awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chalet berusia hampir 30 tahun musnah dalam kebakaran di Bachok

Bernama
Bernama
25/07/2025
03:20 MYT
Chalet berusia hampir 30 tahun musnah dalam kebakaran di Bachok
Kebakaran melibatkan sebuah rumah yang dijadikan Chalet Armada iaitu rumah separuh kekal sedang terbakar sebanyak 90 peratus, namun tidak melibatkan mangsa. - Gambar ihsan JBPM
KOTA BHARU: Sebuah chalet yang berusia hampir 30 tahun musnah 90 peratus dalam satu kebakaran di Kampung Pulau Belongan, Bachok, awal pagi tadi.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zamizi Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 3.42 pagi, sebelum jentera tiba tujuh minit kemudian di lokasi kejadian.
"Sebaik tiba dilokasi kejadian, pihak anggota mendapati benar terdapat kebakaran yang melibatkan sebuah rumah yang dijadikan Chalet Armada iaitu rumah separuh kekal sedang terbakar sebanyak 90 peratus, namun tidak melibatkan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, seramai 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok serta Pengkalan Chepa yang dilengkapi dengan beberapa jentera berjaya mengawal kebakaran sekitar 4.23 pagi.
Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#chalet 30 tahun
#Chalet Armada
#Kampung Pulau Belongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan