awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 11,000 terjejas akibat gempa bumi di Afghanistan

Bernama
Bernama
09/10/2023
07:40 MYT
Lebih 11,000 terjejas akibat gempa bumi di Afghanistan
Pihak berkuasa Afghanistan mengeluarkan anggaran angka kematian lebih daripada 2,500, menurut media Afghanistan. - Foto REUTERS
GENEVA: Lebih 11,000 orang terjejas akibat beberapa siri gempa bumi melanda wilayah Herat, Afghanistan pagi Sabtu, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).
Sekurang-kurangnya 11 kampung di Afghanistan telah musnah dalam kejadian gempa bumi itu, menurut kumpulan bantuan PBB pada petang Ahad, lapor Agensi Berita In Jerman(dpa).
Pihak berkuasa Afghanistan mengeluarkan anggaran angka kematian lebih daripada 2,500, menurut media Afghanistan.
"Jumlah mangsa dan isi rumah terjejas dijangka meningkat apabila penilaian di kawasan terpencil selesai," menurut OCHA.
PBB menyalurkan AS$5 juta dolar sebagai bantuan kecemasan pada hari Ahad.
Lebih 550 orang cedera, termasuk hampir 230 anak-kanak sedang dirawat di Hospital Wilayah Herat sahaja, menurut OCHA.
Bekalan bantuan awal telah diedarkan, termasuk barangan kebersihan, makanan dan air minuman.
Wilayah itu telah digegarkan oleh beberapa siri gempa bumi kuat pada pagi Sabtu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Afghanistan
#PBB
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan