awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
Lelaki maut rempuh lori melintang tengah jalan
Buang puntung rokok, botol minuman, wanita Indonesia didenda, diperintah khidmat masyarakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Keamanan Trump: Terlalu awal untuk beri dukungan - PM Anwar

Seth Akmal
Seth Akmal
23/01/2026
07:23 MYT
Lembaga Keamanan Trump: Terlalu awal untuk beri dukungan - PM Anwar
Anwar menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Amin Seksyen 8 di Bangi hari ini. -Gambar Astro AWANI
BANGI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan terlalu awal untuk beri dukungan Lembaga Keamanan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Ringkasan AI
  • Anwar Ibrahim menegaskan terlalu awal untuk memberi sokongan kepada Lembaga Keamanan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, berikutan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza yang masih berterusan.
  • Beliau menyatakan bahawa sulit untuk menyokong cadangan Trump tanpa jaminan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin terjamin dan diiktiraf, memerlukan pemulihan bantuan kemanusiaan yang belum dilaksanakan oleh rejim Israel.
  • Meskipun Lembaga Keamanan telah dirasmikan, butiran mengenai mandat dan piagam lembaga tersebut masih tidak tersedia, sementara beberapa negara seperti Perancis dan Norway menolak untuk menyertai, manakala negara lain menerima jemputan untuk bergabung.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Anwar turut menyatakan isu kekejaman dan penindasan terhadap rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin dan penduduk di wilayah Gaza masih berterusan.
“Serangan ganas, biadab oleh rejim Israel dan (usaha) pemulihan bantuan kemanusiaan (masih) belum dilakukan, jadi kita sukar untuk memberikan dukungan awal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Amin Seksyen 8, di sini, hari ini.
Menurutnya, cadangan Trump itu diamati secara teliti, namun sukar untuk diikuti melainkan keselamatan dan kesejahteraan warga Palestin terjamin dan diiktiraf.
“Kita ikuti dan agak sukar melainkan ada jaminan yang betul-betul baik dan tegas soal rakyat Gaza dan Palestin (melibatkan) pengiktirafan,” katanya.
Sebelum ni Trump secara rasmi melancarkan Lembaga Keamanan pada Khamis dan menyatakan akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani bukan hanya krisis di Semenanjung Gaza malah di luar wilayah itu.
Wakil dari pelbagai negara menandatangani dokumen asas organisasi itu. Butiran mengenai mandat lembaga itu serta piagamnya bagaimanapun belum tersedia.
Antara negara yang menerima jemputan menyertai lembaga itu termasuk Azerbaijan, Bahrain, Mesir, Indonesia, Kazakhstan, Arab Saudi, Qatar, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu, dan 13 negara lain, manakala Perancis dan Norway menolak.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap cadangan Lembaga Keamanan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump? A: Anwar menyatakan bahawa terlalu awal untuk memberikan sokongan kepada Lembaga Keamanan tersebut kerana isu kekejaman dan penindasan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Zionis Israel masih berterusan.
  • Q: Apakah alasan utama yang diutarakan oleh Anwar Ibrahim untuk tidak memberikan sokongan awal kepada Lembaga Keamanan yang dicadangkan? A: Anwar menyatakan bahawa pengiktirafan yang betul-betul baik dan tegas berkaitan dengan keselamatan dan kesejahteraan warga Palestin perlu diberikan sebelum sokongan boleh dipertimbangkan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan dengan Lembaga Keamanan yang dicadangkan? A: Trump secara rasmi melancarkan Lembaga Keamanan tersebut dan menyatakan akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani krisis di Semenanjung Gaza serta di luar wilayah itu.

Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Gaza
#Anwar Ibrahim
#Lembaga Keamanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan