awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Agung Korea Selatan kekalkan keputusan kes plagiat penerbit lagu 'Baby Shark'

Bernama
Bernama
14/08/2025
09:14 MYT
Mahkamah Agung Korea Selatan kekalkan keputusan kes plagiat penerbit lagu 'Baby Shark'
Orang awam melewati watak maskot Pinkfong, dari syarikat pencipta kandungan pendidikan kanak-kanak Korea Selatan, di City Hall Plaza, Seoul. - AP
SEOUL: Mahkamah Agung Korea Selatan pada Khamis mengekalkan keputusan mahkamah rendah terhadap seorang komposer Amerika Syarikat dalam saman plagiat yang difailkannya terhadap penerbit lagu kanak-kanak popular Korea Selatan "Baby Shark" enam tahun lalu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Komposer yang berpangkalan di New York, Johnny Only atau nama sebenarnya Jonathan Wright memfailkan saman di Seoul pada Mac 2019 dengan mendakwa "Baby Shark," lagu terkenal di seluruh dunia dan diterbitkan syarikat pendidikan Korea Selatan, SmartStudy, pada 2015, meniru lagunya yang dikeluarkan pada 2011.
SmartStudy, yang kini dikenali sebagai The Pinkfong Company, menyatakan lagu itu merupakan olahan semula lagu kanak-kanak tradisional Amerika Utara yang tidak mempunyai hak cipta sah.
Lagu berdurasi dua minit dengan rentak rancak itu menampilkan watak keluarga jerung di bawah laut, dan menjadi tular di internet serta kaca televisyen di dalam dan luar negara.
Mahkamah daerah dan mahkamah rayuan Korea Selatan sebelum ini menolak dakwaan Only, dengan alasan lagunya tidak dianggap sebagai karya terbitan yang dilindungi undang-undang hak cipta, dan Mahkamah Agung mengekalkan keputusan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baby Shark
#isu plagiat
#mahkamah
#Korea Selatan
#saman
#penerbit lagu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan