awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki heret jerung keluar dari laut untuk bergambar

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
25/02/2016
07:40 MYT
Lelaki heret jerung keluar dari laut untuk bergambar
Jerung itu bagaimanapun dilepaskan semula dari tali pancing oleh lelaki lain dan dilepaskan semula ke laut - Foto YouTube/WPTV
BELUM sampai seminggu kisah dolfin menemui ajal akibat dikerumuni di pantai untuk selfie, satu lagi video tentang manusia mengganggu kehidupan alam kini muncul serta membangkitkan kemarahan netizen.
Video itu memaparkan seorang lelaki menarik keluar seekor jerung spesis Blacktip dari laut dan mengheret jerung itu ke pantai.
Dengan senyuman bangga, lelaki tersebut menekan ekor dan sirip jerung yang terkapai-kapai itu.
Beberapa pengunjung pantai yang mendekati lelaki itu hanya tertawa sambil merakamkan tindakan melampau tersebut.
BACA: Pantai Queensland kecoh selepas jerung mengamuk serang lelaki
BACA: Jerung 'photobomb' gambar di Australia
BACA: Naik basikal balik rumah selepas digigit jerung
Namun, rata-rata para netizen menyifatkan tindakan itu bodoh dan tidak berperikemanusiaan. Ada juga yang berharap agar lelaki itu dibaham jerung apabila dia berenang di laut kelak.
Video yang dirakam Selasa lalu pada awalnya memaparkan jerung tersebut dipancing keluar dari laut oleh seorang pemancing sebelum ditarik untuk sesi bergambar..
Jerung itu kemudian dibebaskan dari tali pancing oleh seorang lelaki lain dan dilepaskan semula ke laut.
Topic Berkaitan
#jerung
#video tarik jerung Palm Beach
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan