awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
Hamas beri amaran "kesan serius" jika Israel terus cabuli perjanjian gencatan senjata
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga

Sinar Harian
Sinar Harian
01/02/2026
06:50 MYT
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
Mohd Khalid berkata penahanan Inspektor Sheila (foto) dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. -Gambar fail
GOMBAK: Menimbulkan kekecohan dan bertengkar dengan peniaga menjadi punca Inspektor Sheila ditahan di Batu Caves di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, tangkapan itu dibuat oleh anggota polis yang bertugas di sekitar Batu Caves sempena sambutan Thaipusam.
"Seorang wanita yang kita kenali sebagai Sheila telah kita tangkap semalam kerana berlaku sedikit perkara di luar jangka yang boleh menimbulkan kekecohan.
"Antaranya berlaku pertengkaran dengan peniaga-peniaga di sini. Kita percaya ia boleh menimbulkan kekecohan, jadi kita ambil tindakan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program 'Community Policing' di Batu Caves di sini pada Ahad.
Mohd Khalid berkata penahanan itu dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Mengulas mengenai status Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, beliau berkata, wanita tersebut sebelum ini bertugas dengan pasukan polis, namun mempunyai beberapa isu melibatkan kesihatan.
"Perkara ini masih lagi dalam siasatan dan kita menunggu arahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi mengambil tindakan undang-undang dan seterusnya," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Khalid berkata, seramai kira-kira 1,400 petugas telah ditugaskan bagi mengawal keselamatan sepanjang 24 jam sepanjang sambutan Thaipusam di sini.
Menurut beliau, operasi keselamatan turut dibantu oleh pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.
"Sehingga kini tiada kejadian serius dilaporkan. Tindakan sewajarnya telah diambil bagi mengelakkan berlakunya insiden tidak diingini seperti pergaduhan kecil sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya.
Dalam perkembangan sama, katanya, seramai 1.4 hingga 1.5 juta pengunjung direkodkan sempena sambutan Thaipusam tahun ini. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Inspektor Sheila
#Batu Caves
#Mohd Khalid Ismail
#Thaipusam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan