awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] BN pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan, Naim Moktar menang dengan majoriti besar
[TERKINI] BN pertahan DUN Lamag, Kinabatangan menang majoriti besar
Iran tolak tekanan asing berhubung rusuhan, kata utusan ke PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Jepun berusia 102 tahun catat rekod pendaki Gunung Fiji tertua

Bernama
Bernama
26/08/2025
22:10 MYT
Lelaki Jepun berusia 102 tahun catat rekod pendaki Gunung Fiji tertua
Kokichi mendaki gunung hampir setiap minggu dan kali terakhir beliau menawan Gunung Fuji ialah ketika berusia 96 tahun. - Foto X/KolHaolam
ISTANBUL: Seorang lelaki Jepun berusia 102 tahun menjadi individu tertua menawan puncak Gunung Fuji, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Guinness World Records.
Kokichi Akuzawa berjaya sampai ke puncak setinggi 3,776 meter pada 3 Ogos lepas selepas pulih daripada kegagalan jantung, menurut kenyataan Guinness di laman sesawangnya.
Gunung Fuji ialah sebuah strato-gunung berapi aktif yang terletak di Pulau Honshu, Jepun.
Kokichi mendaki gunung hampir setiap minggu dan kali terakhir beliau menawan Gunung Fuji ialah ketika berusia 96 tahun.
Beliau berkata pendakian kali ini terasa "sangat berbeza dari sebelumnya." Tidak seperti dahulu, kali ini beliau mengambil masa tiga hari untuk sampai ke puncak dengan bermalam dua malam di pondok sepanjang laluan.
Apabila ditanya sama ada beliau mahu mendaki semula gunung tertinggi Jepun itu, Kokichi berseloroh: "Tidak lagi."
"Kalau tanya saya tahun depan, mungkin jawapannya berbeza, tetapi buat masa ini saya gembira dengan pendakian itu," katanya.
Pada ulang tahun kelahirannya yang ke-99, Kokichi pernah mendaki sehingga ke puncak Gunung Nabewariyama setinggi 1,272 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kokichi Akuzawa
#Gunung Fiji
#Guinness World Records
#puncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan