awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
PSG, Miami, Palmeiras, Botafogo layak ke pusingan 16 Piala Dunia Kelab
DUNIA
'Jangan jatuhkan bom!' - Trump beri amaran agar Israel hentikan serangan
DUNIA
Operasi penerbangan disambung semula di Qatar, Bahrain dan Kuwait
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Mahkamah Agung AS benarkan pentadbiran Trump deportasi migran ke "negara ketiga"

Bernama
Bernama
24/06/2025
07:16 MYT
Sponsor Banner
Mahkamah Agung AS benarkan pentadbiran Trump deportasi migran ke "negara ketiga"
DHS kini boleh melaksanakan kuasa sahnya untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin ke mana-mana negara yang bersedia menerima mereka. - Foto Reuters
WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat pada Isnin menarik balik sekatan terhadap dasar pentadbiran Trump berhubung deportasi migran ke "negara ketiga".

Ringkasan AI
  • Mahkamah Agung AS membenarkan semula dasar deportasi migran ke negara ketiga oleh pentadbiran Trump dengan keputusan majoriti 6-3, sekaligus membatalkan sekatan terdahulu.
  • Hakim liberal membantah keputusan tersebut, dengan amaran tentang risiko terhadap nyawa dan keperluan berhati-hati dalam isu migrasi.
  • Pentadbiran Trump menyambut baik keputusan itu, menyatakan ia sebagai kemenangan keselamatan dan memberi kuasa sah untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin ke mana-mana negara yang bersedia menerima mereka.

Keputusan 6-3 yang dibuat oleh Mahkamah Agung yang dikuasai majoriti konservatif itu adalah susulan perbicaraan berkaitan usaha pentadbiran Trump untuk mempercepat proses deportasi pendatang ke negara lain selain negara asal mereka, lapor Xinhua.
Ketiga-tiga hakim liberal membantah keputusan itu, dengan Hakim Sonia Sotomayor memberi amaran: "Dalam perkara yang melibatkan hidup dan mati, lebih baik bertindak dengan berhati-hati. Namun dalam kes ini, kerajaan memilih pendekatan sebaliknya."
Pentadbiran Trump menyambut baik keputusan Mahkamah Agung. Penolong Setiausaha Hal Ehwal Awam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), Tricia McLaughlin menyifatkan keputusan itu sebagai "kemenangan untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat Amerika."
"DHS kini boleh melaksanakan kuasa sahnya untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin ke mana-mana negara yang bersedia menerima mereka," katanya.
Pada 18 April lalu, Hakim Mahkamah Daerah AS di Boston, Brian Murphy mengeluarkan perintah melarang penghantaran pulang pendatang ke negara ketiga tanpa memberi mereka masa yang mencukupi untuk mengemukakan bantahan.
Bagaimanapun, bulan lalu pentadbiran Trump memohon kepada Mahkamah Agung untuk menggantung injunksi itu.
Peguam Negara AS, D. John Sauer, yang mewakili kerajaan dalam kes di Mahkamah Agung, menuduh mahkamah daerah menghalang usaha kerajaan untuk menghantar pulang "antara pendatang tanpa izin paling berbahaya."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Agung Amerika Syarikat
#deportasi migran
#pentadbiran Trump
#negara ketiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami