awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 42,000 pelajar sekolah di Tanzania tidak bersekolah kerana hamil

Bernama
Bernama
11/04/2023
06:09 MYT
Lebih 42,000 pelajar sekolah di Tanzania tidak bersekolah kerana hamil
Pelajar sekolah menengah yang hamil menyumbang 28 peratus daripada 82,236 pelajar yang dijadualkan menamatkan pendidikan peringkat biasa pada 2021. -Gambar fail/Reuters
DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 42,954 pelajar perempuan berhenti sekolah antara Julai 2021 dan Jun 2022 kerana hamil, menurut laporan terbaru oleh Pengawal dan Ketua Audit Negara (CAG) Tanzania.
Menurut laporan CAG 2021/2022 yang dibentangkan di parlimen di Dodoma, daripada 42,954 pelajar yang hamil, 23,009 terdiri pelajar sekolah menengah dan 19,945 murid sekolah rendah, lapor Xinhua.
Pelajar sekolah menengah yang hamil menyumbang 28 peratus daripada 82,236 pelajar yang dijadualkan menamatkan pendidikan peringkat biasa pada 2021.
Menurut laporan itu, sekolah menengah yang mempunyai bilangan pelajar paling ramai hamil adalah dari perbandaran Kinondoni di wilayah Dar es Salaam iaitu seramai 4,652 orang, diikuti di wilayah Mtwara seramai 3,783 dan di wilayah Mwanza seramai 2,570.
Bagi sekolah rendah, bilangan murid paling ramai hamil dilaporkan di daerah Kwimba iaitu 9,045 orang diikuti di daerah Uvinza seramai 2,172 orang, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pengawal dan Ketua Audit Negara
#pelajar perempuan hamil
#berhenti sekolah
#tanzania
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan