awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PN kekal bersama empat parti, tiada isu kerjasama - Takiyuddin
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
Projek naik taraf Lebuh Raya Senai-Desaru capai 55 peratus - Ahmad Maslan

Lima termasuk kanak‑kanak cedera dalam insiden tembakan ketika perarakan Mardi Gras di Louisiana

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2026
05:20 MYT
Lima termasuk kanak‑kanak cedera dalam insiden tembakan ketika perarakan Mardi Gras di Louisiana
Tembakan berlaku sejurus perarakan bermula, dengan lima mangsa ditembak termasuk kanak-kanak, namun tiada laporan kematian. -Foto AP
CLINTON: Sekurang-kurangnya lima individu cedera, termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun, dalam insiden tembakan ketika perarakan Mardi Gras in the Country di bandar kecil Clinton, Louisiana, Amerika Syarikat pada Sabtu waktu tempatan.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya lima individu cedera, termasuk kanak-kanak enam tahun, dalam tembakan ketika perarakan Mardi Gras di Clinton, Louisiana.
  • Syerif menyatakan tembakan berlaku sejurus perarakan bermula, dengan lima mangsa ditembak termasuk kanak-kanak, namun tiada laporan kematian.
  • Polis menahan tiga individu bersenjata bagi siasatan, sementara kenderaan berkaitan insiden juga dikesan; perarakan dihentikan serta-merta.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Kejadian berlaku berhampiran Mahkamah Daerah East Feliciana sejurus acara bermula sekitar tengah hari, menyebabkan orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri.
Syerif Daerah East Feliciana, Jeff Travis, berkata siasatan awal menunjukkan tembakan dilepaskan sejurus perarakan bermula.
Beliau mengesahkan lima mangsa ditembak, termasuk seorang kanak‑kanak enam tahun, namun setakat ini tiada laporan kematian diterima.
Menurut Travis, tiga individu yang berada di kawasan kejadian dan memiliki senjata api telah ditahan untuk membantu siasatan, namun pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan sama ada mereka terlibat secara langsung dalam kejadian tersebut.
Polis turut mengesan sebuah kenderaan dipercayai berkaitan insiden itu.
Ketua Timbalan Jenayah pejabat syerif, Bill Cox, dipetik sebagai berkata semua mangsa dijangka selamat, walaupun seorang kanak-kanak dilaporkan cedera serius oleh media tempatan.
Perarakan dihentikan serta-merta dan kawasan kejadian ditutup bagi kerja forensik dan pengumpulan bukti.
Penguat kuasa negeri dan daerah, termasuk Polis Negeri Louisiana dan beberapa agensi tempatan lain, turut dikerahkan bagi mengawal keadaan serta membantu penyiasatan.
Pihak berkuasa menyeru orang awam yang merakam foto atau video kejadian supaya menyalurkannya kepada penyiasat.
Gabenor Louisiana, Jeff Landry, menyifatkan insiden itu sebagai mengerikan dan tidak boleh diterima, serta berterima kasih atas tindakan pantas penguat kuasa selain meminta orang ramai mendoakan mangsa.
Walaupun terdapat laporan awal sesetengah media menyebut sehingga enam orang cedera, angka yang disahkan setakat ini kekal lima mangsa, termasuk seorang kanak-kanak.
Perbezaan angka itu dipercayai berpunca daripada maklumat awal di lapangan ketika keadaan masih kelam-kabut.
Setakat laporan ini disiarkan, motif kejadian belum dikenal pasti dan identiti suspek masih dalam siasatan.
Pihak berkuasa memberi jaminan perkembangan lanjut akan dikongsikan sebaik sahaja maklumat disahkan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah individu yang cedera dalam insiden tembakan semasa perarakan Mardi Gras in the Country di Clinton, Louisiana? A: Sekurang-kurangnya lima individu cedera, termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa setelah kejadian tembakan? A: Pihak berkuasa telah menahan tiga individu yang berada di kawasan kejadian dan memiliki senjata api untuk membantu siasatan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap kenderaan yang dipercayai berkaitan dengan insiden tembakan? A: Polis turut mengesan sebuah kenderaan dipercayai berkaitan dengan insiden itu.
  • Q: Siapakah yang dipetik menyatakan bahawa semua mangsa dijangka selamat walaupun seorang kanak-kanak dilaporkan cedera serius? A: Ketua Timbalan Jenayah pejabat syerif, Bill Cox.
  • Q: Apakah yang diminta oleh pihak berkuasa kepada orang awam yang merakam foto atau video kejadian tembakan? A: Pihak berkuasa menyeru orang awam yang merakam foto atau video kejadian supaya menyalurkannya kepada penyiasat.

Topic Berkaitan
#perarakan Mardi Gras
#Clinton Louisiana
#insiden tgembakan
#kanak-kanak cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.