ANKARA: Lebih 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal dalam tempoh beberapa tahun lepas di Myanmar dengan lebih lima juta kanak-kanak sangat memerlukan bantuan kemanusiaan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, sehari sebelum ulang tahun kedua rampasan kuasa tentera di negara itu.
Pada 1 Feb 2021, kerajaan Aung San Suu Kyi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera selepas Parti Liga Demokrasi Kebangsaan memenangi pilihan raya kebangsaan pada November 2020.
Menurut UNICEF, jumlah orang yang hilang tempat tinggal meningkat kepada lebih 1.5 juta dalam tempoh dua tahun lalu.
"Lebih 1.5 juta orang di Myanmar hilang tempat tinggal dengan kanak-kanak terpaksa meninggalkan rumah dan komuniti mereka," lapor Agensi Anadolu memetik ciapan UNICEF.
Walaupun mendapat bantahan daripada masyarakat antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia, penduduk tempatan terpaksa melarikan diri di beberapa kawasan ekoran operasi rejim junta yang berterusan.
Minggu lepas, kira-kira 20,000 orang awam hilang tempat tinggal di negeri Karen semasa pertempuran antara pasukan penentang tempatan dan tentera berhampiran Perbandaran Kawkareik, lapor akhbar tempatan Myanmar Now.
Menurut laporan PBB baru-baru ini, sekurang-kurangnya 2,890 orang kehilangan nyawa mereka di tangan tentera dan puak yang bersubahat, manakala 767 ditahan pada peringkat awal sejak tentera mengambil alih kuasa.
Amnesty International dalam laporannya November lalu menyatakan jumlah orang yang dipindahkan melebihi 1.4 juta manakala 12,839 lagi ditahan.
"Sekurang-kurangnya 73 menunggu hukuman mati dan 7.8 juta kanak-kanak tidak bersekolah. Tentera Myanmar membunuh beratus-ratus penunjuk perasaan dan orang ramai dan beribu-ribu lagi mati akibat konflik bersenjata di seluruh negara sejak rampasan kuasa," menurut kumpulan hak asasi itu.
Bekas Pelapor Khas PBB mengenai Myanmar Yanghee Lee berkata tidak ada cara lain untuk membawa kestabilan kepada Myanmar kecuali merealisasikan kehendak rakyat dan aspirasi yang telah lama dipegang untuk demokrasi persekutuan yang tulen oleh junta tentera.
"Rakyat Myanmar enggan menerima rampasan kuasa. Mereka terus menolaknya. Penentangan bersenjata dan tanpa kekerasan terhadap pemerintahan tentera telah bertapak di hampir setiap negeri dan wilayah negara," katanya.
Minggu lepas dalam usaha untuk menangkis tekanan dan kritikan antarabangsa, tentera berjanji menngadakan pilihan raya baharu pada Ogos.
Tentera bagaimanapun mengumumkan beberapa peraturan ketat ke atas parti politik yang melarang calon daripada mempunyai hubungan dengan pasukan yang menentang junta.
''Tanpa mengenakan syarat yang membenarkan rakyat Myanmar menggunakan hak politik mereka secara bebas, pilihan raya yang dicadangkan itu berisiko memburukkan lagi ketidakstabilan,'' kata jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Menurut UNICEF, jumlah orang yang hilang tempat tinggal meningkat kepada lebih 1.5 juta dalam tempoh dua tahun lalu. - Foto BERNAMA

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Gereja di Burlington musnah akibat kebakaran
Kebakaran besar tercetus melibatkan sebuah gereja di Burlington, New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin dengan api dilaporkan mula merebak sejak pukul 6 petang.

Malaysia ulangi pendirian tak iktiraf Tatmadaw
Malaysia dan rakan ASEAN lain akan meneruskan tekanan terhadap rejim itu sehingga penyelesaian secara menyeluruh dapat dicapai di Myanmar.

Krisis Myanmar perlu diselesaikan di peringkat ASEAN - Zambry
Krisis yang berlaku di Myanmar perlu diselesaikan di peringkat ASEAN dan tidak boleh dilakukan oleh sebuah negara sahaja.

Tenaga diperbaharui antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ia berkaitan langkah-langkah diambil kerajaan serta kos pelaksanaan untuk mencapai sasaran 31 peratus tenaga diperbaharui pada 2025.

2 lelaki warga India, Myanmar diperintah bela diri tuduhan bunuh pemandu Grab
Dua lelaki warga India dan Myanmar diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab lima tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mac 2023.

10 nelayan Myanmar ditahan bersama satu tan hasil laut
Bot pertama dan kedua masing-masing dikendalikan oleh seorang tekong dan empat nelayan Myanmar berusia lingkungan 20 hingga 41 tahun.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia bersama ASEAN akan terus cari penyelesaian krisis Myanmar
Konflik yang berlaku di Myanmar itu bukan sahaja perlu ditangani oleh Malaysia, namun penyelesaiannya memerlukan kesepakatan semua anggota ASEAN

ASEAN perlu langkah lebih berkesan tangani isu Myanmar - Anwar
Krisis di Myanmar telah menyebabkan kebanjiran pelarian yang melarikan diri dari negara itu, menyaksikan Malaysia kini menerima kira-kira 200,000 pelarian Rohingya.

Kini masa sesuai untuk ASEAN pertimbang pendekatan berhubung krisis Myanmar
ASEAN perlu menimbang semula pendekatannya dalam membantu menamatkan krisis di negara yang bergolak itu.