awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih baik jangan campur aduk dua dos suntikan vaksin - WHO

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
18/06/2021
15:45 MYT
Lebih baik jangan campur aduk dua dos suntikan vaksin - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan supaya pemberian dua dos vaksin perlu melibatkan vaksin yang sama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan supaya pemberian dua dos vaksin perlu melibatkan jenis yang sama.
Bagaimanapun, saranan itu mungkin berbeza untuk tempoh masa akan datang sementara kajian masih lagi dijalankan.
Kenyataan itu dibuat susulan Menteri Penyelaras Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Kerajaan sedang mempertimbangkan kaedah heterolgi atau campuran dua vaksin sebagai sebahagian pelaksanaan kempen vaksinasi dalam negara.
BACA: Kerajaan kaji gabung dos AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech - Khairy
Ia adalah hasil beberapa data yang dikongsikan dari Jerman mengenai vaksinasi heterologi menggunakan AstraZeneca bagi dos pertama dan Pfizer untuk dos kedua.
Menurut Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Malaysia, Brunei dan Singapura Dr Ying-Ru Jacqueline Lo, vaksin COVID-19 dengan ‘WHO Emergency Use Listing (EUL)’ hanya telah dinilai sebagai produk tunggal.
Sebagai rekod, kedua-dua produk vaksin Pfizer dan AstraZeneca sudah diluluskan melalui proses semakan ini.
Sinovac antara vaksin lain yang diperoleh Malaysia telah mendapat kebenaran yang sama WHO sementara suntikan dari CanSino dan Sputnik V Rusia sedang disemak oleh badan dunia itu.
“Dengan maklumat terhad yang ada, adalah disarankan untuk menggunakan produk sama untuk dos kedua. Kami akan memberikan lebih banyak panduan apabila lebih banyak data tersedia,” jelas Dr Lo.
Bagaimanapun, Lo berkata, WHO menggalakkan dan mengalu-alukan kajian lanjutan untuk menggabungkan produk yang berbeza.
"Mempunyai pilihan untuk mencampuradukkan dan memperluaskan skop kajian akan memberi potensi untuk meningkatkan fleksibiliti dalam logistik dan penjadualan vaksin COVID-19,” jelas beliau.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#WHO
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Pfizer
#Pfizer-BioNTech
#AstraZeneca
#suntikan
#dos pertama
#dos kedua
#PICK
#COVID-19
#vaksin
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan