awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legasi kewartawanan Jakob Oetama diteruskan sidang redaksi Kompas

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/09/2020
08:12 MYT
Legasi kewartawanan Jakob Oetama diteruskan sidang redaksi Kompas
Tokoh media Indonesia, Jakob Oetama, 89, meninggal dunia pada 9 September lepas di Hospital Keluarga Mitra, Jakarta Utara, selepas koma akibat kegagalan beberapa organ utama. - Gambar ihsan KOMPAS
Pemergian Jakob Oetama, pengasas bersama dan pemilik kumpulan media terbesar di Indonesia, Kompas Gramedia, pada 9 September lepas, nyata memberi kesan cukup besar terhadap industri kewartawanan negara itu.
Bahkan, pemergiannya menerima penghormatan tertinggi apabila jenazahnya dimakamkan di Taman Makam Pahlawan (TMP) Kalibata, tanah perkuburan khas untuk wira-wira Indonesia.
BACA: "INFOGRAFIK: Mengenang Jakob Oetama, Pendiri Kompas Gramedia (1931-2020)"
BACA: Jenazah Jakob Oetama Diserahkan ke Negara untuk Dimakamkan Secara Militer
Namun, bagi Pemimpin Redaksi Kompas.Com, Wisnu Mugroho, legasi legenda kewartawanan itu, akan diteruskan sampai bila-bila.
Dalam wawancara menerusi Skype dengan Astro AWANI dari Jakarta, Indonesia, Wisnu berkata, pemakaman Jakob di TMP Kalibata jelas menunjukkan betapa negara Garuda itu, begitu menghormati tokoh tersebut.
"Atas dasar tanda jasa dalam dunia kewartawanan, Bapak Jakob mendapat keistimewaan dimakamkan di TMP Kalibata
“Selepas tanda jasa itu diberikan, kontribusi diberikan terhadap Pak Jakob terhadap dunia pres (media) tidak terhenti, bahkan lestari sampai sekarang, biarpun usia Kompas sudah mencapai 55 tahun pada bulan Jun lalu,” katanya lagi.
Jakob Oetama, 89, meninggal dunia di Hospital Keluarga Mitra, Jakarta Utara, selepas koma akibat kegagalan beberapa organ utama.
Pada 1973, beliau telah dianugerahkan Bintang Mahaputera Utama, darjah kedua tertinggi di Indonesia atas sumbangan yang beliau berikan kepada negara itu.
Upacara pemakamannya telah disiarkan secara langsung di Kompas TV dan sesi penghormatan didahului oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.
Mengulas mengenai peribadi Jakob, Wisnu berkata, individu itu merupakan seseorang yang cukup berdisplin, merendah diri dan sangat serius jika ia berkaitan dengan penulisan.
Malah, ujar Wisnu lagi, Jakob sering menerapkan konsep "critic with understanding" baik kepada kerajaan, swasta, mahupun pekerja di Kompas Gramedia sendiri.
Wisnu berkata, tanggungjawab meneruskan legasi Jakob Oetama, kini terletak di atas bahu pengarang Kompas pada masa kini, terutamanya dalam memastikan kualiti berita kumpulan itu, terus menjadi contoh kepada media lain.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Indonesia
#Jakarta
#Jakob Oetama
#kerajaan
#Kompas
#Kompas Gramedia
#meninggal dunia
#Wisnu Mugroho
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan