awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan tidak berkompromi terhadap ekstremisme agama
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Pilihan Raya DBKL: Adakah pemilihan jamin ketelusan, bebas pengaruh asing? - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 108 juta penduduk dipindah secara paksa di seluruh dunia tahun lalu - Laporan

Bernama
Bernama
14/06/2023
09:50 MYT
Lebih 108 juta penduduk dipindah secara paksa di seluruh dunia tahun lalu - Laporan
Laporan itu menyebut tentang 62.5 juta orang hilang tempat tinggal, 35.3 juta pelarian, 5.4 juta pencari suaka dan 5.2 juta orang yang perlu perlindungan antarabangsa. - Gambar fail
GENEVA: Kira-kira 108.4 juta orang dipindahkan secara paksa di seluruh dunia pada 2022 akibat penganiayaan, konflik, keganasan dan pencabulan hak asasi manusia, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada Rabu.
Laporan Trend Global Pemindahan Paksa 2022 oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) mendapati bahawa angka itu termasuk 62.5 juta orang hilang tempat tinggal, 35.3 juta pelarian, 5.4 juta pencari suaka dan 5.2 juta orang yang memerlukan perlindungan antarabangsa, lapor Agensi Anadolu.
Beban paling berat ditanggung oleh negara berpendapatan rendah dan sederhana kerana mereka menampung 76 peratus pelarian dunia dan orang lain yang memerlukan perlindungan antarabangsa.
Negara paling kurang membangun menyediakan perlindungan kepada 20 peratus daripada jumlah keseluruhan manakala 70 peratus daripada jumlah keseluruhan itu mencari perlindungan di negara jiran asal mereka.
Laporan itu menyatakan Turkiye menempatkan populasi pelarian terbesar di dunia dengan hampir 3.6 juta pelarian, diikuti Iran (3.4 juta), Colombia (2.5 juta) dan Jerman (2.1 juta).
Berbanding populasi negara mereka, Lubnan dan Aruba menempatkan jumlah pelarian terbesar dan orang yang memerlukan perlindungan antarabangsa.
Sementara itu, kanak-kanak, yang menyumbang 30 peratus daripada populasi dunia, mewakili 40 peratus daripada semua orang yang dipindahkan secara paksa, menurut laporan itu.
Laporan itu berkata AS adalah penerima terbesar permohonan individu baharu di dunia dengan 730,400 permohonan daripada jumlah keseluruhan 2.6 juta pada 2022.
Jerman mengikuti AS dengan 217,800, Costa Rica, Sepanyol dan Mexico melengkapkan lima penerima teratas.
Menurut Agensi Anadolu, laporan itu menyatakan bahawa 52 peratus daripada keseluruhan pelarian dan orang lain yang memerlukan perlindungan antarabangsa datang dari tiga negara iaitu Syria (6.5 juta), Ukraine (5.7 juta) dan Afghanistan (5.7 juta).
Selain itu, jumlah pelarian di seluruh dunia meningkat sebanyak 35 peratus, atau 8.9 juta orang, kepada 34.6 juta pada akhir 2022.
Peningkatan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh pelarian dari Ukraine yang melarikan diri daripada konflik bersenjata di negara mereka dan menyemak semula anggaran warga Afghanistan di Iran dan Pakistan.
"Angka-angka ini menunjukkan kepada kita bahawa sesetengah orang terlalu cepat untuk tergesa-gesa terbabit dalam konflik dan terlalu lambat untuk mencari penyelesaian," kata Filippo Grandi, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian. "Akibatnya ialah kemusnahan, perpindahan dan kesedihan bagi setiap berjuta-juta orang yang terpaksa meninggalkan rumah mereka."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik
#keganasan
#hak asasi manusia
#PBB
#hilang tempat tinggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan