Skip to main content

Dunia

Lebih 1,000 palet bantuan memasuki Gaza - PBB

NEW YORK, 4 Jun (Bernama-Xinhua) -- Meskipun berdepan kelewatan ketara yang berlaku di sebuah pusat pemeriksaan baharu Israel, rakan kongsi kemanusiaan berjaya mengumpulkan lebih 1,000 palet bekalan penting untuk Semenanjung Gaza dalam tempoh sehari, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu, lapor Xinhua.
Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) memaklumkan palet yang dikumpul di persimpangan Kerem Shalom/Karem Abu Salem pada Selasa mengandungi kit kebersihan, kain terpal, selimut dan ubat. -Gambar Bernama/Xinhua

NEW YORK: Meskipun kelewatan ketara akibat sekatan yang diperkenalkan di pusat pemeriksaan baharu Israel, rakan bantuan mengumpul lebih 1,000 palet bekalan penting untuk Gaza dalam satu hari, kata anggota kumpulan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu, lapor Xinhua.

Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) memaklumkan palet yang dikumpul di persimpangan Kerem Shalom/Karem Abu Salem pada Selasa mengandungi kit kebersihan, kain terpal, selimut dan ubat.

Menurut OCAH, konvoi yang pergi ke Kerem Shalom/Karem Abu Salem untuk mengutip kargo kemanusiaan melalui pusat pemeriksaan selatan Gaza yang baru ditubuhkan masih mengalami kelewatan yang ketara.

"Semalam (Selasa), kesesakan di pusat pemeriksaan baharu menghalang enam lori tangki bahan api daripada sampai ke Kerem Shalom, yang dengan ketara mengurangkan jumlah bahan api yang boleh dianmbil dari lintasan," menurut OCHA.

"Aliran bahan api yang stabil penting untuk memastikan hospital, loji penyahgaraman dan perkhidmatan mengekalkan hayat lain berjalan tanpa ketiadaan grid elektrik yang berfungsi."

Lintasan Kerem Shalom/Karem Abu Salem adalah satu-satunya titik akses untuk kargo kemanusiaan ke Gaza.

Dari segi kesihatan, menurut OCHA sepanjang dua minggu terakhir Mei, hampir 100 pesakit dan lebih 130 penjaga memindahkan Gaza melalui lintasan Kerem Shalom/Karem Abu Salem dan Rafah, dengan sokongan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan rakan kongsi.

Bagaimanapun, menurut pejabat itu, ribuan pesakit, kebanyakannya mengalami kecederaan yang menyebabkan kecacatan kekal, masih memerlukan rawatan perubatan khusus yang tidak terdapat di Gaza.

-- BERNAMA-XINHUA 

 

Must Watch Video

Advertisement