INTERNATIONAL
Lebih 34,000 migran terkorban, hilang dalam perjalanan ke Eropah sejak 2015 - UNHCR

UNHCR menganggarkan sekurang-kurangnya 3,500 orang maut atau hilang di pelbagai laluan laut ke Sepanyol, Itali, Malta, Greece dan Cyprus pada tahun lalu. - Gambar fail/ Reuters
MOSCOW: Sekurang-kurangnya 34,000 orang dilaporkan maut atau hilang ketika cuba memasuki Eropah melalui laluan laut sejak April 2015, menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
"Pada 18 April 2015, Eropah menyaksikan antara tragedi laut paling dahsyat apabila lebih 1,000 orang maut atau hilang selepas bot mereka terbalik antara Libya dan Lampedusa.
"Sejak itu, 34,000 orang dilaporkan maut atau hilang ketika cuba memasuki Eropah melalui laut. Angka sebenar dijangka jauh lebih tinggi," menurut UNHCR dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sehubungan itu, agensi itu menyeru kepada pelaksanaan sistem menyelamat yang kukuh, pilihan laluan sah yang boleh dipercayai untuk ke Eropah, serta tindakan menyeluruh dan tegas untuk menangani punca-punca utama yang mendorong individu mengambil risiko sedemikian.Meskipun jumlah ketibaan menurun sebanyak 24 peratus kepada 200,000 pada 2024, jumlah korban dan kehilangan masih tinggi, menurut kenyataan itu.
UNHCR menganggarkan sekurang-kurangnya 3,500 orang maut atau hilang di pelbagai laluan laut ke Sepanyol, Itali, Malta, Greece dan Cyprus pada tahun lalu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami