awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gangguan sistem penerbangan global jejas daftar masuk, naik pesawat di lapangan terbang Malaysia
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor bermula Khamis ini
Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB

Bernama
Bernama
26/12/2024
16:29 MYT
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian Filippo Grandi menyatakan bahawa bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka "meningkat perlahan-lahan." - AP
ISTANBUL: Lebih 50,000 pelarian telah pulang ke Syria dari negara jiran dalam tempoh tiga minggu berikutan kejatuhan rejim Assad, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian Filippo Grandi menerusi hantaran di platform X menyatakan bahawa bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka "meningkat perlahan-lahan."
"Keadaan material di dalam Syria masih teruk - lebih banyak bantuan kemanusiaan dan pemulihan perlu disalurkan kepada mereka yang pulang dan semua pihak yang memerlukan," kata Grandi.
Bashar Assad, pemimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan anti-rejim mengambil alih ibu kota Damsyik pada 8 Disember, menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak 1963.
Pengambilalihan itu berlaku selepas pejuang Hayat Tahrir al-Sham (HTS) menawan bandar utama dalam satu serangan kilat yang berlangsung kurang dari dua minggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelarian syria
#rejim Assad
#PBB
#kembali ke kediaman
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan