri dari pertempuran di Gaza.
Xi juga mengulangi sokongan China terhadap pembentukan negara Palestin sebagai penyelesaian kepada keganasan berterusan.
Sembilan, termasuk tujuh kanak-kanak, terbunuh dalam serangan Israel
Israel terus menyasarkan bangunan kediaman di seluruh Semenanjung Gaza.
Serangan terbaharu rejim Zionis itu meranapkan sebuah bangunan kediaman, membunuh sembilan orang termasuk tujuh kanak-kanak, daripada keluarga Al-Bakri.
Saksi memberitahu wartawan di lokasi bahawa lebih ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan selepas beberapa bangunan ranap.
Tiga hospital dilapor telah menghentikan operasi, dan kemungkinan sebuah lagi akan menerima nasib sama tidak lama lagi.
Ia disebabkan kekurangan bahan api untuk menggerakkan penjana kuasa serta kekurangan bekalan ubat-ubatan.
Keadaan ini akan memberi lebih tekanan kepada hospital di Gaza yang kini beroperasi di luar kemampuan mereka.
Serangan udara Israel ragut nyawa orang kanan Hamas, keluarga
Media Hamas mengesahkan ketua pasukan keselamatan negara Jehad Mheisen dan ahli keluarganya terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza.
Sunak tekankan kepentingan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Perdana Menteri Britain Rishi Sunak memberitahu Presiden Israel Isaac Herzog bahawa adalah penting untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.
“Rakyat Palestin menjadi mangsa apa yang telah dilakukan oleh Hamas.
"Adalah penting untuk kami terus menyediakan akses kemanusiaan,” kata Sunak.
Komennya dibuat selepas ikrar sokongan penuh UK kepada Israel.
30 terkorban dalam serangan udara Israel ke atas Rafah
Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara Israel di beberapa bahagian Rafah pada pagi Khamis.
Menurut agensi berita rasmi Palestin WAFA, mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyataan berkata ia berterusan menyerang Semenanjung Gaza, menyasarkan ratusan struktur Hamas pada hari terakhir, termasuk kedudukan peluru berpandu antikereta kebal dan infrastruktur perisikan.
Tentera Israel balas tembakan antikereta kebal dari selatan Lubnan
Tentera Israel (IDF) berkata ia bertindak balas selepas tembakan antikereta kebal dari Lubnan menyasarkan kawasan di utara Israel.
IDF berkata ia mengesan dua pelancaran dari wilayah Lubnan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Raja Jordan dalam perjalanan ke Mesir
His Majesty King Abdullah II departs on a short visit to Cairo, during which His Majesty will meet with Egypt President Abdel Fattah El Sisi to discuss means of ending the Israeli aggression on Gaza#Jordan
— RHC (@RHCJO) October 19, 2023
Rusia hantar 27 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Rusia pada Khamis mengumumkan akan menghantar 27 tan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Semenanjung Gaza susulan konflik yang berlarutan di rantau itu.
"Bantuan itu disediakan atas arahan Presiden Vladimir Putin bagi pihak Kerajaan Persekutuan Rusia," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Situasi Kecemasan Rusia di Telegram.
BERITA PENUH DI SINI
Akibat kekurangan bekalan perubatan, doktor di Gaza guna cuka rawat jangkitan luka
Vinegar from the corner shop to treat pseuodomonas bacterial wound infections. Its come to that. pic.twitter.com/mEE4haHMyj
— Ghassan Abu Sitta (@GhassanAbuSitt1) October 19, 2023
Tokoh politik terkemuka Hamas maut dalam serangan udara Israel
Hamas mengesahkan kematian Jamila Abdallah Taha al-Shanti, seorang tokoh politik terkemuka dalam organisasi itu.
Jamila, 68, yang juga ahli Majlis Perundangan Palestin, meninggal dunia dalam serangan udara Israel pada awal pagi 19 Oktober.
3 rakyat Palestin maut ditembak di Tebing Barat
Tiga rakyat Palestin meninggal dunia selepas ditembak ketika pertempuran dengan tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki.
"Tiga rakyat mati syahid dalam serang balas pagi ini," kata kementerian kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Khamis.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mendakwa kebanyakan kecederaan yang dialami sepadan dengan luka disebabkan oleh peluru hidup.
Pertempuran dengan tentera Israel dilaporkan di Bethlehem, Tubas, Tulkarm, Ni'lin dan Qalqilya, kata pertubuhan itu lagi.
Jalan ke Lintasan Rafah rosak teruk dibom tentera Israel
Jalan-jalan menuju ke Lintasan Rafah dan sekitarnya telah dibom beberapa kali oleh Israel sejak konflik terbaharu bermula.
Kira-kira setengah jam yang lalu, Israel menyasarkan laluan menuju ke lintasan itu, menyebabkan kerosakan yang besar dan sukar dilalui.
Difahamkan keadaan ini akan menyukarkan kemasukan bantuan kemanusiaan apabila dan jika Lintasan Rafah dibuka semula.
Mesyuarat Sunak-Herzog bermula
Perdana Menteri Britain Rishi Sunak dan Presiden Israel Isaac Herzog sedang bermesyuarat di Baitulmaqdis, laporan media Israel.
Sunak kemudian dijadual bertemu Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan ahli keluarga mereka yang ditawan oleh Hamas.
306 askar mati, 203 orang awam ditawan Hamas - Tentera Israel
Tentera Israel mendakwa sekurang-kurangnya 306 askarnya terbunuh sejak serangan Hamas pada 7 Oktober.
Ia menambah bahawa 203 ahli keluarga terlibat telah dimaklumkan.
Empat bangunan kediaman di tengah Gaza musnah dibedil
Empat bangunan kediaman di kawasan al-Zahra di tengah Semenanjung Gaza musnah dibedil peluru berpandu tentera Israel, lapor agensi berita Wafa.
Menurut sumber, tentera Israel terlebih dahulu memaklumkan kepada penduduk 270 unit kediaman di situ agar berpindah sebelum membedilnya.
'Pepijat di Instagram sudah dibetulkan'
Meta statement on concerns about the visibility of Stories.
— Andy Stone (@andymstone) October 15, 2023
“We identified a bug impacting all Stories that re-shared Reels and Feed posts, meaning they weren’t showing up properly in people’s Stories tray, leading to significantly reduced reach. This bug affected accounts…
Pepijat punca gangguan kandungan pro-Palestin di Instagram - Meta
Pemilik Instagram, Meta berkata ia telah membetulkan pepijat di Instagram.
Ia selepas beberapa pengguna aplikasi itu menuduh platform media sosial tersebut menyekat kandungan pro-Palestin.
"Pepijat ini menjejaskan akaun secara sama rata di seluruh dunia - bukan sahaja pengguna yang cuba menyiarkan tentang apa yang berlaku di Israel dan Gaza - dan ia tidak ada kena mengena dengan subjek kandungan," kata Meta.
Meta sebelum ini meletakkan Hamas sebagai "organisasi berbahaya" dan melarang kandungan yang memuji kumpulan itu.
Laman web berita Mondoweiss mendakwa Instagram telah dua kali menggantung profil koresponden videonya.
Pengguna Instagram lain melaporkan siaran dan kisah mereka tentang penderitaan Palestin tidak mendapat tontonan.
Meta hadkan komen isu Israel, Palestin di Facebook
Pemilik Facebook, Meta Platforms memperkenalkan langkah sementara untuk mengehadkan "komen yang mungkin tidak wajar atau tidak diingini" pada hantaran tentang perang Israel-Hamas.
Meta berkata ia akan menukar tetapan asal untuk mereka yang boleh mengulas pada siaran Facebook baharu dan awam yang dibuat oleh pengguna "di rantau ini" kepada hanya rakan dan pengikut mereka.
Kenyataan itu dibuat Meta dalam catatan blog yang dikemas kini.
Jurucakap Meta bagaimanapun enggan menjelaskan cara syarikat itu mentakrifkan wilayah berkenaan.
Pengguna boleh memilih keluar dan menukar tetapan pada bila-bila masa, kata Meta.
Syarikat media sosial itu menambah ia akan melumpuhkan keupayaan untuk melihat satu atau dua komen pertama pada hantaran ketika menatal suapan Facebook.
Ketua Polis Israel ancam hantar penunjuk perasaan antiperang ke Gaza
Ketua Polis Israel, Kobi Shabtai berkata tiada toleransi kepada pemprotes yang menyokong Gaza di Israel.
Beliau turut mengancam untuk menghantar penunjuk perasaan antiperang ke wilayah Palestin yang terkepung.
"Sesiapa yang ingin menjadi warganegara Israel, dialu-alukan.
“Sesiapa yang ingin mengenali Gaza juga dialu-alukan.
"Saya akan masukkan dia ke dalam bas yang menuju ke sana sekarang,” kata Shabtai.
Komen Shabtai itu disiarkan dalam video di saluran TikTok polis Israel pada Selasa.
Israel nafi serang orang awam
Tentera Israel menegaskan ia langsung tidak berniat menyerang orang awam, dan jika ia berlaku, keadaan akan menjadi lebih parah.
"Banyak yang perlu dibongkar di sini. Pertama, saya ingin menegaskan bahawa kami tidak menyerang orang awam, kami tidak menyasarkan untuk menyerang orang awam, itu bukan tujuan operasi ketenteraan kami.
"Jika benar begitu, keadaan akan menjadi lebih teruk, dan ia tidak begitu kerana kami tidak secara sengaja menyerang orang awam," kata jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF) Jonathan Conricus kepada Sky News.
Lebih 40 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Lebih 40 rakyat Palestin terbunuh pagi ini (waktu tempatan) ketika pesawat pejuang Israel menyerang Semenanjung Gaza untuk hari ke-13, menurut saksi dan sumber perubatan.
Sembilan orang, termasuk tujuh kanak-kanak, terbunuh apabila jet mengebom sebuah rumah di Khan Younis, di selatan Kota Gaza, lapor agensi berita Wafa.
Lebih 30 rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza, kata saksi.
Pesawat pejuang Israel turut mengebom sebuah rumah di kawasan kejiranan Tal al-Sultan di Rafah.
Seorang bayi Palestin terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam serangan udara di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza, menurut saksi.
Seorang kanak-kanak turut terbunuh dalam serangan udara Israel di barat Khan Younis, kata sumber perubatan Palestin.
Rusia salur 27 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kementerian Luar Rusia berkata ia akan menyampaikan 27 tan bantuan kemanusiaan, kebanyakannya bekalan makanan, untuk mangsa yang terperangkap di Semenanjung Gaza.
Sebuah pesawat yang membawa barang-barang itu sedang dalam perjalanan ke Arish, sebuah bandar Mesir di utara Sinai yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rafah yang melintasi kawasan yang terkepung.
Bulan Sabit Merah Mesir kemudiannya dijangka memastikan bantuan itu disampaikan, tambah kementerian itu lagi.
Bantuan kemanusiaan Rusia ke Gaza
? Russia's EMERCOM to deliver 27 tonnes of humanitarian aid to the people of the Gaza Strip, mainly food supplies: flour, sugar, rice and pasta.
— MFA Russia ?? (@mfa_russia) October 19, 2023
The Il-76 transport aircraft is already en route to Arish in Egypt. The Egyptian Red Crescent will ensure the delivery of the aid. pic.twitter.com/Jy4SdiPWu6
PM British Sunak mendarat di Tel Aviv
Perdana Menteri Britain Rishi Sunak baru sahaja mendarat di Israel untuk memulakan lawatan.
Beliau dijadual membincangkan isu perang di Gaza dengan rakan sejawatannya Benjamin Netanyahu.
Penunjuk perasaan Yahudi serbu US Capitol
Beratus-ratus penunjuk perasaan Yahudi pro-Palestin menyerbu masuk ke dalam US Capitol dan menuntut gencatan senjata di antara Hamas dan Israel di Gaza.
"Sekumpulan penunjuk perasaan sedang berdemonstrasi di dalam Cannon Rotunda.
"Demonstrasi tidak dibenarkan di dalam Bangunan Kongres," kata Polis Capitol.
Jewish Voice for Peace berkata mereka bertanggungjawab menganjurkan protes itu dan mendakwa beberapa ahlinya telah ditahan.
Kumpulan itu berkata sekitar 350 orang berada di dalam bangunan itu.
Protes di Tunisia dan Maghribi
Protes besar-besaran diadakan di Tunisia dan Maghribi dengan penunjuk perasaan menyuarakan kemarahan susulan insiden letupan yang mengorbankan ratusan orang di sebuah hospital di Gaza.
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Parlimen di Rabat sambil melaungkan "Jahanam Amerika" dan menuntut Maghribi membatalkan keputusannya pada 2020 untuk menormalisasi hubungan dan mengeratkan hubungan keselamatan dengan Israel.
Di Tunis, penunjuk perasaan berkumpul di luar Kedutaan AS dan Perancis untuk mengutuk sokongan negara-negara tersebut terhadap Israel dan menuntut agar duta mereka dikeluarkan dari Tunisia.
Pemerhati berkata demonstrasi pada Rabu adalah antara yang terbesar sejak Arab Spring lebih sedekad lalu.
Mo Salah bersuara menentang 'keganasan, kekejaman yang menyayat hati'
— Mohamed Salah (@MoSalah) October 18, 2023
Malaysia boleh gerakkan Al-Aqsa Summit seperti KL Summit bantu Palestin - Aktivis
Sumbangan, demonstrasi rakyat Malaysia, kekuatan rakyat Palestin
Biden Berjaya atur Lintasan Sempadan Gaza untuk Bantuan Kemanusiaan
Dana kemanusiaan Palestin perlu diurus dengan cekap - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada semua pihak terutama badan sukarelawan kemanusiaan yang mengumpul dana bagi rakyat Palestin agar tidak mengambil kesempatan atas kesengsaraan rakyat Palestin ketika ini.
Tegas Anwar, setiap wang dana yang disalurkan perlu diurus dengan bertanggungjawab dan cekap agar dapat disampaikan kepada mangsa di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Tunjuk perasaan di Kedutaan AS di Lubnan
مواجهات عنيفة بين المتظاهرين والعناصر الأمنية في محيط السفارة الأمريكية في #لبنان#حرب_غزة #الأخبار pic.twitter.com/yQf6Hzv5rk
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) October 19, 2023
China mahu bekerjasama dengan Mesir, bawa ‘kestabilan’ – Xi
Presiden China Xi Jinping memberitahu Perdana Menteri Mesir Mostafa Madbouly bahawa Beijing mahu bekerjasama dengan Mesir untuk membawa "kestabilan" ke rantau Timur Tengah, menurut laporan dari media negara China.
"China mahu meningkatkan kerjasama dengan Mesir untuk memberikan kepastian dan kestabilan ke rantau ini dan dunia," kata Xi pada mesyuarat di Beijing pada Khamis, lapor CCTV China.
Madbouly merupakan antara wakil 130 negara yang melawat Beijing untuk forum Belt and Road China minggu ini.
Letupan gegar kem Nur Shams di Tebing Barat
انفجار يهز مخيم نور شمس مع تواصل عمليات انتشار قوات الاحتلال في العديد من الأحياء #حرب_غزة #فيديو pic.twitter.com/7XoxLVqohK
— الجزيرة فلسطين (@AJA_Palestine) October 19, 2023
Amerika Syarikat veto resolusi UNSC mengenai gencatan kemanusiaan di Gaza
Malaysia guna segala usaha diplomatik halang pembunuhan orang awam di Gaza - PM Anwar
Malaysia akan menggunakan segala usaha diplomatik dalam bekerjasama dengan rakan negara ini bagi menghalang pembunuhan beramai-ramai orang awam di Gaza dan tidak seharusnya ada keraguan terhadap komitmen negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-undang ASEAN (ALA) ke-14 2023 di sini hari ini, Anwar berkata Malaysia percaya dalam menegakkan undang-undang antarabangsa serta keselamatan dan kemakmuran adalah berdasarkan keutamaan peraturan yang mengawal interaksi antara negara.
BERITA PENUH DI SINI
OIC gesa henti segera serangan kejam Israel ke atas penduduk Palestin
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Rabu menggesa serangan kejam Israel terhadap penduduk Palestin dihentikan segera.
Dalam kenyataan akhir yang dikeluarkan selepas mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC di peringkat menteri luar, blok itu menggesa kepungan Israel ke atas Semenanjung Gaza ditarik balik.
BERITA PENUH DI SINI
Malaysia boleh gerakkan Sidang Kemuncak Al-Aqsa bantu Palestin - Aktivis
Malaysia perlu lebih agresif untuk membantu rakyat Palestin ketika skala pengeboman Rejim Zionis Israel di bumi Gaza semakin besar dan tidak pernah dilihat sebelum ini.
Menurut aktivis Palestin, Nadir Al-Nuri, ahli keluarga dan rakannya yang berada di Gaza menyuarakan kebimbangan mengenai sumbangan yang diterima daripada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) masih berada pada tahap minima.
BERITA PENUH DI SINI
Nice gantung Youcef Atal kerana ulasan Gaza
KELAB Perancis, Nice, menggantung pertahanannya, Youcef Atal, selepas pemain Algeria itu didakwa menyiarkan video di media sosial berkaitan konflik di Israel dan Gaza.
Pihak Ligue 1 berkata Atal, 27, telah memadamkan ulasan itu dan memohon maaf dengan pejabat pendakwa raya Nice dan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) bercadang untuk menyiasatnya.
BERITA PENUH DI SINI
Amerika Syarikat hanya meminta pujian - Aktivis Palestin
Amerika Syarikat (AS) melakukan perkara paling minimum yang boleh dilakukan apabila membenarkan laluan dibuka di Rafah dan menyumbang 20 trak bantuan kemanusiaan untuk memasuki Gaza.
Aktivis Palestin, Nadir Al-Nuri berkata, tindakan Presiden Joe Biden itu boleh diibaratkan seperti 'meminta pujian' dan hanya menyokong sekutu rapatnya Zionis Israel.
BERITA PENUH DI SINI
Jenayah rejim Zionis tidak boleh dimaafkan - NGO
Tindakan rejim Zionis membedil salah sebuah hospital di Gaza merupakan satu jenayah besar yang tidak boleh dimaafkan.
Pengerusi Serantau Muslim, Mohd Hakim Mohd Nor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu yang disifatkan melanggar hak asasi manusia dalam mendapatkan bantuan perubatan.
“Tindakan rejim Zionis itu jenayah perang biadab, tidak boleh dimaafkan dan melanggar norma kemanusiaan.
BERITA PENUH DI SINI.
Bantuan AS ke Gaza sedikit dan lambat - Penganalisis
Bantuan kemanusiaan sebanyak 20 trak yang dikatakan Amerika Syarikat (AS) dibenarkan memasuki Gaza di bawah perjanjian dengan Mesir dan Israel, adalah terlalu sedikit dan terlambat.
Kritikan itu dilontarkan penganalisis politik kanan Al-Jazeera, Marwan Bishara, pada Rabu.
Tegasnya, jika presiden negara kuasa besar dunia itu melakukan perjalanan selama 13 jam dengan Air Force One untuk memberikan pelukan kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kemudian dengan hanya 20 trak kepada 2.3 juta rakyat Palestin, ia adalah satu perbuatan yang sia-sia.
BERITA PENUH DI SINI.
20 trak bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden memaklumkan bahawa Presiden Mesir telah bersetuju untuk membuka laluan sempadan Gaza bagi membolehkan 20 trak dengan bekalan bantuan kemanusiaan menyeberang laluan berkenaan.
Biden memberitahu pemberita bahawa dia bercakap melalui telefon dengan Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sissi yang bersetuju untuk membuka semula laluan sempadan negaranya yang tertutup.
BERITA PENUH DI SINI.
PM UK ke Israel esok untuk bertemu Netanyahu dan Herzog
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak akan tiba di Israel esok untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Presiden Israel, Isaac Herzog.
Kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya berkata, Sunak akan menyampaikan ucapan duka beliau atas kerugian nyawa di Israel dan Gaza, serta membincangkan tindakan selanjutnya yang perlu diambil dalam menangani krisis di rantau tersebut.
BERITA PENUH DI SINI
Mohamed Salah gesa bantuan dibenarkan masuk ke Gaza
Pemain bola sepak ternama dunia, Mohamed Salah menggesa komuniti antarabangsa untuk membantu membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.
Dalam sebuah video yang diposkan di platform X, penyerang bola sepak Liverpool yang berasal dari Mesir itu berkata, "bantuan kemanusiaan ke Gaza mesti dibenarkan dengan segera" ke wilayah Palestin itu.
BERITA PENUH DI SINI
Perang Palestin-Israel: Turki isytihar berkabung tiga hari, hormati syuhada di Gaza
Turki mengisytiharkan berkabung peringkat nasional selama tiga hari sebagai penghormatan kepada mereka yang terkorban dalam serangan di Gaza.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan perkabungan itu, pada Rabu.
Menurut Erdogan, perkabungan nasional selama tiga hari telah diisytiharkan sebagai keperluan untuk menghormati ribuan syuhada yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan orang awam yang tidak bersalah.
BERITA PENUH DI SINI.
Perang Palestin-Israel: Konflik di Timur Tengah meruntun hati Raja Charles
Raja Charles dari England merayu agar seluruh masyarakat dunia agar saling bertoleransi dan menghormati dalam aspek beragama ketika konflik semakin berterusan di Israel dan Palestin.
Dalam ucapan di Mansion House, London pada Rabu, baginda bertitah mengenai "kehilangan nyawa yang meruntun hati".
BERITA PENUH DI SINI.
Majlis Keselamatan PBB gagal luluskan resolusi gencatan kemanusiaan di Gaza
Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam Majlis Keselamatan badan itu, yang gagal meluluskan resolusi berkaitan gencatan kemanusiaan.
Desakan bagi gencatan itu bertujuan membolehkan bantuan dihantar ke penduduk awam di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
AS veto resolusi UNSC mengenai gencatan kemanusiaan di Gaza
Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang mendesak serangan di Semenanjung Gaza dihentikan, bagi membenarkan akses bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.
Selesai sesi undian, duta AS ke badan dunia itu, Linda Thomas Greenfield memberi alasan Washington kini dalam proses melaksanakan usaha diplomasi dan majlis keselamatan sewajarnya membiarkan usaha itu membuahkan hasil.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel perlu diusir dari PBB - Mukhriz
Israel merupakan negara yang tidak sepatutnya berada di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika mereka terus melakukan kezaliman terhadap Palestin.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kemusnahan yang sedang berlaku di Gaza seperti tidak diendahkan rejim Zionis itu sejak sekian lama.
BERITA PENUH DI SINI
Aspek psikososial kanak-kanak Palestin antara bantuan utama ditumpukan - MERCY Malaysia
Aspek pembangunan psikososial kanak-kanak yang terkesan akibat kezaliman dan serangan rejim Zionis merupakan keutamaan yang diberikan dalam fasa pasca perang.
Panel Penasihat Khas MERCY Malaysia, Norazam Abu Samah berkata pelbagai program dijalankan dengan pasukan Malaysia dihantar masuk ke sekolah-sekolah di Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Kezaliman Israel antara agenda utama Sidang Kemuncak ASEAN-GCC
Kezaliman Israel terhadap Palestin merupakan antara agenda utama yang akan dibincang oleh para pemimpin pada Sidang Kemuncak Pertama ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh, pada Jumaat.
Perbincangan itu selaras dengan pendirian tegas Malaysia dan kelantangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperjuang nasib penduduk Palestin sejak Israel berterusan menzalimi mereka termasuk melancarkan serangan serta krisis terbaru di Semenanjung Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Negara Islam perlu bersatu, tegas bela dan pertahan Palestin - Ismail Sabri
Negara Islam perlu bersatu dan mengambil tindakan lebih tegas dalam membela serta mempertahankan rakyat Palestin yang sedang dibunuh secara beramai-ramai susulan pengeboman Hospital Al-Ahli Al-Arabi di Gaza yang mengorbankan lebih 500 orang.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata seluruh dunia juga perlu mengambil tindakan tegas atas perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim apartheid Zionis yang harus dihentikan segera bagi mengelakkan tragedi lebih buruk dalam sejarah dunia.
BERITA PENUH DI SINI
JUST commends PM Anwar's stand on Hamas and Gaza
THE International Movement for a Just World (JUST) commends Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim for his courageous and principled stand on the evolving Gaza Crisis. His stand shows that he will not yield to pressure from any quarter on the Gaza Crisis which involves fundamental moral issues.
It must be acknowledged that Hamas is a democratically elected liberation movement which has the support of the majority of Palestinians as proven in the 2006 general election. That election was certified as a free and fair election by various international observer missions including those from Europe and the United States of America. It is such a shame that the US government and various other European governments refused to recognise the validity of the election result and even chose to punish Hamas and the Palestinian people for exercising their democratic right.
FULL ARTICLE
Muktamar: Pas batal jemputan kepada kedutaan sokong Israel
Pas membatalkan jemputan kepada beberapa kedutaan bagi negara yang secara terbuka menyokong tindakan regim Zionis terhadap Palestin untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas kali ke-69.
BERITA PENUH DI SINI
OIC kutuk sekeras-kerasnya 'jenayah perang' Israel ke atas hospital di Gaza
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Hospital Al-Ahli Baptist di tengah Gaza dan menyifatkan tindakan itu sebagai "keganasan terancang" dan " jenayah perang."
BERITA PENUH DI SINI
Biden tiba di Tel Aviv, adakan pertemuan dengan Netanyahu
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tiba di Tel Aviv pada Rabu bagi mengadakan pertemuan dengan pimpinan Israel sempena lawatan beliau ke Asia Barat.
BERITA PENUH DI SINI
Isu Palestin tekankan keperluan mendesak solidariti global - Sultan Kedah
Isu di Palestin menekankan keperluan mendesak untuk solidariti global, belas kasihan dan perkongsian sumber, titah Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Baginda bertitah dalam hal ini, prinsip zakat dan wakaf ialah asas dalam membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja di Palestin, malah di seluruh dunia.
BERITA PENUH DI SINI
Maldives, Pakistan kutuk serangan ke atas hospital di Gaza
Maldives dan Pakistan pada Rabu mengutuk serangan Israel ke atas hospital di Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 500 orang.
Kerajaan Maldives dalam satu kenyataan berkata serangan ke atas hospital dan infrastruktur awam, dengan menyasarkan orang awam satu tindakan yang langsung tidak boleh diterima dan jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
BERITA PENUH DI SINI
Raja Jordan sifatkan pengeboman hospital di Gaza sebagai "jenayah perang paling hina"
Raja Jordan Raja Abdullah mengecam insiden pembunuhan kejam orang awam yang tidak bersalah, termasuk pesakit yang sedang menerima rawatan.
Baginda bertitah perbuatan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia jenayah perang yang amat kejam dan Israel perlu segera menamatkan pencerobohan ke atas Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Negara Arab kutuk pengeboman hospital di Gaza
Negara-negara Arab mengecam tindakan Israel mengebom Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza pada Selasa.
Arab Saudi, Qatar, Oman, Mesir, Algeria, Lubnan dan Libya dalam kenyataan rasmi mengutuk serangan itu yang telah meragut ratusan nyawa.
BERITA PENUH DI SINI
Rusia sifatkan serangan Israel ke atas hospital di Gaza jenayah perang
Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia Dmitry Medvedev menyifatkan serangan Israel ke atas Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza sebagai "jenayah perang.
BERITA PENUH DI SINI
Perkongsian Siti Nurhaliza mengenai Palestin mula disekat
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza antara selebriti tempatan yang terawal dan banyak berkongsi mengenai Palestin di media sosial.
Bagaimanapun Siti Nurhaliza menerusi Instastory miliknya memaklumkan beberapa perkongsian yang dimuat naik sebelum ini melibatkan kesengsaraan rakyat Palestin sudah mula disekat.
BERITA PENUH DI SINI
Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar susulan serangan hospital di Gaza
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu bagi membincangkan serangan ke atas Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI
Pemimpin dunia kutuk pengeboman hospital di Gaza
Dunia bertindak balas terhadap serangan rejim zionis Israel ke atas hospital Al-Ahli al-Arabi di Gaza yang mengorbankan 500 nyawa rakyat Palestin.
Beberapa pemimpin dunia termasuk Malaysia mengutuk dan mengecam perbuatan tidak berperikemanusiaan Israel itu sebagai jenayah perang yang kejam.
BERITA PENUH DI SINI
Tindakan pengeboman hospital Gaza adalah 'gila', tiada perikemanusiaan - Anwar
Tindakan pengeboman Hospital Al-Ahli al-Arab di Utara Gaza, sehingga menyebabkan 500 kematian termasuk wanita dan kanak-kanak, sudah sampai ke tahap gila, dan tidak berperikemanusiaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu, dan menggesa agar serangan perlu dihentikan serta-merta.
BERITA PENUH DI SINI.
Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada US
Kerajaan dan rakyat Malaysia yang waras tidak mungkin sama sekali akan meluahkan rasa simpati terhadap Israel, kata Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Mohamed Nazri berkata demikian ketika dihubungi pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menyatakan rasa kurang senang Washington terhadap beberapa kenyataan keras Malaysia terhadap Israel.
BERITA PENUH DI SINI.
Serangan di hospital tidak berperikemanusiaan - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengutuk serangan ke atas Hospital Al-Ahli al-Arabi di utara Semenanjung Gaza dan menyifatkannya insiden paling berdarah sejak Israel melancarkan serangan balas dalam perang dengan Palestin ini.
Menurut Pengarah WHO Wilayah Mediterranean Timur, Ahmed Al-Mandhari, hospital dan rumah sakit tidak sepatutnya menjadi sasaran serangan kerana ia jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Beliau turut menegaskan serangan ke atas hospital berkenaan telah menyebabkan ratusan terkorban dan cedera.
BERITA PENUH DI SINI.
EU kecam serangan Israel ke atas infrastruktur awam
Presiden Suruhanjaya Eropah, Charles Michel sifatkan serangan ke atas infrastruktur awam sebagai pencabulan jelas ke atas undang-undang antarabangsa.
Kenyataan ini dibuat ketika sidang tergempar suruhanjaya itu, bagi membincangkan situasi di Gaza.
BERITA PENUH DI SINI.
Jordan batalkan sidang kemuncak bersama Biden, Sisi dan Abbas
Jordan membatalkan sidang kemuncak empat negara di Amman pada Rabu yang diadakan untuk membincangankan kesan "berbahaya" perang di Gaza, kata Menteri Luar Ayman Safadi.
Sidang kemuncak berkenaan dijangka dihadiri Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah al Sisi dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
BERITA PENUH DI SINI.
Biden marah, sedih pengeboman hospital di Gaza
I am outraged and deeply saddened by the explosion at the Al Ahli Arab hospital in Gaza, and the terrible loss of life that resulted. Immediately upon hearing this news, I spoke with King Abdullah II of Jordan, and Prime Minister Netanyahu of Israel and have directed my national…
— President Biden (@POTUS) October 17, 2023
Ratusan terkorban dalam serangan ke atas hospital di Gaza
Ratusan rakyat Palestin maut dalam serangan udara tentera rejim Zionis Israel ke atas sebuah hospital di Gaza, menurut Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza.
Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh berkata, Amerika Syarikat (AS) merupakan dalang sebenar di sebalik serangan ke atas Hospital Al-Ahli al- Arabi pada Selasa.
Beliau menegaskan, ini kerana, Washington telah melindungi Israel "meneruskan pencerobohan".
BERITA PENUH DI SINI.
Penduduk Gaza cari mayat, mangsa terselamat di kem pelarian Jabalia
Penduduk Gaza di kem pelarian Jabalia bergegas ke tapak di mana serangan udara Israel ke atas sebuah bangunan pada Selasa untuk mencari mangsa yang terselamat.
Memetik Reuters, banyak mayat dan mangsa yang cedera dilihat di bawa menggunakan pengusung, ketika Israel memperhebatkan serangan ke atas wilayah itu.
BERITA PENUH DI SINI.
Tindakan Zionis melampaui hak mempertahankan diri - Presiden MAPIM
Gaza dalam keadaan nazak - Presiden MAPIM
Pantau Agenda Reformasi: Perang Palestin-Israel | Peranan Malaysia dan OIC
Amnesty, HRW siasat dakwaan Israel guna fosforus putih di Gaza, Lubnan
Israel dituduh menggunakan fosforus putih dalam operasi ketenteraannya di Gaza dan Lubnan, sekali gus meletakkan orang awam dalam risiko yang serius.
Kumpulan hak asasi manusia Amnesty dan Human Rights Watch berkata mereka sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.
Lubnan desak Israel henti provokasi di sempadan
Menteri Luar Lubnan berkata Israel perlu menghentikan provokasi di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.
Bou Habib berkata tindakan Israel itu ibarat mencurah minyak ke atas api.
“Kami bukan penyokong perang. Kami mahu kedamaian di rantau ini,” katanya pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Turki Hakan Fidan.
Beberapa orang cedera dalam serangan Israel ke atas bandar sempadan Lubnan
Beberapa orang cedera selepas Israel membedil bandar sempadan Lubnan pada Selasa, kata agensi berita kerajaan Lubnan, NNA.
Kediaman di al-Duheira dibom dan suar dibakar ke atas Ras al-Naqoura, kata NNA.
Tambahnya, serangan Israel ke atas kawasan di sepanjang Garis Biru (garis persempadanan antara Lubnan, Israel dan Bukit Golan) di bahagian barat negara itu berterusan menyasarkan orang awam.
Pada Isnin, dua rumah di al-Duheira rosak teruk dan terbakar akibat tembakan, kata agensi itu.
Rakyat Palestin di Gaza digesa derma darah
Kementerian kesihatan Palestin di Gaza menggesa orang ramai di wilayah itu untuk menderma darah di hospital dan cawangan bank darah.
Minggu lalu, kementerian itu berkata bekalan darah semakin berkurangan di kawasan berkenaan susulan serangan berterusan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.
Serangan udara Israel telah membunuh hampir 3,000 orang dan mencederakan lebih 10,000, lapor kementerian pada awal Selasa.
Israel berikrar untuk menghapuskan Hamas sebagai tindak balas terhadap serangan pada 7 Oktober yang mengorbankan 1,400 orang.
61 terkorban di Tebing Barat sejak serangan 7 Okt
Sekurang-kurangnya 61 orang terbunuh dalam serangan tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki sejak 7 Oktober.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin pada Selasa, jumlah korban termasuk dua kematian baru-baru ini iaitu mangsa berusia 17 tahun di Hebron dan mangsa berusia 72 tahun di Nablus.
Awal Selasa, kementerian kesihatan di Gaza berkata sekurang-kurangnya 2,778 terbunuh dan 9,938 lagi cedera dalam serangan udara Israel sejak 10 hari lalu.
16 wartawan disahkan meninggal dunia
Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) berkata sekurang-kurangnya 15 petugas media telah terbunuh sejak perang bermula pada 7 Oktober.
Ini termasuk 11 warga Palestin, tiga warga Israel, dan seorang warga Lubnan.
Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di utara Semenanjung Gaza pada awal pagi, menjadikan angka kematian kepada 16 orang.
Lapan wartawan dilaporkan cedera dan tiga wartawan dilaporkan hilang atau ditahan, menurut CPJ yang berpangkalan di New York.
Fasa berikutnya mungkin bukan serangan darat - Tentera Israel
Jurucakap tentera Israel berkata pihaknya sedang bersiap sedia untuk fasa perang seterusnya.
Walau bagaimanapun, menurutnya, ia mungkin bukan serangan darat seperti mana dijangka ke atas Gaza.
“Kami sedang bersiap untuk peringkat perang seterusnya. Kami belum umumkan apa yang akan terjadi.
"Semua orang bercakap tentang serangan darat. Ia mungkin sesuatu yang berbeza,” kata Richard Hecht pada taklimat tetap bersama wartawan.
Tentera Israel bertindak balas terhadap tembakan antikereta kebal dari Lubnan
Tentera Israel berkata ia membedil sasaran di selatan Lubnan sebagai tindak balas terhadap tembakan antikereta kebal yang menyasarkan Metula, sebuah bandar di sepanjang sempadan.
Terdahulu, pihak tentera juga berkata ia telah membunuh empat pejuang ketika mereka cuba menembusi pagar dari Lubnan.
'Tiada pelarian di Jordan, Mesir' - Raja Jordan
Raja Jordan Raja Abdullah II beri amaran bahawa pemindahan penduduk Palestin ke Jordan dan Mesir adalah "garisan merah," dan berkata tidak akan ada pelarian di Jordan dan Mesir.
Bercakap pada sidang media bersama Canselor Jerman Olaf Scholz di Berlin, Raja Abdullah II memberi amaran terhadap sebarang penghijrahan paksa.
“Itu adalah 'garis merah', kerana saya fikir, itu adalah rancangan oleh sesetengah pihak untuk mencuba dan mencipta isu de facto di lapangan.
“Tiada pelarian di Jordan, tiada pelarian di Mesir.
"Ini adalah situasi kemanusiaan yang perlu ditangani di dalam Gaza dan Tebing Barat, dan bukan cuba menolak isu Palestin dan masa depan mereka ke bahu orang lain," kata Raja Abdullah II.
Beliau menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap jumlah korban yang banyak melibatkan rakyat Palestin dan Israel, juga situasi kemanusiaan yang dahsyat di Gaza yang disifatkannya sebagai "tidak boleh diterima", baik dari segi undang-undang atau kemanusiaan.
“Tahun ini adalah yang paling berdarah bagi rakyat Palestin dan Israel, dan ia akan menjadi lebih teruk melainkan kita hentikan perang ini dan malapetaka kemanusiaan yang ditimbulkannya,” kata Raja Abdullah II.
Presiden AS Joe Biden akan bertemu dengan Raja Abdullah II di Jordan akhir minggu ini ketika lawatannya ke Timur Tengah.
Biden dijadualkan tiba di Israel pada Rabu.
Korban di Gaza meningkat kepada 2,808
Jumlah mangsa yang terkorban dan cedera setakat ini:
Gaza
Terbunuh: 2,808
Cedera: 10,859
Tebing Barat yang diduduki
Terbunuh: 57
Cedera: 1,200
Israel
Terbunuh: 1,400
Cedera: 3,500
Krisis air memuncak di Gaza selepas penutupan loji penyahgaraman - Agensi PBB
Dengan penutupan loji penyahgaraman terakhir yang berfungsi di Gaza, krisis air di wilayah bergolak itu kian memuncak.
Menurut agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Gaza (UNRWA), risiko kematian dilihat semakin meningkat.
“Dehidrasi dan penyakit bawaan air makin meruncing, memandangkan tiada lagi penyulingan air dan perkhidmatan sanitasi.
"Ini termasuk penutupan loji penyahgaraman air laut terakhir di Gaza baru-baru ini," kata UNRWA dalam satu kenyataan Selasa.
Pada Isnin, satu saluran air dibuka selama tiga jam di selatan Semenanjung Gaza, menyediakan bekalan air yang terhad kepada hanya separuh penduduk Khan Younis.
“Ini tidak menyelesaikan keperluan air yang mendesak di bahagian lain di Khan Younis, Kawasan Tengah, dan Rafah.
"Hanya 14 peratus daripada penduduk di Semenanjung mendapat manfaat daripada pembukaan saluran air selama tiga jam itu," kata UNRWA.
UNRWA menambah bahawa Gaza memerlukan 600,000 liter bahan api setiap hari untuk mengendalikan loji air dan penyahgaraman.
Rizab bahan api di semua hospital Gaza berada di tahap kritikal, katanya, dan menambah bahawa bekalan berbaki hanya 24 jam sahaja lagi.
Kegagalan penjana kuasa sokongan akan membahayakan beribu-ribu nyawa pesakit.
Israel harus dibicarakan atas jenayah terhadap rakyat Palestin - Khamenei
Pemimpin Tertinggi Iran Ali Hosseini Khamenei menggesa pegawai Israel bertanggungjawab atas tindakan mereka terhadap rakyat Palestin, sambil menyeru agar pengeboman Israel di Gaza dihentikan.
“Pegawai rejim Zionis harus dibicarakan atas jenayah mereka terhadap rakyat Palestin di Gaza.
"'Pengeboman ke atas Gaza mesti dihentikan serta-merta,” kata Khamenei.
Kenyataan itu dibuat menjelang lawatan Presiden AS Biden ke Israel pada Rabu.
Perintah pengosongan oleh Israel 'langgar undang-undang antarabangsa' - PBB
Pejabat hak asasi manusia PBB berkata sekatan penuh oleh Israel ke atas Gaza dan arahan pengosongannya "tidak boleh dianggap sebagai pemindahan sementara yang sah dan oleh itu menjadi pemindahan orang awam secara paksa yang melanggar undang-undang antarabangsa".
Lebih 700 rakyat Palestin ditahan di Tebing Barat
Tentera Israel dilapor menyerbu sebuah sekolah di utara Hebron di Tebing Barat yang diduduki dan menahan lebih 50 rakyat Palestin.
Sekolah itu melindungi kumpulan pekerja Palestin dari Gaza yang tidak dapat pulang ke rumah sejak Israel menutup sempadan berikutan serangan Hamas.
Keluarga mangsa yang ditahan kini berkumpul di luar pejabat Palang Merah Antarabangsa di Ramallah untuk mengadakan protes duduk.
Protes itu turut disertai pekerja ambulans sebagai menzahirkan solidariti.
Jumlah tangkapan oleh tentera Israel di Tebing Barat meningkat tiga kali ganda kepada lebih 700 sejak 7 Oktober lalu.
Konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza mula bergerak
UNSC tolak draf resolusi koridor kemanusiaan Palestin
Israel himpun kereta kebal di sempadan Gaza
Lagi wartawan Palestin terbunuh dalam pengeboman Israel
Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah bangunan kediaman di utara Gaza.
Sumber memberitahu Anadolu bahawa wartawan Mohammad Balousha, yang bertugas untuk laman web berita tempatan “Palestine Today,” terbunuh dalam serangan udara Israel di kawasan kejiranan Al-Saftawi di utara Gaza.
Serangan udara itu menyebabkan ramai yang lain cedera, menurut saksi.
Pada Ahad, 11 wartawan Palestin dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza, selain 20 yang lain cedera.
Kematian Mohammad Balousha menjadikan jumlah keseluruhan wartawan Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis seramai 12 orang.
11,000 cedera di Gaza, separuh adalah wanita dan kanak-kanak - WHO
Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata daripada 11,000 orang yang cedera di Gaza, separuh adalah wanita dan kanak-kanak.
Organisasi itu berkata terdapat 115 serangan ke atas kemudahan kesihatan di Gaza dan mereka perlu bersedia untuk pencegahan wabak penyakit.
Lebih 2,800 orang terbunuh akibat serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu.
IKIM tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengambil keputusan menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadual berlangsung di Frankfurt, Jerman.
Ketua Pengarahnya, Profesor Madya Datuk Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, keputusan itu diambil susulan tindakan penganjur yang menunjukkan sokongan secara terbuka dan sikap pro-Israel.
BERITA PENUH DI SINI
Status Gaza selepas perang adalah 'isu global' - Tentera Israel
Status Semenanjung Gaza selepas serangan darat yang dirancang Israel ke atas wilayah Palestin akan menjadi "isu global" untuk dibincangkan oleh ahli politik Israel dan negara lain, kata jurucakap tertinggi tentera Israel.
"Kami ada pelbagai kemungkinan akhirnya," kata Daniel Hagari kepada media ketika menjawab soalan mengenai sama ada tentera Israel merancang untuk tinggal dan mentadbir Gaza selepas pencerobohan daratnya.
"Kabinet juga sedang membincangkan bagaimana jadinya... ini juga isu global, bagaimana situasi di rantau ini," katanya.
17 pekerja PBB terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza
Sekurang-kurangnya 17 kakitangan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Gaza (UNRWA) terbunuh dalam serangan udara Israel sejak 7 Oktober, kata agensi itu dalam satu kenyataan Selasa.
UNRWA berkata bahawa serangan udara Israel berterusan di Khan Younis dan kawasan selatan wilayah itu.
Dianggarkan 1 juta orang telah kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza, dengan hampir 400,000 mencari perlindungan di kemudahan UNRWA, kata agensi itu.
Difahamkan masih ada sejumlah kecil penduduk yang kekal berada di sekolah UNRWA di utara walaupun selepas diarah IDF untuk berpindah, kata agensi itu lagi.
UNRWA juga berkata ia tidak lagi dapat membantu atau melindungi mereka yang berada di kawasan itu.
'Gaza hadapi krisis kemanusiaan yang tiada bandingannya'
Gaza memerlukan bantuan antarabangsa segera kerana ia menghadapi "krisis kemanusiaan yang tiada bandingannya," menurut ketua pejabat media kerajaan yang dikawal Hamas.
“Magnitud kematian, kecederaan, kemusnahan unit kediaman, infrastruktur, kemudahan awam, dan kerugian ekonomi telah menimbulkan krisis kemanusiaan yang tiada tandingan di Gaza, tidak seperti apa yang dilihat dalam pencerobohan sebelum ini,” kata Salama Marouf dalam satu kenyataan Selasa.
Apabila keadaan kemanusiaan semakin teruk, "terdapat kemerosotan yang ketara dalam respons antarabangsa," kata Salama lagi.
Tindakan tegas "diperlukan segera" daripada masyarakat antarabangsa untuk menghentikan apa yang disebutnya sebagai kempen "pembersihan etnik yang dilakukan terhadap rakyat Palestin."
Biden dijadual ke Israel pada Rabu
Zambry bincang situasi di Palestin dengan rakan sejawat dari Iran, Palestin
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatannya di Iran dan Palestin berhubung situasi kritikal di Palestin, di tengah-tengah serangan udara Israel ke atas wilayah Palestin.
Semasa perbualannya dengan Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian, Zambry berkata kedua-dua mereka berazam dalam mencari jalan untuk menangani konflik Israel-Palestin, terutamanya situasi kemanusiaan melibatkan warga Palestin yang tidak bersalah.
BERITA PENUH DI SINI
28 maut dalam serangan udara Israel ke atas Rafah
Serangan udara Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang awam di Rafah, awal Selasa.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Palestin, serangan udara juga membunuh dan mencederakan orang awam di Khan Yunis, tetapi tidak memberikan jumlah yang tepat.
Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada mereka melancarkan serangan di kawasan tersebut.
Colombia usir duta Israel
Kementerian Luar Colombia pada Isnin menuntut duta Israel "meminta maaf dan keluar" selepas beliau mengkritik Presiden Gustavo Petro kerana kenyataannya mengenai konflik Israel-Palestin, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Petro telah berkongsi beberapa hantaran mengkritik rejim Israel di media sosial sejak konflik bermula pada 7 Oktober.
BERITA PENUH DI SINI
Israel tidak akan berhenti sehingga tentera dan kerajaan Hamas musnah - Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberitahu Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin bahawa Israel tidak akan berhenti sehingga ia memusnahkan keupayaan ketenteraan dan kerajaan Hamas.
“Perdana Menteri menjelaskan bahawa Israel telah diserang oleh pembunuh yang keji dan kejam, berperang dengan penuh tekad dan bersatu, dan tidak akan berhenti sehingga ia memusnahkan keupayaan tentera dan kerajaan Hamas,” menurut kenyataan dari pejabat perdana menteri.
71 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Gaza
Angka kematian akibat serangan udara Israel di selatan Semenanjung Gaza malam tadi meningkat kepada 71, menurut Al Jazeera Arabic.
Ramai daripada mereka yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak.
Sumber perubatan berkata ratusan yang lain cedera semasa pengeboman di Rafah dan Khan Younis.
Jepun beri bantuan AS$10 juta kepada orang awam Gaza
Jepun akan menyalurkan bantuan sebanyak AS$10 juta untuk orang awam di Gaza, kata Menteri Luar Yoko Kamikawa.
Beliau juga memaklumkan rakan sejawatannya dari Israel bahawa Tokyo berharap keadaan di Israel dan wilayah Palestin akan reda secepat mungkin.
Rafah dibuka: MyCARE sedia hantar pasukan perubatan ke Gaza
MyCARE yang sedang meneliti dan mengikuti perkembangan mengenai pembukaan lintasan sempadan Rafah di Mesir secara dekat, bersedia menghantar pasukan perubatan ke Semenanjung Gaza, sekiranya laluan itu dibuka.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar berkata ini adalah selari dengan permintaan Dr Ashraf Alqudra, jurucakap Menteri Kesihatan di Gaza, baru-baru ini.
BERITA PENUH DI SINI
Hamas tayang video wanita Perancis-Israel yang didakwa ditawan
Pasukan Hamas menayangkan rakaman video seorang wanita Perancis-Israel yang didakwa ditawan mereka di Semenanjung Gaza.
Dalam video tersebut, Mia Schem yang berusia 21 tahun dari Shoham, Israel mendakwa, dia mengalami kecederaan lengan dan dibawa ke Gaza.
BERITA PENUH