DUNIA

Macron umum perbelanjaan ketenteraan tambahan untuk dua tahun akan datang

Bernama 14/07/2025 | 03:10 MYT
Macron (gambar) turut mendedahkan rancangan untuk meneroka penubuhan satu inisiatif perkhidmatan negara yang baharu. - Gambar fail/AP
PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Ahad mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak EUR6.5 bilion (US$7.6 bilion) bagi perbelanjaan ketenteraan dalam tempoh dua tahun akan datang, dengan sasaran perbelanjaan pertahanan tahunan mencecah EUR64 bilion menjelang 2027, lapor Xinhua.

Dalam ucapan kepada angkatan tentera negara itu, Macron menggariskan hala tuju ketenteraan dan visi strategik Perancis, sambil menyatakan bahawa perbelanjaan pertahanan "adalah dan akan terus menjadi sumber kekayaan bagi keluaran dalam negara kasar (KDNK), ekonomi dan wilayah kita."

Presiden Perancis itu turut mendedahkan rancangan untuk meneroka penubuhan satu inisiatif perkhidmatan negara yang baharu. (EUR1 = US$1.17)

-- BERNAMA

#Emmanuel Macron #perbelanjaan tambahan #tentera #Perancis