awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah

Bernama
Bernama
18/04/2024
14:49 MYT
Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Darmanin berkata pegawai penguat kuasa telah merampas lebih 500 senjata api dan 170 kenderaan, selain 4 tan dadah dan aset bernilai hampir 20 juta euro. - AP
PARIS: Lebih 3,800 orang ditahan di Perancis sebagai sebahagian daripada operasi besar-besaran untuk memerangi pengedaran dadah yang dilancarkan pada akhir Mac dan awal April di beberapa bandar utama, lapor Sputnik, memetik Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin.
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh Perancis, termasuk di bandar Paris, Marseille dan Lyon.
"Sebagai sebahagian daripada operasi ini...seramai 67,924 pegawai dan anggota polis telah terlibat untuk membuat 3,814 tahanan," katanya pada taklimat selepas mesyuarat Kabinet pada Rabu.
Darmanin berkata pegawai penguat kuasa telah merampas lebih 500 senjata api dan 170 kenderaan. Beliau juga berkata 4 tan dadah dan aset bernilai hampir 20 juta euro (AS$21.3 juta) dirampas dalam operasi sama bagi membanteras pengedaran dadah yang dilancarkan akhir tahun lepas.
Pada 19 Mac, Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan bahawa operasi "yang tidak pernah berlaku sebelum ini" sedang dijalankan di Marseille untuk membasmi pengedaran dadah selepas gelombang perang samseng melanda bandar pelabuhan selatan itu. Sebelum ini, Macron mengarahkan Darmanin untuk menjalankan 10 operasi setiap minggu untuk membersihkan kawasan kejiranan penjenayah daripada pengedar dadah, lapor stesen penyiaran Perancis, BFMTV.
Bandar Marseille telah menyaksikan lonjakan keganasan berkaitan dadah, dengan 49 orang terbunuh tahun lepas. Macron berkata Perancis terlibat dalam usaha memerangi penyeludupan yang lebih besar bersama-sama Algeria, Sepanyol dan Maghribi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perancis
#banteras
#pengedaran dadah
#pihak berkuasa
#operasi besar-besaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan