awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 100 terbunuh, Libya umum gencatan senjata

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2018
22:02 MYT
Lebih 100 terbunuh, Libya umum gencatan senjata
Kelihatan bangunan kediaman yang rosak susulan pertempuran antara angkatan tentera kerajaan dan kumpulan bersenjata di Tripoli, 22 Sept, 2018. REUTERS
Kerajaan Libya pada Rabu mengumumkan gencatan senjata bagi menamatkan pertempuran selama sebulan antara dua puak bertelagah di selatan Tripoli.
Pertempuran yang bermula 26 Ogos itu dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 117 mangsa.
Kementerian Dalam Negeri Libya dalam satu kenyataan berkata, perjanjian gencatan senjata itu ditandatangani wakil Tripoli dan bandar Tarhuna di tenggara Tripoli.
Menterinya Abdessalem Ashour menyeru pihak bertelagah supaya melaksanakan perjanjian damai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang ditandatangani 4 September lalu.
Mengikut perjanjian itu, kedua-dua pihak, iaitu Tripoli dan Tarhuna perlu menubuhkan pasukan keselamatan bersama bagi meronda kawasan di pinggir selatan, ibu negara Libya berkenaan.
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Kementerian Dalam Negeri
#keselamatan
#Libya
#mangsa
#pertempuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan