awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebuh raya terpanjang di India kini dibuka

Agensi
Agensi
14/02/2023
12:53 MYT
Lebuh raya terpanjang di India kini dibuka
Lebuhraya Delhi-Mumbai merupakan salah satu lebuh raya paling maju di dunia, memberi gambaran besar kepada proses pembangunan di India. - Getty Images
MUMBAI: Fasa pertama lebuh raya sepanjang 1,386 kilometer (861 batu) menghubungkan New Delhi ke hab kewangan Mumbai kini dibuka, sekali gus menjadi peristiwa penting dalam usaha India memodenkan infrastruktur.
Memetik CNN Travel, sebanyak lapan laluan lorong, empat di setiap arah tersedia yang menyaksikan lebuh raya ini sebagai jalan raya terpanjang di negara itu yang mana memendekkan separuh masa perjalanan antara dua bandar menjadi 12 jam.
Perdana Menteri India Narendra Modi merasmikan bahagian lebuh raya sepanjang 246 kilometer yang menghubungkan Delhi ke bandar Lalsot di negeri barat laut Rajasthan yang dikenali sebagai destinasi pelancongan popular di negara itu.
“Lebuhraya Delhi-Mumbai merupakan salah satu lebuh raya paling maju di dunia, memberi gambaran besar kepada proses pembangunan di India,” kata Modi semasa majlis perasmian, sambil menambah pembangunannya dijangka meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan India.
Kerajaan India dilaporkan melabur kira-kira AS$13 bilion (RM56.5 bilion) ke dalam projek itu, yang bertujuan untuk menyediakan hubungan yang lebih pantas antara ibu negara dan lima negeri: Haryana, Rajasthan, Madhya Pradesh, Gujarat, dan Maharashtra. Fasa pertama sahaja menelan kos AS$1.4 bilion (RM 6.08 bilion).
Pembukaan regangan pertama dilihat mencatatkan rangsangan besar kepada India yang tidak lama lagi menjadi negara paling ramai penduduk meskipun infrastruktur India masih jauh di belakang China.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China telah melabur berbilion-bilion dalam projek infrastruktur termasuk rangkaian kereta api berkelajuan tinggi terpanjang di dunia dan sistem lebuh raya yang luas.
Topic Berkaitan
#Mumbai
#Narendra Modi
#New Delhi
#Lebuh Raya India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan