[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
INTERNATIONAL

Lawatan Setiausaha Negara AS disambut perarakan tunjuk perasaan

Astro Awani 06/10/2019 | 00:56 MYT
Penunjuk perasaan dari kesatuan buruh yang disokong komunis PAME bertempur dengan polis ketika mengadakan protes menentang lawatan Mike Pompeo ke Greece, di Athens, 5 Okt, 2019. REUTERS
Lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo ke Greece mengundang bantahan besar-besaran oleh penduduk.
Lebih 5,000 penunjuk perasaan berarak ke kedutaan Amerika di Athens pada Sabtu sebagai protes terhadap lawatan itu.
Beberapa penunjuk perasaan turut bertindak melemparkan cat merah ke arah Patung Presiden Amerika yang ke-33, Harry S Truman.
Mike Pompeo menyampaikan ucapan di Pusat Kebudayaan Yayasan Stavros Niarchos di Athens, 5 Okt, 2019. REUTERS
Protes berkenaan merupakan anjuran kesatuan buruh yang disokong komunis.
Ketika lawatan ke Greece, Pompeo dan Menteri Luar Greece telah menandatangani pakatan kerjasama pertahanan yang dianggap penting untuk mengatasi cabaran keselamatan di Laut Mediterranean Timur.
Penunjuk perasaan turut membakar bendera AS dan NATO semasa mengadakan demonstrasi menentang lawatan Mike Pompeo, di Athens, 5 Oktober 2019. (Foto AP)
#Amerika Syarikat #AS #cabaran keselamatan #cat merah #Greece #Harry S Truman #kerjasama #kesatuan buruh #komunis #Laut Mediterranean Timur #Mike Pompeo #pertahanan #presiden #protes #Setiausaha Negara AS #tandatangan