Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
DUNIA

Lelaki maut tertembak muka sendiri akibat 'selfie' bersama pistol

Nizam Bakeri 06/03/2016 | 01:21 MYT
Sekurang-kurangnya 27 orang dilaporkan meninggal dunia akibat selfie tahun lalu - Foto fail
Seorang lelaki maut akibat tertembak diri sendiri di muka ketika bergaya dengan sepucuk pistol di hadapan kamera untuk merakam selfie.

Menurut Skagit Valley Herald, lelaki tersebut telah beberapa kali merakam selfie bersama pistol miliknya dan tiada perkara buruk berlaku kerana dia sentiasa memastikan pistolnya kosong tanpa peluru.

Kali ini dia tersilap langkah kerana menurut laporan polis, terdapat sebutir peluru yang tertinggal di dalam laras pistol ketika dia merakam selfie.

Menurut ketua peronda pejabat syerif Skagit County, Chad Clark, teman wanita lelaki berkenaan turut berada bersamanya ketika kejadian itu berlaku.

Kes tersebut disiasat oleh pihak polis sebagai satu kemalangan.

BACA: Remaja maut dilanggar kereta api ketika 'selfie'

BACA: Pemotong rumput maut dirempuh komuter ketika berselfie

BACA: Lelaki Pakistan maut dilanggar kereta api ketika ber'selfie'




#mati akibat selfie #selfie #Skagit County selfie