awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Agung keluarkan notis kepada Rajapaksa

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2022
23:45 MYT
Mahkamah Agung keluarkan notis kepada Rajapaksa
Notis itu dikeluarkan pada Rabu dengan sekurang-kurangnya satu petisyen difailkan terhadap ahli politik berkenaan. - Foto fail/REUTERS
COLOMBO: Mahkamah Agung Sri Lanka mengeluarkan notis kepada bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, memerintahkan beliau untuk hadir ke mahkamah pada 1 Ogos depan.
Ia berhubung pemfailan satu petisyen yang mengaitkan beliau dengan krisis ekonomi negara.
Memetik agensi media CNA, notis itu dikeluarkan pada Rabu, dengan sekurang-kurangnya satu petisyen difailkan terhadap ahli politik berkenaan yang didakwa bertanggungjawab terhadap krisis ekonomi negara itu.
Salah seorang responden adalah Rajapaksa sendiri yang melarikan diri dari negara itu awal bulan ini dengan menaiki pesawat tentera ketika protes besar-besaran memuncak menuntut beliau meletak jawatan.
Dilaporkan Rajapaksa kini berada di Singapura.
Beliau dilaporkan diberikan lanjutan 14 hari pas lawatan jangka pendek membolehkannya tinggal di negara itu sehingga 11 Ogos.
TONTON: Krisis Sri Lanka: Rajapaksa dibenar tinggal di Singapura 14 hari lagi
Bekas Presiden itu meninggalkan Sri Lanka pada 13 Julai, selepas protes besar-besaran selama berbulan-bulan yang menyalahkan kerajaannya atas krisis ekonomi terburuk negara itu sejak kemerdekaannya pada 1948.
BACA: Singapura sahkan Presiden Sri Lanka dibenar masuk ke republik itu
Rakyat Sri Lanka semakin tertekan dengan kos sara hidup yang melambung tinggi, didorong oleh inflasi yang meningkat dan kekurangan pertukaran asing.
Negara itu secara rasmi gagal membayar faedah selepas gagal membuat pembayaran faedah hutang pada bulan mei.
Mata wang asingnya yang semakin merudum telah melumpuhkan ekonomi, mengganggu import dan menyebabkan kekurangan makanan, bahan api dan keperluan lain.
Rajapaksa menyerahkan surat peletakan jawatannya dari Singapura.
Beliau kini digantikan oleh bekas Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe, yang dipilih oleh Ahli Parlimen minggu lalu.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Agung Sri Lanka
#Gotabaya Rajapaksa
#krisis ekonomi
#petisyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan