awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 100 dikhuatiri maut insiden tanah runtuh Papua New Guinea

Bernama
Bernama
24/05/2024
07:47 MYT
Lebih 100 dikhuatiri maut insiden tanah runtuh Papua New Guinea
Kejadian itu dilaporkan melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, kira-kira 600 kilometer ke barat laut ibu negara Port Moresby pada awal pagi Jumaat. -Foto Sinar Harian
SYDNEY: Lebih 100 orang dikhuatiri terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Papua New Guinea, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Tanah runtuh itu dilaporkan melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, kira-kira 600 kilometer ke barat laut ibu negara Port Moresby pada awal pagi Jumaat, lapor stesen penyiaran awam Australia, ABC.
Pihak berkuasa masih belum mengesahkan jumlah korban.
Tanah runtuh itu juga telah menghalang jalan ke bandar Porgera, iaitu terletaknya lombong emas besar.
"Tanah runtuh telah menimbus rumah dan kebun, menyebabkan sejumlah orang terperangkap di bawah runtuhan.
"Jumlah penuh mangsa belum dapat dipastikan," menurut laman media tempatan JB143 di Facebook.
Ketua pembangkang di Senat Australia, Simon Birmingham berjanji akan memberikan sokongan dua pihak untuk Canberra menyediakan bantuan.
"Satu kejadian tragis di negara jiran dan sahabat kita yang dekat, Papua New Guinea. Gambar dan laporan awal sangat mengejutkan dan serius," catatnya di platform X.
Papua New Guinea, dengan populasi hampir 10 juta orang, terletak di utara Australia. Walaupun kaya dengan mineral, kayu, minyak dan gas, sejarah kolonialisme, ketidakstabilan politik dan pengurusan sumber yang lemah telah menyebabkan rakyatnya hidup dalam kemiskinan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Kampung Kaokalam
#Papua New Guinea
#Wilayah Enga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan