BEIRUT: Lubnan mengembalikan 337 artifak kepada Iraq selepas berada di negara itu selama bertahun-tahun lamanya berikutan aktiviti penyeludupan.

Untuk tujuan itu, Menteri Kebudayaan Lubnan  menyerahkan artifak tersebut kepada Duta Iraq dalam satu majlis di muzium negara di sini.

Sebelum dikembalikan, barangan antik itu disimpan di Muzium Nabu di utara Lubnan.

Antara artifak yang dipamerkan di Muzium Nasional Beirut sebelum diserahkan kepada duta Iraq, di Beirut, 6 Feb 2022. (Foto AP)

Duta Besar Iraq turut memuji semangat persaudaraan di antara kedua-dua negara.

Barangan antik itu dirompak ketika perang dan ketidakstabilan negara sejak pencerobohan pimpinan Amerika Syarikat pada 2003 yang menggulingkan Saddam Hussein.

Antara artifak yang dipamerkan di Muzium Nasional Beirut sebelum diserahkan kepada duta Iraq, di Beirut, 6 Feb 2022. (Foto AP)

Kerajaan Iraq kemudiannya secara perlahan-lahan berusaha memulihkan barangan antik yang dirompak.

Di sebalik itu, tapak arkeologi di seluruh negara dilaporkan terbiar kerana kekurangan dana.

Pakar Iraq memeriksa barangan antik yang dipamerkan di Muzium Nasional Beirut sebelum 337 artifak diserahkan kepada duta Iraq, di Beirut, 6 Feb 2022. (Foto AP)