Sekurang-kurangnya 15 orang awam daripada komuniti Fulani terbunuh minggu lalu apabila seorang lelaki bersenjata daripada kumpulan etnik musuh menyerang kampung mereka di pusat bandaraya Mali, menurut gabenor daerah pada Sabtu.

Keganasan komunal di negara Afrika Barat itu telah membunuh ratusan orang awam tahun ini.

Kawasan tersebut tidak lagi selamat kerana ia menjadi tumpuan serangan kumpulan jihad.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), daerah Mopti di Mali terjejas dengan konflik etnik yang amat teruk.

Gabenor Mopti, Sidi Alassane Toure berkata serangan terbaharu adalah pada Rabu lalu.

Toure berkata program pelucutan senjata yang dilancarkan pada November lalu di wilayah utara akan diperluaskan untuk membendung keganasan.

“Program ini akan dilancarkan dalam masa terdekat dan kita berharap semua yang memiliki senjata akan meletakkan senjata mereka daripada terus melakukan keganasan,” katanya kepada stesen radio tempatan.

Sebelum ini, militan Islam menawan gurun di utara Mali pada 2012.

Tentera Perancis mencampur tangan pada tahun berikutnya untuk merampas kuasa tetapi pejuang yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda dan negara Islam telah disatukan semula.

Mereka telah mempergunakan pergaduhan antara etnik untuk merekrut anggota baru.

Serangan mereka yang kerap ke atas Mali dan negara-negara berdekatan telah menyebabkan kerisauan dalam kalangan kuasa-kuasa Barat.