SELEPAS berjalan lebih 8,000 kilometer (km), akhirnya keinginan seorang lelaki dari India untuk menunaikan ibadah haji tercapai.
Perjalanan dari bumi kelahirannya di Kerala, India ke Tanah Suci Makkah menyaksikannya dia berjalan kaki pada jarak 8,640 km.
Sepanjang kembaranya itu, Shihabudeen Sayid Alawi atau lebih dikenali sebagai Shihab Chottur merentasi lima negara iaitu India, Pakistan, Iran, Iraq dan Kuwait dengan perjalanan keseluruhan mengambil masa selama setahun 17 hari.
Alawi memulakan perjalanannya pada 2 Jun 2002 dan tiba di Makkah pada 7 Jun lalu.
“Saya tiba di sempadan Kuwait-Arab Saudi pukul 5.17 pagi di bulan Ramadan. (Sebaik tiba) saya berlutut dan memegang pasir Arab Saudi,” kata Alawi dalam wawancara eksklusif bersama portal berita Arab News.
Kunjungan pertama Alawi ke Arab Saudi ialah dengan mengunjungi kota Madinah.
“Saya merasakan seperti sudah menamatkan perjalanan sebaik saya mengunjungi Masjid Nabawi. Saya juga menziarahi Raudah dan saya amat yakin akan berkunjung ke Makkah pula untuk melaksanakan ibadah haji.”
Sebaik menjejakkan kaki ke Makkah pula, dia seperti sudah melupakan cabaran dan kesukaran yang dilaluinya sepanjang setahun perjalanan spiritual itu.
Kesyukuran tidak henti-henti dipanjatkan Alawi dan dia juga menghabiskan “beberapa jam” mendoakan kesemua yang menghulurkan sokongan bagi membolehkan dia mencapai matlamat mengerjakan Rukun Islam kelima itu selain memenuhi impian mereka yang memintanya berdoa di hadapan Kaabah.
“Saya berdoa untuk kesejahteraan seluruh umat Islam.”
Berkongsi mengenai perjalanannya, kata Alawi: “Di India dan Pakistan, saya mendapat sokongan orang ramai dan mereka datang berhimpun dengan saya. Sementara, di Iran dan Iraq pula tiada sesiapa yang menyedari kehadiran saya, tetapi, sebaik tiba di sempadan Kuwait, mereka yang mengetahui mengenai perjalanan saya mula menghubungi dan meminta untuk bertemu serta menyokong saya.”
“Di setiap negara yang saya berhenti, saya menerima banyak bantuan daripada pegawai kerajaan, polis, tentera dan ada juga yang mengenali saya mengundang saya untuk bermalam di rumah mereka.”
Cabaran binatang liar
Lelaki berusia 31 tahun dan merupakan bapa kepada tiga cahaya mata perempuan itu mengambil masa setahun untuk membuat persiapan perjalanan ke Tanah Suci.
Bagi memastikan perjalanannya lancar di semua negara yang perlu dilalui, awal-awal lagi Alawi mengunjungi pejabat diplomatik negara-negara itu yang berpusat di New Delhi bagi mendapatkan visa.
“Saya memiliki visa dari semua negara. Iran memberikan saya visa kemasukan, Pakistan pula menawarkan visa transit sementara polis di Kuwait melancarkan perjalanan saya manakala daripada kerajaan Arab Saudi pula, saya mendapat visa kemasukan pelbagai.
“Kesemua pihak berkuasa mengalu-alukan kehadiran sata. Saya juga memperoleh semua kemudahan untuk mengerjakan haji melalui sebuah agensi pengendali yang menawarkannya kepada saya.
“Ini menunjukkan kerajaan Arab Saudi berbesar hati menguruskan jemaah haji. Saya amat-amat bersyukur,”kata Alawi.
Dengan persiapan sederhana, Alawi hanya membawa tongkat hiking serta beg sandang belakang yang memuatkan empat persalinan, semburan lada sebagai persiapan mempertahankan diri daripada serangan binatang liar, beberapa pasang kasut, kelengkapan peribadi lain serta dokumen-dokumen rasmi selain sejumlah wang untuk biaya mengerjakan haji.
“Saya menggunakan kasut berjenama untuk berjalan dan telah memakai enam pasang kasut sebelum tiba di Pakistan disebabkan oleh monsun di India dan saya hanya memakai sepasang kasut sahaja sehingga tiba di Madinah.
“Untuk perjalanan ini, saya menggunakan wang hasil daripada simpanan saya selama ini, namun, saya jarang pula membelanjakannya kerana rakan-rakan seagama yang saya temui di semua negara yang saya kunjungi mengambil berat mengenai saya sepanjang masa,” cerita Alawi lagi.
Sepanjang perjalanan solonya itu, Alawi memberitahu, berat badannya susut sehingga 18 kilogram.
Katanya, dia hanya menjamah makanan tradisional setiap negara yang dikunjunginya dan menggambarkan juadah-juadah berkenaan sebagai “sajian terbaik untuk jiwa dan tubuh.”
“Tiada protein atau sebarang makanan istimewa. Seandainya saya mendapat makanan halal, saya akan memakannya. Ia sesuatu yang menyenangkan dan menenangkan jiwa.”
Sepanjang meneroka perbezaan budaya dan makanan dalam perjalanan itu, Alawi juga harus memberanikan diri berhadapan dengan cabaran dan bahaya di persekitarannya.
“Ada beberapa kemungkinan bahaya antaranya kehadiran binatang liar seperti harimau, beruang dan lain-lain. Di Iran saya ternampak bekas tapak kaki binatang liar dan saya rakamkan di telefon bimbit.
“Apabila berkongsi video itu dengan beberapa orang, baru saya sedar ia merupakan tapak kaki harimau.
Selepas kejadian itu, ketakutan mula saya rasakan,” ujarnya.
Perjalanan di Iran pula, kata Alawi, menawarkan pengalaman berbeza apabila dia perlu merentasi negara itu dalam salji secara bersendirian dan perubahan cuaca di negara itu berlaku sepanjang masa sekali gus menjadikan itu cabaran terbesar buatnya.
“Saya juga berkesempatan tinggal di sebuah ladang kambing bersama pengembala. Kesemua orang yang mengundang saya ke rumah mereka turut menawarkan saya makanan dan mereka semua tahu saya adalah pengembara Islam.”
Di sebalik segala ujian dan cabaran yang dilalui, Alawi menjadikan keyakinan dan kepercayaan yang mendalam pada Allah menjadi motivasi buatnya untuk mencapai matlamat mengerjakan haji.
“Untuk sampai di Makkah dan Madinah adalah impian saya dan untuk ke sana dengan berjalan kaki adalah matlamat saya. Saya sentiasa membayangkan matlamat itu di mata saya dan saya bekerja keras untuk mencapainya sehinggalah menjadi kenyataan.”
Dalam wawancara itu, Alawi juga memberitahu dia mahu menjadi contoh kepada orang lain.
“Ramai orang mendapat inspirasi untuk mengerjakan haji daripada perjalanan ini. Haji adalah ritual suci dan saya mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menunaikan haji tidak kira apa sekalipun.”
Dia juga berkongsi sedutan rakaman perjalanannya di akaun media sosial yang kini mempunyai 5.1 juta pengikut di Instagram dan 1.5 juta di saluran YouTube serta Facebook. - Agensi
Agensi
Wed Jun 21 2023
Shihabudeen Sayid Alawi atau lebih dikenali sebagai Shihab Chottur merentasi lima negara iaitu India, Pakistan, Iran, Iraq dan Kuwait dengan perjalanan keseluruhan mengambil masa selama setahun 17 hari. - Gambar Facebook
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Peningkatan kos haji disebabkan beberapa faktor - Zulkifli
Kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin bertambah.
Badal haji: Mangsa penipuan dinasihat lapor polis
Mohd Naim berkata, rakyat Malaysia secara umum terkenal dengan 'lembut hati' dan mudah mempercayai orang lain, terutama apabila membabitkan urusan ibadah antara punca kes berkenaan masih berlaku.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada se
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Manfaatkan sepenuhnya Hari Arafah
Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia hari mustajab doa selain hari Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan mahu segera laksana subsidi petrol bersasar, tapi sangat rumit - PM Anwar
Anwar berkata, kerajaan sedar penetapan mekanisme berkenaan, termasuk bagi diesel dan RON95, tidak mudah dan agak kompleks.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.