awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 400 pendatang mati lemas ketika cuba rentas Mediteranean tengah

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2023
23:50 MYT
Lebih 400 pendatang mati lemas ketika cuba rentas Mediteranean tengah
Lebih 400 pendatang dan pelarian mati lemas pada awal 2023 ketika cuba menyeberangi Mediterranean tengah dari Afrika Utara ke Eropah. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Lebih 400 pendatang dan pelarian mati lemas pada awal 2023 ketika cuba menyeberangi Laut Mediterranean Tengah dari Afrika Utara ke Eropah.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ia merupakan kematian paling tinggi sejak enam tahun lalu dalam tempoh tiga bulan.
Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) mendokumenkan 441 kematian migran antara Januari dan Mac pada laluan penghijrahan paling maut di dunia.
Kira-kira separuh daripada kematian itu dikaitkan dengan kelewatan dalam usaha menyelamat yang diketuai kerajaan dan dalam satu kes ketiadaan sebarang misi menyelamat.
Pengarah IOM, Antonio Vitorino berkata, krisis kemanusiaan yang berterusan di Laut Mediterranean Tengah tidak dapat ditanggung.
Katanya lebih 200,000 kematian direkodkan di laluan itu sejak 2014 dan beliau melahirkan kebimbangan bahawa kematian ini telah dinormalisasi serta menggesa negara-negara untuk bertindak.
Beribu-ribu pendatang yang kebanyakannya dari Afrika memulakan perjalanan berbahaya dari pantai Libya dan Mesir menggunakan bot kecil untuk mencari kehidupan yang lebih baik di Eropah.
Laluan 'tengah' ini berbeza dengan persimpangan Barat dari Maghribi ke Sepanyol.
Selalunya, kapal-kapal itu tenggelam, seperti dalam kes kapal karam yang membawa maut di kawasan selatan Itali Calabria pada akhir Februari yang mengorbankan sekurang-kurangnya 72 pendatang.
Kabinet Itali pada Selasa mengumumkan keadaan darurat ke atas imigresen berikutan "peningkatan mendadak" dalam aliran merentasi Laut Mediterranean, dalam langkah yang bertujuan untuk pengurusan ketibaan pendatang dan kemudahan penghantaran pulang yang lebih baik.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#lemas
#PBB
#pelarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan