London, New York, Tokyo dan Paris sekali lagi dinamakan sebagai bandar raya paling menarik di dunia dalam laporan Indeks Bandar Raya Kuasa Global (GPCI) 2018.
Laporan berkenaan menyenaraikan 44 bandar raya utama dari segi daya tarikan atau kuasa keseluruhan untuk menarik orang perseorangan dan perusahaan yang kreatif dari seluruh dunia, sejak 2008.
GPCI diterbitkan pada Khamis oleh Institut Yayasan Peringatan Mori Bagi Strategi Bandar, badan penyelidikan yang diwujudkan oleh Mori Building, pemaju bandar terkemuka di Tokyo.
Menurut Yayasan Peringatan Mori dalam satu kenyataan di sini, empat bandar raya teratas itu kekal tidak berubah dari tahun lepas, dengan London, New York, Tokyo dan Paris mengekalkan kedudukan satu hingga empat mereka masing-masing.
London terus melonjak dan turut meningkatkan markah dengan terus memanfaatkan momentum Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2012. Bandar raya itu menaiktaraf kategori paling lemahnya yang terdahulu, sesuai untuk didiami, dan terus menunjukkan kekuatan yang luar biasa di dalam interaksi budaya.
Walaupun ketidakpastian wujud berhubung keputusan United Kingdom untuk keluar dari Kesatuan Eropah, kekuatan yang seimbang merentasi beberapa kategori telah memberikan London potensi untuk mengubah cabaran kepada peluang, sekali gus memperluaskan kedudukannya di hadapan dan meneruskan ke hadapan sebagai bandar raya pada kedudukan paling atas.
Setelah krisis kewangan global reda, New York mencatatkan kenaikan markah satu tahun yang paling tinggi sejak ranking GPCI dimulakan, apabila meraih manfaat daripada penilaian yang kukuh dalam persekitaran permulaan dan kepelbagaian dalam pilihan tempat kerja.
Sementara itu, Tokyo, yang berada dalam 10 tempat teratas dalam semua kategori kecuali persekitaran, telah berjaya memasuki kedudukan 10 teratas dalam kategori sesuai untuk didiami dengan jumlah jam bekerja yang lebih baik
"Seperti London pada 2012, Tokyo berharap dapat meningkatkan markah sebelum dan selepas menganjurkan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik pada 2020," katanya.
Paris, selepas turun ke tempat keempat berikutan beberapa serangan pengganas pada 2015, telah pulih untuk meningkatkan markah keseluruhan, termasuk dalam jumlah pelawat asing.
Menurut kenyataan itu, berikutan pengumuman rasmi Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2024 di Paris, bandar raya itu berkemungkinan akan bersaing dengan Tokyo bagi pertumbuhan yang berkaitan dengan sukan.
Bagi bandar raya lain, kenyataan itu menyenaraikan Singapura, secara tradisinya mantap dalam kebebasan ekonomi, kadar cukai korporat, dan Persidangan Antarabangsa, kini menduduki di tempat pertama di seluruh dunia dalam kepuasan kehidupan pekerja dan pertama di Asia untuk persekitaran permulaan niaga.
Amsterdam pula disenaraikan secara positif sebagai bandar raya yang menyokong, bersedia dari segi teknologi untuk perniagaan.
Maklumat lanjut boleh didapati di http://mori-m-foundation.or.jp atau https://www.mori.co.jp.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 18 2018
London terus melonjak dan turut meningkatkan markah dengan terus memanfaatkan momentum Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2012. - Gambar hiasan
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sibujaya tidak lagi berimejkan pedalaman
Itu gambaran yang diberikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Karnival Konsert Sibujaya 2023.
Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.
Ipoh raih tempat kedua PBT terbaik Malaysia kategori bandar raya
Semoga kejayaan itu menjadi pemangkin kepada MBI untuk lebih cemerlang dan menjadi penanda aras kepada PBT lain di seluruh Malaysia.
Kulai perlu bersedia sebelum bergelar bandar raya
Perkara itu terlebih dahulu akan dinilai daripada keperluan semasa dan perkembangan sosio masyarakat.
Sandakan dinaik taraf bandar raya Februari depan - Bung Moktar
Sandakan akan dinaik taraf sebagai bandar raya kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu, Februari depan.
Menara Kuantan 188, mercu baharu kebanggaan bandar raya pertama Pahang
Pada waktu malam, menara yang dahulunya dikenali sebagai Menara Teruntum, bercahaya dilimpahi lampu berwarna sekali gus menghidupkan suasana sekitar Kuantan Waterfront.
Perubahan status Kuantan akan bawa banyak kesan positif - Muhyiddin
Perubahan status bandar Kuantan tentunya akan membawa banyak kesan positif kepada penduduk dalam pelbagai segmen.
COVID-19: Rumah jagaan warga emas di New York wajib buat ujian saringan
Rumah penjagaan di New York diwajibkan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas kakitangannya dua kali seminggu.
Seremban, dulu kawasan bijih timah kini bandar raya
Petempatan awal masyarakat di Negeri Sembilan adalah di Sungai Ujong, yang mula dibuka pada 1773, iaitu 247 tahun dahulu.
Penduduk yakin Seremban akan rancak membangun dengan status bandar raya
Seremban yang dinaik taraf menjadi bandar raya dilihat akan merancakkan aktiviti ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada generasi muda.