INTERNATIONAL
Lawatan Trump: Arab Saudi setuju labur AS$600 bilion di AS

Presiden AS, Donald Trump bertemu Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. - Foto REUTERS/Brian Snyder
KUALA LUMPUR: Arab Saudi bersetuju melabur sebanyak AS$600 bilion ke dalam beberapa industri di Amerika Syarikat (AS).
Ringkasan AI
- Arab Saudi bersetuju melabur AS$600 bilion di Amerika Syarikat, termasuk pembelian senjata hampir AS$142 bilion dan pelaburan dalam teknologi, tenaga, serta AI.
- Beberapa syarikat AS seperti Google dan Uber akan melabur AS\$80 bilion di Arab Saudi, termasuk dalam projek pembinaan utama.
- Arab Saudi kekal sebagai rakan dagang utama AS di Asia Barat dengan nilai dagangan melebihi AS\$25 bilion pada 2024.
Ia turut merangkumi pembelian senjata bernilai hampir AS$142 bilion oleh Arab Saudi, yang merupakan jualan senjata terbesar oleh AS dalam sejarahnya.
Antara lain, Arab Saudi bersetuju untuk membeli peluru berpandu dan aset pertahanan udara, serta melaksanakan modenisasi pasukan tentera darat, anggota pengawal sempadan, dan sistem komunikasi tenteranya menggunakan teknologi dan perkhidmatan AS.
Turut diumumkan adalah komitmen Arab Saudi untuk melabur AS$20 bilion ke dalam pusat data kecerdasan buatan (AI) serta infrastruktur tenaga di AS.
Sementara itu, beberapa syarikat AS termasuk Google, Oracle, AMD, dan Uber turut mengumumkan pelaburan berjumlah AS$80 bilion di Arab Saudi.
Manakala sejumlah syarikat AS turut mengumumkan pelaburan sebanyak AS$2 bilion bagi beberapa projek pembinaan di negara itu termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Salman, Taman Raja Salman, dan Bandar Qiddiya .
Arab Saudi merupakan salah satu rakan dagang terbesar AS di Asia Barat.
Pada 2024, dagangan antara kedua negara itu mencapai AS$25.9 bilion, dengan AS merekodkan lebihan dagangan sebanyak AS$443 juta.
Ia juga merupakan pelanggan terbesar bagi aset ketenteraan buatan AS, dengan nilai transaksi sebanyak AS$129 bilion.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami