Skip to main content

Dunia

Lelaki ditahan selepas baling 'kartrij senapang patah' di kawasan Istana Buckingham

51683088553_arrestedaman.jpg
LONDON: Seorang lelaki ditahan pada Selasa selepas melemparkan objek yang dipercayai 'kartrij senapang patah' di pekarangan Istana Buckingham, kata Polis Metropolitan London.

Suspek ditahan pihak berkuasa keselamatan kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan (1800GMT) selepas dia menghampiri pintu pagar istana, menurut Agensi Anadolu.

"Lelaki itu kini dalam tahanan polis.

"Tiada laporan mengenai sebarang tembakan dilepaskan atau sebarang kecederaan kepada anggota keselamatan atau orang awam.

"Pegawai masih berada di tempat kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan," kata Ketua Superintendan Joseph McDonald dalam satu kenyataan.

Insiden itu berlaku beberapa hari sebelum istiadat pertabalan Raja Charles III pada Sabtu ini.

Tahap keselamatan di ibu negara dipertingkat untuk pertabalan pertama Britain dalam tempoh hampir 70 tahun.

-- BERNAMA




Advertisement

Must Watch Video