awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut selepas disedut ke dalam mesin MRI kerana memakai rantai logam berat

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2025
00:00 MYT
Lelaki maut selepas disedut ke dalam mesin MRI kerana memakai rantai logam berat
Medan magnet dalam MRI cukup kuat untuk menarik objek seperti kunci, telefon bimbit dan tangki oksigen, yang boleh menjadi peluru berbahaya jika tidak dikawal. - Gambar hiasan
NEW YORK: Seorang lelaki berusia 61 tahun meninggal dunia selepas disedut ke dalam mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) ketika memakai rantai logam yang berat di sebuah pusat perubatan di Westbury, Long Island, Amerika Syarikat (AS).

Ringkasan AI
  • Lelaki berusia 61 tahun maut selepas tertarik ke dalam mesin MRI yang sedang beroperasi akibat memakai rantai logam berat seberat 9kg.
  • Mangsa memasuki bilik MRI tanpa kebenaran, dan siasatan sedang dijalankan berhubung pematuhan protokol keselamatan oleh pihak hospital.
  • Medan magnet MRI mampu menarik objek logam dan menjadi berbahaya jika tidak dikawal, mengulangi insiden tragik seperti kematian seorang kanak-kanak dalam kejadian pada tahun 2001.

Menurut Jabatan Polis Daerah Nassau, lelaki tersebut masuk ke bilik MRI tanpa kebenaran ketika mesin itu sedang beroperasi di Nassau Open MRI.
Isterinya, Adrienne Jones-McAllister, memberitahu media tempatan bahawa beliau telah memanggil suaminya masuk ke bilik selepas menjalani imbasan lutut.
Mangsa memakai rantai seberat 9 kilogram dengan kunci yang digunakan dalam latihan kekuatan.
Kesan magnet kuat dari mesin MRI menarik rantai logam tersebut dan menyebabkan lelaki itu tercampak ke arah mesin, lalu mengalami kecederaan parah.
Beliau dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.
Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan dan menekankan bahawa prosedur MRI memerlukan semua objek logam ditanggalkan sebelum imbasan dimulakan.
Juruteknik MRI dilaporkan cuba menarik mangsa keluar, namun usaha tersebut gagal.
Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA), medan magnet dalam MRI cukup kuat untuk menarik objek seperti kunci, telefon bimbit dan tangki oksigen, yang boleh menjadi peluru berbahaya jika tidak dikawal.
Kejadian ini mengingatkan kembali insiden tahun 2001 apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut akibat cedera parah selepas sebuah tangki oksigen terpelanting di bilik MRI.
Topic Berkaitan
#Nassau Open MRI
#mesin MRI
#lelaki disedut
#rantai logam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan