awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 20 terkorban dalam letupan kilang mercun

Agensi
Agensi
05/09/2019
08:03 MYT
Lebih 20 terkorban dalam letupan kilang mercun
Pihak berkuasa melaporkan bahawa letupan dan kebakaran itu berlaku sehingga menyebabkan bangunan kilang itu runtuh dan meragut nyawa orang ramai. -Gambar AP Photo/Prabhjot Gill
Sekurang-kurangnya, 23 orang terbunuh dalam letupan besar di sebuah kilang pemprosesan mercun dan bunga api di Bandar Gurdaspur di utara Punjab.
Insiden itu turut mencederakan 14 individu. Pihak berkuasa melaporkan letupan dan kebakaran itu berlaku sehingga menyebabkan bangunan kilang itu runtuh dan meragut nyawa orang ramai.
“Kami sedang menyiasat punca kejadian itu. Polis, anggota bomba dan kakitangan pengurusan bencana telah pun berada di lokasi bagi mencari dan mengesan mayat mangsa," kata wakil polis, memetik laporan portal berita antarabangsa CNN pada Rabu.
Pasukan Respon Bencana Nasional dan pasukan forensik telah mula menyiasat lokasi insiden bagi mengenal pasti punca letupan.
Letupan itu dipercayai mengakibatkan kehancuran struktur bangunan berhampiran.
Inspektor General Surinderpal Singh Parmar berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa kilang tersebut menjalankan operasinya tanpa lesen yang sah.
"Mereka tidak mendapat lesen yang diperbaharui untuk membuat mercun sejak dua tahun yang lalu dan mereka seolah-olah melewatkan pembaharuan lesen," katanya.
Presiden India, Ram Nath Kovind turut menzahirkan ucapan takziahnya di laman Twitter.
Deeply anguished to learn of the loss of lives due to the blast in the firecracker factory in Batala. Rescue operations are underway with the DC & SSP heading the relief efforts.
— Capt.Amarinder Singh (@capt_amarinder) September 4, 2019
Mercun dan bunga api sering digunakan secara meluas di India semasa musim perkahwinan dan perayaan utama, terutamanya di musim perayaan Deepavali ada akhir Oktober ini.
Topic Berkaitan
#API
#bomba
#bunga api
#Deepavali
#India
#kebakaran
#kilang mercun
#letupan
#maut
#meletup
#Terbunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan