awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki British lemas di Australia selepas papan luncur patah dalam cuaca buruk

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2025
03:10 MYT
Lelaki British lemas di Australia selepas papan luncur patah dalam cuaca buruk
Polis sebelum ini telah mengeluarkan amaran kepada orang awam agar tidak turun ke laut berikutan angin kencang yang mencecah sehingga 130km sejam. - Foto X/JoshQuino
SYDNEY: Seorang lelaki warga British dan rakannya maut akibat lemas dalam kejadian cuaca ekstrem di Pantai Frankston, Victoria, Australia, pada petang Rabu.

Ringkasan AI
  • Seorang warga British dan rakannya maut selepas papan luncur patah ketika melawan ombak dalam keadaan cuaca ekstrem di Victoria, Australia.
  • Pasukan penyelamat tiba dalam 15 minit dan mengangkat kedua-dua mangsa ke darat, namun mereka tidak dapat diselamatkan.
  • Polis sebelum ini telah mengeluarkan amaran angin kencang sehingga 130km/j, dan menegaskan insiden ini boleh dielakkan jika orang awam tidak beraktiviti di laut ketika cuaca berbahaya.

Menurut polis, kedua-dua lelaki itu dilaporkan dalam kesusahan di laut kira-kira 45km dari tenggara Melbourne selepas papan luncur milik salah seorang mangsa patah ketika melawan ombak.
Rakannya yang cuba menyelamatkan turut terkorban dalam usaha tersebut.
Pasukan penyelamat tiba dalam masa 15 minit, dan kedua-dua mangsa berjaya diangkat semula ke darat menggunakan helikopter. Namun, mereka gagal diselamatkan.
Seorang pegawai penyelamat turut menerima rawatan di hospital selepas tertelan air, sebelum dibenarkan keluar.
Identiti mangsa belum didedahkan kerana pihak berkuasa masih dalam proses memaklumkan kepada keluarga masing-masing.
Polis sebelum ini telah mengeluarkan amaran kepada orang awam agar tidak turun ke laut berikutan angin kencang yang mencecah sehingga 130km sejam.
Detektif Inspektor Melissa Nixon memaklumkan bahawa lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai baru belajar meluncur dan tidak berpengalaman.
“Keadaan cuaca semalam jelas tidak sesuai untuk aktiviti meluncur, sama ada anda berpengalaman atau tidak,” katanya.
Mangsa kedua, berusia 43 tahun, dilaporkan terjun ke laut untuk membantu rakannya yang bergelut selepas papan luncurnya patah.
Namun, ombak yang ganas menyebabkan dia turut lemas.
Nixon menyifatkan insiden itu sebagai menyayat hati dan menegaskan bahawa tragedi tersebut boleh dielakkan.
Beliau menggesa orang ramai agar tidak melakukan aktiviti air dalam keadaan cuaca yang berbahaya.
Topic Berkaitan
#lemas
#cuaca ekstrem
#Pantai Frankston
#papan luncur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan