awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa tembak mati imam dan rakan di Masjid New York

Agensi
Agensi
17/08/2016
02:30 MYT
Lelaki didakwa tembak mati imam dan rakan di Masjid New York
Anak lelaki Imam Maulama Akonjee, Saif Akonjee menjawab soalan pihak media di luar Mahkamah Queens, New York pada Selasa. - Foto Reuters. REUTERS
Oscar Morel, lelaki yang didakwa membunuh seorang imam, Maulama Akonjee dan rakannya Tharam Uddin di sebuah masjid di New York seminggu lepas dihadapkan ke Mahkamah Queens, New York, Amerika Syarikat.
Lelaki itu ditahan tanpa ikat jamin sejak dua hari lepas.
Dia digari di tangan dan kaki didakwa menembak mati imam Maulana dan Thara semasa kedua-dua mangsa keluar daripada masjid selepas selesai solat zuhur.
Peguam bela kepada lelaki berusia 35 tahun itu memaklumkan anak guamnya mengaku tidak bersalah dengan pertuduhan dikenakan.
Sebelum ini polis berkata, Akonjee, pemimpin masjid New York dan rakannya Uddin ditembak di belakang kepala sebaik meninggalkan Masjid Jamek Al-Furqan di Ozone Park.
Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di Hospital Jamaica.
Kes terhadap kedua-duanya mengundang perhatian di mana kalangan aktivis menganggap ia gambaran jenayah kebencian ke atas warga muslim di Amerika.
Bagaimanapun, polis menolak dakwaan itu dan menganggapnya tidak berasas.
Masjid yang menjadi lokasi kejadian kebanyakannya dikunjungi imigran Bangladesh.
Topic Berkaitan
#bunuh imam
#Mahkamah Queens
#New York
#Oscar Morel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan