Skip to main content

Dunia

Lukisan Rembrandt yang hilang 65 tahun muncul semula

Netherlands Rembrandt
Rijksmuseum memperkenalkan karya 'Vision of Zacharias in the Temple' pada sesi pratonton media di Amsterdam, Belanda. - Foto AP

AMSTERDAM: Sebuah lukisan Rembrandt yang dianggap hilang lebih enam dekad akhirnya muncul semula dan disahkan sebagai karya asli melalui penyelidikan saintifik selama dua tahun di Rijksmuseum.

Lukisan bertajuk 'Vision of Zacharias in the Temple' itu dihasilkan pada tahun 1633 dan sebelum ini disingkirkan daripada senarai karya Rembrandt pada 1960 sebelum berpindah ke koleksi persendirian setahun kemudian.

Advertisement

Selama ini, pakar seni tidak dapat mengesahkan statusnya kerana ia tidak pernah diperiksa secara langsung.

Menurut Rijksmuseum, analisis bahan, teknik sapuan cat, lapisan warna serta imbasan makro-XRF menunjukkan ciri-ciri yang sepadan dengan karya-karya awal Rembrandt.

Kajian turut mengesahkan tandatangan asal dan panel kayu yang sepadan dengan tarikh 1633.

Pengarah Rijksmuseum, Taco Dibbits, menyifatkan penemuan semula itu sebagai peluang penting untuk memahami perkembangan awal Rembrandt yang ketika itu baru berpindah dari Leiden ke Amsterdam.

Beliau menyifatkan karya itu sebagai contoh jelas keupayaan Rembrandt menyampaikan cerita dengan pendekatan yang unik.

Selepas lebih 65 tahun tidak dipamerkan, lukisan bersejarah itu kini akan dipertontonkan kepada umum di Rijksmuseum mulai minggu ini.

 

 

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found