awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan Brussels: "Ramai yang terkorban, detik hitam bagi Belgium" - PM Belgium

AFP
AFP
22/03/2016
12:01 MYT
Letupan Brussels: "Ramai yang terkorban, detik hitam bagi Belgium" - PM Belgium
MICHEL: Satu serangan pengecut, yang membabi buta dan ganas. Ramai yang maut dan cedera parah berikutan serangan ini. - AFP / Belga / LAURIE DIEFFEMBACQ
Perdana Menteri Belgium Charles Michel menyifatkan serangan di Lapangan Terbang Brussels dan stesen metro yang menyebabkan ramai terkorban, sebagai “detik hitam” bagi negara berkenaan.
“Hari ini memang satu tragedi dan satu detik hitam bagi negara ini. Dua serangan berlaku di lapangan terbang di Zaventam, dan stesen metro Maalbeek.
“Satu serangan pengecut, yang membabi buta dan ganas. Ramai yang maut dan cedera parah berikutan serangan ini,” katanya dalam satu siaran televisyen tempatan.
FOTO ALBUM: Letupan di Lapangan Terbang Brussels dan metro ragut nyawa
Jumlah kematian bagi kedua-dua insiden berkenaan setakat ini lebih dari 28 orang dan dijangka akan terus meningkat.
Dua wanita cedera selepas dua letupan berlaku pada Selasa, 22 Mac 2016 di Lapangan Terbang Brussels, Belgium. Berikutan insiden ini, semua penerbangan keluar dan masuk dihentikan serta merta.- Foto Ketevan Kardava/ Georgian Public Broadcaster

Gambar ini diambil pada 22 Mac 2016, yang menunjukkan tingkap di Lapangan Terbang Brussel, Zaventem pecah selepas dua letupan berlaku di sini.  - Foto AFP / BELGA / JONAS ROOSENS
Gambar ini diambil pada 22 Mac 2016, yang menunjukkan tingkap di Lapangan Terbang Brussel, Zaventem pecah selepas dua letupan berlaku di sini. - Foto AFP / BELGA / JONAS ROOSENS
Pendakwa Raya Persekutuan, Frederic Van Leeuw, berkata, salah satu letupan yang berlaku di Lapangan Terbang Brussels “dipercayai disebabkan oleh pengebom berani mati.”
Sebelum ini, pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa akan ada tindakan balas daripada kumpulan pelampau selepas suspek serangan bom di Paris, Salah Abdeslam ditahan di Brussels pada Jumaat lalu.
Topic Berkaitan
#Belgium
#Brussels
#Charles Michel
#Frederic Van Leeuw
#Maalbeek
#metro
#Zaventam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan