DUNIA
Lula tegaskan kedaulatan Brazil susuli kenyataan Trump
LULA: Trump perlu tahu bahawa kami ialah sebuah negara berdaulat dan sistem kehakiman kami yang membuat keputusan. - Gambar fail/REUTERS
SAO PAULO: Penahanan bekas presiden Jair Bolsonaro tidak seharusnya menjejaskan hubungan dua hala antara Brazil dan Amerika Syarikat kerana Brazil ialah sebuah negara berdaulat, kata Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva pada Ahad, lapor Xinhua.
Bolsonaro ditahan reman oleh polis pada pagi Sabtu di Brasilia susulan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Agung Persekutuan.
Merujuk kepada kenyataan Trump mengenai penahanan Bolsonaro, Lula berkata: "Trump perlu tahu bahawa kami ialah sebuah negara berdaulat dan sistem kehakiman kami yang membuat keputusan."
Bolsonaro akan menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah atas perbuatannya.
Menurut laporan media AS, ketika ditanya mengenai penahanan Bolsonaro pada Sabtu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada mulanya kelihatan tidak menyedari perkara itu sebelum menyifatkan perkembangan itu sebagai "amat dikesali".
Pada September lalu, Bolsonaro dijatuhi hukuman penjara 27 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah terlibat dalam cubaan rampasan kuasa di Brazil dalam usahanya untuk kekal berkuasa selepas tewas dalam pilihan raya.
-- BERNAMA