awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima maut dalam serangan udara di Damsyik

Bernama
Bernama
20/01/2024
13:30 MYT
Lima maut dalam serangan udara di Damsyik
Lima orang terbunuh selepas sebuah bandar di Damsyik, Syria dilaporkan menjadi sasaran serangan roket yang disyaki milik Israel pada Sabtu. - Foto AP
KAHERAH: Lima orang terbunuh selepas sebuah bandar di Damsyik, Syria dilaporkan menjadi sasaran serangan roket yang disyaki milik Israel pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sebuah bangunan empat tingkat di pinggir bandar al-Mazaeh ranap sama sekali akibat serangan itu, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.
Setakat ini, identiti mangsa yang maut belum dikenal pasti dan ketika serangan satu mesyuarat komander antara pengawal revolusi Iran dan pegawai Palestin dikatakan sedang diadakan dibangunan berkenaan.
Israel sering melancarkan serangan yang menyasarkan beberapa lokasi di Syria untuk menghalang musuh ketatnya Iran daripada meluaskan pengaruh ketenteraannya di rantau itu.
Selain itu, kumpulan yang menyokong Iran juga telah meningkatkan serangan ke atas pangkalan tentera Amerika di Syria dan Iraq sejak beberapa minggu kebelakangan ini sebagai tindak balas terhadap kempen tentera Israel di Semenanjung Gaza.
Sementara itu, Agensi Berita SANA melaporkan Israel telah menyasarkan sebuah bangunan kediaman di al-Mazeh.
Radio negara Iran pula melaporkan dua penasihat berpangkat tinggi adalah antara yang maut dalam serangan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Damsyik
#serangan udara
#Syria
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan