awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Agung Pakistan tangguh pendengaran kes tolak usul tidak percaya terhadap Imran Khan ke Selasa

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2022
14:23 MYT
Mahkamah Agung Pakistan tangguh pendengaran kes tolak usul tidak percaya terhadap Imran Khan ke Selasa
Imran dilaporkan akan mengetuai bantahan dekat Perhimpunan Negara menentang 'komplot asing' untuk menggulingkan kerajaan. - Gambar fail
MAHKAMAH Agung Pakistan pada Isnin menangguhkan pendengaran kes mengenai penolakan usul undi tidak percaya oleh timbalan speaker Dewan Negara dan pembubaran Parlimen kepada 5 April.
Mahkamah Agung yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Umar Ata Bandial, Hakim Ijazul Ahsan, Hakim Mazhar Alam Khan Miankhel, Hakim Munib Akhtar dan Hakim Jamal Khan Mandokhail, mengambil tindakan itu selepas Timbalan Speaker Qasim Suri menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.
Alasan yang diberikan oleh Qasim untuk menolak usul undi tidak percaya trhadap Imran itu kerana ia tidak berperlembagaan.
Pasukan peguam dari pihak kerajaan dan pembangkang telah membentangkan hujah masing-masing berhubung penolakan usul yang dibuat oleh timbalan speaker.
Semasa hujah, ketua hakim negara menolak rayuan dikemukakan pembangkang untuk mendapatkan lebih ramai hakim.
Mahkamah ditangguhkan hingga pukul 12 tengah hari Selasa.
Dalam pada itu, Imran dilaporkan akan mengetuai bantahan dekat Perhimpunan Negara menentang 'komplot asing' untuk menggulingkan kerajaan.
Imran juga telah mencadangkan bekas Hakim CJP (B) Gulzar Ahmed sebagai Perdana Menteri sementara.
Manakala pemimpin Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Shehbaz Sharif pada sidang akhbar menuduh Perdana Menteri Khan melanggar perlembagaan dan mengenakan undang-undang tentera sivil di negara itu.
Topic Berkaitan
#Pakistan
#Imran Khan
#politik
#Usul tidak percaya
#Perdana Menteri
#Pergolakan
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan