LEBIH daripada 20 juta penduduk di seluruh United Kingdom (UK) sudah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 manakala 800,000 orang menerima dos kedua, sehingga Ahad.

Menurut Perdana Menteri UK Boris Johnson, data berkenaan menunjukkan ia satu kejayaan besar kepada negara itu, terutama kepada usaha petugas barisan hadapan.

Beliau turut berharap lebih ramai lagi akan menerima suntikan vaksin berdasarkan giliran mereka.

UK mencatatkan jumlah kematian COVID-19 tertinggi di Eropah, iaitu 122,849 kes.

Ini memberi kesan yang mendalam kepada negara kuasa besar ekonomi itu.

Namun dengan pelaksanaan program vaksinasinya, ia sedikit sebanyak melonggarkan beberapa sekatan dan sektor ekonominya beransur-ansur mengalami pemulihan.

Pada Ahad, Menteri Kewangan Rishi Sunak mengumumkan akan memberi insentif bagi pemulihan ekonomi ketika masih dalam sekatan.

Ia termasuk memberi insentif sebanyak 300 juta pound atau ASD418 bilion.