awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 6 ribu ditahan susulan rampasan kuasa di Turki

Agensi
Agensi
18/07/2016
01:47 MYT
Lebih 6 ribu ditahan susulan rampasan kuasa di Turki
Beberapa siri rapat umum menyokong kerajaan diteruskan di beberapa lokasi utama di Turki antaranya di Dataran Kizilay di Ankara dan di Dataran Taksim, Istanbul. - Foto AFP
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berikrar akan terus memburu mereka yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa Sabtu lalu yang menyaksikan lebih 290 orang terbunuh termasuk ribuan yang lain cedera.
Amaran dikeluarkan ketika jumlah mereka yang ditahan kerana terlibat meningkat kepada 6,000 orang.
Penahanan melibatkan anggota tentera di pelbagai peringkat serta individu dalam badan kehakiman negara itu.
Antara individu berprofil tinggi yang diberkas termasuk komander Pangkalan Udara Incirlik, Jeneral Bekir Ercan Van, pembantu tentera presiden Kolonel Ali Yazici dan bekas komander tentera udara, Akin Ozturk.
Siasatan awal mendapati wujud kaitan antara ketiga-tiga mereka dengan ilmuwan Islam Turki, Fettulah Gulen yang dikatakan dalang cubaan rampasan kuasa.
Mereka yang ditahan kemungkinan berdepan hukuman mati sekiranya didapati bersalah
Tegas Erdogan, mereka yang terlibat dalam rampasan kuasa adalah virus, yang perlu dihapuskan dari institusi-institusi kerajaan.
Justeru beliau tidak menolak desakan supaya dalang dikenakan hukuman mati.
Turki sebelum ini mengharamkan hukuman mati pada tahun 2004 sebagai sebahagian daripada syarat untuk menyertai Kesatuan Eropah.
Sementara itu, sokongan rakyat terhadap Erdogan terus bergema di seluruh negara.
Beberapa siri rapat umum menyokong kerajaan diteruskan di beberapa lokasi utama di Turki antaranya di Dataran Kizilay di Ankara dan di Dataran Taksim, Istanbul.
Kumpulan penyokong pro kerajaan turut menuntut hukuman bunuh dilaksanakan ke atas mereka yang terlibat dalam rampasan kuasa itu.
Topic Berkaitan
#Fethullah Gulen
#rampasa kuasa
#Recep Tayyip Erdogan
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan