awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima pendaki maut ditimpa runtuhan salji di Itali

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2025
23:50 MYT
Lima pendaki maut ditimpa runtuhan salji di Itali
Foto yang dikeluarkan oleh Pasukan Penyelamat Alpine dan Speleologi Itali menunjukkan lokasi runtuhan salji yang menimpa lima pendaki warga Jerman pada petang Sabtu. - Foto AP
BOLZANO: Lima pendaki warga Jerman maut selepas ditimpa runtuhan salji ketika mendaki Gunung Cima Vertana di Pergunungan Ortler, utara Itali, menurut pasukan penyelamat tempatan.

Ringkasan AI
  • Lima pendaki warga Jerman maut akibat runtuhan salji di Gunung Cima Vertana, termasuk seorang bapa dan anak perempuannya.
  • Runtuhan dipercayai berpunca daripada salji baru yang tidak stabil, dengan operasi menyelamat digerakkan selepas dua pendaki terselamat menghubungi pihak berkuasa.
  • Usaha mencari terjejas akibat cuaca buruk, menyukarkan pasukan penyelamat di kawasan pergunungan tinggi.

Insiden berlaku sekitar jam 4 petang waktu tempatan pada Sabtu, ketika kumpulan pendaki sedang mendaki pada ketinggian lebih 3,500 meter.
Tiga mangsa, dua lelaki dan seorang wanita, ditemui tidak bernyawa pada hari kejadian, manakala mayat seorang bapa dan anak perempuannya berusia 17 tahun ditemui keesokan harinya di bahagian bawah lurah tempat runtuhan berlaku.
Menurut jurucakap Perkhidmatan Penyelamat Gunung Sulden, Olaf Reinstadler, runtuhan salji itu dipercayai berpunca daripada salji baru yang tidak stabil dan tidak melekat kukuh pada permukaan ais di bawahnya.
Dua pendaki lain dari kumpulan berasingan terselamat dan berjaya menghubungi pihak berkuasa, sekali gus mencetuskan operasi menyelamat.
Bagaimanapun, usaha mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan sementara akibat cuaca buruk dan risiko keselamatan di kawasan tinggi.
Topic Berkaitan
#Runtuhan salji
#Gunung Cima Vertana
#pendaki
#Pergunungan Ortler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan