awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 450,000 jalani 'rapid test' COVID-19 di Indonesia

Bernama
Bernama
08/04/2020
10:47 MYT
Lebih 450,000 jalani 'rapid test' COVID-19 di Indonesia
Lebih 450,000 orang di Indonesia telah menjalani 'rapid test' setakat ini. - AP NEWSROOM
Lebih 450,000 orang di Indonesia telah menjalani 'rapid test' setakat ini sebagai satu usaha pemerintah Indonesia melakukan pengesanan awal jangkitan virus COVID-19.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata ia selaras dengan arahan Presiden Joko Widodo pada 20 Mac lepas yang mahukan rapid test dilaksanakan secara massa, menerusi pemeriksaan sampel darah.
Namun bagi Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, Doni Monardo, ujian itu bukanlah kaedah terbaik dalam mengesan virus itu, tetapi lebih kepada pengesanan awal sekiranya seseorangmempunyai sindrom tidak sihat, yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19.
"Terdapat keputusan rapid test yang negatif, namun apabila menjalani pemeriksaan sampel lendir hidung atau tekak (PCR: Polymerase Chain Reaction), individu terbabit didapati positif COVID-19," katanya.
Achmad Yurianto berkata fokus sebelum ini adalah rapid test kerana kos pemeriksaaan menerusi kaedah itu tidak terlalu mahal, namun pemerintah Indonesia kini juga melakukan PCR yang setakat hari ini melibatkan 15,000 orang.
Pada sidang media hariannya hari ini, Achmad Yutianto berkata sebanyak 218 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif kini berjumlah 2,956 kes, manakala sejak 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 19 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kini 240 orang.
Pada hari ini, sebanyak 750 wartawan di Indonesia yang mendaftar bagi menjalani rapid test, turut menjalani pemeriksaan sampel darah yang diadakan di Kementerian Komunikasi dan Informatika.
Achmad Yurianto sebelum ini menyatakan lebih 600,000 penduduk Indonesia berisiko dijangkiti virus itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#achmad yurianto
#COVID-19
#Doni Monardo
#Indonesia
#Joko Widodo
#koronavirus
#rapid test
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan