Seorang lelaki Malaysia yang memegang status penduduk tetap Singapura menghadapi tiga pertuduhan membunuh, merompak, serta cubaan melakukan persetubuhan dengan mangsa.
Boh Soon Ho, 51, didakwa melakukan kesalahan itu di Mac 2016, di rumah mangsa, Zhang Huaxiang, jururawat warganegara China.
Selepas dibacakan pertuduhan di Mahkamah Tinggi Singapura semalam, Boh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Menurut kenyataan pembukaan pihak pendakwaraya, Boh, telah memerhatikan mangsa selama tiga tahun, dan tidak dapat menahan perasaan cemburunya selepas mengetahui Zhang mempunyai kekasih.
Selepas gagal mengadakan hubungan intim dengan mangsa, Boh bertindak di luar kawalan dengan menjerut leher Zhang dengan tuala, sehingga mangsa mati akibat sesak nafas.
Boh kemudian menanggalkan pakaian mangsa, mengambil gambar, dan cuba mengadakan persetubuhan, namun hasratnya untuk melampiaskan nafsu di luar tabie itu tidak kesampaian kerana gagal mengekalkan ereksi.
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tertuduh mempunyai niat untuk menyembunyikan bukti jenayah dengan cubaan membungkus mayat mangsa dalam beg, namun gagal kerana badan Zhang telah mengeras.
Boh kemudian bertindak melarikan diri ke Malaysia, namun telah ditahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 4 April, tahun yang sama.
Jika didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, Boh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Kerana faktor usianya yang melebihi 50 tahun, tertuduh tidak boleh dikenakan hukuman sebat.
Menurut undang-undang Singapura, seseorang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali jika cuba melakukan persetubuhan dengan mayat.
Bagi kesalahan mencuri pula, Boh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Agensi
Thu Sep 19 2019
Boh Soon Ho (kiri) didakwa membunuh, merompak serta cubaan melakukan persetubuhan dengan mangsa Zhang Huaxiang. -Gambar channelnewsasia.com
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki Malaysia didakwa bunuh, cuba bersetubuh dengan mayat
Boh Soon Ho, 51, didakwa melakukan kesalahan itu di Mac 2016, di rumah mangsa, Zhang Huaxiang, jururawat warganegara China.