Lebih 500 sekolah di wilayah sempadan Kemboja ditutup akibat pertempuran dengan Thailand

Kanak-kanak duduk berhampiran khemah di Srey Snam, wilayah Siem Reap, selepas terpaksa lari meninggalkan rumah bersama keluarga, di sempadan Kemboja-Thailand, 9 Dis 2025. (Foto AP)
PHNOM PENH: Kemboja pada Selasa memaklumkan bahawa sebanyak 514 sekolah di wilayah sempadan telah ditutup berikutan pertempuran yang berterusan di sempadan dengan Thailand, lapor Xinhua.
"Setakat 9 Dis 2025, sebanyak 514 sekolah ditutup, menjejaskan kira-kira 130,000 pelajar dan 4,650 guru," menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan.
Wilayah yang paling terjejas ialah Oddar Meanchey, Preah Vihear dan Banteay Meanchey, menurut kenyataan itu.
Konflik sempadan Kemboja-Thailand kembali tercetus sejak petang Ahad.
Setiausaha Rendah Negara merangkap Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja Leftenan Jeneral Maly Socheata, berkata pada Selasa bahawa tujuh orang awam Kemboja terbunuh dalam konflik itu.
Menteri Penerangan Kemboja Neth Pheaktra berkata sekurang-kurangnya 16,568 keluarga Kemboja melibatkan 54,550 orang telah meninggalkan kediaman mereka berhampiran sempadan untuk berlindung di kawasan selamat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


