awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macron umum jawatankuasa Perancis-Palestin untuk kukuhkan negara Palestin

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2025
22:15 MYT
Macron umum jawatankuasa Perancis-Palestin untuk kukuhkan negara Palestin
Presiden Perancis Emmanuel Macron (kanan) menyambut Presiden Palestin Mahmoud Abbas sebelum pertemuan rasmi mereka. - Foto AP
PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan penubuhan jawatankuasa bersama dengan Pihak Berkuasa Palestin bagi merangka perlembagaan baharu untuk Palestin, sebagai langkah memperkukuh pembentukan negara Palestin yang berdaulat dan demokratik.

Ringkasan AI
  • Emmanuel Macron mengumumkan penubuhan jawatankuasa bersama dengan Pihak Berkuasa Palestin bagi merangka perlembagaan baharu untuk memperkukuh pembentukan negara Palestin yang berdaulat dan demokratik.
  • Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Macron bersetuju menubuhkan jawatankuasa tersebut serta draf perlembagaan telah dikemukakan oleh Abbas.
  • Langkah ini diambil untuk memainkan peranan penting dalam reformasi pentadbiran dan penyediaan struktur kenegaraan yang sah bagi mencipta negara Palestin yang hidup aman dan selamat di sisi Israel.

Pengumuman itu dibuat selepas pertemuan rasmi antara Macron dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Istana Élysée, Paris.
“Kami bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa bersama bagi mengukuhkan negara Palestin,” kata Macron, sambil menambah bahawa draf perlembagaan telah pun dikemukakan oleh Abbas.
Presiden Abbas menyatakan persetujuan terhadap penubuhan segera jawatankuasa tersebut, yang dijangka memainkan peranan penting dalam reformasi pentadbiran dan penyediaan struktur kenegaraan yang sah.
Pejabat Presiden Perancis menyatakan bahawa usaha ini bertujuan mewujudkan negara Palestin yang hidup aman dan selamat di sisi Israel.
Langkah ini hadir ketika gencatan senjata yang rapuh antara Israel dan Hamas masih berkuat kuasa, serta selepas Perancis menyertai beberapa negara lain termasuk Belgium, UK, Portugal, Kanada dan Australia dalam mengiktiraf negara Palestin secara rasmi pada September lalu.
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#Mahmoud Abbas
#jawatankuasa Perancis-Palestin
#negara Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan